Tema 1 : Kemasyarakatan
Kemasyarakatan / Buku Teks m/s 1
1. Yang Berhormat melancarkan Program Bank Rezeki Bergerak di perkarangan Dewan Utama
Taman Seri Damai.
2. Orang ramai yang hadir bertepuk tangan ketika acara memotong riben sebagai tanda sokongan.
3. Sebuah van Program Bank Bergerak diletakkan di hadapan dewan.
4. Tiga orang lelaki mengecat kerusi taman supaya nampak menarik.
5. Afifi dan rakan-rakannya belajar taekwando bersama-sama
( murid boleh membina ayat lain yang bersesuaian)
Rakan Taman / Buku Teks m/s 2
Tinesh : Tujuan penubuhan Rakan Taman Seri Damai adalah untuk mengeratkan hubungan
masyarakat taman melalui penganjuran pelbagai aktiviti.
1
Koleksi CikgU Rose
Pusat Transit / Buku Teks m/s 6
Tinesh : Benar , Afifi. Tentu penduduk Taman Seri Damai bangga memakainya.
Afifi : Slogan “ Maufakat Merealisasikan Hasrat” bermaksud sesuatu perkara perlu
dipersetujui ramai untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat.
Tinesh : Penduduk perlu memakai baju itu kerana baju itu menunjukkan identity kesepakatan
Taman Seri Damai.
Kita Boleh / Buku Teks m/s 8
Afifi : Kawasan sasaran bukan di kawasan perumahan sahaja kerana kawasan yang lain
juga termasuk dalam kawasan kediaman kita. Kita juga menggunakan tempat-tempat
tersebut.
Tinesh : Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan kejiranan kerana melibatkan semua
penduduk taman dan kita dapat mengenali dan beramah mesra dengan jiran kita.
Kai Jun ; Pada pendapat saya, aktiviti ini sesuai diadakan pada hari Ahad kerana hari tersebut
ialah cuti hujung minggu.
Afifi : Tujuan pelantikan ketua bagi setiap kumpulan adalah untuk melancarkan aktiviti
yang dijalankan.
Tinesh : Aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan kerana dapat menyiapkan kerja
dengan cepat dan menanamkan sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat.
Syair ini mengisahkan semangat pasukan kompang penduduk Taman Seri Damai dalam mencari ilmu.
Mereka ikhlas dalam memberikan persembahan. Berkat kerjasama dan kesatuan hati membuahkan
kejayaan kumpulan kompang Seri Mahsuri.
Ilham Kami / Buku Teks m/s 11
Bina Ayat
1. Penduduk Taman Seri Damai sentiasa bersepakat dan bekerjasama.
2. Penduduk Taman Seri Damai bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru
dalam aktiviti gotong-royong.
3. Pak Cik Nazri mengikuti kursus membuat bangku daripada tayar lama.
4. Kai Jun ketawa melihat gelagat Si Tompok yang ceria bermain.
5. Encik Mohd Faris bin Ramli merupakan usahawan yang kreatif.
6. Afifi dan Encik Nazri melayari Blog Kreatif dan Inovasi.
1. tuanku 5. tuanku
2. patik 6. itu
3. Beta 7. Beta
4. patik
Afifi : Ya, Tinesh. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah Dekad Membaca Kebangsaan
( 2021-2030) , kempen membaca kepada pengguna tren, pembinaan pusat membaca di
setiap pusat perumahan rakyat, capaian digital untuk golongan kurang upaya, lorong
buku dan perpustakaan terapung di pinggiran Sungai Gombak.
Kai Jun : Capaian digital untuk golongan kurang upaya memudahkan golongan ini melayari
laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Afifi : Ya, saya yakin tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat akan meningkat
dalam tempoh tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat mulai sedar
akan pentingnya amalan membaca untuk kefahaman ilmu bagi segenap lapisan.
Buku Teman Setia / Buku Teks m/s 14 & 15
Perkataan Ayat
kelompok Danish, Afifi dan Tinesh duduk dalam satu kelompok untuk memudahkan
mereka mencari bahan berkaitan dengan e-sukan.
bidang Danish dan Afifi duduk di atas lantai beralaskan sebidang permaidani ketika
bermain e-sukan.
lembar Danish menulis nama di atas selembar kertas pendaftaran.
baris Ketika pertandingan e-sukan, Danish dan Afifi duduk sebaris.
kumpulan Danish dan Afifi daripada Kumpulan A telah memenangi pertandingan e-
sukan.
pasukan Pasukan Danish dan Afifi berjaya dalam sesi pemilihan pemain e-sukan.
1. Tujuan Program Malam Budaya adalah untuk memperkenalkan tarian dari negara
Malaysia, Indonesia dan Thailand.
2. Afifi dan rakan-rakanya berasa bangga dan gembira ketika berkongsi cerita tentang
budaya negara masing-masing.
3. Afifi dan rakan-rakannya memberikan perhatian ketika persembahan daripada pasukan
negara jiran kerana mereka terpegun apabila melihat lenggok tari yang sungguh lembut.
4. Afifi dan rakan-rakannya amat berdisiplin dan mematuhi tunjuk ajar guru mereka. Mereka
begitu bersemangat ketika membuat persembahan.
5. Pada pendapat saya, kebaikan Program Silang Budaya ialah kita dapat mengetahui dan
mempelajari budaya negara jiran di samping mengeratkan hubungan serantau.
Sertai Kursus Sukarelawan / Buku Teks m/s 21
1. Murid-murid dikehendaki menulis nama di atas selembar kertas ketika sesi pendaftaran.
2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kelompok untuk melancarkan aktiviti.
3. Sepasukan peserta kursus sedang menjalani latihan kawad kaki di padang.
4. Tiga orang peserta kursus duduk berbincang di atas sebidang tikar.
5. Kumpulan Alya memberikan kerjasama dan semangat berpasukan yang baik.
6. Dua baris peserta kursus sedang menikmati hidangan makan tengah hari.
Sirih Pulang ke Gagang / Buku Teks m/s 22
1. Ibu bapa Imran berasa sangat gembira setelah Imran pulang ke tanah air semula kerana
mereka sangat rindu akan Imran yang sudah 10 tahun tidak berjumpa.
2. Pada pendapat saya, Imran pulang ke kampung untuk berbakti kepada masyarakat di
kampungnya.
3. Imran membuka pusat latihan di kampung untuk membantu anak-anak muda dalam bidang
teknologi maklumat dan mekanik.
4. Sambutan penduduk kampung terhadap usaha Imran sangat menggalakkan.
Setelah 10 tahun bekerja di Australia, Imran pulang untuk menabur bakti di kampungnya.
Kepulangan beliau disambut dengan gembira oleh ibu bapanya. Mereka menunggu Imran di
persimpangan Jalan Mawar.
Pada suatu hari, Imran melawat di sekitar kampungnya, iaitu Kampung Malim. Beliau berasa
kecewa kerana tiada sebarang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak muda di situ.
Beliau mengambil keputusan untuk membantu anak-anak muda kampungnya. Lantas, beliau
telah pergi ke Pejabat Penghulu Mukim Taiping. Mereka pun berbincang tentang perkara itu dengan
Tuk Penghulu . Mereka mengambil keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan bagi melatih
anak-anak muda di kampung itu dalam bidang teknologi maklumat dan mekanik.
Akhirnya, anak-anak muda kampung Imran berjaya mendapat pekerjaan sebagai mekanik di
kilang motosikal Modenas. Penduduk kampung berasa bangga dengan hasil usaha Imran.
Tema 2 : Kesihatan dan Kebersihan
Kesihatan dan Kebersihan / Buku Teks m/s 23
Rangkap 1 - Kita haruslah sentiasa menjaga kesihatan kerana virus tidak boleh nampak dan
bergerak secara senyap untuk merosakkan kesihatan kita.
Rangkap 2 - Kita perlulah sentaias menjaga kebersihan, mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berwajib.
Rangkap 3 - Kita hendaklah merehatkan minda dengan melihat keindahan tumbuhan dan
melupakan segala masalah dan sentiasa menghargai diri.
Imunisasi / Buku Teks m/s 24 & 25
Farisha : Imunisasi ialah satu proses pembentukan imuniti. Proses ini dilakukan menerusi
pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi. Cara ini bagi meningkatkan daya
ketahanan terhadap penyakit.
Farisha : Imunisasi penting kepada semua golongan kerana imunisasi melindungi diri,
keluarga dan komuniti daripada jangkitan penyakit yang berbahaya seperti polio,
hepatitis B, batuk kering dan sebagainya. Saya bersetuju dengan pengambilan imunisasi
untuk mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya.
Farisha : Saya memilih untuk mengambil imunisasi di hospital kerajaan kerana saya boleh
mendapatkannya secara percuma.
Ibarat Musuh Dalam Selimut / Buku Teks m/s 26
Perkataan Maksud
Virus sejenis kuman yang lebih halus daripada
bakteria yang boleh menyebabkan penyakit
kepada manusia, haiwan atau tumbuhan.
Jangkitan kejadian penyakit dan sebagainya yang berjangkit
Akut penyakit yang muncul dengan tiba-tiba, teruk
keadaannya dan singkat tempohnya.
Gejala tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, alamat,
petanda
Polio penyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh
sejenis virus yang boleh mengakibatkan
pesakitnya mengalami kelumpuhan
terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Saraf tisu badan
Rubini : Penjagaan kuku ada beberapa cara , iaitu pastikan kita menjaga kebersihan kuku,
membersihkan kuku, memotong kuku dan membuat rawatan kuku.
Cikgu : Kita tidak boleh berkongsi pengetip kuku kerana bakteria yang terdapat pada
pengetip kuku itu akan merebak kepada orang lain.
Farisha : Kita mesti menjaga kuku kita agar sentiasa pendek dan bersih supaya kita tidak
mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh bakteria.
Farisha : Penyakit yang berpunca daripada kuku yang kotor ialah cirit-birit,
Farisha : Ciri-ciri pelitup muka untuk mengelakkan penyakit berjangkit mestilah dapat
melindungi diri daripada partikel halus yang berada di udara. Selain itu,
kekemasannya perlu ketat. Mempunyai penapisan perlindungan terhadap 95 peratus
partikel
udara yang halus dan besar.
Farisha : Saya akan memilih pelitup muka N95 kerana ciri-cirinya lebih baik dan dapat
melindungi 95 peratus partikel halus dan besar di udara.
Hilangkan Nafas Berbau / Buku Teks m/s 33
Suatu hari, Sang Pijat mendengar bunyi bising. Sang Pijat keluar dari semak. Si Pijat mendapati
ramai kanak-kanak bermain.
Sang Pijat merayap keluar dan terus ke bahagian kaki seorang kanak-kanak bernama
Aidil. Sang Pijat menghisap darah Aidil. Sang Pijat Apabila sampai di rumah, Aidil baring di
atas tilam katil. Sang Pijat keluar dan bergerak di atas tilam. Tidak lama kemudian, Sang Pijat
bertelur dengan banyaknya. Sang Pijat mudah membiak.
Aidil mengalami kegatalan pada badan. Ibu Aidil melihat banyak pijat di atas tilam katil.
Ibu Aidil mengambil penyembur racun pijat dan menyemburnya pada Sang Pijat.
Akhirnya, Sang Pijat pun mati. Telur-telur pijat turur musnah.
Encik Farid berpesan kepada keluarganya agar memakai pakaian yang sesuai semasa
pergi ke hospital. Pada mulanya, Farisha tidak dibenarkan masuk kerana usianya di bawah 12
tahun. Encik Farid memohon kebenaran dan akhirnya Farisha dibenarkan masuk.
Farisha ternampak datuknya sedang berehat di katil hospital. Dia tersenyum riang. Farisha
sekeluarga mencuci tangan sebelum berjumpa datuknya.
Datuk Farisha iaitu, Encik Osman berbual rancak dengan Encik Farid dan keluarganya.
Apabila waktu melawat telah tamat, Farisha dan keluarganya bersalaman dengan datuknya sebelum
balik. Farisha gembira kerana dapat berjumpa dengan datuknya. Selepas keluar dari wad, Farisha
sekeluarga mencuci tangan.
Tindakan Semasa Jerebu / Buku Teks m/s 36
1. Farisha memakai baju yang berwarna putih dan nipis untuk mengurangkan
kepanasan semasa jerebu.
2. Adik Farisha memakai baju yang tebal dan berwarna hitam semasa bermain bola
di tengah panas.
3. Ayah melarang abang melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan
udara menjadi panas.
4. Farisha dan keluarganya berasa selesa berada di dalam rumah kerana udara yang nyaman.
5. Farisha pandai bermain catur bersama keluarganya.
6. Ibu Farisha membasuh muka dengan air bersih supaya segar.
7. Farisha kerap minum air kosong supaya badannya sihat dan cergas.
Shu Fen : Ketawa boleh melindungi jantung dan mengurangkan sikap agresif kita kerana
ketawa bertindak sebagai terapi yang menyihatkan dan menceriakan hidup.
Farisha : Terapi ketawa dapat meningkatkan tahap kesihatan kita kerana udara akan
keluar dari paru-paru ketika kita menarik nafas. Ketawa yang berulang akan
menjadikan kita lebih bertenaga kerana oksigen yang baharu akan masuk ke
dalam paru-parukita. Kita juga akan rasa lebih tenang.
Cerialah Sahabatku / Buku Teks m/s 38 & 39
Rumusan : Kita mestilah sentiasa mengambil berat rakan-rakan kita yang mempunyai masalah.
Draf :
Isi 2 - Kesihatan mental yang baik dapat mengekalkan hidup harmoni. Kita juga dapat
menyumabngkan tenaga dalam aktiviti masyarakat.
Isi 3 - Gangguan kesihatan mental disebabkan oleh masalah keluarga, tekanan hidup
dan masalah kewangan.
Isi 4 - Langkah-langkah menjaga kesihatan mental adalah mengamalkan pemakanan
seimbang dan sihat. Sentiasa bersenam dan menerima cabaran dengan
minda terbuka.
Penutup – Kesihatan mental yang baik menjadikan hidup kita cergas dan sihat.
Kesihatan Mental / Buku Teks m/s 40 & 41
Menulis Karangan :
Isi 2
Kesihatan mental amat perlu dijaga. Kesihatan mental yang baik kan menghasilkan kualiti hidup yang
baik. Seseorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang harmoni dengan menyumbangkan tenaga
dan menyertai aktiviti masyarakat yang dijalankan.
Isi 3
Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya
termasuklah masalah keluarga, tekanan hidup dan masalah kewangan.
Isi 4
Namun demikian, gangguan mental boleh diatasi dengan cara mengamalkan pemakanan
yang seimbang dan sihat. Seterusnya, kita mestilah melakukan senaman dan sentiasa
menerima cabaran dengan minda terbuka.
Penutup
Kesimpulannya, kesihatan mental yang baik akan menghasilkan hidup yang cergas dan sihat.
Kata Adjektif
gembira lama kasih rapat
awal bimbang dekat hampir
risau penat sejenak cegas
Ayat
1. Farisha sekeluarga gembira kerana dapat bercuti bersama-sama.
2. Mereka bertolak awal pagi kerana perjalanan mereka sangat jauh.
3. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Perjalanan ke sana terlalu lama.
4. Encik Farid berasa mengantuk. Ibu bimbang melihat keadaan ayah.
5. Encik Farid mengambil keputusan berhenti rehat di hentian rehat.
Tindakan ini sebagai kasih beliau akan keselamatan keluarga.
6. Encik Farid meletakkan kereta dekat dengan tenpat rehat dan rawat.
7. Farisha duduk rapat dengan ibu manakala kakak duduk hampir dengan ibu.
8. Farisha risau mereka akan lewat sampai.
Farisha : Ya, saya bersetuju supya pengunjung dan peniaga sedar akan tanggungjawab
menjaga kebersihan.
Farisha : Cara yang lebih berkesan adalah dengan penyediaan tong sampah bagi
memudahlan orang ramai membuang sampah secara terus.
Rumusan :
Senaman ringan dapat memberikan kesegaran dan menghilangkan lenguh dan sakit
di bahagian sendi kerana duduk terlalu lama.
Splin / Buku Teks m/s 45
Draf
Isi 2
Kumpulan 1 mengandungi karbohidrat yang menjadi sumber tenaga dan
membekalkan tenaga kepada kita. Tubuh badan kita sentiasa sihat
dan mencerdaskan minda
Isi 3
Kumpulan 2 terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini mengandungi
vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh kita.
Kumpulan 3 pula ialah makanan yang mengandungi protein dan kalsium. Makanan dalam
kumpulan ini membantu menguatkan tulang dan otot
Isi 4
Kumpulan 4 terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam . Makanan ini perlu diambil dalam
kuantiti sedikit kerana pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan tubuh dan
menjadi punca penyakit.
Penutup
Kita perlulah menjaga amalan pemakanan dengan utamakan makanan sihat.
Makanan Sihat Minda Cerdas / Buku Teks m/s 46
Pidato
Makanan Sihat Minda Cerdas
Yang saya hormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan saya. Pada pagi
ini, saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Makanan Sihat Minda Cerdas”.
Afifi ; Ya, ayah. Antara tempat tersebut termasuklah di ruang tamu. Perabot mestilah disusun
dengan rapinya supaya memudahkan pergerakan datuk. Selain itu, di tangga pula,
perlu pasang selusur tangan supaya datuk dapat memegangnya semasa hendak
naik atau turun tangga.
Afifi : Di bilik tidur pula, ketinggian katil dan ketebalan tilam hendaklah sesuai kerana
tilam yang tinggi boleh menyebabkan datuk jatuh. Seterusnya, di tandas mestilah
dipasang besi pemegang dan pelapik lantai . Pemegang untuk memudahkan
datuk bangun setelah menggunakan tandas. Manakala pelapik lantai pula bagi
mengelakkan datuk tergelincir.
Afifi : Sekiranya kita tidak cakna akan keselamatan warga emas di rumah, mereka mungkin
akan berasa tidak selesa dan mudah ditimpa sebarang kemalangan atau
kecederaan.
Keselamatan Makanan ketika Banjir / Buku Teks m/s 49
Maklumat 1 - Elakkan makan makanan yang telah tercemar dengan air banjir
Maklumat 2 - Elakkan pengambilan makanan yang tidak disimpan di dalam bekas
yang bertutup rapat.
Maklumat 3 - Pastikan makanan di dalam tin tidak rosak.
Maklumat 4 - Basuh tempat penyediaan makanan dan peralatan makanan sebelum
menggunakannya.
Maklumat 5 - Minum air bersih yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
Rumusan :
Kita mestilah memastikan makanan yang hendak dimakan ketika banjir selamat daripada
sebarang pencemaran supaya kesihatan kita tidak terjejas.
Siap Siaga Sebelum Tidur / Buku Teks m/s 50 & 51
Draf
Isi 1 - Ibu kunci pintu pagar. Azrul dan Afifi pula memeriksa serta mengunci semua tingkap dan
jeriji boleh laras. Mereka pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.
Isi 2 - Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Mereka melayari media sosial. Ibu mengingatkan
mereka akan pesanan ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan
ibu bapa dan status lokasi di dalam media sosial. Ini boleh mengundang penceroboh.
Isi 3 - Afifi terpandang telefon. Afifi teringat ayahnya berpesan agar tidak tidur bersama
telefon yang dicas. Afifi mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya
di atas almari. Telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon
meletup dan terbakar.
Penutup - Ibu memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak serta mematuhi
arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini Azrul dan Azizi
boleh tidur dengan tenang dan selamat.
Siap Siaga Sebelum Tidur / Buku Teks m/s 50 & 51
Jam menunjukkan 8.00 malam. Ibu kunci pintu pagar. Manakala Azrul dan
Afifi pula memeriksa dan mengunci semua tingkap dan jeriji boleh laras. Mereka
pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.
Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Sebelum tidur mereka melayari media
sosial. Pada awalnya, mereka ingin berkongsi maklumat di media sosial tentang
ketiadaan bapa mereka di rumah tetapi ibu telah mengingatkan mereka akan pesanan
ayah. Ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan ibu bapa dan status lokasi.
Perbuatan ini boleh mengundang penceroboh.
Ketika Afifi hendak mematikan suis lampu, dia terpandang telefonnya yang sedang
dicas. Afifi teringat, ayahnya juga berpesan agar tidak tidur bersama telefon yang dicas.
Oleh itu, Afifi telah mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya di atas almari
kerana telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon meletup dan terbakar.
Ibu tersenyum dan memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak.
Mereka juga mematuhi arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini, Azrul
dan Afifi boleh tidur dengan tenang dan selamat.
Gambar 1
Tidak membuat bising ketika berada di dalam hutan. Tindakan tersebut boleh
menarik perhatian binatang liar. Kamu juga hendaklah memegang ranting yang
keras bagi melindungi diri jika perlu.
Gambar 2
Lihat di tanah, jika ada lekuk tapak kaki manusia. Ikut lekik-lekuk itu perlahan-lahan.
Usah gopoh dalam perjalanan kamu.
Gambar 3
Perhatikan sekeliling kamu dan dengar secara jelas jika ada deruan air sungai.
Ikut akiran sungai. Berhati-hatilah dengan tanah yang tidak rata.
Afifi : Basikal perlulah kita senggara selalu agar basikal kita sentiasa
dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Afifi : Cara tersebut dapat memastikan rantai sentiasa elok dan seterusnya melancarkan
roda berpusing. Jika rantai berkarat, roda tidak dapat berpusing dengan baik.
Tinesh : Jika semua komponen itu tidak diselenggara dengan baik, basikal akan cepat
rosak dan tidak selamat digunakan. Selain itu, boleh menyebabkan berlaku
kemalangan kerana kita tidak dapat mengawal basikal dengan baiknya.
Sebab-sebab berlaku :
-kecuaian dan sikap leka pengguna yang mengabaikan peringatan daripada pihak berkuasa.
Langkah-langkah Keselamatan :
- sentiasa beringat dan prihatin
- tidak mendedahlan barang yang boleh menarik minat peragut.
- tidak berada di tempat sunyi bersendirian
Rumusannya : Kes ragut berlaku akibat kelalaian mangsa yang tidak peka akan
keselamatan diri dan harta benda. Kes ragut boleh diatasi jika
pengguna mempunyai sikap bertanggungjawab dan sentiasa
beringat akan keselamatan diri.
Utamakan Keselamatan / Buku Teks m/s 58
Draf ;
Isi 1 - Beliau menasihati pengguna supaya sentiasa berhati-hati. Menurut beliau,
eskalator ini merupakan tangga bergerak yang diperbuat daripada besi. Eskalator
juga mempunyai motor dan rantai. Eskalator merupakan kemudahan awam untuk
keselesaan pergerakan.
Isi 3 - Beliau juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab pemilik eskalator agar
menyenggarakannya mengikut jadual. Jurutera yang bertauliah hendaklah
memastikan tiada anak tangga yang rosak dan suis kecemasan berfungsi dengan
baiknya.
Penutup - Akhir sekali, beliau menaruh harapan agar pengguna sentiasa menghargai
kemudahan awam yang disediakan dengan menggunakannya secara berhemah.
Keselamatan di Eskalator / Buku Teks m/s 58
Karangan Berita
JOHOR BAHRU ; 15 Ogos - Pasar Raya Hemat telah melancarkan Kempen Keselamatan di Eskalator
pada pagi tadi. Kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya penggunaan
eskalator secara selamat. Kempen ini dirasmikan oleh Encik Abdul Karim bin Ishak, Ketua Balai, Balai
Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
Beliau menasihati pengguna supaya sentiasa berhati-hati. Menurut beliau, eskalator ini
merupakan tangga bergerak yang diperbuat daripada besi. Eskalator juga mempunyai motor dan
rantai. Eskalator merupakan kemudahan awam untuk keselesaan pergerakan.
Pengguna mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan eskalator. Pengguna juga hendaklah
mematuhi garisan sempadan tangga semasa menggunakannya.Gunalah eskalator dengan betul tanpa
merosakkannya.
Beliau juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab pemilik eskalator agar
menyenggarakannya mengikut jadual. Jurutera yang bertauliah hendaklah memastikan tiada anak
tangga yang rosak dan suis kecemasan berfungsi dengan baiknya.
Akhir sekali, beliau menaruh harapan agar pengguna sentiasa menghargai kemudahan awam
yang disediakan dengan menggunakannya secara berhemah.
Aku ialah sebuah eskalator. Aku diperbuat daripada besi. Diriku bermotor dan berantai bagi
menggerakkan badanku. Aku boleh bergerak dari aras ke aras. Diriku memudahkan pengguna
terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak.
Aku dilengkapi alat keselamatan supaya pengguna sentiasa selamat menggunakan aku.
Di badan aku, ada suis kecemasan yang akan digunakan apabila berlaku kecemasan ketika
pengguna menggunakan aku. Di badan aku juga, mempunyai pengesan automatik. Alat ini
digunakan bagi mengesan kemalangan atau kerosakan pada diriku. Di tepi badan aku, ditampal
pula maklumat keselamatan untuk panduan pengguna.
Adalah menjadi tanggungjawab pengguna supaya aku sentiasa selamat digunakan. Selain itu,
pengguna juga mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan aku. Gunalah diriku dengan
berhemah dan tidak merosakkannya. Jika aku rosak, aku tidaklah dapat membnatu pengguna
bergerak dar aras ke aras.
Selain itu, tuan aku juga mestilah bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatanku.
Diriku mestilah selalu disenggara secara berkala. Hal ini untuk memastikan tiada kompenan diriku
yang rosak. Selain itu, tuanku juga mestilah memastikan suis kecemasanku dapat berfungsi
dengan baiknya.
Aku amat gembira kerana dapat berbakti kepada orang ramai. Aku berharap agar dapat
terus berkhidmat kepada masyarakat dan pengguna dapat menghargai diriku.
Awasi Gerak-gerimu / Buku Teks m/s 60
Encik Nazri memandu tidak terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Beliau agak bimbang
jika pemandu tersebut membrek secara mengejut , beliau tidak sempat untukmembrek kerana jalan
licin sangat . Afifi risau sungguh . Cuaca pula makin gelap.Pelihatan Encik Nazri kurang jelas kerana
kabus amat tebal. Afifi meminta ayahnya memasang lampu kecemasan. Ayahnya memberitahu
bahawa lampu tersebut hanya digunakan semasa kecemasan. Encik Nazri berhenti di hentian rehat
dan rawat bagi mengelakkan kemalangan. Beliau letih benar . Beliau memakai baju sejuk kerana
suasana sejuk betul.
Kata Penguat
makin kurang betul
sangat terlalu benar
agak sekali sungguh
Waspada Arus Karau / Buku Teks m/s 62
Ayah : Ya , Afifi, Azrul. Kamu bukan sahaja perlu tahu berenang, kamu juga harus mendengar
taklimat keselamatan semasa berenang. Dalam taklimat tersebut, kamu dapat belajar
tentang teknik berenang dengan betulnya. Apabila sudah cekap, barulah kamu boleh
berenang dengan selamatnya. Sewaktu berenang, kamu mesti dipantau oleh
pengawal pantai. Mungkin sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku, pengawal
tersebut boleh membantu. Akhir sekali, kamu patut peka akan situasi di laut. Pernah
terjadi arus karau dan masih berbahaya kepada orang ramai.
Afifi mengikuti Encik Nazri ke Wisma Kencana. Encik Nazri ingin berjumpa dengan rakannya di
aras 14. Mereka memasuki lif lalu menekan butang lif untuk ke tingkat 14. Apabila lif tiba di
tingkat 14, pintu lif itu tidak terbuka. Encik Nazri teringat akan larangan yang terdapat dalam
poster di pintu masuk lif tadi.
Encik Nazri menekan butang kecemasan lalu menghubungi bilik kawalan. Beliau
mengingatkan orang-orang yang terperangkap di dalam lif itu agar tidak panik. Beliau juga meminta
mereka duduk dengan tenangnya.
Tidak lama kemudian, pintu lif itu berjaya dibuka oleh anggota bomba dan penyelamat.
Akhirnya, mereka berjaya keluar dari lif dengan selamatnya.
Anggota bomba dan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazri
kerana telah bertindak bijak. Encik Nazri pula memuji anggota bomba dan penyelamat yang
bertugas penuh dedikasi. Beliau sungguh bangga dengan sikap mereka.
1. Kit kecemasan kenderaan perlu ada di dalam sesebuah kenderaan untuk membantu pemandu
sekiranya berlaku sesuatu kecemasan ketika dalam perjalanan.
2. Tindakan yang dilakukan oleh Encik Razali ketika menolong mangsa kemalangan ialah
dengan menggunakan jek untuk mengeluarkan motosikal dari bawah kereta. Selain itu,
Encik Razali juga memakai jaket pantulan cahaya dan meletakkan segi tiga keselamatan
di bahagian belakang kereta.
3. 12 barang – payung / perkakas pelbagai guna / segi tiga keselamatan / kabel pelompat /
tayar simpanan dan alat penukar tayar / air / pemadam api kecil /
jaket keselamatan pantulan cahaya / pengecas telefon bimbit / lampu suluh
dan bateri tambahan / peti pertolongan cemas / tukul keselamatan pelbagai guna
Draf
Isi 1
Encik Teong memandu ke tempat kerjanya. Pandangan kabur kerana keadaan cuaca yang
berjerebu. Beliau memasang lampu supaya dapat melihat dengan jelas
Isi 2
Encik Teong menaikkan semua tingkap cermin keretanya. Beliau memasang penyaman udara
sambil mengekalkan fokus pemanduan
Isi 3
Semasa memandu, Encik Teong menjarakkan keretanya dengan kenderaan di hadapan.
Beliau memandu secara perlahan untuk mengelakkan perlanggaran
Penutup
Akhirnya, Encik Teong selamat tiba di tempat kerja. Amalan pemanduan berhemah semasa musim
jerebu dapat mengelakkan beliau daripada kemalangan.
Cuaca jerebu sedang melanda negeri Melaka. Semua pemandu dinasihati agar berhati-hati ketika
memandu. Pemandu mestilah mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.
Pagi itu, Encik Teong memandu ke tempat kerjanya. Beliau mendapati pandangannya kabur
kerana keadaan cuaca yang berjerebu. Beliau memasang lampu supaya dapat melihat dengan
jelasnya.
Encik Teong juga menaikkan semua tingkap cermin keretanya. Beliau memasang penyaman
udara. Tindakan ini bagi mengelakkan cermin hadapan menjadi kabur dan mengganggu pemanduan.
Encik Teong dapat mengekalkan fokus pemanduan. Beliau memandu dengan berhati-hati.
Semasa memandu, Encik Teong menjarakkan keretanya dengan kenderaan di hadapan.
Beliau memandu secara perlahan untuk mengelakkan perlanggaran sekiranya kereta di hadapan
membrek secara mengejut.
Akhirnya, Encik Teong selamat tiba di tempat kerja. Amalan pemanduan berhemah semasa
musim jerebu dapat mengelakkan beliau daripada kemalangan.
Simpan dengan Selamatnya / Buku Teks m/s 69
Puan Maznah : Bahan-bahan makanan kering ini hendaklah diuruskan dengan baiknya.
Kita mestilah mengamalkan penyimpanan yang selamat.
Puan Maznah : Bahan-bahan kering tidak boleh diletakkan di atas lantai dan disimpan
bercampur dengan bahan-bahan kimia bagi mengelakkan barangan ini
rosak dan memudaratkan kesihatan apabila dimakan.
Sofea : Adakah barang-barang kering ini akan cepat rosak jika tidak disimpan
dengan baiknya.
Keselamatan Semua / Buku Teks m/s 70
Rumusan :
Penumpang dan pemandu e-panggilan mestilah tahu dan cakna akan tanggungjawab
dan keselamatan ketika memberi dan menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.
Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, Tinesh sekeluarga berhenti di hentian rehat dan
rawat. Tinesh mendapati bahawa agak ramai orang di situ. Ada yang mahu makan dan berehat di
pondok-pondok rehat.
“ Ramai benar orang berhenti rehat di sini, ayah,” kata Tinesh.
“ Ya, Tinesh. Mereka mungkin dalam perjalanan pulang. Ada yang telah melalui perjalanan
yang sangat jauh dan mereka terlalu penat,” jelas Encik Ravin.
“ Oh, patutlah ramai sekali yang berhenti rehat !” kata Tinesh.
“ Ramai pemandu sedar akan larangan tidur di dalam kereta dengan enjin
yang masih hidup. Perbuatan ini amat berisiko kerana mengundang bahaya yang tidak dijangka.
Tindakan mereka adalah bijak kerana berhenti rehat di pondok rehat sambil mengambil udara segar
di sini,” jelas Encik Ravin.
“ Mengapakah perbuatan tidur di dalam kereta bahaya, ayah ?” tanya Tinesh.
“ Jika berlaku kebocoran gas daripada ekzos, kita tidak akan sedar.
Hal ini disebabkan gas karbon monoksida tiada bau dan warna. Gas ini tidak dapat kita amati.
Gas karbon monoksida ialah gas beracun yang boleh menyebabkan kerosakan organ dan boleh
membunuh. Oleh itu, elakkan perbuatan tersebut. Amalkan langkah keselamatan
dan jangan ambil ringan,” jelas Encik Ravin.
Kata penguat :
- agak - sekali - amat
- terlalu - benar - sangat
Gambar 3 & 4
Detik perpaduan berlaku semasa aktivit kemasyarakatan yang disertai oleh rakyat
pelbagai kaum. Misalnya, dalam majlis gotong-royong penduduk dan aktiviti
kawalan keselamatan di kawasan perumahan.
Gambar 5 & 6
Detik perpaduan juga berlaku apabila pemain berbilang kaum yang bertanding dalam
acara sukan dengan bekerjasama berjuang bagi kemenangan. Selain itu, penyokong
tanpa mengira kaum pula Bersatu memberikan sokongan padu bagi menaikkan martabat
Malaysia.
Gambar 7 & 8
Di sekolah, detik perpaduan berlaku semasa murid-murid pelbagai kaum bekerjasama erat
dalam satu kumpulan semasa aktiviti pembelajaran ataupun aktiviti kokurikulum di dalam
dan di luar bilik darjah.
Detik Perpaduan / Buku Teks m/s 74 & 75
Dialog
Farisha : Kisah detik perpaduan di Malaysia yang saya tonton ialah Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, aktiviti bergotong-royong dan kawalan keselamatan
yang melibatkan pelbagai kaum, pemain bola sepak dan atlet negara serta murid-
murid sekolah pelbagai bangsa.
Farisha : Kita perlu memupuk perpaduan kerana semangat perpaduan perlu kekal
subur untuk menjamin penduduk di Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup
harmoni dan saling menghormati.
Farisha : Selain peristiwa dalam video, perpaduan boleh terjalin semasa aktiviti kebudayaan
masyarakat majmuk, semasa sambutan hari kebesaran negara atau semasa
aktivit majlis keraian seperti majlis jemputan kenduri perkahwinan.
2, Dalam ucapannya, beliau berharap agar rakyat Malaysia berasa megah atas kejayaan yang
dicapai oleh negara ini, serta yakin berapa banyak lagi kejayaan akan dicapai hasil semangat
hidup persaudaraan antara satu sama lain.
Kem Perkhemahan Muhibah / Buku Teks m/s 78
Penggunaan Kata
salah betul
tetangga tetamu
pautan jalinan
kaku tegak
kuntum buah
menjamah menjamu
laungan dendangan
Peribahasa Maksud
1. langkah kanan bernasib baik
2. manis mulut pandai berkata-kata
3. halwa mata pertunjukan atau tontonan yang mengasyikkan
4. bagaikan pinang dibelah dua pasangan yang sama cantik dan sepadan
antara satu sama lain
5. rajin macam semut orang yang rajin bekerja
6. maufakat membawa berkat perkara yang dilakukan secara persetujuan
semua pihak akan mendatangkan kebaikan
7. lancar seperti air bergerak dengan pantas tanpa halangan
8. bulat air kerana pembetung, sebulat suara kerana maufakat
bulat kata kerana maufakat
9. berbesar hati bangga, megah
10. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan
seluruh pasukan atau masyarakat bersatu hati
dan berpegang teguh antara satu sama lain.
11. minta diri memohon diizinkan pergi
12. tanda mata hadiah yang diberi sebagai tanda kenang-
kenangan
13. hati terbuka ikhlas
14. mengikut resmi padi. makin berisi semakin berilmu / tinggi pangkat semakin
makin menunduk merendahkan diri ( tidak sombong)
Indahnya Kemesraan / Buku Teks m/s 79
Gambar 1
- Persembahan tarian zapin menjadi halwa mata untuk tetamu yang hadir
. Gambar 2
- Pasangan pengantin yang cantik bagaikan pinang dibelah dua bersanding di pelamin.
Gambar 3
- Sebelum pulang, tetamu diberikan bunga telur sebagai tanda mata.
Kita Tetap Bersahabat / Buku Teks m/s 80
A
- memeriahkan - diwarisi
- bersalaman - diraikan
- kekitaan - mensyukuri
- perkembangan - persaudaraan
B
Imbuhan Apitan
menceritakan menjiwai mengelakkan
perpaduan penyertaan perpecahan
pertandingan melibatkan bersalaman
kebudayaan memeriahkan bermaafan
melahirkan bertoleransi kekitaan
kelihatan diraikan diwarisi
perkembangan mensyukuri persaudaraan
Farisha : Terima kasih, puan. Kami menghargai ingatan dan pesanan puan. Kami akan
bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kami akan menghormati
pihak lawan, meraikan kepelbagaian kaum dalam pasukan dan mematuhi
undang-undang. Kami tidak akan bersengketa dalam pertandingan.
Rubini : Baiklah , Farisha. Puan Suria berpesan agar kita berbahasa dengan baik dan
tidak menyakiti hati pihak lain semasa bermain. Selain itu, kita mesti meraikan
kepelbagaian kaum dalam pasukan dan menghormati pihak lawan serta mematuhi
undang-undang dalam permainan. Sebaik-baiknya, kita perlu bersalaman dengan
pengadil dan pihak lawan dengan wajah yang manis dan ceria.
1. Bubur lambuk ini dinamakan “Bubur Lambuk Perpaduan” kerana baik dari penyediaan
bahan masakan sehinggalah pengagihan bubur itu semuanya dibuat secara
bergotong-royong, tidak mengira agama, bangsa dan kaum.
2. Bubur lambuk ini dimasak di Balai Raya Kampung Seri Cempaka.
3. Pak Osman mendapat sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan atau wang daripada
penduduk kampung.
4. a) beras
b) santan
c) sayur
d) lauk/ayam/daging/ikan bilis
5. Pada pendapat saya, program ini patut diteruskan setiap tahun. Program yang diadakan
ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat.
Program ini juga bukan sahaja eratkan perpaduan , tetapi semangat setiakawan juga
terjalin.
Mengait Bersama-sama / Buku Teks m/s 84
Rubini : Syair tadi menceritakan perpaduan di Malaysia yang sentiasa kukuh dan harmoni.
Penyair menyarankan agar menjadikan kawan pelbagai kaum sebagai saudara yang
perlu dibantu. Selain itu, penyair berharap agar semua kaum saling menghormati,
saling mempercayai dan bersopan santun. Penyair juga berharap agar seni budaya
pelbagai bangsa sentiasa dipelihara.
Shu Fen : Rumusan keseluruhan isi syair ialah kita mestilah mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Kita patut mengamalkan sikap
harmoni dan saling menghormati di samping meraikan perayaan kaum dan
keunikan budaya.
Kelab Rukun Negara / Buku Teks m/s 86
Farisha : Baiklah, cikgu. Aktiviti Bulan Sukan Negara adalah untuk menerapkan semangat
perpaduan dalam masyarakat. Penyertaannya untuk semua golongan masyarakat
pelbagai kaum di pelbagai lokasi. Aktivitinya bersifat santai dan mesra.
Farisha : Perpaduan wujud apabila perbezaan warna kulit dan kaum serta status kehidupan
diketepikan dan mereka sama-sama bersukan dengan penuh harmoni, santai
dan mesra sama ada di kampung atau di bandar.
Farisha : Pada pendapat saya, banyak faedah yang kita peroleh daripada kunjungan ke
karnival ini. Kita dapat meningkatkan semangat muhibah dan perpaduan kaum
di Malaysia, menanam sikap tolenrasi dan mengenali seni budaya dari kaum
lain yang unik di Malaysia.
Maksud Rangkap 2
Amalan menghargai dan meraikan seni budaya dan bersikap jati diri serta beradab sopan
hendaklah diamalkan setiap masa.
Maksud Rangkap 3
Walaupun di mana-mana sahaja kita berada, kita hendaklah memahami akan budaya kaum
lain yang menjadi lambing kemegahan negara.
Maksud Rangkap 4
Budaya kita, bahasa kita sentiasa menyatukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Penggunaan kata
salah betul
penghuni pemain
terpisah terbahagi
perbicaraan pertandingan
jam waktu
ditimbang diadili
berselerak bersurai
1. Rumah terbuka dapat memupuk perpaduan kaum dengan merayakankan perayaan itu
bersama-sama.
2. Rumah terbuka mendapat sambutan apabila setiap kali diadakan kerana pelbagai
kaum dapat mengetahui adat dan budaya masing-masing.
Afifi : Pada pendapat saya, program jati diri penting kepada generasi muda kerana
program tersebut dapat melahirkan insan yang mempunyai semangat cinta
akan negara.
Kai Jun : Jika kita tidak mempunyai jati diri yang kukuh, kita akan mudah terpengaruh oleh
budaya asing yang tidak baik. Melahirkan individu yang tidak berdisiplin, rosak
nilai murninya dan tidak saying akan bangsa dan negara.
Sofea : Pada pandangan saya, murid-murid perlu disemaikan dengan jati diri yang
kukuh sejak kecil lagi kerana mereka dapat mengamalkan disiplin diri terpuji,
memiliki kesedaran sivik yang tinggi dan saying akan negara.
Tinesh : Menurut pandangan saya, program lain yang sesuai untuk membentuk jati diri
ialah kursus kepimpinan kepada murid-murid, kem bina insan dan kem motivasi.
Warisan Pantun / Buku Teks m/s 99
Perkataan Maksud
jati diri teras dan lambing keperibadian sesuatu bangsa
warisan pusaka, sesuatu peninggalan yang diwarisi
budaya tamadun, peradaban
tradisional kebiasaan, amalan yang kekal turun -temurun
bangsa kaum, keturunan
budi sifat atau perbuatan baik
dipromosikan diperkenalkan
aspirasi keinginan yang kuat, cita-cita
identiti sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang
global seluruh dunia, sejagat
1. Malim gunung, Mohd Ridzuan tidak mahu dianggap sebagai wira kerana menganggap
sumbangannya itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota
keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.
2. Negara mengiktiraf jasa dan bakti beliau dengan menobatkannya sebagai
ikon kebanggaan negara.
3. Pada pendapat saya, imej Malaysia dipandang tinggi dimata dunia dengan sikap
sanggup berkorban beliau itu.
4. Sumbangan malim gunung terhadap pembangunan negara ialah membantu industri
pelancongan negara.
5. Pengajaran daripada kisah di atas ialah kita mestilah sanggup berkorban nyawa demi
negara tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Murid Misali / Buku Teks m/s 101
Bina ayat,
1. Sikap ringan tulang menjadikann Akif senang didekati oleh rakan-rakannya.
2. Setelah dia berjaya menjadi pegawai , Shukri telah lupa daratan asal usulnya .
3. En Daud makan gaji di sebuah syarikat perkapalan.
4. Farid ada hati untuk memikat gadis jelita itu.
5. Perbuatannya itu telah menjadi buah mulut orang kampung.
6. Keluarga Sakinah menerima kedatangan kami sekeluarga dengan tangan terbuka.
Unit 14 Sayangi Malaysia
Lawatan Patriotik / Buku Teks m/s 103
Afifi : Sudah , ayah. Maklumat dan gambar yang diberikan sungguh jelas dan
menarik serta mudah kami fahami.
Azrul : Izinkan abang memberi pandangan. Kita tidak boleh pergi ke lokasi-lokasi itu
secara serentak. Kita sepatutnya ke Istana Negara untuk melihat mercu
kebanggaan rakyat. Kemudian, kita akan ke Tugu Negara yang dijadikan
kenangan pengorbanan perajurit yang merupakan pejuang keamanan.
Asnita : Pada pendapat kakak, baik juga kita ke Melaka untuk melihat pameran
bahan dan artifak yang dipamerkan. Lagipun, perjalanan kita dari Johor ke
Kuala Lumpur, kitab oleh berhenti rehat di Melaka dahulu.
Afifi : Pada pendapat adik, kitab oleh sahaja melawat ketiga-tiga tempat itu. Lagi pula,
adik akan mendapat banyak maklumat tentang sejarah negara di sana.
Encik Nazri : Baiklah, anak-anak. Ayah bangga kerana kamu semua berminat ke lokasi
bersejarah itu kerana lawatan ke sana dapat menaikkan semangat patriotik
kamu semua. Walau bagimanapun, keputusan ayah ialah kita akan ke
Kuala Lumpur dahulu kemudian semasa balik kita singgah di Melaka. Alasan
ayah ialah kamu mesti dibawa ke semua lokasi itu. Lagipun Melaka elok dilawati
pada hari perjalanan balik kerana kitab oleh berehat lama di sana agar
banyak tempat bersejarah yang lain boleh kita lawati.
Kai Jun ; Ada beberapa pilihan tajuk dan perinciannya seperti Jalur Gemilang, iaitu
tentang cara menghormati Jalur Gemilang dan memartabatkan penggunaan
Jalur Gemilang. Seterusnya, tajuk Tokoh di Hatiku, iaitu tentang tokoh sukan
dan tokoh budaya. Selain itu, tajuk tentang Demi Negara Tercinta, iaitu tentang
tanggungjawab sebagai pekerja. Akhir sekali, Sayangi Malaysiaku, iaitu
tentang nilai kebersihan dan perpaduan.
Tinesh : Benar, Kai Jun. Saya berpendapat bahawa tajuk tentang Jalur Gemilang sesuai
kerana kisah itu boleh divideokan semasa aktivit kita di sekolah dan semasa
sambutan Bulan Kemerdekaan sekarang. Kita akan mendapat banyak bahannya
di situ. Semua itu akan memudahkan kerja kita.
Afifi : Oleh itu, kita sepakat memilih tajuk Jalur Gemilang sebagai video untuk
dihantar ke Pertandingan Video Patriotik itu nanti. Terima kasih semua.
Moga kita berjaya.
Awang seorang budak yang cerdik dan kreatif. Walaupun baru berusia 11 tahun, dia suka meneroka
bidang sains penyiasatan. Sikapnya itu menarik minat seorang Profesor Azlan. Beliau telah menguji
bahan kajiannya terhadap Awang. Hasilnya sungguh menakjubkan. Awang kini mempunyai kuasa luar
biasa. Dia boleh mengintip maklumat rahsia dengan kuasa pendengaran dan kecekapan minda
dalam teknologi maklumat.
Pada suatu hari, Profesor Azlan meminta Awang menyelesaikan misi khas bagi negaranya.
Awang akur demi menjaga keselamatan negara daripada pengkhianat ekonomi negara. Walaupun
dia tidak mengangkat senjata seperti prajurit di perbatasan, dia ingin menggunakan kelebihan diri
membanteras musuh negara. Misi Awang membantu pihak berkuasa menghalang kes penyeludupan.
Jika tidak dibenteras, ekonomi negara akan lumpuh.
Awang dan Profesor Azlan menuju ke pelabuhan. Di sana, mereka menyamar sebagai nelayan.
Dengan kuasa yang ada, Awang dapat mencuri maklumat penting dengan cara mengintip
dengar perbualan telefon dan mesyuarat rahsia penyeludup. Dengan peralatan komputer yang
canggih, Awang dapat mengakses transaksi rahsia penyeludupan Internet.
Dengan sistem telekomunikasi yang baik, Awang menyalurkan maklumat kepada pihak
berkuasa. Walaupun dia sedar bahaya yang dihadapinya, dia sanggup berkorban demi negara.
Kes penyeludupan itu akhirnya berjaya dibanteras. Profesor Azlan dan Awang menghlangkan
diri dan meneruskan misi mereka yang lain.
- tokoh-tokoh
- cantic-cantik
- gambar-gambar
- lagu-lagu
Bina Ayat
1. Dedawai pagar yang memagari sekolah dicat dengan warna putih dan merah.
2. Pada hari raya, saudara-mara mengadakan aktiviti kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
3. Kakak mengambil gambar di lapangan terbang untuk dijadikan kenang-kenangan
sebelum berlepas ke London.
4. Bangunan pejabat itu diwarnakan kebiru-biruan mengikut warna pada Jalur Gemilang.
5. Bebenang skru pada basikal itu telah haus.
6. Kita haruslah bantu membantu antara satu sama lain.
Unit 15 : Keranamu Malaysia
Bahasa Asas Kewarganegaraan / Buku Teks m/s 109
Afifi : Kedudukan bahasa Melayu di negara kita dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan
dan digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
Kai Jun : Bahasa Kebangsaan digunakan dalam sistem Pendidikan kerana bahasa Melayu
telah terbukti sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi yang berkesan
oleh semua kaum di Malaysia.
Tinesh : Pada pendapat saya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menunjukkan
identiti bangsa Malaysia. Sesiapa yang bertutur akan menunjukkan jati diri yang
baik sebagai rakyat yang cinta akan tanah air.
Rumusan :
Warga emas patut dihargai dan mendapat layanan istimewa kerana golongan ini pernah
menjadi warga yang mencurah bakti kepada negara. Keberadaan warga emas patut dibela
dan disayangi kerana semua warga patut mendapat haknya di negara sendiri.
Rangkap 3 (korus)
Semangat sehati sepasukan
Berjuang dalam rintangan
Kita hebat kitalah juara
Mengharum nama negara
Bina Ayat :
1. Amin dan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara mereka.
2. Tindak-tanduk lelaki itu amat mencurigai sekali.
3. Ahmad terpaksa berulang-alik dari hospital untuk mejaga ibunya yang sakit.
4. Pak Dolah tahu akan selok-belok jalan di kampungnya.
5. Keindahan gunung-ganang sepanjang perjalanan kami begitu terpesona sekali.
6. Bukit-bukau itu telah diterokai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sofea : Pada pendapat saya, amalan menghormati dan menghayati lagu Negaraku akan
dapat melahirkan murid yang berdisiplin. Selain itu, akan mewujudkan perasaan cinta
akan tanah air dan murid juga tidak mudah terdorong kepada gejala yang
merosakkan diri.
Sofea ; Murid dapat menghormati tiga elemen itu dengan mengamalkan pengukuhannya
dalam aktiviti pendidikan di sekolah, amalan harian dan mempunyai semangat
jati diri yang kuat.
Rumusan :
Kita perlu mempunyai semangat patriotik akan tanah air kita. Banyak cara yang boleh
dilakukan untuk menunjukkan semangat patriotik ini. Antaranya, bekerja gigih untuk mengharumkan
nama negara dalam pelbagai bidang.
Selain itu, kita mestilah berusaha untuk menempah kejayaan dalam pertandingan dan
sukan pada peringkat antarabangsa. Kita juga patut membaca buku-buku yang berkaitan
dengan tokoh dan pejuang negara.
Akhir sekali, kita hendaklah memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara
dengan menghayati lambing negara dan mengenang jasa perajurit negara yang telah
berkorban nyawa.
Bertuahnya Aku / Buku Teks m/s 117
Bina Ayat :
Saya memilih acara Boria Jiwa Warganegara kerana saya dapat menyampaikan mesej
tentang semangat cinta akan negara, perpaduan dan nilai murni semasa membuat
persembahan. Selain itu, temanya yang mudah dan ramai murid boleh menyertainya
dalam satu kumpulan.
Sekumpulan penghuni rumah taman yang diketuai oleh Fadli merancang untuk membina
mural tokoh-tokoh patriotik negara di dinding bangunan dewan serbaguna. Rancangan mereka
cuba diporak-perandakan oleh budak-budak nakal. Suatu petang, di bebalai, kejadian mereka
dikesan oleh kamera litar tertutup. Dengan mengamalkan semangat bantu-membantu
kerja mereka dapat disiapkan dan puak-puak yang jahat dihukum oleh pihak berkuasa.
Tema 6 : Sains , Teknologi dan Inovasi
Haiwan Sekeliling Kita / Buku Teks m/s 120
Farisha : Haiwan-haiwan itu akan menggunakan ciri dan tingkah laku khas. Misalnya,
kura-kura memasukkan badan ke dalam cengkerang. Tenggiling pula
menggunakan sisik kerasnya untuk melindungi badannya daripada
kecederaan. Manakala landak mempertahankan dirinya dengan duri tajam.
Sumpah-sumpah pula menyembunyikan diri dengan penyamaran.
Farisha : Ciri dan tingkah laku khas penting bagi haiwan kerana haiwan tersebut dapat
melindungi badan, kecederaan, mempertahankan dan menyembunyikan diri
daripada musuh serta mengekalkan kemandirian haiwan di alam sekitar.
Rubini : Ciri dan tingkah laku khas haiwan yang lain seperti kerbau yang menggunakan
tanduk yang tajam untuk menakutkan musuh, melawan dan mempertahankan
dirinya. Burung helang pula menggunakan kukunya yang tajam. Mana kala
ular dan kala jengking mengeluarkan bias untuk memberikan amaran
kepada musuh.
1. Gerhana Matahari Cincin berlaku apabila kedudukan bulan di antara bumi dengan matahari
berada pada posisi jauh dari bumi.
2. Kita boleh saksikan fenomena ini di Malaysia, iaitu di di Tanjung Piai, Johor dan di
Serian serta Samarahan, Sarawak.
3. Gerhana Matahari Cincin telah menyebabkan fenomena air pasang besar di pantai barat
dan perubahan keadaan terang pada siang hari kepada keadaan gelap seperti senja.
4. Kita memerlukan cermin mata khas untuk melihat gerhana ini kerana sinaran terus
matahari sangat terang dan berbahaya.
Pertandingan Roket Air / Buku Teks m/s 122
Pernyataan Draf
kategori pertama Kategori pertama pembentangan selama 10
- pembentangan 10 minit minit. Pihak juri melakukan penilaian. Penilaian
- melakukan penilaian berdasarkan kemahiran pembentangan, bersoal
- kemahiran pembentangan, bersoal jawab, jawab, kefahaman hukum sains serta kreativiti
kefahaman hukum sains, kreativiti dan inovasi dan inovasi.
Pertandingan roket air kini telah dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dalam Karnival Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pertandingan roket air ini untuk mendedahkan murid
tentang aktiviti bertemakan angkasa. Biasanya, tiga kategori dipertandingkan iaitu pembentangan,
roket air sasaraan dan roket air payung terjun.
Bagi kategori pertama ialah pembentangan hasil kerja. Pembentangan berlangsung selama 10
minit. Panel juri akan melakukan penilaian berdasarkan kemahiran pembentangan, sesi bersoal jawab,
kefahaman hukum sains serta aspek kreativiti dan inovasi.
Seterusnya, untuk penilaian kategori yang kedua ialah pertandingan roket air sasaran. Dalam
kategori inin, peserta perlu menyasarkan roket ke tanda yang berjarak 80 meter dari tapak pelepasan.
Peserta hendaklah memastikan paras air, tekanan udara dan sudut pelancaran roket sebelum
melancarkannya.
Acara terakhir ialah kategori ketiga iaitu pertandingan roket air payung terjun. Roket ini perlu
membawa telur sintetik 60 gram sebagai beban. Catatan roket yang paling lama berada di udara
diambil kira. Peserta perlu memastikan paras air dan tekanan udara mencukupi sebelum melancarkan
roket.
Sebelum berakhir, keputusan pertandingan diadakan. Pertandingan ini menjadi landasan untuk
murid memanfaatkan pengetahuan sains dan teknologi di luar bilik darjah. Apatah lagi, ilmu ini
berkaitan dengan pemikiran kreatif dan inovatif murid.
Pertandingan Roket Air / Buku Teks m/s 123
Pada 22 hingga 23 Jun 2021 yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri
Melaka di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur. Seramai 50 orang peserta telah mengambill bahagian
dalam acara ini. Objektif acara ini adalah untuk memberikan pendedahan ilmu sains dan teknologi,
khususnya bidang sains angkasa, kepada murid. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu
pembentangan, roket air sasaran dan roket air payung terjun.
Aktiviti bagi kategori pertama ialah pembentangan kumpulan selama 10 minit. Panel juri akan
melakukan penilaian berdasarkan kemahiran pembentangan, sesi bersoal jawab, kefahaman hukum
sains serta kreativiti dan inovasi.
Seterusnya, peserta ke kawasan padang bagi kategori kedua iaitu roket air sasaran. Dalam
acara ini, peserta perlu menyasarkan tanda jarak 80 meter dari tapak pelepasan roket. Peserta
hendaklah memastikan paras air, tekanan udara dan sudut pelancaran roket sebelum
melancarkannya. Penilaian dibuat berdasarkan jarak luncuran. Penonton sangat teruja ketika
menyaksikan acara kategori ini.
Acara terakhir ialah roket air payung terjun. Roket ini perlu membawa telur sintetik 60 gram
sebagai beban. Catatan roket yang paling lama berada di udara diambil kira. Peserta perlu
memastikan paras air dan tekanan udara mencukupi sebelum melancarkan roket.
Sebelum berakhir, keputusan pertandingan telah diumumkan oleh pihak juri. Bakat kreatif
peserta terserlah semasa pertandingan ini. Pertandingan tersebut berlansung dengan jayanya.
Usaha Ahli Sains / Buku Teks m/s 124
Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat
teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat
tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan
gambar dari udara.
Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron
digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.
Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron
digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan
oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.
Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
Imbasan melalui mata membolehkan mesin membaca 30 titik sudut mata mereka dan data
disimpan. Seterusnya, data akan dikemas kini ke dalam sistem kehadiran.
Mesin Imbas wajah merekodkan maklumat masa, kehadiran dengan tepat dan cepat dan
tidak menimbulkan masalah bacaan data murid.
Teknologi imbasan wajah juga dapat mengawal masalah didiplin kerana sistem imbas
wajah dihubungkan dengan Aplikasi Pepatih MySekolah bagi mengawal disiplin murid dan
aplikasi ini dapat dilihat oleh ibu bapa serta penjaga.
Azim : Abang ingin berkongsi maklumat tentang kelebihan teknologi imbasan wajah.
Teknologi ini dapat membantu urusan merekod kehadiran murid serta kakitangan
sekolah dengan tepat dan pantas. Sistem rekod ini mengelakkan penipuan
daripada berlaku kerana teknologi ini dihubungkan terus dengan Aplikasi Pepatih
MySekolah, iaitu aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga boleh melihat
dan memantau disiplin termasuk kehadiran anak-anak ke sekolah.
Azim : Teknologi imbasan wajah dapat mengatasi masalah disiplin seperti ketidakhadiran
murid kerana ibu bapa juga dapat memantau kehadiran dan disiplin anak-anak dari
rumah. Dengan kerjasama dan sokongan ibu bapa, disiplin murid sekolah dapat
dikawal agar murid-murid sentiasa cemerlang.
Farisha : Saya menonton dan membaca dokumentari tentang ciptaan inovasi penghadang
jalan di Malaysia. Inovasi ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Farisha : Oh, sangat menarik inovasinya, ayah ! Antara keistimewaannya termasuklah tiub
keluli dan silinder plastik mudah lentur apabila dilanggar, drum plastik tahan dan
membuatkan kereta hanya berpusing apabila dilanggar dan menyerap hentakan.
Pada waktu malam, drum kuning akan memantulkan cahaya tanda amaran kepada
pengguna jalan raya.
Perkataan Maksud
sintetik bukan daripada sumber semula jadi
kualiti mutu
inovasi sesuatu kaedah baru
efektif berkesan
teknik cara atau kaedah
kelestarian mengekalkan , tetap
kebergantungan mengharapkan
insentif galakan,
dorongan
peranan fungsi
Produk berinovasi mesin pencuci Produk berinovasi tersebut ialah mesin pencuci
pinggan mangkuk ialah tersebut pinggan mangkuk
menggosok mencuci
bijaknya pantas
Di rak antikarat, perkakasan kotor yang Dengan mesin ini, perkakasan yang kotor di
disusun elok dengan mesin ini susun elok di rak antikarat.
nilai tahap
Dapat memastikan tersingkir kuman sepenuhnya Dengan kuasa pancuran air sejuk dan air panas
kuasa pancuran dengan air sejuk dan air panas dapat memastikan kuman tersingkir sepenuhnya
Seperti sistem kunci automatik dan pengesan Ciri-ciri keselamatan seperti sistem kunci
litar pintas keselamatan ciri-ciri juga tersedia. automatik dan pengesan litar pintas juga
tersedia.
bertugas berfungsi
mengehadkan meringankan
Katil Mesra Pengguna / Buku Teks m/s 136
1. Syabas, katil inovasi ini telah mencipta sejarah apabila memenangi anugerah inovasi
pada tahun ini !
2. Oh, kelihatan kemas dan rapi sekali katil inovasi OKU rekaan tuan !
3. Eh, tidak saya sangka inovasi katil bujang ini sebenarnya banyak manfaatnya !
4. Wah, katil ini sudah siap sepenuhnya !
5. Nah, inilah hasil kerja orang tempatan yang perlu kita banggakan !
1. Pertama, minta kamu potong botol plastik dengan berhati-hati. Jangan tergopoh-gapah
apabila memotongnya.
2. Setelah botol siap dipotong, campurkan gula merah dengan air.
3. Seterusnya, tolong tambah yis ke dalam campuran air tadi bagi menghasilkan
karbon dioksida.
4. Ambil bahagian corong botol dan letakkannya secara terbalik ke dalam botol yang
mengandungi campuran tadi.
5. Minta balutkan botol plastik tadi dengan kertas hitam dengan sempurna. Letakkan
alat inovasi ini di sudut rumah yang gelap.
6. Sila tunggu dalam masa dua minggu untuk melihat hasil nyamuk yang terperangkap.
Usah terburu-buru melihat hasilnya.
salah betul
anggota ahli
jenes jenis
organek organik
mengobati mengubati
tradisiunal tradisional
institut penyelidikan dan kemajuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan
pertanian malaysia ( MARDI) Pertanian Malaysia ( MARDI)
Pesan pesan
didapat terdapat
bertanam ditanam
dimudahkan memudahkan
menjadikan menghargai
Aplikasi Internet / Buku Teks m/s 139
Sebanyak 50 peratus daripada murid kelas 5 Guru memberikan tugas yang memerlukan
Anggerik yang melayari aplikasi Internet sebagai murid-murid mencari maklumat di Internet.
sumber pembelajaran.
Peratus penggunaan aplikasi Google oleh murid Murid-murid mempunyai masa yang lebihh untuk
kelas 5 Anggerik paling tinggi, iaitu 30 peratus. melayari Internet kerana tiada kerja rumah yang
diberikan oleh guru.
Murid melayari Internet untuk pelbagai tujuan Internet mempunayi banyak kebaikan kepada
seperti mendapatkan maklumat lanjut tentang murid seperti memudahkan pembelajaran di
pelajaran, menonton video di You Tube, sekolah, namun murid perlu mengamalkan etika
menghantar dan membaca e-mel, mencari dan pandai membahagikan masa.
maklumat di Google dan mengakses sumber
pembelajaran.
Respons :
1. Pada pendapat saya, bilangan murid yang melayari Internet pada bulan Mac masih kurang
lagi dari segi peratusan kerana guru masih kurang lagi menggunakan bilik komputer. Selain
itu, murid-murid perlu belajar terlebih dahulu di kelas kerana masih pada peringkat awal
persekolahan.
2. Aplikasi pilihan saya ialah memuat turun soalan, latihan dan video pembelajaran kerana
dengan cara itu membantu saya menguasai pembelajaran dengan lebih baik serta dapat
mengulang kaji pelajaran dengan baik.
3. Internet penting semasa aktiviti pembelajaran kerana sumber maklumat di Internet pantas,
pelbagai dan interaktif serta tidak membosankan. Internet juga membantu murid mengulang
kaji dan belajar secara kendiri atau ketika menyiapkan kerja projek dan membuat rujukan
tambahan.
Cikgu : Silalah gunakan alat pengukur kemanisan buah atau refraktometer ini.
Pegawai FAMA sudah memberikan kebenaran.
Siti : Kumpulan kita akan menggunakan alat ini untuk mengukur tahap kemanisan buah
limau, mempelam, betik dan tembikai. Nah, ambil alat ini, Dewi !
Kamu mulakan dengan limau ini.
Julia : Jangan salah guna pula, Dewi. Baca aturan penggunaannya dahulu.
Kamu hanya perlu perahkan titisan limau ke atas alat itu.
Dewi : Wah, sungguh pantas sekali keputusannya !
Limau ini mempunyai tahap kemanisan dan gula yang tinggi juga.
Cikgu : Minta catatkan keputusan dan pemerhatian kamu dalam buku.
Nanti di sekolah,kita akan membuat laporan.
Siti : Oh, tidak saya sangka saintis dapat mencipta alat sebaik ini !
Macam deria rasa pula alat ini.
A Makna perkataan
Perkataan Maksud
oksigen gas untuk bernafas
canggih moden dan kompleks
moden terbaharu
robot mesin menggantikan manusia
dron pesawat ringan kawalan jauh
jentera mesin yang mengerakkan
roket alat yang diluncur ke udara
operasi menjalankan kegiatan
1. a. pertanian
b. bantuan kemanusiaan
c. meteorologi
d. telekomunikasi maklumat
2. Dalam bidang pertanian, imej satelit digunakan untuk meningkatkan penghasilan dan
mengurangkan kos. Data imej satelit digunakan oleh perancang, pembuat dasar dan
petani moden bagi membuat keputusan yang berkesan.
3. Dalam menangani isu bantuan kemanusiaan , satelit membantu dalam penyampaian
maklumat geografi yang tepat untuk saluran bantuan di kawasan yng terpencil dan rumit.
4. Satelit dalam bidang komunikasi merupakan satu daripada medium pertukaran maklumat
ke seluruh dunia. Melaluinya, liputan yang luas di antar dua kawasan yang jauh di muka
bumi dapat dihubungkan.
5. Pada pendapat saya, satelit ini penting. Kemampuan satelit sangatlah membantu
kehidupan kita sekarang ini. Kita boeh mendapatkan dengan mudah segala informasi
dengan cepat dan pantas di seluruh dunia.
Afifi : Keistimewaan ketiga-tiga pokok ini ialah boleh membersihkan udara secara
semula jadi.
Tinesh : Pokok lidah jin dan pokok labah-labah misalnya memiliki daya serap yang sangat
tinggi terhadap gas-gas beracun yang terbebas di udara. Pokok pakis boston pula
mampu membersihkan dan melembapkan udara sekitar.
Danish : Saya suka kaedah penanaman terarium kerana senang untuk dijaga tanpa perlu
menyiram selalu. Selain itu, tanaman terarium boleh dijadikan hiasan di dalam
bilik tidur saya dan mampu menjadi terapi minda. Dengan itu, saya memilih
kaedah penanaman terarium.
Tinesh : Saya pula suka kaedah tanaman bunga di halaman rumah kerana boleh memanfaatkan
ruang kosong di sekitar rumah. Selain itu, halaman rumah saya juga kelihatan
menarik. Dengan itu, saya memilih kaedah penanaman bunga di dalam pasu.
Peribahasa Maksud
ambil angin walau bagaimanapun kelebihan di
negara orang,tetap negeri sendiri
lebih baik lagi.
sepoi-sepoi bahasa hubungan antara kedua-dua pihak
yang sangat akrab.
ambil peluang menghirup udara yang nyaman
hujan emas di negeri orang, perlahan-lahan atau lemah lembut
hujan batu di negeri sendiri
ramai macam semut menggunakan kesempatan yang
ada
bagai isi dengan kuku tidak bekerja
Rumusan :
Kita sepatutnya bersama-sama menjaga alam sekitar supaya hidupan liar tidak terancam.
Kita perlu memelihara kelestarian alam sekitar untuk melindungi habitat Badak Sumbu Sumatera.
Kita juga berharap agar Badak Sumbu Sumatera tetap terpelihara.
Ayat Pasif :
1. Mentol lampu cekap tenaga juga digunakan oleh pihak kami.
2. Penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan.
3. Tetamu digalakkan berbasikal ke sesuatu destinasi yang berdekatan.
4. Dengan cara ini, pencemaran udara dapat kita kurangkan.
5. Kedatangan pelancong hijau dapat kita tingkatkan.
Ayat Pasif :
Penjimatan penggunaan air disarankan oleh pihak hotel hijau kepada pelanggannya.
Tuala dan cadar ditukar oleh pelanggan apabila perlu sahaja. Selain itu, tadahan air hujan
juga digunakan hotel untuk simbahan tandas. Usaha pelestarian alam ini mestilah kita
sokong.
Pasar Lestari / Buku Teks m/s 151
Sofea : Cara lain untuk menjaga kebersihan di pasar basah adalah dengan tidak membuang
sisa makanan dan sampah di merata-rata tempat, menggunakan beg mesra alam
dan mengasingkan sisa-sisa buangan.
Afifi : Boleh, Danish. Mula-mula, sisa makanan dikumpulkan. Kemudian, sisa-sisa tersebut
akan dibawa ke kilang memproses. Selepas itu, sisa-sisa makanan akan diproses
untuk dijadikan baja organik.
Jom Kitar, Kumpul dan Tukar / Buku Teks m/s 152 & 153
1. Program Kumpul dan Tukar Barangan Kitar Semula merupakan program pengumpulan
barangan kitar semula dengan tawaran tebus barangan eksklusif.
2. Antara barangan yang boleh dikitar semula ialah kertas, plastik,dan juga logam.
3. Tujuan kempen ini diadakan
a. menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semual.
b. memberikan kesedaran tentang kepentingan melestarikan alam.
c. menjalankan aktiviti kitar semula secara santai
4. Pada pendapat saya, kempen seperti ini amat patut dijalankan. Dengan inisiatif ini, pengunjung
dapat menzahirkan perasaan cinta akan alam dengan aktiviti yang berkonsepkan keseronokan.
Syair ini berkisahkan tentang sunagi yang terpelihara. Airnya yang jernih hingga muara menarik
minat orang ramai. Haiwan seperti ikan, buaya, udang dan memerang bebas membuat sarang
dan mencari makanan di bawah pancaran cahaya matahari.
Tumbuhan yang hidup di tebing sungai sentiasa segar dan nyaman. Pengunjung dapat
merakamkan keindahan alam yang boleh membawa ketenangan fikiran dan keselesaan hidup.
Manusia hendaklah menjaga sungai kerana sungai merupakan sumber air minuman
dan pertanian ialah khazanah yang tidak ternilai.
Situasi 1
Ayat Aktif
1. Saya akan menyampaikan ceramah tentang e-sisa mudah alih.
2. Program ini adalah untuk memberikan kita kesedaran tentang kepentingan pelupusan
e-sisa mudah alih secara mesra alam.
3. Kompenan berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan akan terhindar.
4. Kita perlu berikrar untuk menjaga alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran.
Ayat Pasif
1. Telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan aksesorinya perlu dikitar semula dengan
cara yang betul.
2. E-sisa mudah alih ini perlu kita serahkan kepada pengumpul.
3. Selain itu, kita juga digalakkan untuk membaik pulih peranti mudah alih secara selamat.
4. Dengan amalan ini, aktiviti perlombingan bahan baharu dapat kita kurangkan.
Situasi 2
1. Afifi dan rakan-rakannya mendengar ceramah tentang e-sisa mudah alih daripada pegawai.
2. Afifi bangun dan bertanya soalan kepada pegawai tersebut.
3. Penerangan tentang program e-sisa mudah alif difahami oleh Afifi.
UNIT 21- Teknologi Hijau
Pilihan Terbaik / Buku Teks m/s 157
Afifi ; Kereta elektrik sesuai untuk keluarga kita kerana kereta itu tidak menggunakan
petrol, tidak membebaskan gas karbon dioksida, kos penyenggaraan rendah
dan lebih senyap.
Afifi : Jika ramai orang menggunakan kereta elektrik, pencemaran udara akan berkurangan
dan kita mampu melstarikan ala mini.
1. Tujuan penulis menulis surat kepada sahabatnya adalah untuk menceritakan tentang
pengalamannya bersama keluarga bercuti di Long Liwak, Baram, Miri, Sarawak.
2. Perjalanan penulis untuk sampai ke Long Liwok mengambil masa kira-kira enam jam.
Penulis melalui jalan balak dengan pancuan empat roda dan menempuh cabaran
terutama di lereng-lereng bukit yang curam.
3. Tenaga solar ialah tenaga semula jadi daripada cahaya matahari yang dapat menjanakan
kuasa elektrik.
4. Antara kebaikan tenaga solar kepada penduduk setempat ialah membolehkan anak-anak
menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam, boleh menyimpan makanan di dalam peti
sejuk, dan juga membuat kerja-kerja kraf tangan pada waktu malam.
menjimatkan mengurangkan
penggunaan pelepasan gas
tenaga elektrik rumah hijau
menggalakkan menjimatkan
penggunaan teknologi penggunaan tenaga
hijau elektrik
Afifi : Pada pendapat saya , penggunaan lampu jalan LED sangat baik kerana lampu tersebut
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Selain itu, cahaya lampu LED lebih terang
berbanding dengan lampu jalan biasa.
Pemasangan lampu jalan LED ini akan memudahkan penduduk kampung menggunakan
jalan raya pada waktu malam. Kos penyenggaraannya juga dapat dikurangkan.
Penggunaan lampu jalan LED dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
kerana lampu tersebut dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Dengan itu, kelestarian alam akan sentiasa terpelihara.
Tenaga Alternatif / Buku Teks m/s 161
Rangkap 2
Air sungai yang mengalir ke hilir dapat dibuat empangan bagi menghasilkan tenaga
elektrik dengan menggunakan turbin.
Rangkap 3
Kincir angina yang berpusing ligat mudah untuk menghasilkan tenaga elektrik
tanpa menjejaskan kelestarian alam.
Rangkap 4
Panel solar mampu menyerapkan cahaya matahari untuk diolah dan disimpan bagi
menghasilkan tenaga elektrik.
Rangkap 5
Penyajak menyeru penduduk dunia agar menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya
demi menjaga kelestarian alam.
Ayat Aktif
1. Afifi mencuci tangan di singki.
2. Afifi melihat alat pengering tangan berada pada dinding tandas.
3. Afifi menghulurkan tangan pada alat pengering tangan itu.
4. Tangan Afifi menjadi kering setelah menggunakan alat pengering tangan.
5. Afifi berjanji tidak akan menggunakan tisu lagi selepas ini.
6. Penebangan hutan akan terpelihara jika kita kurang menggunakan kertas.
Pada suatu hari, Afifi dan keluarganya beriadah di Taman Botani. Semasa di sana, Afifi dan
abangnya menuju ke tandas. Afifi terus mencuci tangan di singki. Afifi terpandang alat
pengering tangan. Afifi menghulurkan tangan pada alat pengering tangan. Tangan Afifi
menjadi kering. Afifi berjanji pada dirinya tidak akan menggunakan tisu lagi. Afifi menceritakan
kepada abangnya bahawa hutan terpelihara apabila kita mengurangkan penggunaan tisu.
Sungai Nadi Kehidupan / Buku Teks m/s 164
Ke hadapan sahabatku, Jason, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Pada
pendapat saya ,pihak berkuasa telah berusaha untuk memulihara sungai - sungai di
negara ini. Selain itu, keadaan kedua-dua sungai tersebut banyak berubah sekarang.
Indeks kualiti air bersih di sungai-sungai itu telah mencapai ke tahap membanggakan.
Pada masa ini, kedua-dua sungai tersebut telah menjadi daya tarikan baharu bagi
pelancong di Kuala Lumpur. Pelancong berpeluang untuk menikmati keindahan
pantulan cahaya lampu neon dan pancutan air di tengah-tengah sungai.
Afifi ; Ya, saya akan mengikuti pasukan pengkaji alam tersebut kerana banyak ilmu
pengetahuan yang akan saya peroleh.
Afifi : Saya tidak akan bersetuju sama sekali jika dibina lombong arang batu di sana.
Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pelombongan akan merosakkan
alam sekitar. Lembangan Maliau akan tercemar dan ekosistemnya akan
musnah.
Penilaian A
Afifi : Kita boleh menyelamatkan bumi dengan cara melestarikan sekolah, berjimat
dalam penggunaan tenaga elektrik dan bersama-sama mengitar semula
bahan terbuang.
Afifi : Kebaikan mengumpul dan mengguna semula bahan buangan ialah kita dapat
mengurangkan pembuangan sampah dan kerosakan alam.
Penilaian B
Poster Sajak
malam kita
bergelap
Selamatkan
teknologi sekolah
BumI Kita
hijau lestari
kurangkan
kerosakkan
alam
Selamatkan Bumi Kita / Buku Teks m/s 166
Rumusan :
Bagi menyelamatkan bumi, kita perlu mengurangkan perbuatan yang boleh merosakkan
alam. Selain itu, kita perlu menggunakan teknologi hijau dalam sebarang aktiviti.
Program 60 Minit Tanpa Cahaya Lampu memerlukan kita bergelap pada waktu
malam untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Sekolah Lestari juga merupakan satu
usaha untuk mendidik murid-murid agar menyayangi alam sekitar.
C
Ayat susunan biasa
Farisha ; Pada pandangan saya, amalan-amalan yang kamu semua lakukan ini memang
baik untuk membantu keluarga berjimat. Perbuatan memberikan kasut yang
masih elok kepada adik, menanam sendiri sayur-sayuran, berkongsi kereta dengan
jiran tetangga dan membawa bekal ke sekolah memang patut kita amalkan.
Dengan cara ini, ekonomi keluarga kita akan lebih baik.
Farisha ; Saya ingin mengikut semua amalan yang kamu lakukan kerana amalan-amalan
tersebut sangat abaik dan berfaedah untuk saya sekeluarga.
Respons :
Pada pendapat saya, urusan jual beli menggunakan e-dompet memudahkan penjual dan
pembeli. Orang ramai perlu menggunakan dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.
Penjenayah
menggunakan akaun Pemilik akaun
bank kita boleh didakwa
1. Pemilik akaun keldai ialah orang yang menggunakan akaun orang lain untuk transaksi
kewangan secara tidak sah dan menyalahi undang-undang.
2. Kesan terhadap pemilik akaun keldai ialah mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman
penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya, akaun bank akan disekat, tidak boleh membuat
sebarang transaksi perbankan.
3. Masih ramai pemilik akaun yang menjadi mangsa akaun keldai tanpa disedari kerana
tidak berhati-hati dan mudah percaya akan tawaran wang serta mendedahkan maklumat
peribadi perbankan.
4. Pada pendapat saya, kita dapat menyedarkan orang ramai agar tidak menjadi pemilik
akaun keldai dengan menyalurkan maklumat melalui media massa, media sosial dan
media elektronik.
Petikan 4
Setiap awal tahun, kita mungkin memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kelengkapan
persekolahan yang wajib dibeli ialah pakaian seragam, alat tulis dan buku. Kelengkapan
persekolahan ini adalah untuk memudahkan anak-anak belajar. Oleh itu, simpanan ini
amat penting sekali bagi yang telah merancang perbelanjaan.
Penggunaan pelanggan
media sosial lebih ramai
pelanggan terdiri
mengedarkan Promosi daripada warga sekolah
risalah
pelanggan terdiri
memasang daripada penduduk
gegantung sekitar
Irfan : Pada pendapat saya, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosikan
produk jualan kita ialah penggunaan media sosial kerana mampu menyebarkan
promosi kepada pelanggan dengan lebih pantas.
Shu Fen : Pada pendapat saya, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosi
produk jualan kita adalah dengan mengedarkan risalah kepada semua warga
sekolah kerana sasaran pelanggan kita ialah warga sekolah.
Amira ; Pada pendapat saya pula, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosi
produk jualan kita adalah dengan memasang gegantung di hadapan sekolah
supaya penduduk sekitar tahu tentang karnival keusahawanan yang akan kita
adakan nanti.
Perkataan Maksud
1. tempahan sesuatu yang ditempah,pesanan
2. trend arah aliran ; perkembangan rentetan kejadian
3. jiran orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang
tetangga
4. meningkat 1. menginjak untuk naik ke atas
2. mencapai tingkat
5. permintaan 1. perihal (perbuatan)
2. sesuatu yang diminta,pertolongan
6. membantu memberikan pertolongan
7. pembungkusan pembuatan (proses) membungkus
8. media sosial media - alat atau perantara komunikasi
sosial - segala hal yang berkaitan dengan masyarakat
9. promosi segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau
mempertingkatkan jualan barang
10. perkhidmatan kerja (usaha, kemudahan, dan lain-lain) untuk kebajikan
( keperluan,kepentingan orang ramai )
11. berusaha bekerja dengan giat ; berikhtiar dengan sedaya upaya untuk
mencapai kemajuan
12. ejen orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain ;wakil
dalam urusan jual beliatau dalamperdagangan ;wakil penjual
Usahawan Salai / Buku Teks m/s 175
lauk-pauk sedap
Pernyataan Draf
- Amira Amira sangat suka ikan pelaga. Ayahnya
- sepasang ikan pelaga membelikan sepasang ikan pelaga.
Amira sangat sukan ikan pelaga. Ayahnya telah membelikan Amira sepasang ikan laga. Amira berasa
sungguh gembira. Hobi Amira bermain-main dengan ikan pelaga tersebut.
Ayah dan abang Aiman memasang rak akuarium di hadapan rumah mereka. Amira dan ibunya
memberi ikan pelaga makanan dan membersihkan air dalam akuarium. Ikan pelaga Amira
membiak dengan cepatnya.
Bilangan ikan pelaga belaan Amira semakin banyak. Amira mengambil gambar ikan-ikan pelaga
itu dan memuat naiknya ke pelbagai media sosial.
Keluarga Amira tidak menyangka bahawa ramai peminat ikan pelaga menghubungi Amira.
Mereka ingin membeli koleksi ikan pelaga milik Amira. Amira menjual ikan-ikan pelaga tersebut
dengan harga yang berpatutan.
Sejak itu, barulah Amira sedar bahawa hobinya itu mendatangkan rezeki. Dia berharap agar
dapat menjadi usahawan ikan hiasan suatu hari nanti.
Kompang Lima Beradik / Buku Teks m/s 177
Kata Berimbuhan
Awalan Akhiran
didengar paluan
beradik gerakan
terkenal nyanyian
berformasi tepukan
teratur pujian
mencuri tempahan
membuat hiburan
diterima undangan
menuntut harapan
mengurus bayaran
berjaya amalkan
pemain jamuan
berusaha kumpulan
tumpuan
contohi
Bina Ayat
* murid membina ayat menggunakan mana-mana kata imbuhan.
1. Pencuri itu telah mencuri di sebuah rumah yang terletak di hujung kampung.
2. Mak Siti menerima tempahan makanan dari sebuah syarikat.
3. Jika kita rajin berusaha, kita pasti berjaya.
4. Pemain yang tinggi itu terpaksa dibawa keluar kerana mengalami kecederaan.
5. Salmiah telah diterima bekerja di syarikat besar di bandar.
6. Tetamu memberikan tepukan gemuruh ketika pasukan budaya mempersembahkan tarian.
7. Alisya menerima pujian daripada gurunya kerana berjaya menjawab soalan yang susah itu.
Farisha : Bagi saya semua galeri di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dapat
menambah pengetahuan kita tentang pendidikan kewangan. Yang menarik
perhatian saya ialah galeri kanak-kanak. Galeri tersebut menyediakan
permainan interaktif simpan, belanja dan kongsi. Selain itu, pengunjung dapat
mengetahui pendidikan kewangan, meneroka terowong RM 1 juta dan mencipta
wang kertas sendiri.
Farisha : Pada pendapat saya, kaedah sentuh lebih berkesan untuk mengenal pasti
ketulenan wang kerta Malaysia berbanding kaedah yang lain. Dengan itu,
saya memilih kaedah sentuh.
Amira : Saya pula memilih kaedah lihat. Kaedah ini memerlukan saya melihat wang
kertas dengan berlatarbelakangkan cahaya. Potret tanda bayang Yang di-Pertuan
Agong tiga dimensi , tanda dan tingkap pandang telus.
1. Kebaikan menyimpan wang di bank ialah kita akan mendapat faedah simpanan
pada setiap tahun. Menyimpan wang di bank juga lebih selamat dan terjamin.
2. Cara yang selamat untuk membawa wang ialah dengan menyimpannya di dalam
saku atau dompet.
3. Nilai murni yang ditunjukkan oleh Farisha ialah berjimat cermat dan pandai
mengurus kewangannya.
Farisha : Pada pendapat saya, program seperti ini dapat mendidik murid-murid untuk
berjimat cermat dan mengamalkan sikap suka menabung demi masa hadapan.
Irfan ; Encik Osman dianggap usahawan kreatif kerana beliau melakukan kajian
inovasi untuk menghasilakan nasi dagang sejuk beku.
Irfan : Keistimewaan nasi dagang sejuk beku keluaran Encik Osman ialah
nasi dagang ini dapat disimpan dalam tempoh yang lama tetapi masih
terasa seperti baru dimasak dan masih menepati cita rasa ramuan asli.
Imran ; Ya, saya akan mengesyorkan nasi dagang ini kepada pengembara kerana
nasi dagang ini dapat disimpan dalam tempoh yang lama, senang dibawa
dan mudah disediakan.
Irfan : Pada pendapat saya, Encik Osman dapat memajukan perniagaan beliau lagi
dengan cara menyertai ekspo atau pameran yang diadakan oleh pihak kerajaan
dan mengiklankan produk keluarannya menggunakan pelbagai media sosial serta
membuka cawangan nasi dagang sejuk beku ini di seluruh negara.
Sedapnya Nira Kurma / Buku Teks m/s 188
1. kegigihan - kesungguhan atau keteguhan berpegang pada pendapat atau fikiran sendiri.
2. usahawan - orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan
3. berbaloi - padan atau seimbang dengan sesuatu yang sepayutnya.
4. sambutan – perhatian yang diberikan terhadap sesuatu hal
5. pengusaha – oaring yang mengusahakan sesuatu badan perusahaan.
6. permintaan – perbuatan atau hal meminta ; permohonan
7. hasil – sesuatu yang diperoleh daripada sesuatu usaha; pendapatan ; perolehan;
8. nira – air yang disadap daripada mayang kelapa atau daripada mayang enau dan biasanya
dibuat gula , tuak
9. menampung – menerima dan mengurus sesuatu
10. menghasilkan – mendatangkan hasil ; mengeluarkan hasil bagi manfaat.
11. cuka – cairan yang masam rasanya.
12. perniagaan – urusan berjual beli untuk mencari keuntungan ; perdagangan
13. dipasarkan – dijual
14. pelanggan – pembeli atau pengguna perkhidmatan yang disediakan
15. produk – sesuatu barang, perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kilang, atau
ditawarkan oleh institusi
B
1. Sikap usahawan yang berjaya ialah gigih dan berani dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Keistimewaan perusahaan nira kurma yang dijalankan oleh Encik Mohd Zain apabila
dikatakan mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit.
3. Pada pendapat saya, pengusaha perlu menanam lebih banyak pokok kurma
untuk meningkatkan keluaran nira kurma.
4. Jika saya Encik Mohd Zain, saya akan meluaskan pasaran produk nira kurma
dengan mengiklankan menggunakan pelbagai media sosial terkini dan mengeksport
ke luar negara.
C
Kata Berimbuhan Awalan Kata Berimbuhan Sisipan
1. menanam 7. bermula 1. cemerlang
2. berbaloi 8. ditanam 2. semerbak
3. mendapat 9. diperoleh
4. pengusaha 10. ditoreh
5. penyakit 11. menampung
6. pelanggan 12. tersebut
1, berketampilan
2. bertindak bijak
3. rasional
4. hormat-menghormati
2. Walaupun dalam hujan renyai, mereka bekerjasama untuk memasang khemah sehingga
siap. Afifi mengingatkan anggota kumpulannya supaya mengemaskan beg-beg yang
dibawa oleh mereka ke dalam khemah.
3. Afifi memberikan tunjuk ajar tentang cara membina gajet. Ahli kumpulannya mengucapkan
terima kasih atas tunjuk ajarnya.
4. Afifi menerima Anugerah Kadet Terbaik bagi perkhemahan ini atas dedikasi yang tingginya.
Dia memberikan tabik hormat dan menerima sijil di atas pentas dengan penuh bangga.
4. Sekiranya ada pelajar yang datang lambat lewat ke sekolah , Razi menasihati mereka
dengan sopan supaya berubah.
5. Seorang pemimpin yang baik perlulah menjaga sikap kerana dia akan menjadi suri teladan
kepada semua orang. Dia juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan sebaik mungkin.
Selain itu, sebagai pemimpin dia juga perlu sentiasa rasional dan tidak pilih kasih semasa
menjalankan tugas. Dia memberikan nasihat dan teguran terhadap rakan-rakan yang
melanggar disiplin secara berhemah.
Di samping itu, dalam masa yang sama , dia perlu berusaha dengan bersungguh-
sungguh agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Kesimpulannya, dia perlu menjadikan dirinya sebagai contoh kepada rakan-rakan
di sekolah.
Anugerah yang Bernilai / Buku Teks m/s 192
Nisa seorang murid pintar yang berumur tujuh tahun. Dia mempunyai ibu bapa yang cacat pelihatan.
Walaupun ibu bapanya dilahirkan sebagai insan istimewa, Nisa amat menyayangi mereka dengan
sepenuh hatinya.
Pada hari pertama persekolahan, Nisa membawa ibu bapanya melawat persekitaran sekolah.
Dia menceritakan keadaan sekolah tersebut kepada mereka. Dia sangat teruja dan bersemangat untuk
menimba ilmu.
Tindakan Nisa itu disedari oleh Cikgu Arni. Beliau merakam perlakuan Nisa itu. Beliau sangat
tersentuh hati dengan kecekalan murid yang sangat menyayangi ibu bapanya.
Rakaman video Nisa itu telah tular dalam media di seluruh negara. Kisah Nisa mendapat
liputan luas oleh pihak media. Wartawan telah menemu ramah ibu bapa Nisa . Menurut mereka, Nisa
memang anak yang suka berdikari dalam hidup.
Guru Besar memuji sikap Nisa semasa dalam perhimpunan. Beliau meminta murid lain
mencontohi sikapnya. Beliau mengingatkan murid-murid bahawa kekurangan bukan penghalang untuk
meluahkan rasa sayang.
Untuk pengetahuan saudara, Nisa seorang murid pintar yang berumur tujuh tahun. Dia mempunyai ibu
bapa yang cacat pelihatan. Walaupun ibu bapanya dilahirkan sebagai insan istimewa, Nisa amat
menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
Pada hari pertama persekolahan, Nisa memimpin tangan ibu dan ayahnya melawat ke
persekitaran bilik darjah dan kawasan sekolah. Dia menceritakan keadaan sekolahnya kepada mereka.
Ibu bapanya sangat teruja sambil memberikan semangat kepada Nisa agar belajar dengan tekun.
Seorang guru wanita yang kebetulan berada di situ merakamkan perlakuan Nisa. Beliau
sangat tersentuh hati dengan kecekalan Nisa menghadapi dugaan hidupnya.
Berita tentang kehidupan Nisa menjadi tular sehingga mendapat liputan pihak media. Mereka
telah menemu ramah ibu bapa Nisa dan kagum dengan sikap berdikari mereka dalam hidup.
Sewaktu perhimpunan sekolah, guru besar memuji akan sikap Nisa itu. Beliau meminta murid-
murid di sekolah itu mencontohi sikapnya. Menurut beliau, kekurangan bukanlah penghalang untuk kita
berjaya dalam pelajaran.
* Murid mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal dalam tulisan jawi.
Konti MACC.FM / Buku Teks m/s 195
Perenggan Pertama
4. Murid lain yang tekun mendengar siaran ini mencatat banyak perkara penting tentang
pendidikan integriti.
Aiman seorang murid yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan dirinya. Dia sentiasa
mematuhi saranan kerajaan untuk duduk di rumah semasa wabak COVID-19 melanda negara
kita. Di samping mematuhi jadual pembelajaran secara atas talian, dia juga membantu
rakannya dalam pembelajaran. Aiman dan keluarganya juga sangat prtihatin terhadap
golongan yang memerlukan bantuan.
Tanggungjawab Terlaksana / Buku Teks m/s 198 & 199
1. Perkara yang mengganggu fikiran Danish ialah dia tidak tahu untuk membuat pilihan
terhadap dua aktiviti serentak.
2. Danish harus mengutamakan sukan olahraga kerana sukan tersebut berpotensi
dalam mengembangkan bakatnya yang telah lama diceburi.
3. Jika saya Danish, sukan yang akan saya pilih ialah sukan olahraga kerana bidang sukan
tersebut mempunyai masa depan yang cerah.
4. Kebaikan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum ialah kita dapat mengembangkan bakat,
menimba ilmu dan berpeluang untuk mewakili sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi.
Cabarannya pula ialah apabila sesuatu aktiviti atau pertandingan tersebut dijalankan
serentak dan penting untuk disertai.
Pesan Bonda / Buku Teks m/s 201
1. Ayat pasif
Kerja sekolah diselesaikan oleh Hakim sebelum keluar bermain.
2. Ayat pasif
Aktiviti riadah lebih digemari oleh Hakim berbanding dengan bermain gajet.
3. Ayat aktif
Kita perlu mengutamakan kemudahan teknologi untuk pembelajaran.
4. Ayat aktif
Guru memuji Hakim kerana selalu bertanya jika tidak faham.
Kedai Jujur / Buku Teks m/s 203
Afifi : Kedai Jujur itu sebuah kedai jualan berkonsepkan kedai tanpa penjual. Urus niaga
di kedai itu dijalankan dengan cara merujuk senarai harga barangan. Kemudian,
masukkan wang ke dalam bekas wang mengikut harga barangan. Jika ada baki,
ambil baki mengikut jumlah sebenar. Kita perlu mengamalkan sikap jujur dan
amanah.
Afifi ; Kamu boleh menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut.
Yang penting, kamu perlu jujur.
Kai Jun ; Betul , Afifi. Kita perlu bersikap jujur kerana orang yang jujur itu sentiasa disanjung
tinggi dan dipandang mulia.
Jason Jamily : Terima kasih , kawan-kawan atas pandangan yang telah diberikan.
Setelah membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk
terus membuat ulang kaji di perpustakaan kerana di sini banyak bahan
rujukan yang boleh saya baca.
Penternak Berintegriti / Buku Teks m/s 205
Saya membatalkan tempahan kerana saya kasihan akan penumpang yang perlu
menunggu lama. Dengan berbuat demikian, penumpang boleh membuat tempahan
lain dan mendapat pemandu yang berhampiran.
Saya akan menerima tempahan itu kerana saya mempunyai sifat tanggungjawab untuk
membantunya. Saya risau jika penumpang itu tidak menemui teksi lain pada waktu puncak.
2. Lawatan itu disertai oleh guru pengiring dan para pengawas dan murid biasa.
3. Petugas parlimen menunjukkan kerusi yang disediakan untuk pelawat.
4. Kami diarahkan oleh petugas untuk duduk dengan sopannya.
5. Segala peraturan yang telah ditetapkan kami patuhi.
6. Ahli parlimen membahaskan pelbagai usul.
7. Cadangan yang dikemukakan disokong oleh semua ahli parlimen.
8. Tidak terbalas oleh rakyat akan jasa ahli parlimen yang berbakti kepada mereka.
Afifi : Kita perlu memuat turun aplikasi itu ke dalam telefon dan membeli kredit tambah
nilai untuk akaun tersebut.
Tinesh : Pada pendapat saya, sistem pembayaran ini lebih memudahkan pengguna
kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari ejen jualan kupon
medan letak kereta.
Soalan :
1. Kita perlu membayar perkhidmatan medan letak kereta kerana medan letak
kereta ialah hak bersama yang perlu disenggara.
2. Kelemahan sistem ini ialah kita tidak boleh menggunakannya jika telefon pintar
kita kehabisan bateri.
3. Pada pendapat saya, sistem ini tidak sesuai dilaksanakan di tempat-tempat tertentu
yang mempunyai masalah capaian Internet yang stabil.