Qdoc - Tips - Cinta Ahmad Mutawakkil

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad)

Pengenalan

Cerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini ditulis oleh Zainal Rashid bin Ahmad,

48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen yang digunakan

menarik perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda

bernama Ahmad Mutawakkil itu.

Tema

Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut

kemerdekaan.

Sinopsis

Ahmad Mutawakkil merupakan anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian

bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah

angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan

juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan

Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar

membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15

tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung.

Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar

daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris,

Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth kerana baginya budi dan

hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar

sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra

yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil

menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap

yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad

Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan

parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil

tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus

menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra

hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah.
Pendahuluan

Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah
Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita
menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah /
Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen,
Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima
sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi,
muka surat 100).

Watak utama
1 'Saya' : pencerita
2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang
menjenguk
3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah

Latar tempat: rumah Mak Piah


: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi
disambut oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah
kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja
kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-
gesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia
habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak
cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada.
'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi
kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.
Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir
yang mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama
bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah
menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap
(selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk
menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan
mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya'
demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi.
Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika
membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak
Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan
emosi, lalu memimpin Nana pulang ...

Perwatakan
1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana
walaupun pada hakikatnya
Nana mengabaikannya
2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh
kasih sayang
3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan
makanan di rumah
Mak Piah yang dilanda banjir

Nilai murni
1 baik hati:
2 kasih sayang
3 keprihatinan / kepekaan

Persoalan
1 Bersangka baik dalam keluarga
2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat
3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua

Pengajaran
1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga
2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat
3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Anda mungkin juga menyukai