Anda di halaman 1dari 3

Format Kajian Tindakan

1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

 Pengkaji mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sebelum ini.
Masalah ini dapat dikenal pasti melalui reaksi murid yang terlibat dalam pengajaran guru.
Cuma, pengkaji harus ingat bahawa kajian ini bertujuan memperbaiki diri pengkaji, bukan
memperbaiki kelemahan murid.

 Guru boleh juga mengkaji sesuatu kemahiran yang dia sendiri rasa kurang yakin
keberkesanannya. Contohnya, menggunakan model pengajaran konstruktivis dalam
pengajaran atau dia berasa sesuatu yang tidak kena dengan pengajarannya.

2. Isu keperihatinan

 Subtopik ini samalah peranannya dengan kajian literatur dalam penyelidikan konvensional.
Cuma tidaklah sedalam literatur tersebut. Tujuan subtopik ini adalah untuk memastikan
sejauh mana penyelidik tahu tetang teori atau konsep kemahiran yang hendak dikaji
tersebut. Contohnya, jika guru tersebut ingin mengkaji tentang model konstruktivis, beliau
seharusnya memahami tentang teori pembelajaran konstruktivis, model-model
konstruktivis, prinsip-prinsip konstruktivis dan sebagainya.

3. Objektif kajian

 Objektif kajian perlulah berfokuskan kelemahan diri sendiri yang hendak diperbaiki (bukan
memperbaiki kelemahan murid). Murid berperanan sebagai pengkaji bersama, bukan
sampel kajian.

4. Kumpulan sasaran

 Jelaskan murid yang terlibat.

5. Pelaksanaan kajian

Pelaksanaan kajian perlu mengikut fasa-fasa gelungan kajian tindakan seperti yang berikut:

 Merancang
 Melaksana
 Mencerap
 Menganalisis data dan mereflek
Gelungan 1

5.1 Merancang

 Pengkaji mencari/mengenal pasti rakan penyelidik/penyelidik bersama dalam kajian


nanti. Penyelidik bersama tersebut mungkin rakan, guru pembimbing, murid atau
sesiapa sahaja yang difikirkan dapat membantu penyelidik;

 Berbincang dengan rakan penyelidik tentang masalah diri hasil daripada refleksi
pengajaran yang lalu dan mengenal pasti masalah sebenar yang akan menjadi fokus
kajian;

 Penyelidik mengkaji literatur yang berkaitan;

 Berbincang dengan rakan penyelidik tentang pelaksanaan kajian. Di sini kedua-dua


pihak perlu bersepakat dari segi

o Masa kajian
o Murid yang terlibat
o Kemahiran focus
o Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran
o Alat bantu
o Alat yang digunakan untuk memungut data (wajib dan dijadikan lampiran
dalam laporan nanti)
o Perancangan pengajaran dan sebagainya
 Penyelidik membuat perancangan secukupnya untuk mengajar.

5.2 Melaksana

 Penyelidik mengajar seperti yang telah dirancang pada fasa 1;

 Penyelidik bersama membuat pencerapan serta mencatatkan

5.3 Mencerap

 Penyelidik bersama mencerap dan memungut data berdasarkan alat kajian yang
telah dipersetujui pada fasa 1.

5.4 Menganalisis data dan mereflek

 Data yang sudah dipungut dianalisis untuk mencari kekuatan dan kelemahnnya.
Proses ini perlu dilakukan bersama-sama dengan rakan pengkaji;

Gelungan 2, Gelungan 3 dan seterusnya

 Jika kurang berjaya, pengkaji dan rakan pengkaji perlu membuat perancangan baharu untuk
pergi ke gelungan 2.

 Proses dalam gelungan 2 ini sama dengan proses dalam gelungan 1. Kegagalan gelungan 1
mungkin datang dari pelbagai faktor seperti perancangan pengajaran yang kurang berkesan,
alat bantu yang kurang sesuai, alat memungut data kurang sesuai dan sebagainya. Perkara
ini perlu diperbetul pada fasa 1 gelungan 2. Selepas itu, pengkaji perlu melaksanakan semula
kajiannya;

 Jika sudah berjaya, kajian ini berhenti di sini.

 Jika gelungan 2 juga tidak berjaya, pengkaji harus bersiap sedia untuk pergi ke gelungan 3

6. Rumusan

 Pengkaji merumuskan kemahiran baharu yang dapat dikuasainya.

7. Kajian selanjutnya

 Biasanya, apabila satu masalah sudah diselesaikan masalah lain akan timbul. Masalah inilah
yang akan menjadi fokus dalam kajian selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai