Anda di halaman 1dari 1

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

IPG KAMPUS ILMU KHAS

PENTAKSIRAN AKHIR / UJIAN TERBUKA (OBT)


PEPERIKSAAN MEI 2021

PANDUAN KEPADA CALON

Pentaksiran Akhir merujuk kepada Ujian Terbuka (OBT) yang dijalankan secara dalam talian
menerusi platform Google Classroom.

ARAHAN DAN PERATURAN PENTAKSIRAN AKHIR

1. Calon perlu ‘join’ pelantar Google Classroom (GC) UPP seminggu sebelum
peperiksaan berlangsung.

2. Semua calon dikehendaki muat turun Templat Buku Skrip Jawapan selewat-lewatnya 1
hari sebelum tarikh peperiksaan berlangsung.
a. ‘Save As’ nama fail menggunakan huruf besar. Contoh: KELAS NAMA CALON
KURSUS (PIM1 ALI BIN ABU EDUP3013).
b. menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.
c. mencatat nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kursus di sebelah
kanan header pada setiap helaian.

3. Semua calon WAJIB melengkapkan rekod kehadiran 15 minit sebelum peperiksaan


bermula melalui dua cara iaitu:
a. Klik hadir dan “turn in” kehadiran
b. Mengisi kehadiran melalui "Google Form"

4. Calon yang tidak mendaftarkan diri secara dalam talian selepas 30 minit peperiksaan
bermula dikira tidak hadir peperiksaan.

5. Sila muat turun Soalan Pentaksiran Akhir 5 minit sebelum masa peperiksaan sebenar
bermula. Baca arahan pada muka depan buku soalan dengan teliti sebelum anda
menjawab soalan.

6. Calon dikehendaki menjawab soalan menggunakan Templat Buku Skrip Jawapan yang
telah dimuat turun melalui GC sahaja.

7. Selesai menjawab, Klik pada "+ Add or create" untuk muat naik Buku Skrip Jawapan
anda. PASTIKAN klik pada "Turn in" untuk menghantar Buku Skrip Jawapan anda.

8. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang
dan meniru jawapan calon-calon lain.

9. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi peraturan
penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

10. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal peperiksaan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai