Anda di halaman 1dari 15

Bahan Kajian

Sains Sosial
SKPD 1013 Pengantar
Sains Sosial

KULIAH 4
PENGENALAN

– Sains sosial ialah disiplin atau sains yang berkaitan


dengan tingkahlaku manusia berkait dengan aspek
sosial dan juga budaya.

– Bahan kajian sains sosial termasuklah budaya


manusia (atau sosial) yang berkaitan disiplin dalam
antropologi, sosiologi, psikologi, geografi, ekonomi,
komunikasi dan pendidikan yang berhubung-kait
dengan pembelajaran dalam konteks sosial.
BAHAN KAJIAN SAINS SOSIAL: WARISAN
ZAMAN PERTENGAHAN DAN
RENAISSANCE

– Manusia meneroka bumi dan institusi di sekeliling


mereka seperti negara, agama, moraliti, dan juga sifat-
sifat semula jadi manusia.
– Di zaman Renaissance, bahan kajian sains sosial
berkembang terutama dalam aspek produktiviti
pertanian, penggunaan gunpowder (belerang),
penggunaan senapang, perkembangan bidang
perdagangan yang membawa kepada penggunaan
kapal, penambahbaikan seni pelayaran termasuklah
penggunaan teleskop.
– Keseluruhannya, manusia di zaman ini telah maju dalam aspek
pembinaan, kejuruteraan, optik dan penciptaan jam.

– Ini sangat berbeza dengan permulaan perkembangan bidang


sains sosial. Institusi gereja, sepanjang Zaman Pertengahan,
Renaisance dan Reformasi hanya menekankan apa yang ditulis
oleh agamawan tentang pemikiran dan tingkah laku manusia
dalam masyarakat sangat berbeza dengan apa yang dipelajari
dan ditulis dalam sains fizikal.
– Ketika ini munculnya idea nation-state menyebabkan birokrasi
semakin berkembang dan seterusnya pengumpulan maklumat
berkaitan percukaian, bancian bagi tujuan perdagangan dan
inilah cara yang digunakan dalam bidang sains tulen.
– Penulisan ketika itu banyak tentang pelayaran-pelayaran hebat
yang telah dimulakan pada abad ke-15, rekod-rekod
ketenteraan, penjelajahan, dan kegiatan mubaligh yang
mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat bukan barat.
– Bank data yang besar telah digunakan dengan cara yang
saintifik kerana data tersebut akan digunakan satu atau dua
abad.
BAHAN KAJIAN SAINS SOSIAL: WARISAN
ZAMAN PENCERAHAN

– Berakhirnya Zaman Pertengahan menyebabkan


banyak perkara dilihat sebagai penting untuk ditangani
dalam kajian berkaitan sains sosial.
– Penekanan utama berkaitan manusia ketika ini ialah
kesedaran tentang kemanusiaan dalam negara
Eropah moden dan penyebaran literasi,
penambahbaikan taraf hidup dan aspek kemiskinan.
WARISAN ABAD KE- 19: ISU-ISU YANG MENJADI
TUMPUAN AHLI SAINS SOSIAL

– Perkembangan awal abad ke-19 menyaksikan kajian tentang


manusia dan masyarakat kian berkembang. Munculnya konsep2
dan kajian tentang; industri/perindustrian, demokrasi, kelas,
ideologi, intelektual, rasionalisme, kemanusiaan, gerakan massa,
komersialisme, proletariat, kolektivisme, equalitarian, liberal,
konservatif, utilitarian, birokrasi, kapitalisme dan krisis.
– Kesemua konsep yang wujud ini membayangkan sifat
transformasi dan landskap sosial di Eropah kerana
landskap ini menjangkau pemikiran utama zaman itu.
– Kemunculan konsep ini juga menandakan
kemunculan falsafah sosial baharu yang berkaitan
dengan subjek sains sosial masakini.
BIDANG KAJIAN SAINS SOSIAL KESAN DARIPADA
PERUBAHAN DEMOKRATIK DAN INDUSTRI

– Pertambahan penduduk. Antara 1750 dan 1850 penduduk Eropah


beralih daripada 140,000,000 kepada 266,000,000; dunia
keseluruhan, dari 728,000,000 hingga lebih dari 1,000,000,000.
– Kesan 1: Thomas Malthus dalam tulisannya Essay of Population
menekankan pentingnya kebajikan manusia akibat peningkatan
pendudukan.
– Pertumbuhan penduduk yang tidak terkawal boleh mengganggu
keseimbangan penduduk. Penduduk berkembang pada kadar
geometri manakala bekalan makanan berkembang pada kadar
aritmetik.
– Peningkatan penduduk ini akan memberi kesan terhadap ekonomi,
kerajaan, dan masyarakat keseluruhannya.
– Kesan 2: berkaitan buruh yang dilihat kehidupan mereka agak
teruk berbanding awal abad ke-19. Perpindahan dan tumpuan
penduduk di pusat-pusat bandar/industri telah membentuk
kehidupan setinggan, hidup melarat dan upah mereka di bawah
kos sara hidup sebenar.
– Kesan 3: Transformasi ciri-ciri pemilikan harta. Pertambahan
kawasan perindustrian, pertumbuhan kilang, perumahan dan
bengkel. Ciri-ciri hartanah juga semakin berubah (kawasan luar
bandar/pinggir bandar banyak dimajukan).
– Kesan 4: Urbanisasi iaitu peningkatan pesat bandar-bandar di
Eropah Timur dan peningkatan jumlah penduduk yang hidup
dalam bandar dan kota-kota bersejarah.
– Berbeza dgn keadaan sblmnya kota-kota bersejarah ini
merupakan pusat perkembangan tamadun dan budaya serta
kebebasan berfikir tetapi ketika ini keadaan telah berubah.
Bandar-bandar dan kota bersejarah antara tempat runtuhnya
institusi kekeluargaan, hubungan manusia,
pengasingan/individualistik dan keruntuhan nilai-nilai
masyarakat.
– Kesan 5: Perkembangan teknologi dan jentera dalam industri
perkilangan, kemudian pertanian. Ahli sains sosial mula melihat
perkembangan ini dari segi hubungan manusia dengan alam,
manusia dengan manusia dan antara manusia dengan tuhan.
– Kesan 6: Perkembangan industri perkilangan kesan daripada
urbanisasi menyebabkan pekerja meninggalkan rumah dan
keluarga dan menghabiskan masa yang lama di tempat kerja. Ini
menjadi antara penelitian utama ahli sains sosial.
– Kesan 7: Pembangunan dan kebangkitan politik massa. Semakin
ramai sedar tentang kepentingan mereka sebagai pengundi dan
kepentingan untuk terlibat dalam proses politik dan pembuatan
keputusan.
IDEOLOGI BARU

– Kajian ketika ini lebih menjurus kepada tindakbalas masyarakat


terhadap demokrasi dan industrialisasi yang meletakkan mereka
dalam kelompok sama ada konservatif, liberal atau radikal.
– Liberal mengalu-alukan dua revolusi ini, melihat peluang manusia
untuk kebebasan dan kebajikan mereka. Liberal melihat
masyarakat sebagai demokratik, kapitalis, industrial dan
individualistik.
– Konservatif tidak seperti demokrasi dan industrialisasi tetapi lebih
kepada nilai-nilai tradisi dan keagamaan, authoriti dan kesopanan.
– Radikal menerima demokrasi jika manfaatnya diterima oleh ahli
masyarakat dan menolak sebarang bentuk kuasa yang tidak
berasal daripada rakyat.
– Sebahagian besar kelompok ini menerima fenomena industrialisasi
terutamanya perkembangan teknologi
RUMUSAN

– Keseluruhannya sains sosial mengkaji segenap aspek berkaitan


kehidupan manusia. Isu-isu yang dikaji oleh ahli sains sosial
adalah bersifat fenomena semasa yang berkaitan disiplin
masing-masing.
– Perkembangan tentang bahan kajian sains sosial iaitu manusia
secara individu dan berkumpulan semakin berkembang dan
kajian tentang manusia dan ragam sosialnya tidak boleh dilihat
dalam satu aspek disiplin sains sosial sahaja.
– Keseluruhan bidang/disiplin sains sosial sangat berkait untuk
menghasilkan satu kajian sosial yang bukan hanya bersifat
saintifik tetapi dapat menghasilkan atau mencari jawapan
terhadap sesuatu fenomena sosial yang bersifat menyeluruh.
~Sekian, terima kasih~

Anda mungkin juga menyukai