Anda di halaman 1dari 5

1.

REALISTIC (R)
(suka menyendiri, jujur, berhemat, keras hati, keras kepala, materialistik, tidak
fleksible, kurang celik akal, praktikal, tidak melibatkan diri.)

- Untuk orang yang berpesonaliti realistik atau dalam bahasa mudahnya bersifat 'nyata',
individu ni cenderung dengan aktiviti yang bersifat jelas dan teratur atau mereka
mungkin gemar dengan manipulasi objek, alat, mesin, dan haiwan secara sistematik.
Berpesonaliti realistic juga membawa maksud orang tu berminat dengan masalah yang
lebih berteraskan konkrit dan bukannya abstrak, selain kurang bersosial, malah individu
ini cenderung untuk menolak aktiviti yang berunsur pendidikan atau terapeutik. Individu
yang realistik jugak dikatakan seorang yang berterus terang, berpendirian tetap,
materialistik dan keras hati. Mereka juga dapat melihat diri sebagai mempunyai
kebolehan teknikal, mekanikal, binaan dan kesukanan. Selain itu, kalau korang lebih
menggemari aktiviti yang praktikal, hands-on, dan aktiviti fizikal yang menghasilkan
tangible results, it means that you are a realistic people.
- Contoh pekerjaan: Juruukur, pegawai perhutanan, tukang paip, guru kemahiran hidup,
tukang kayu, mekanik, jurutera, juruteknik kapal terbang, Ahli ilmu perkebunan, Operator
mesin.

2. INVESTIGATIVE (I)
(suka membuat pemerhatian, menganalisi, menilai, rasional, intelektual, ingin tahu,
tidak popular, kritikal, pesimik, menyisihkan diri, jitu, berkait dengan bidang perubatan)

- Invividu yang bercirikan investigative mempunyai kecenderungan kepada aktiviti yang


memerlukan pencerapan, simbolik, dan penyelidikan fizik, biology, serta fenomena
budaya bagi mendapatkan kefahaman dan pengawalan fenomena tersebut. Someone
analytic, mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam, sangat berhati-hati, dan berdikari.
Orang macam ni sebenarnya dikatakan sangat pemalu dan mempunyai kecenderungan
untuk mengelakkan hubungan dengan orang lain, memandang tinggi ilmu sains,
teknologi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Orang yang berpersonaliti
Investigative ni usually mereka yang sukakan sains, matematik, dan bidang penyelidikan
yang memerlukakan critical thinking. Sebelum menerima apa-apa pendapat dan
maklumat, dia cenderung untuk menyelidik dahulu untuk mendapatkan kepastian. So,
investigative people sangat berkait rapat dengan personaliti realistik since kedua-duanya
ada kaitan. Boleh jadi kalau korang dah amik ujian personaliti, probabilities untuk skor
personaliti Investigative akan directly proportional dengan Realistic tu ada.
- Contoh pekerjaan: Ahli kimia, Ahli fizik, Scientist, Researcher, ahli kaji cuaca,
pembantu makmal, Psiakiatri, Editor, ahli ekonomi, juruteknik perubatan, Psychologist,
Doktor perubatan, Doktor Gigi, ahli agronomi, Ahli Kajibinatang,Antropologis .

3. ARTISTIC (A) 
( tidak selesa dengan kerja berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang, rumit,
idealistik, terbuka, tunggang-terbalik, tidak akur, impulsif, expresif, sensitif,intuitif,
persuratan & perundangan)

- Gemar dengan aktiviti yang tidak sistematik seperti berkarya, sesuatu yang samar-
samar, bebas serta memerlukan manipulasi fizikal, lisan atau berbentuk insan bagi
menjelmakan bentuk seni atau produk seperti muzik. Ia menolak aktiviti-aktiviti teratur,
sisitematik dan jelas, serta sensitif dan emosional. Adakah korang dapat rasa bahawa
personaliti artistik ada kaitan dengan diri korang? Jenis yang mudah touching, tak suka
benda yang rigid, suka explore benda-benda baru yang korang rasa seronok. Paling
penting, spesis macam aku yang tak suka manipulasi data ni. Haaaaa...Korang mungkin
juga gemar dan berkebolehan dalam bidang kesenian dan kreatif, macam contoh buat
lirik lagu ker, buat kraf tangan, melukis, amik gambar. And korang mungkin berminat
dalam aktiviti yang dapat menghiburkan diri sendiri dan orang lain,pandai buat lawak
jenaka atau berlakon. Jangan risau, minat korang yang cenderung ke arah bidang
sastera, vokalis, isu kemanusiaan, bahasa dan penulisan tu sebenarnya ada kerjaya yang
memerlukan individu berpersonaliti begini. 
-Contoh pekerjaan: Pelukis, penulis skrip, pelakon, penulis lagu, pereka fesyen, pereka
grafik, wartawan, arkitek, penyunting filem, designers, pemimpin okestra, pelukis
perdagangan, Interior Designer.

4. SOCIAL (S)
( Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengembang, mengubati, serta
membuat kebajikan kepada orang lain, berpengaruh, pemurah, peramah, bekerjasama,
memahami, mesra)

- Sosial kat sini bukan bermaksud orang yang suka berjimba keluar malam clubbing tu
sume taw. Haaa, jangan salah konsep! Sosial menurut Holland bermaksud korang jenis
yang suka bekerja dengan orang, sukakan perhatian, kerja dalam perbincangan, dan
sukakan tempat kerja yang ramai orang macam sekolah ke, hospital atau bank dan
bukannya bekerja sorang-sorang dalam makmal. Let say if korang gemar menjalankan
aktiviti yang ada hubungan dengan masyarakat like menghadiri majlis sosial macam
kenduri atau formal event, membantu dan memahami masalah orang lain serta
bertanggungjawab, bermakna korang ada personaliti Sosial yang sangat kuat. Orang
sosial macam ni kalau disuruh kerja dalam makmal menghadap microscope siang
malam tak jumpa orang, boleh menjejaskan mutu kerja sebab tak happy hari-hari bekerja
dengan microscope yang emotionless. Why? Ini disebabkan orang social macam aku ni
jugak kurang berminat dalam bidang mekanikal dan saintifik. Besides, social people
mungkin sukakan kerja-kerja kebajikan, latihan, pemulihan, perkembangan maklumat,
dan menolak aktiviti-aktiviti yang teratur dan sistematik yang melibatkan peralatan dan
mesin. Like I said just now. Sebab apa seorang Engineer yang berpersonaliti sosial, even
dah bekerja 10 tahun pun masih tak happy dengan environment dan budaya kerjanya?
Fikir-fikirkan.
-  Contoh pekerjaan: Kaunselor, ahli sosiologi, guru, jururawat, pramugari, pegawai
diplomat, ahli politik, pegawai perhubungan awam, pengarah agensi kebajikan.

5. ENTERPRISING (E) 
(Suka bekerja & berinteraksi dengan manusia, mempunyai minat dalam
mempengaruhi, mengarah, memimpin, & mengurus orang lain, sukakan pencapaian,
mudah bersetuju, yakin diri, suka bercakap, bertenaga, suka mengembara,
menggembirakan, bercita-cita tinggi)

- Enterprising nih lebih ditujukan kepada mereka yang berminat dalam bidang
keusahawanan, pengurusan dan perniagaan. Sukakan aktiviti yang memerlukan
memanipulasi orang lain bagi mencapai matlamat organisasinya sehingga dilihat
sebagai orang yang suka mengaut keuntungan,dan  mempunyai kebolehan
berkomunikasi dengan lancar.Ini antara descriptions yang boleh describe Enterprising
people. Usually nak kenal orang tu ada E mudah jer, tengok debater atau penceramah.
Pandaikan dia orang bercakap? Guna ayat kupu-kupu lebah tebuan bagai. Orang yang
pandai bercakap macam ni usually mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bersikap
mendesak, agresif dan suka bersaing serta suka bergaul dan gemarkan aktiviti ekonomi
dan politik. Ciri yang lain ialah kurang kebolehan saintifik dan menolak aktiviti yang
memerlukan pencerapan, sistematik, dan simbolik. It means, since korang pandai
bercakap, you tend to somehow putar belitkan ayat atau lebih suka kaitkan satu point
dengan point-point yang lain and bukan hanya terima satu perkara jer. Orang kampung
nenek aku cakap, "lawyer buruk.". Pernah dengar? Hikhikhik. Enterprising people ni
mudah jer nak kenal, sebab dia orang lebih menonjol terutama dalam bidang kepimpinan
since masing-masing hebat apabila berbicara. Kebiasaannya ahli perniagaan yang
pandai memujuk, ekstrovert dan pandai mempengaruhi orang lain ni bermakna
sememangnya mereka berpersonaliti E. Paling penting dia orang tak suka kerja yang
ditentukan dan diawasi tetapi lebih sukakan cabaran.  
-Contoh pekerjaan: Manager, spekulator, ahli politik, eksekutif pemasaran, peguam,
pegawai insurans, perunding, jurujual pasaran saham, Aktuaris, Pengarah publisiti,
Eksekutif perniagaan, pengurus bank.
6. CONVENTIONAL (C)
(melakukan perkara secara terperinci, bersifat akur, memendam rasa, sukar dilentur,
cekap, defensif, cermat, berstruktur, praktikal, tidak imaginatif)

- Conventional mengikut definisi kamus dwibahasa Longman bermaksud lazim atau


mengikut kebiasaan. Secara logik akalnya, dia orang ni spesies yang sukakan pekerjaan
yang terancang dan sistematik. Besides, this kinf of people sangat memandang tinggi
aktiviti-aktiviti berperaturan dan mempunyai kawalan diri yang baik serta condong
kepada perkara yang jelas, teratur, dan sistematik. Dia orang tak suka berimaginasi dan
sebolehnya akan menghindarkan diri daripada situasi atau masalah yang melibatkan
perhubungan interpersonal. So kalau orang macam ni cuba bekerja dalam bidang
kerjaya yang bersifat Artistic, agak-agak dia happy tak bila disuruh mencipta sajak dan
puisi yang lain daripada lain?  Apa yang dia orang minat kebanyakkannya hanya pada
aktiviti memanipulasi data dan menyimpan rekod dan sistem fail, serta berdisiplin dan
dapat mengatur data bertulis dan bernombor dengan tersusun sahaja. Senang citer,
orang macam ni akan bekerja jika menerima arahan dan dilihat sebagai bersifat
bergantungan. Adakah korang individu bersifat sedemikian? Pekerjaan apa yang sesuai
dengan personaliti korang agak-agak? 
-Contoh pekerjaan: Kerani, akauntan, pustakawan, juruaudit, pegawai statistik, jurutaip,
guru perdagangan, penyimpan kira-kira, operator komputer, kerani bank, pakar cukai,
penilai harta.

Anda mungkin juga menyukai