Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SG. HJ.

DORANI
JALAN LAMA KUALA SELANGOR
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PEMBELIAN BAHAN DAN ALATAN
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2021

TEMPOH:
OGOS - NOVEMBER

TEMPAT:
KELAS 5 SENI
SEPANJANG PdPR DAN PdPc

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.0 PENDAHULUAN
Pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual bertujuan memenuhi matlamat Pendidikan
Seni Visual yang menumpukan kepada nilai keperibadian, kritis dan kreatif, celik budaya,
berpengetahuan secara imaginatif, berkemahiran secara kolektif serta dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kerja kursus ini memberi pengalaman kepada calon untuk membuat kajian dan
penerokaan kepada penemuan-penemuan baru dengan mengutarakan idea-idea kreatif dan
relevan dengan keperluan persekitaran. Calon dibimbing oleh guru untuk mencari, menganalisa,
mengolah serta mencerakinkan minda bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat melahirkan generasi yang peka dan sensitif
serta berfikiran kreatif terhadap persekitaran dan keperluan-keperluan semasa, celik seni,
berminat dan berfikiran terbuka. Mengamalkan sikap prihatin dan menghargai setiap kejadian
dengan nilai-nilai yang tinggi.

2.0 MATLAMAT
Memohon kelulusan dari pihak sekolah bagi membeli bahan dan alatan bagi memudahkan
pelajar-pelajar tingkatan lima melaksanakan Kajian Rekaan Seni Visual bagi subjek Pendidikan
Seni Visual di SAM Sungai Haji Dorani.

3.0 OBJEKTIF

Objektif pembelian bahan dan alatan Kajian Rekaan Seni Visual :


1. Membantu guru dan murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
telah dirancang.
2. Memudahkan murid memahami atau membantu mereka ke arah penggunaan Media
atau Bahan dengan betul.
3. Membantu murid-murid melaksanakan Kajian Rekaan Seni Visual dengan lebih cepat
dan berkesan.
4. Menggalakan pelajar dapat mencipta barangan atau produk seni visual yang
berkualiti.
5. Menggalakan pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk menghasilkan Kajian Rekaan Seni Visual.
6. Meningkatkan pengetahuan, daya kreatif, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam
bidang seni visual dalam penghasilan produk seni.

2
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Pendidikan Seni Visual SPM ( 17 orang)

5.0 TEMPOH
Julai sehingga November

6.0 TEMPAT
Di kelas 5 Seni dan rumah masing-masing sepanjang PdPR dan PdPc

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER


Rujuk lampiran 1

8.0. PENUTUP
Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan untuk pembelian bahan dan
alatan Kajian Rekaan Seni Visual sebagaimana yang dinyatakan untuk membantu guru dan
pelajar-pelajar dalam melaksanakan Kajian Rekaan Seni Visual dalam meningkatkan
pengetahuan, daya kreatif, inovasi, disiplin, dan kemahiran pelajar serta dapat menghasilkan
produk yang lebih berkualiti.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


…………………………
………………………….......... (Zainal Abidin bin Zaini)
(Siti Ayu Muhara bt Mohamad Noor) Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SAM Sg. Haji Dorani
SAM Sg. Haji Dorani

Disahkan oleh:

……………………………..
(Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Ibrahim)
Pengetua
SAM Sungai Haji Dorani

3
LAMPIRAN 1

Anggaran Perbelanjaan Program


Bayaran
Bil Perkara Unit Jumlah Sumber
seunit
Colour Pencil Stabilo Elektif
1. RM 7.00
Long 4 Unit RM 28.00 (Pend. Seni Visual)

Elektif
2. Buncho Poster Colour RM 16.00 3 Unit RM 48.00 (Pend. Seni Visual)

Elektif
3. Kertas Majung RM 15.00 1 Unit RM 15.00 (Pend. Seni Visual)
(40 keping)
Elektif
4. Painting Brush (Nylon) RM 6.50 3 unit RM 19.50 (Pend. Seni Visual)

JUMLAH KESELURUHAN RM 110.50

Anda mungkin juga menyukai