Anda di halaman 1dari 13

01.

PENDAHULUAN

Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam
merealisasikan matlamat kurikulum. Amalan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelbagai kaedah bukan sahaja berguna dan berkesan dalam penyampaian
konsep dalam pengajaran dan pembelajaran , malah jika digunakan secara kreaktif, ianya
dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

02. KONSEP INTEGARSI

Konsep integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran merujuk kepada mencantum


strategi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan yang dititikberatkan untuk
mempastikan kejayaan proses pengajaran. Konsep integrasi dalam kurikulum &
pengajaran adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud
bahaw penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai
murni. Dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Perlaksanaan konsep kesepaduan
dalam proses Pengajaran dan pembelajaran adalah melalui;

2.1 Penggabungjalinan
Proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang
integratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai
serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam
kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.  Strategi
pengabungjalinan kemahiran ini melibatkan dua kemahiran iaitu pengabungjalinan
pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.melibatkan kemahiran lisan atau
pertuturan membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Kemahiran ini
boleh dibajagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran berfokus iaitu apabila suatu
kemahiran utama hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran
dan pembelajaran. Dan kemahiran sampingan, iaitu kemahiran yang digabungkalinkan
dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran memfokus.

Contoh aktiviti perlaksanaan persediaan;


i. mengenalpasti kemahiran focus dan sampingan terlibat.
ii. menyediakan keperluan bahan yang diperlukan
iii. mementapkan susuan tertib kedudukan dan kemahiran.
iv. mempastikan keutamaan kemahiran focus dan kemahiran sampingan.

Sebagai contoh aktiviti mata pelajaran Bahasa Melayu, penegasan


penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan guru daripada
mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-
asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk
mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu
pengajaran lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran
dan pembelajaran dibahagikan kepada 2:

i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran


ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Dalam pengajaran bahasa, didapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam
kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu
dalm sesuatu pengajaran.
Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah
berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia
dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan


berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.

Contohnya :

Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untuk menekankan aspek
psikologi. Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak positif secara tidak langsung
kepada minda dan tubuh murid-murid.

Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada aktiviti-


aktiviti fizikal. Dalam tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh muridmurid
melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk tangan dan menghentak kaki
bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan pergerakan secara bebas namun masih
lagi di bawah pengawalan guru. Dengan melakukan pergerakan-pergerakan tersebut,
murid dapat belajar sambil bergerak.

Dalam tajuk ini juga, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan
bersama dengan menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan aktiviti ini,
murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik. Melalui aktiviti ini juga,
murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung serta mempelajari
pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini,
murid juga dapat mempelajari tentang diri sendiri.
Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai, murid
berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian dapat mencetuskan
perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan-rakannya.

  2.2. Penyerapan

Penyerapan pula merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa
matapelajaran atau penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan
bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Contohnya, matapelajaran
Manipulatif Tambahan dimana murid diajar mengenai keselamatan di bengkel serta
membersih bengkel setelah digunakan. Dalam situasi ini, penyerapan isi Pengurusan Diri
telah diserapkan. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan
merupakan proses mengintegrasikan mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia
diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam
mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada
mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama,
Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran
bahasa. Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1),
penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan
menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-
kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik.
 
Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya mampu dikaitkan dengan unsur-unsur
nilai tambah yang ditekankan di dalam kurikulum. Sebagai contoh; dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM), matlamatnya tidak hanya
menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi pembinaan diri pelajar
2.3 Penerapan

Penerapan bermaksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan


gerak kerja kokurikulum. Nilai tersebut ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,
nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, nilai gerak kerja dan
sebagainya. Penerapan nilai berlangsung melalui dua pendekatan iaitu;

a. Pendekatan implicit
Ia merujuk kepada nilai yang terdapat dalam diri seorang guru yang secara tidak langsung
menerapkan sesuatu nilai sebagai contoh guru berpakaian kemas, bercakap benar dan
sentiasa member sokongan kepada pelajar. Tindakan guru ini mendorong pelajar lain
untuk mencontohai sikap dan nilai-nilai positif yang dibawa oleh guru tersebut.

b. Pendekatan
Pendekatan eksplisit merupakan satu pendekatan yang mempunyai arahan dan peraturan,
pekeliling dan sebagainya disebabkan olrh satu perkara yang diharaopkan. Sebagai
contoh aktiviti, guru atau pihak sekolah diarah untuk melaksanakan program yang
khusus Program atau aktiviti yang adakalanya diadakan utk menerapkan sesuatu nilai
seperti program motivasi, sambutan hari merdeka, hari guru, kempen kebersihan dan
sebagainya.

c. Pemulihan dan

Pemulihan merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk mermbantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran tertentu khususnya dalam kemahiran 3M. Aktiviti
pemulihan merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan
aktiviti pemulihan beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu menumpuhkan kepada
masalah yang dihadapi oleh murid. Pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuai
berdasarkan keupayaan murid. Menggunakan pelbagai bahan dan alatan bantu mengajar
bagi membolehkam murid memahami dan menguasai isi pembelajaran yang hendak
disampaikan.

Guru harus tahu masalah murid adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu;

a. perasaan tidak yakin, rendah diri atau takut.


b. disiplin diri pelajar kurang baik
c, kecacatan sejak lahir menjadi faktor masalah pembelajaran.

Langkah2 Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

a. Mengenal Pasti murid


- Memerhatikan murid belajar
- Temu ramah interaksi dengan murid
- Menganalisis hasil kerja bertulis
- Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat
daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

b. Menganalisis Masalah
- Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu
- Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan
murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan.
- Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk
kepada pihak tertentu.

c. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan)


Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan pembelajaran
murid yang berkenaan. Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran
pemulihan. Guru harus mematuhi prinsip tersebut :
Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan. Langkah
penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah
kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid. Di peringkat permulaan,
pelnagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu murid-murid memahami konsep
yang diperlukan dalam menguasai kemahiran. Semua simbol dan istilah harus dikaitkan
dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya murid itu dapat mengenal
pasti kesilapan yang telah dilakukan dahulu. Latihan congak dan latihan bertulis harus
diadakan selepas aktiviti pengajaran guru (untuk matematik). Soalan2 yg diberikan
harusalah daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan murid terhadap
kebolehan mempelajarinya. Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas
aktiviti latihan bertulis di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan
soalan secara bertulis. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu
tercapai atau tidak.

d. Pengajaran dan pembelajaran


- Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang Pengajaran
pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain membuat
latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.

- Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu


kemahiran tertentu
- Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit.
- Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini
akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.

e. Ujian dan Penilaian


Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. Keputusan
penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan
untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.
f. Tindakan Susulan

Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka boleh
mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain. Jika murid pemulihan masih
gagal, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program
pemulihan yang dijalankan.

2.4. Pengayaan

Penggabungjalinan ini baik dlm mata pelajaran yang sama mahupun secara merentasi
mata pelajaran lain. Konsep ini adalah mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar
cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada
mereka. Guru perlu mengorentasikan semua kelas untuk menempatkan murid dengan
aktiviti pengayaan. Aktiviti yang dirancang bagi murid yang mencapai aras materi 80%
dalam praujian.

Pengayaan ini merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas


pembelajaran yang djalankan samada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia
mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid akan
mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat murid, daya kreativiti, sifat
ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Objektif pengayaan
- Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
kebolehan mereka.
- Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh menbantu ke arah
perkembangan diri.
- Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat
mereka.
- Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan.
- Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan
murid menerusan pembelajaran seumur hidup.
- Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri.
- Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi
sesuai dengan kemampuan mereka.

Contoh aktiviti-aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan.;

Aktiviti ini menumpukan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam
satu-satu unit pembelajaran. Sebagai contoh murid diberi pelbagai bentuk pengayaan
dalam memahami satu tajuk mata pelajaran Sains. Murid diberikan pelbagai masalah
penyelesaian.
03. PENDEKATAN BERTEMA

Pemilihan Tema : Berasaskan kandungan dan kemahiran

Tema Matapelajaran Tajuk : Menghormati Kedua Ibu Bapa

Tema terbahagi kepada tiga kategori iaitu tema persekitaran, tema masyarakat dan tema
komunikasi. Tema yang telah dipilih ialah tema masyarakat yang berkaitan dengan
amalan seharian murid-murid iaitu menghormati ibu dan ayah. Tema ini dipilih kerana
sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula amalan
menghormati ibu dan ayah merupakan kewajipan yang sangat dituntut dalam Islam.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.


Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu
seseorang itu untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama. Walau bagaimanapun,
tema masyarkat yang dipilih ini lebih berfokus kepada menghormati ibu bapa. Tema ini
dipilih kerana berkait rapat dengan kehidupan seharian murid dan dapat memudahkan
pemahaman murid secara menyeluruh mengenai tajuk yang diajar. Tema ini menonjolkan
hubungan kekeluargaan antara murid dengan ibu bapa mereka. Melalui penghayatan
daam tema ini, murid mendapat pendedahan tentang tanggungjawab anak kepada ibu
bapa dan seterusnya membina kehidupan yang bahagia. Kepentingan pemilihan tema ini
termasuklah untuk menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan dalam diri murid. Melalui
tema ini, murid berpeluang untuk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa
berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej
visual dan muzik berdasarkan tema tersebut. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti juga perlu
dititikberatkan dan dilihat dari pelbagai aspek agar murid peluang untuk menilai
kefahaman konsep. Pemilihan tema ini juga adalah bersesuaian dengan situasi, masa dan
peristiwa, kerana ibu bapa merupakan kelompok terdekat dengan diri murid dan mereka
akan mudah mengaitkan perkara yang diajar dengan situasi yang sebenar.
Memandangkan tema ini berkait rapat dengan kehidupan seharian murid, maka pemilihan
dan proses mendapatkan bahan dan sumber juga mudah didapati. Dengan itu, guru dapat
mengajar dengan lebih efektif dan tidak sekadar menyampaikan maklumat dengan cara
bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar sendiri.

3.1 Peta Minda Pendekatan Bertema

TEMA
MENGHORMATI IBU BAPA

Integrasi

Penyerapan

Penerapan Nilai

Pendidikan Muzik Moral

Kerjasama Hormat

Pengabungjalinan

Drama Seni Pergerakan

Penilaian

Latihan
3.2 Kesesuaian Tema Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yang dipilih dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, afektif dan
psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan.
Contohnya daripada tajuk ‘Menghormati Ibu Bapa’, murid-murid dapat
menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian mereka melalui
aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapat
membantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan
penghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan. Bukan itu
sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-
nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Contohnya aktiviti lakonan yang
dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan
saling menghormati antara satu sama lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktiviti muzik,
pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapat membantu murid-
murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan. Oleh itu, sebelum
sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru atau pengajar itu mestilah
memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran, sifat murid, kebolehan penuntut
dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alat dan bahan yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat pelajar. Dengan
menggunakan alat bantu mengajar, guru akan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak
akan rasa bosan dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.
04 KESIMPULAN

Konsep integrasi pada Seni dalam pendidikan ke arah pembangunan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilaimurni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini
membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai,
pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar
gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain
membentuk satu kerangka ilmu. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam pengajaran
mata pelajaran yang dirancang dengan teliti, lengkap serta tepat membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid–murid terhadap guru sekaligus
membantu membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan
pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak
dalam keadaan kelam kabut. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang
guru tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajarannya. Sebelum melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran, guru harus memahami tugas – tugas yang sebenar
semasa merancang persediaan mengajar dan melaksanakannya di dalam bilik darjah.
Dalam pada itu, guru hendaklah memilih sumber pelajaran serta isi pelajaran yang sesuai.
Dengan ada rancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan, objektif pengajaran yang
berkesan akan tercapai. Bagi menentukan objektif pengajaran tercapai, guru boleh
menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk mengukur pencapaian murid
diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai