Anda di halaman 1dari 29

GARIS PANDUAN

STRATEGI
MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN
(M2P)

DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM


GARIS PANDUAN

STRATEGI
MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN
(M2P)
DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
Terbitan 2021

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4 - 8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN


NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

v
ISI KANDUNGAN

RUKUN NEGARA iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v

1.0 PENGENALAN ....................................................................................... 1


2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P ................................................................... 1
3.0 KONSEP STRATEGI M2P ...................................................................... 2
4.0 TAFSIRAN .............................................................................................. 3
4.1 Mampatan
4.2 Pecutan
4.3 Pengayaan
4.4 Pedagogi Terbeza
5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P .......................................................... 6
5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P
6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P ............................................ 8
7.0 PANDUAN PERANCANGAN STRATEGI M2P DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM ........................................................................................... 9
8.0 PENUTUP ............................................................................................... 17
9.0 RUJUKAN ............................................................................................... 18
10.0 PENGHARGAAN .................................................................................... 19
1.0 PENGENALAN

Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) merupakan satu pilihan strategi
yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat
menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya
membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut
kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid. Melalui Strategi M2P juga, guru dapat
membezakan aktiviti, proses, produk dan persekitaran PdP mereka mengikut keperluan
murid. Selain itu, strategi ini dapat memberi guru autonomi untuk menjadikan
pelaksanaan kurikulum lebih fleksibel dan perancangan PdP dapat difokuskan kepada
keperluan murid secara individu. Strategi ini boleh digunakan semasa PdP dan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Dokumen Penjajaran Kurikulum
(DPK).

2.0 OBJEKTIF STRATEGI M2P

Objektif pelaksanaan Strategi M2P adalah seperti yang berikut:


i. Menyediakan pendekatan PdP yang bersesuaian supaya potensi dan keupayaan
murid dalam pembelajaran dapat dioptimumkan.
ii. Menjimatkan masa pembelajaran murid yang telah menguasai sesuatu
kandungan kurikulum.
iii. Memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza agar elemen ekuiti dapat
dicapai.
iv. Menjadikan pembelajaran mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
v. Meningkatkan amalan inklusif guru dalam pelaksanaan PdP.
vi. Menggalakkan amalan refleksi guru dalam meningkatkan kualiti PdP.

1
3.0 KONSEP STRATEGI M2P

Konsep Strategi M2P terdiri daripada empat elemen bermula dengan proses mampatan,
pecutan, pengayaan dan pedagogi terbeza (Rajah 1). Proses pecutan akan terhasil
apabila mampatan kurikulum berlaku. Secara tidak langsung, elemen pecutan akan
mewujudkan pengayaan dan pedagogi terbeza dilakukan oleh guru. Semua elemen ini
berlaku secara proses sulaman serentak atau bersepadu mengikut keperluan kognitif
murid yang berbeza serta kreativiti guru dalam menyediakan aktiviti PdP.

Rajah 1: Konsep Strategi M2P


(Sumber: Rorlinda dan Siti Aishah, 2021)

2
4.0 TAFSIRAN

4.1 MAMPATAN
Mampatan membawa maksud susunan semula kandungan kurikulum (mengikut tema,
topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif, tahap dan lain-lain) supaya pembelajaran murid
dapat dibina dalam masa yang lebih singkat. Mampatan dilakukan dalam keadaan murid
telah menguasai kandungan kurikulum. Kandungan yang telah dikuasai oleh murid akan
digantikan dengan pengetahuan baharu atau aktiviti pengayaan yang bersesuaian. Guru
akan membimbing dan memudah cara bagi setiap tajuk atau sub-tajuk dengan
mengaplikasikan pembelajaran terbeza dengan berkesan. Kandungan tidak akan
dimampatkan bagi murid yang belum menguasai kandungan kurikulum.

4.2 PECUTAN
Pecutan ialah proses PdP untuk membolehkan murid memendekkan tempoh
pembelajaran kandungan kurikulum. Kaedah ini memberi penekanan PdP mengikut
kebolehan dan keupayaan murid selaras dengan keperluan mereka. Pecutan yang boleh
dilaksanakan oleh guru merupakan kemajuan berterusan (continuous progress) iaitu
pecutan yang berlaku apabila murid diberi kandungan kurikulum baharu kerana
kandungan kurikulum sebelum ini telah lengkap dan dikuasai sepenuhnya. Kemajuan
murid dalam kategori ini dipecutkan mengikut tahap kebolehan dan berbeza dengan
rakan sekelas mereka.

4.3 PENGAYAAN
Pengayaan memberi peluang pembelajaran tambahan yang dapat mencabar pemikiran
atau menarik minat serta motivasi murid. Aktiviti pengayaan memberi murid peluang
untuk mendalami pelbagai aspek pembelajaran dengan lebih mendalam. Aktiviti
pengayaan dapat menggalakkan murid mengamalkan budaya pemikiran kritikal dan
kreatif. Pengayaan juga membolehkan murid mengembangkan kemahiran serta memberi
fokus untuk mempelajari sesuatu topik secara bebas. Melalui aktiviti pengayaan, murid
lebih komited, bertanggungjawab dan tekun dalam pembelajaran mereka untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.

3
Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dalam bentuk interaktif, kolaboratif, berasaskan
inkuiri, berfokuskan projek dan lain-lain. Contoh aktiviti pengayaan yang boleh
dilaksanakan adalah seperti pengekodan, papan permainan, seni dan kraf, gamifikasi,
teka-teki, tarian, sukan dan latihan, reka bentuk, fotografi, pembuatan filem, lukisan dan
animasi, robotik penulisan kreatif dan lain-lain. Aktiviti pengayaan yang dilaksanakan
berdasarkan minat, kebolehan dan, keupayaan murid.

4.4 PEDAGOGI TERBEZA


Pedagogi terbeza ialah pendekatan pengajaran yang melibatkan guru secara proaktif
menjangka dan bertindak terhadap keupayaan murid yang pelbagai dalam sesi PdP.
Konsep pedagogi terbeza digambarkan seperti di Rajah 2.

Rajah 2: Konsep Pedagogi Terbeza

Pedagogi terbeza boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya satu


daripada empat aspek iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran berdasarkan
kesediaan, minat dan profil murid.

4
Kandungan boleh dibezakan dengan memampatkan kandungan kurikulum mengikut
tema, topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap melalui pendekatan yang
disesuaikan dengan tahap keupayaan murid. Mampatan kandungan dalam pedagogi
terbeza dilakukan berdasarkan tahap penguasaan murid terhadap kandungan yang akan
dipelajari dengan mengambil kira tahap kognitif yang dipetakan oleh Taksonomi Blooms.

Proses merujuk kepada kaedah dan aktiviti PdP yang dilaksanakan oleh guru bagi
mengoptimumkan tahap penguasaan murid. Proses pedagogi terbeza berlaku apabila
murid mempelajari kandungan yang sama melalui pendekatan, kaedah dan teknik
pembelajaran yang berbeza. Hal ini demikian kerana tidak semua murid memerlukan
sokongan yang sama. Guru boleh memberi sokongan berdasarkan keperluan individu.
Murid boleh bekerja secara berpasangan, kumpulan kecil atau secara individu.
Keseluruhan proses pedagogi terbeza yang dilaksanakan mestilah berpusatkan murid.

Produk bergantung kepada objektif atau standard pembelajaran yang hendak dicapai
melalui proses PdP yang dirancang. Produk yang dihasilkan oleh murid merupakan
sebahagian daripada proses pentaksiran. Guru memainkan peranan yang penting dalam
merancang aktiviti pembelajaran bagi memenuhi keperluan kecerdasan yang pelbagai.
Sebagai contoh, murid yang mahir dalam kecerdasan visual-ruang boleh menghasilkan
poster, manakala murid kinestetik pula boleh membuat lakonan dan main peranan.
Produk yang dihasilkan ini boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk sama ada dalam
bentuk fizikal, digital atau projek yang autentik mengikut keupayaan murid.

Persekitaran melibatkan tempat dan suasana pelaksanaan proses PdP. Proses PdP
boleh dilaksanakan sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan
menggunakan kaedah yang lain daripada kebiasaan dan lebih fleksibel. Tujuan
membezakan persekitaran pembelajaran adalah untuk mencetuskan minat, keseronokan
dan memberi motivasi kepada murid dalam proses PdP.

5
5.0 PELAKSANAAN STRATEGI M2P

Strategi M2P dilaksanakan melalui pedagogi terbeza di mana guru akan membuat
mampatan kandungan mengikut keperluan keupayaan murid yang pelbagai. Keupayaan
murid yang pelbagai akan dikenal pasti melalui praujian. Praujian boleh dilaksanakan di
dalam pelbagai bentuk untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid terhadap
kandungan yang akan dipelajari. Antara kaedah praujian mudah dan ringkas yang boleh
digunakan oleh guru adalah seperti kuiz, soalan pendek, soalan aneka pilihan, sesi soal
jawab secara lisan, video, perbincangan ringkas, bercerita dan sebagainya. Berdasarkan
praujian, murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap keupayaan
mereka seperti berikut:

• Kumpulan Kukuh I – Kumpulan murid yang belum menguasai kandungan


kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang menyokong dan
membantu mereka untuk menguasai kandungan kurikulum yang ditetapkan.

• Kumpulan Kukuh II – Kumpulan murid yang telah menguasai kandungan


kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat
memperkukuhkan tahap penguasaan sedia ada.

• Kumpulan Pengayaan – Kumpulan murid yang telah menguasai sepenuhnya


kandungan kurikulum melebihi rakan yang lain. Kumpulan ini akan menerima
pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan
meningkatkan motivasi agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

6
Proses pelaksanaan Strategi M2P digambarkan seperti berikut:

Rajah 3: Proses Pelaksanaan Strategi M2P

5.1 Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P:

1. Mengenal pasti Standard Kandungan (SK) / Standard Pembelajaran (SP) atau


Scheme of Work (SOW).

2. Merancang proses PdP:


i. menetapkan objektif
ii. menyediakan praujian
iii. menyediakan bahan dan aktiviti untuk tiga kumpulan
iv. menyediakan rubrik untuk pentaksiran (sekiranya perlu)
v. menyediakan pascaujian

3. Menjalankan set induksi dan praujian.

7
4. Membahagikan murid kepada kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan)
berdasarkan praujian.

5. Menjalankan bimbingan dan memudah cara PdP. Guru bergerak dari satu kumpulan
ke satu kumpulan mengikut keperluan murid yang telah dikenal pasti. Pentaksiran
boleh berlaku secara langsung dan tidak langsung.

6. Menjalankan pascaujian.

7. Merancang dan melaksanakan intervensi yang berterusan mengikut keperluan murid.

6.0 SYARAT PENGGUNAAN STRATEGI M2P

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh guru sebelum mempertimbangkan
dan memilih untuk menggunakan Strategi M2P ini. Antaranya adalah seperti yang berikut:

i. Guru mestilah menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar. Hal ini
demikian kerana setiap proses dalam penggunaan strategi ini memerlukan
pertimbangan profesional guru untuk membuat keputusan dalam mereka bentuk
sesuatu rancangan pengajaran yang terbeza dan berfokus kepada keperluan
murid mereka.

ii. Guru perlu memahami dan menghayati konsep Strategi M2P. Pelaksanaan
Strategi M2P, berjaya melalui persediaan dan perancangan yang lebih awal
dengan teliti untuk menjangka keperluan dan kebolehan murid.

iii. Guru perlu bersedia melaksanakan Strategi M2P


• Memahami dan menguasai kandungan kurikulum mata pelajaran.
• Mengenali, memahami, dan meraikan kepelbagaian murid tanpa mengira latar
belakang keupayaan, kaum, agama, sosioekonomi dan lain-lain.

8
• Menghayati nilai inklusif dan mempunyai iltizam dalam membimbing
pemupukan nilai positif murid.
• Memberi peluang untuk mempertingkatkan potensi murid.
• Meningkatkan profesionalisme guru bagi memenuhi atau menyantuni
keperluan murid yang pelbagai keupayaan (Kukuh I, Kukuh II, Pengayaan).
• Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat, idea dan strategi PdP
untuk lebih kreatif dan inovatif.

iv. Murid telah menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan


Strategi M2P sesuai dilaksanakan untuk murid yang telah menguasai kandungan
kurikulum yang dihasratkan agar sokongan dalam bentuk pengukuhan dan
pengayaan untuk meningkatkan potensi dan tahap penguasaan mereka dapat
dioptimumkan.

7.0 PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P DALAM


PELAKSANAAN KURIKULUM

Templat Panduan Perancangan Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum telah


disediakan seperti di Jadual 1. Templat ini boleh digunakan sebagai panduan bagi
merancang Strategi M2P dalam pelaksanaan kurikulum untuk sekolah menengah dan
sekolah rendah.

9
Jadual 1

PANDUAN PERANCANGAN PENGAJARAN


STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

MATA PELAJARAN HARI


TOPIK/TEMA TARIKH
TAHUN/TINGKATAN MASA/TEMPOH

STANDARD KANDUNGAN:
STANDARD PEMBELAJARAN:
JENIS PRAUJIAN
TAHAP KUKUH I KUKUH II PENGAYAAN
OBJEKTIF 1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3.
SET INDUKSI
AKTIVITI PdP 1. (mula) 1. 1.
(mengikut urutan - aktiviti yang 2. (pertengahan) 2. 2.
menarik dan berkesan dalam 3. (penutup) 3. 3
tempoh masa yang realistik)
GABUNG JALIN/PENERAPAN
1. EMK
2. KECERDASAN PELBAGAI
3. KBAT
4. PAK-21
JENIS PASCAUJIAN
IMPAK/REFLEKSI
CATATAN

10
Nota:
1. Guru tidak perlu melaksanakan praujian pada setiap sesi PdP. Praujian dilaksanakan untuk mengesan tahap
penguasaan murid bagi kandungan atau unit yang baharu.
2. Rancangan pengajaran yang sama boleh digunakan untuk beberapa sesi PdP sekiranya pelaksanaan PdP untuk
kandungan yang dirancang tidak selesai.
3. Guru akan merancang aktiviti PdP untuk tiga kumpulan (Kukuh I, Kukuh II dan Pengayaan). Walau bagaimanapun,
hasil praujian mungkin menunjukkan hanya satu atau dua kumpulan yang perlu diwujudkan.
4. Guru boleh mendapatkan bahan sokongan PdP melalui repositori SUMBERKU.
5. Impak atau Refleksi perlu dicatat selepas sesi PdP.
• Impak- merujuk kepada kesan yang ketara terhadap murid selepas sesi PdP.
• Refleksi - merujuk kepada penilaian terhadap aktiviti dan proses PdP serta tindakan atau reaksi dan
perasaan terhadap sesi PdP. Perancangan atau tindakan yang wajar boleh dicatat sebagai penyelesaian atau
reaksi yang sesuai terhadap sesuatu peristiwa semasa proses PdP.

11
Templat perancangan pengajaran Strategi M2P yang disediakan, selaras dengan
kebanyakan templat rancangan pengajaran harian yang digunakan oleh guru, namun,
beberapa penambahan maklumat dinyatakan agar menepati definisi dan objektif Strategi
M2P untuk guru membuat pertimbangan profesional dan mereka bentuk perancangan
proses PdP yang terbeza mengikut keperluan murid.

Perincian lain yang dinyatakan dalam templat ini meliputi:

Bil Elemen Penerangan


1. Tempoh/Masa • bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang.
• berubah mengikut aktiviti sama ada untuk tema,
topik, tajuk, konsep, kemahiran, objektif dan tahap
sesuatu mata pelajaran.
2. Praujian • digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
dan pengetahuan sedia ada murid.
• ciri praujian ialah mudah dan ringkas yang boleh
digunakan oleh guru seperti kuiz, soalan pendek,
soalan aneka pilihan, sesi soal jawab secara lisan,
video, perbincangan ringkas dan bercerita.
3. Kumpulan murid • tiga kumpulan iaitu Kukuh I, Kukuh II dan
Pengayaan.
4. Set induksi • berfungsi untuk merangsang minat dan perasaan
ingin tahu murid.
5. Objektif • pernyataan objektif yang spesifik berdasarkan
kandungan kurikulum yang ingin dicapai
6. Elemen gabung • Elemen Merentas Kurikulum (EMK);
jalin/penerapan • Kecerdasan pelbagai;
• Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); dan
• Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
7. Pascaujian • dirancang untuk menilai keberkesanan dan impak
aktiviti PdP kepada murid
8. Catatan • ruang untuk membuat catatan lain seperti aktiviti
atau perkara yang berlaku secara adhoc (tanpa
dirancang) dan memerlukan perubahan proses PdP
dengan kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk lebih
fleksibel semasa proses PdP.

12
Pemilihan strategi pedagogi melibatkan pemahaman objektif PdP yang hendak dicapai
dan pemilihan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mempraktiskan
kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni
dan etika. Pemilihan strategi pedagogi juga melibatkan kebolehlaksanaan aktiviti dalam
aspek masa dan sumber serta memahami minat dan keupayaan murid. Terdapat empat
elemen gabung jalin atau penerapan dalam panduan perancangan Strategi M2P iaitu
kecerdasan pelbagai, elemen merentas kurikulum, pembelajaran abad ke-21 dan
kemahiran berfikir aras tinggi.

7.1 Kecerdasan Pelbagai


Pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan secara profesional dalam
merancang aktiviti PdP. Faktor ini termasuk motivasi, kecenderungan, kepelbagaian
kecerdasan, konsep kendiri dan gaya belajar murid. Pemahaman guru tentang keperluan
dan cabaran murid membantu dalam merancang pelbagai aktiviti yang menyeronokkan,
berkesan dan bermakna bagi murid. Menurut Gardner (1983), setiap manusia
mempunyai lapan kecerdasan pelbagai dan setiap individu mempunyai cara belajar yang
berbeza mengikut kecerdasan masing-masing. Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik,
logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis,
dan kerohanian. Murid yang cenderung kepada logik-matematik misalnya, mahir
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikiran secara konseptual dan abstrak.
Murid ini dapat menyelesaikan masalah kompleks berkaitan matematik dengan mudah
serta membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap. Murid yang lebih bersifat interpersonal mudah
memahami perasaan, motivasi, hasrat orang lain dan dapat berinteraksi dengan mudah.
Mereka dapat bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan
sesuatu yang berfaedah. Perancangan aktiviti, contohnya pembelajaran secara
berkumpulan yang melibatkan murid kecerdasan pelbagai ini dapat membantu
meningkatkan pencapaian mereka.

13
7.2 Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses PdP selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Terdapat 10
EMK iaitu bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme,
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian
global dan pendidikan kewangan.

7.3 Pembelajaran Abad Ke-21


Sistem pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
kerjaya berteraskan amalan nilai murni. Pedagogi abad ke-21(PAK-21) mengandungi
lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi,
pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek,
mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai sumber maklumat,
menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran.
PAK-21 memberi fokus kepada kelancaran maklumat, media dan teknologi. Justeru,
murid perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi dengan cara inovatif untuk
menyediakan mereka dalam dunia dinamik dan sentiasa berubah-ubah.

PAK-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen


komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika
(4K 1N). Guru akan menetapkan objektif, merancang aktiviti berteraskan elemen 4K 1N,
fleksibel dan merungkai kurikulum (unpack curriculum) berdasarkan keupayaan murid
ketika merancang pembelajaran murid. Guru perlu bijak memupuk keupayaan murid
untuk menganalisis, mensintesis dan menilai fakta serta maklumat, menggunakan
kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

14
7.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi – Aplikasi Taksonomi Bloom dalam Strategi M2P
Aktiviti PdP yang bersifat ansur maju menepati aras Taksonomi Bloom (TB):
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pengadaptasian
taksonomi ini membantu guru merancang aktiviti mengikut tahap dan memberi definisi
yang standard untuk menerang serta mengelas hasil pembelajaran. Taksonomi Bloom
juga boleh digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku murid yang
dikehendaki.

Idea utama mengaplikasi kategori taksonomi dalam Strategi M2P bertujuan untuk
memastikan wujud keselarasan antara pernyataan objektif PdP dengan aktiviti
pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Justeru, guru perlu membezakan
kandungan dengan merancang aktiviti untuk kumpulan murid yang merangkumi pelbagai
tahap TB. Enam tahap TB, iaitu:
(i) mengingat/remembering
(ii) memahami/understanding
(iii) mengaplikasi/applying
(iv) menganalisis/analysing
(v) menilai/evaluating
(vi) mencipta/creating

Tahap atau kategori TB terdapat kata kerja yang membawa kepada tindakan setiap
peringkat. Kata kerja ini berguna dalam perancangan aktiviti pembelajaran, pembinaan
rubrik dan tugasan lain termasuk penilaian atau pentaksiran mengikut ketetapan dalam
objektif pembelajaran.

Bagi menghasilkan keberkesanan pembelajaran menggunakan Strategi M2P, senarai


kata kerja bagi setiap tahap TB perlu difahami dengan jelas bagi menentukan pemilihan
aras penguasaan pembelajaran dan aktiviti yang bakal dijalankan bagi mencapai objektif
PdP seperti di Rajah 4.

15
Rajah 4: Taksonomi Bloom

Kesemua elemen gabung jalin berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Elemen ini penting bagi melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran sebagai
persediaan mereka untuk menghadapi cabaran kompleks abad ke-21. Oleh itu, guru
perlu mempunyai pengetahuan PAK-21 serta memainkan peranan aktif dalam proses
PdP untuk memastikan bahawa kandungan, pedagogi dan pentaksiran bukan hanya
berfokus kepada aspek kognitif, tetapi juga aspek psikomotor dan afektif. Guru perlu
sentiasa membuat refleksi terhadap pedagogi yang dilaksanakan supaya sesuai dengan
PdP yang menyediakan murid dalam dunia kompleks serta dinamik yang dipengaruhi

16
oleh globalisasi dan revolusi teknologi digital. Hasrat ini selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

8.0 PENUTUP

Dalam konteks ini, Strategi M2P merupakan satu strategi yang dapat diaplikasi dan
diadaptasi dalam melaksanakan PdP. Perancangan yang teliti dan lengkap melalui
pertimbangan profesional dapat membantu memperkasakan instruksional guru. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat agar Garis Panduan Strategi M2P
dapat membantu guru agar lebih kreatif dan inovatif dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti PdP bagi memenuhi keperluan murid secara individu.

Panduan Perancangan Pengajaran telah disediakan bagi beberapa mata pelajaran


Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bersama bahan sokongan yang berkaitan.
Bahan tersebut boleh diakses dari SumberKU di portal DELIMa seperti berikut:

https://sumberku.moe-dl.edu.my/

17
9.0 RUJUKAN

Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and
assessing. (Abr. ed). Allyn and Bacon.
Eidelman, D. D. (2018). Spark Accelerated Learning with Differentiated Instruction: A
Plan for Reaching Each Student Every Day. https://itutor.com.
Kementerian Pendidikan Malaysia, K. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: KPM.

Rorlinda Yusof, Siti Aishah Hasan. (2021). Kerangka M2P (Mampatan, Pecutan,
Pengayaan). Rekacipta. No. Fail: UKM.IKM.800-4/1/3508. Pusat Inovasi Kolaboratif.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tomlinson, C. A. (2014). The Differentiated Classroom. Responding to the Needs of All
Learrners. (2nd ed.). ASCD.
Tomlinson, C. A. (2017). How to Differentiate Instruction in Academically Diverse
Classrooms. (3rd ed.). ASCD.

18
10.0 PENGHARGAAN

PENASIHAT

TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN


PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENGERUSI

PN. FAZLINAH BINTI SAID


TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENGERUSI BERSAMA

DR. KASHRY BIN AB. RANI


TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PENDIDKAN KHAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PANEL PAKAR DAN PENGAMAL STRATEGI M2P

PROF. MADYA DR. RORLINDA BINTI YUSUF


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PN. SITI AISHAH BINTI HASSAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PANEL PENULIS

DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF


SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MEJAR DR. ROSMALILY BINTI SALLEH


SEKTOR PENDIDKAN KHAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID


SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19
SUMBANGAN CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN STRATEGI M2P

PN. CHIN FONG PHIN UNIT BAHASA MELAYU


PN. SITI RAHAYU BINTI MUHAAMMAD SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. KALAICHELVI A/P SUBRAMANIAM UNIT BAHASA INGGERIS


SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. KUMARESAN A/L M. SUBRAMANIAM UNIT MATEMATIK ASAS


SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. RUSLAWATI BINTI MAT ISA UNIT SAINS HAYAT


PN. ALYENDA BINTI AB. AZIZ SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. AZMI BIN HARUN UNIT SAINS DAN SAINS TAMBAHAN


SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. ROSITA BINTI MAT ZAIN UNIT MATEMATIK DAN MATEMATIK


PN. NORAIDA BINTI MD. IDRUS TAMBAHAN
PN. NORDIANA BINTI AHMAD SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. CHIANG KOK WEI MENTOR TIMSS PISA


SEKTOR SAINS DAN MATEMATIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. MHD SHAFIEE BIN ABD GHANI UNIT GEOGRAFI DAN PENDIDIKAN ALAM
EN. NORHAZIRULDIN BIN IBRAHIM SEKITAR
PN. SITI KHADIJAH BINTI ABDULLAH SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. SITI SARAH BINTI MOHD NOOR UNIT SEJARAH


SEKTOR SAINS SOSIAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20
PN. FAIZAH BINTI ISMAIL UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
PN. ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
REKA BENTUK TEKNOLOGI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

CIK NUR MURIZA BINTI MUSA UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN


SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PN. RUSZIDAH BINTI LIMAT UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKTOR


EN. MOHD SHAZLAN BIN SHAHUDIN KESENIAN DAN KESIHATAN
EN. FIRDAUS BIN ZAKEYUDDIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EN. HASRUDIN BIN HASSAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM TERAS DAN


ELEKTIF
SEKTOR KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

PN. FAZLIN BINTI IBRAHIM UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM


TEKNIKAL
KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM
DAN PROGRAM TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL

EN. NURUL MUKHLIS BIN KOSTOR UNIT PEMBANGUNAN KURIKULUM


VOKASIONAL
KLUSTER PEMBANGUNAN KURIKULUM
DAN PROGRAM TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL

21
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4,6-8 Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88842000
Faks:03-88889917

Anda mungkin juga menyukai