Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan GST kepada rakyat dan negara

Kerajaan telah memperkenalkan sistem percukaian GST yang


akan dilaksanakan pada 3 April 2015. Kerajaan juga mengambil
langkah proaktif bagi mendedahkan GST kepada rakyat. Oleh itu,
terdapat banyak faedah yang terdapat melalui GST kepada rakyat dan
negara.

Melalui GST, pengguna dapat dididik agar berhemah Ketika


berbelanja GST mampu mengehadkan perbelanjaan untuk kemahuan
pengguna agar pengguna hanya berbelanja terhadap keperluan sahaja.
Hal ini demikian kerana GST menggunakan konsep lebih banyak
anda pakai atau beli, lebih banyak anda bayar. Perkembangan ini
mewujudkan golongan berpendapatan rendah akan berjimat cermat
dan mengelakkan golongan ini daripada berbelanja di luar
kemampuan manakala golongan yang berkemampuan akan
meningkatkan pendapatan negara.

Selain itu, kadar GST lebih rendah daripada sistem percukaian


SST. Perbandingan dapat dilihat daripada peratusan kadar GST
sebanyak 6% dan kadar SST pula 6% hingga 10%. Hal ini demikian
kerana SST merangkumi cukai perkhidmatan dan barangan manakala
GST menyatukan cukai perkhidmatan dan barang menjadi satu
system percukaian dengan kadar yang lebih rendah.

GST juga dapat menurunkan harga barangan semasa. Golongan


daripada pelbagai kelas perlu membayar cukai perkhidmatan dan
barangan yang terselindung dalam harga. Dengan pelaksanaan GST,
cukai-cukai tersebut dikurangkan dan secara tidak langsung
menurunkan harga-harga barangan tersebut. Peniaga yang
melaksanakan GST juga membantu penurunan harga barangan ini
secara drastik.

Pengecualian GST terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu


juga dilakukan. Pengecualian tersebut merangkumi penyewaan dan
pembelian rumah, penggunaan elektrik pada 200 unit pertama oleh
pengguna domestik dan barangan serta perkhidmatan yang lain.
Pengecualian ini dapat meringankan beban golongan yang kurang
berkemampuan.

Dalam masa yang sama juga, aliran pendapatan negara akan


meningkat dengan pelaksanaan GST. GST berpotensi membantu
kerajaan mengurangkan kadar percukaian koperat dan pendapatan. Ini
secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan yang
berpendapatan tinggi dalam pasaran pekerjaan rakyat. Negara
mempunyai kemampuan dalam berdaya saing di peringkat global dan
meningkatkan imej negara. Kesimpulannya, GST memainkan peranan
penting dalam menjaga kebajikan rakyat di Malaysia. Pelaksanaan ini
seharusnya diserapkan dalam kalangan rakyat agar negara dapat
dibangunkan bersama-sama dengan pembangunan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai