Anda di halaman 1dari 10

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

JXEA1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH :

SYED NAQUIB AL-ATTAS


FALSAFAHNYA DALAM PENDIDIKAN

NAMA:
NUR IFFAH BTE ZAIDI

NO MATRIX:
JEA080713
Bibliografi Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Syed Muhammad al Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas adalah seorang
cendekiawan dan filsuf muslim saat ini dari Malaysia. Beliau menguasai teologi, filsafat,
metafisik, sejarah, dan literatur. Beliau juga menulis berbagai buku di bidang pemikiran
dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, filsafat, dan literatur
Malaysia.

Dilahirkan di Bogor, Indonesia. Beliau menempuh pendidikan dasar pada usia lima
tahun di Johor, Malaysia, namun saat pendudukan Jepun ia pergi belajar ke Jawa untuk
belajar Bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa.

Setelah Perang Dunia kedua, pada tahun 1946, Syed Naguib Al-Attas kembali ke
Johor untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Beliau tertarik dan mempelajari
sastera Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Saat kuliah di Universiti Malaya, al-Attas
menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya literatur, dan Some Aspects of Sufism as
Understood and Practised among the Malays. Dari sini, Syed Naguib Al-Attas melanjutkan
pengajian ke the Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Canada. Pada
tahun 1962, Al-Attas menyelesaikan pengajian pasca sarjana dengan thesis Raniri and
the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke
School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Profesor
A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi
tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.

Pada 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama


International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Disini
beliau menjalankan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta
memberikan respons yang kritis terhadap Peradaban Barat.

Hasil Karya Syed Naquib Al-Attas

• (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum
Department.
• (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A
Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
• (1978) Islam and Secularism
• (1980) The Concept of Education in Islam
• (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the
`Aqa’id of al-Nasafi
• (1989) Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
• (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
• (1990) On Quiddity and Essence
• (1990) The Intuition of Existence
• (1992) The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
• (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC,
1998)
• (1994) The Degrees of Existence
• (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental
Elements of the Worldview of Islam

Falsafah Pendidikan Menurut Syed Naquib Al-Attas

Pendidikan, menurut Al-Attas adalah “penyemaian adab dalam diri seseorang – ini disebut
dengan ta'dib. Menurut Syed Naquib Al-Attas,

Adab adalah pengenalan terhadap realiti bahawa ilmu dan segala sesuatu yang ada terdiri daripada hieraki
yang sesuai dengan kategori dan tingkatannya, dan bahawa seseorang itu memiliki tempatnya masing-
masing dalam kaitannya dengan realiti, kapasiti,potensi fizik, intelektual, dan spiritualnya.

(Syed Muhammad Naquib Al-Attas,1972: 119 )


Pentingnya makna adab dan kaitannya dengan pendidikan manusia yang baik akan
semakin terasa ketika disedari bahawa pengenalan yang meliputi ilmu,dan pengakuan
yang melibatkan tindakan, tentang tempat yang sesuai sangat berhubung dengan kata-
kata kunci lainnya dalam pandangan hidup Islam, seperti kebijaksanaan, (hikmah), dan
keadilan ('adil) realiti dan kebenaran ('adil).

Al-Attas memberikan contoh bagaimana adab itu hadir dalam pelbagai tingkat
pengalaman manusia. Adab terhadap diri sendiri bermula ketika seseorang mengakui
bahawa dirinya terdiri daripada dua unsur. Yang pertama unsur akli dan yang kedua unsur
haiwani. Ketika akal seseorang menguasai dan mengawal sifat kehaiwananya, ia sudah
meletakkan kedua-duanya pada tempat yang betul dan membuktikan bahawa dirinya itu
benar.

Adab dalam konteks hubungan sosial antara sesama manusia bererti norma etika
yang diterapkan dalam hubungan sudah sepatutnya memenuhi beberapa syarat yang
didasarkan pada kedudukan seseorang, misalnya dalam keluarga dan masyarakat. Dalam
hal ini posisi seseorang itu bukan ditentukan melalui kriteria kekuatan, kekayaan ataupun
keturunan. Ia ditentukan oleh Al-Quran berdasarkan kriterinya terhadap ilmu pengetahuan,
akal fikiran dan perbuatan yang mulia. Jika seseorang itu dengan ikhlas menunjukkan
sifat-sifat yang mulia seperti hormat, rendah diri, menyayangi kepada orang
disekelilingnya, ini bererti bahawa beliau mengetahui apakah adab yang sewajarnya ketika
berhadapan dengan masyarakat.

Dalam konteks ilmu pula, adab bererti disiplin intelektual yang mengenal dan
mengakui adanya hieraki ilmu berdasarkan kriteria tingkat-tingkat keluhuran dan
kemuliaan, yang memungkinkannya mengenal dan mengakui, bahawa seseorang yang
pengetahuannya berdasarkan wahyu itu jauh lebih mulia daripada mereka yang
pengetahuannya berdasarkan akal.

Al-Attas tidak bersetuju dengan definisi erti pendidikan. Iaitu, pendidikan secara
keseluruhannya terdapat dalam konotasi istilah tarbiyah , ta'lim dan tardib yang dipakai
secara persamAan. Al-Attas berpendapat bahawa konsep ta'dib sudah mengandungi
unsur-unsur ilmu ('ilm), pengajaran (ta'lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyah) sehingga
tidak perlu dikatakan konsep pendidikan Islam terdapat dalam tiga konsep tarbiyah, ta'lim
dan ta'dib.

Merujuk pada hadis “Tuhan telah mendidiku ( addabani, yang secara literal bererti
telah menanamkan adab pada diriku), maka sangat baiklah mutu pendidikan ku (ta'dib).
Beliau telah menterjemahkan kata kerja addabani dengan telah mendidikku dan perkataan
ta'dib dengan pendidikan . Maknya ialah “Tuhan telah mendidikku dan menjadikan
pendidikanku sebaik-baik pendidikan.” Pemakaain istilah ta'dib dan addaba tidak
menafikan kaitan pendidikan di dalamnya, tetapi memberikan penekanan yang lebih
mendalam lagi. Sebagai contoh, Nabi Muhammad telah menggunakan perkataan ta'dib
untuk menunjukkan suatu usaha dalam menjinakkan haiwan.
Konsep pendidikan dalam pengertian ta'dib baginya ialah, pendidikan bukanlah
suatu proses yang akan menghasilkan pakar, melainkan proses yang akan menghasilkan
individu yang baik yang akan menguasai pelbagai bidang pengajian secara sepadudan
sebati yang mencerminkan pandangan hidup Islam.

Falsafah pendidikan Al-Attas sangat jelas menekankan pembangunan individu,


tetapi hal ini tidak dapat dipisahkan dari masyarakat dalam hal cara dan konteks
pelaksanaanya. Beliau merujuk pada sesuatu yang tidak dapat dipisahkan antara individu
dengan masyarakat dalam persaudaraan kemanusiaan. Bukan hanya pada kontrak sosial
yang terjadi, melainkan juga pada ikatan asal yang telah terjadi antara seluruh manusia
yang diciptakan Tuhan. Katanya
Ketika menyatakan bahawa tujuan ilmu pengetahuan adalah melahirkan manusia yang baik , kami tidak
bermaksud untuk tidak melahirkan masyarakat yang baik, sebab masyarakat terdiri daripada individu,
melahirkan seseorang yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik. Pendidikan adalah bahagian
penting masyarakat.
(Syed Naquib Al-Attas: 1972: 128)
Oleh itu individu yang terdidik dapat menghasilkan masyarakat yang baik.

Dapat dilihat disini bahawa Al-Attas sangat menitik beratkan adab dalam konsep
pendidikan Islam. Kita mesti menyelesaikan masalah ketiadaan adab kerana ilmu tidak
dapat diajarkan atau disampaikan kepada pelajar kecuali mereka telah memiliki adab yang
tepat terhadap ilmu pengetahuan, pelbagai disiplin dan autoritinya yang sah. Kaedah atau
cara-cara yang menciptakan keruntuhan adab dalam bidang spiritual, intelektul dan
budaya adalah melalui sikap dan proses penyamaan.Seperti menyamakan Al-Quran
dengan kitab-kitab lain.

Ketiadaan adab akan mengakibatkan kezaliman, kebodohan , kegilaan semula jadi


dan bahkan boleh terbentuknya sofisme. Kebodohan menurut Al-Ghazali adalah
melakukan cara yang salah untuk mencapai tujuan yang betul. Manakala kegilaan adalah
perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.Seseorang itu boleh menjadi lebih
gila jika tujuan utama mencari ilmu bukan untuk mencapai kebahagian yang sebenarnya
atau kecintaan kepada Tuhan seseai dengan ajaran agama yang benar. Demikian juga,
adalah kebodohan jika berusaha mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat tanpa ilmu
dan amal yang benar.

Adab sebagaimana yang dijelaskan AlAttas,ialah menanamkan rasa kepatuhan dan


disiplin dalam fikiran yang tentunya akan tercermin dalam tindakan yang berkaitan dengan
peribadi, sosial, dan kebudayaan. Kebingunan yang teruk kerana ketiaadan adab tidak
hanya bererti rosaknya ilmu, tetapi juga ketidakmampuan mengakui pemimpin yang benar
dalam segala bidang, bahkan memberi jalan dan mendukung munculnya pemimpin
palsu.Konsep pendidikan sebagai penyuburan adab (ta'dib) sebagaiman yang
dipertahankan Al-Attas, berupaya menghasilkan Muslim yang terdidik secara benar, jelas
identitinya, jujur, sederhana, berani dan adil dalam pelbagai realiti dan masalah yang
kehidupan sesuai dengan urutan keutamaan yang difahaminya.

Al-Attas berulang-ulang menyatakan bahawa masalah paling mendasar yang


dialami Dunia Muslim kebelakangan ini, adalah masalah ilmu yang menimbulkan gejala-
gejala seperti masalah sosial, ekonomi dan politik. Beliau tidak hanya menekankan
pentingnya pendidikan samada Barat mahupun tradisional – tetapi juga pendidikan yang
menumbuhkan kesedaran diri dan konservatif secara keagamaan tanpa mengabaikan
watak preskriptif, praktis dan futuristik.

Universiti Islami

Beliau menganggap universiti sebagai institusi yang paling penting dalam kerangka
sistem pendidikan, yang daripadanya akan bermula revivalisme (kebangkitan) dan
pembentukan semula pendidikan dan epistemologi.Usaha terhadap reformasi pendidikan
Islam iaitu penekanan pada pendidikan asas dan menengah akan gagal jika sistem
pendidikan tinggi, terutama universiti, tidak diubah sesuai dengan kerangka epistemologi
dan pandangan hidup Islam. Bahagian pendidikan tinggi akan menjadi lemah dan tidak
mampu mencapai tujuannya secara sempurna jika tidak didukung dengan baik oleh
pendidikan tingkat lebih tinggi.

Oleh itu Al-Attas mendesak perlunya sebuah universiti Islam yang harus berbeza
daripada yang sudah ada di dunia ini.Beliau menyarankan ditubuhkan,
Sebuah universiti Islam yang memiliki struktur berbeza daripada universiti Barat, konsep ilmu berbeza
daripada apa yang dianggap sebagai ilmu oleh para pemikir Barat, dan tujuan dan aspirasi berbeza daripada
konsepsi Barat. Tujuan pendidikan tinggi dalam Islam adalah membentuk “manusia sempurna” atau
“manusia universal”..Seorang ulama Muslim bukanlah seorang pakar dalam salah satu bidang keilmuan,
melainkan seorang yang universal dalam cara pandangannya dan memiliki autoriti dalam beberapa bidang
keilmuan yang saling berkaitan.
(Syed Naquib Al-Attas: 1972: 153)
Tujuan utamanya bukan hanya alasan kemanusiaan, melainkan juga membentk individu
yang siap menjadi anggota masyarakat global, sementara personel penting dalam dunia
pendidikan tidak lain adalah seorang ahli keilmuan.

Sebuah universiti seharusnya merupakan gambaran daripada manusia sempurna ,


universal atau “insan kamil”.Insan kamil adlah seseorang yang sanggup menampakkan
sifat-sifat ketuhanan tanpa menghilangkan identitinya sebagai seorang hamba dan
makhluknya. Golongan insan kamil ini dipimpin oleh Nabi Muhammad saw, diikuti semua
Nabi dan para hamba pilihan-Nya, iaitu para aulia dan ulama yang ilmu dan kehidupan
spiritualnya sangat mendalam. Sejak awal lagi Al-Attas menganggap ISTAC sebagai
nucleus atau pusat daripada universiti Islam yang sebenarnya. Belaiu berjuang untuk
menjadikan ISTAC sebagai cerminan daripada insan kamil.

Sebagai contoh beliau telah berusaha dan berjaya melaksanakan perletakan batu
asas untuk pembangunan ISTAC pada malam ke-27 bulan Rejab bersamaan dengan
malam Israk dan Mikraj nya Nabi muhammad saw. Bangunan tersebut menghadap kiblat
dan menggambarkan sosok seorang manusia.Kejayaan Al-Attas dalam merancang
pembangunan ISTAC dapat dilihat apabila ramai pengunjung yang datang dan kagum
melihat bangunan itu. Mereka berkata bahawa bangunan itu mengingatkan mereka pada
pusat-pusat keagamaan dan intelektual serta istana-istana lama di Timur Tengah.

Konsep tentang universiti yang benar-benar islami sebagai sebuah cerminan


daripada insan kamil atau manusia universal bukan sahaja penting, tetapi nyata
kewujudannya. Alasannya, tokoh seperti Nabi Muhammad saw adalah contoh nyata
tersebut. Tanpa contoh nyata tersebut, penekanan tentang konsepsi ini akan mendorong
kita jerumus ke dalam sesuatu humanisme sufistik,seperti yang dilambangkan oleh
Protagoras.
Manusia adalah ukuran daripada segala sesuatu. Segala sesuatu yang (dianggapnya) ada adalah dan
segala sesuatu yang dianggapnya tiada, tiadalah.
(Syed Naquib Al-Attas : 1972 : 158)
Oleh sebab itu, universiti dalam Islam harus mencerminkan ketokohan Nabi Muhammad
dalam hal ilmu pengetahuan dan amal soleh dan fungsinya adalah untuk membentuk
seorang lelaki atau wanita yang beradab agar memiliki qualitiyang dicontohkan Nabi
Muhammad saw.
Al-Attas mengkritik universiti-universiti Muslim Moden kerana mereka ini meniru
mentah-mentah model sekular barat yang jelas merupakan cerminan daripada sebuah
negara, termasuk didalamnya, manusia sekular. Universiti moden pertama di Dunia Islam
ialah Dar-Al-Funan. Universiti ini didirikan di Istnbul pada tahun 1870.Dikatakan meniru
Barat kerana ia menggunakan idea pendidikan Perancis. Istilah funun sengaja digunakan
untuk merujuk pada ilmu moden yang berbeza daripada istilah ulum yang ada pada waktu
itu bermakna ilmu tradisional atau Arab.

Pada zaman sekarang ini, jelas sekali bahawa banyak universiti Islam baik yang
baru atau yang lama didirikan telah dipaksa oleh tekanan pemerintah ataupun kerana
keracunan intelektual, untuk menerima beberapa agenda epistemologi sekular
moden,menerima pandangan dan struktur organisasi yang mencerminkan tujuan
pendidikan yang bersifat kebangsaan dan kebendaan, serta menyetujui pembentukan
pelbagai fakulti dan bidang pengkhususan akademik.

Faktor utama lain dalam konsepsi sebuah universiti Islam adalah peranan
perpustakaan. Perpustakaan yang merupakan tempat ilmu pengetahuan dan hikmah
daripada pelbagai generasi ilmuan daripada pelbagai agama dan tradisi kebudayaan,
seperti perkembangan intelektual manusia seharusnya diberikan keutamaan. Sudah
semestinya, tiada pemikir atau tokoh pendidikan yang menolak akan pentingnya
perpustakaan di dalam konteks institusi tinggi.

Namun demikan tidak ramai yang akan keluar mencari dan berusaha untuk
mendapatkan karya-karya rujukan utama, terutama dalam bidang dalam bidang pengajian
Islam, aspek-aspek relevan dari pada falsafah dan kebudayaan Barat dan Melayu
bergantung kepada keperluan institusi tersebut seperti mana yang dilakukan oleh Al-Attas.
Al-Attas telah berjaya mengumpulkan sebanyak 15,000 jilid daripada bahan rujukan
penting untuk Perpustakaan IBKKM.

Selain itu , Al-Attas juga telah berusaha dan berjuang dalam mengislamisasikan
ilmu pengetahuan semasa. Beliau telah menukar istilah-istilah dan konsep kunci yang
terdapat dalam pandangan alam umat Islam. Usaha ini telah membuahkan hasil dalam
hasil kajian permulaan yang dilakukan dari 1963 hingga 1965 tentang tasawuf Hamzah
Fansuri – penyair dan ahli sufi melayu terbesar. Disinilah Al-Attas telah memperkenalkan
kaedah analisis semantik dalam mengkaji konsep-konsep dalam sistem tasawuf Fansuri
seperti kehendak, tuhan, wujud dan sebagainya. Dengan secara cermat beliau telah
menganalisis istilah-istilah tersebut dan menukarnya dalam bahasa Melayu yang berkaitan
seperti ada, hendak , diri dan sebagainya.

Ada dikalangan cendekiawan-cendekiawan Islam yang menerima usulan tentang


mengislamisasikan ilmu pengetahuan dan ada pula yang tidak menyetujuinya.Golongan
pertama berpendapat bahawa Umat Islam sudah puas dengan teoretis mereka sendiri.
Pencarian ilmu pengetahuan moden harus dibatasi oleh keperluan pragmatis, yang
bertolak daripada kepercayaan bahawa ilmu-ilmu teoretis moden akan meyebabakan
keraguan terhadap ugama dikalangan umat Islam.

Golongan yang kedua pula berpendapat bahawa keseluruhan ilmu moden itu harus
diserap oleh umat Islam kerana ia dianggap berguna. Mereka berdalih bahawa pada Abad
Pertengahan umat Islam tidak hanya terbiasa mengambil aspek teknik ilmu-ilmu asing,
tetapi juga pemikiran falsafahnya.

Kesimpulan

Pertama,dapat kita fahami bahawa, Al-Attas sangat menitik beratkan adab dalam
menuntut ilmu. Seseorang yang memiliki adab yang mulia dapat menggunakan ilmunya di
jalan yang benar serta diredhai Allah dan dapat membentuk masyarakat yang berguna.
Pendidikan yang dimaksudkan Al-Attas sangat berbeza dengan pengajaran dan latihan.
Pendidikan moden tidak seharusnya menitikberatkan latihan pelajar untuk pelbagai
profesion tetapi untuk pendidikan mereka. Latihan dapat dilakukan keatas manusia dan
haiwan manakala pendidikan hanya dapat dilakukan keatas manusia sahaja. Kedua,
kita dapat lihat bagaimana Al-Attas berjuang dalam memepertahankan konsepnya teng
universiti Islam. Sebuah universiti Islam itu tidak seharusnya meniru universiti-universiti
Barat. Samada dari segi fizikal mahupun spiritualnya. Dan terakhir, kita mengetahui
tentang usaha Al-Attas dalam mengislamisasikan ilmu pengetahuan. Beliau berpendapat
bahawa semua ilmu itu datang dari Allah melalui Al-Quran. Tiada perbezaan antara ilmu
sekular dan ilmu agama Islam.
Bibliografi

Syed Naquib Al-Attas. Retrieved August 15, 2008, from


http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al_Attas.
Corliss Lamount, The Philosophy of Humanism, cetakan Ulangan edisi 1949 (New York:
The Wisdom Library, 1957)
Al-Attas.1985. The Corruption of Knowledge. Catatan kiliah disampaikan di Istanbul pada
17-22 September.
Seabury, paul (ed.). 1975 Universities in the Western World. New York: The Free
Press/London: Collier Macmillan.
Al-Tahanawi, Muammad 'Ali, 1862. Kasysyaf Istilahat Al-Funun ed. Mohammad Wajih dkk.
2Jil. India: W.N.Lees Press.
Wan Daud, Wan Mohd. Nor. 1991. Budaya Ilmu,Kuaa Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.