Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
JXEA1104
NO.MATRIK:JEAO8O189
NAMA PENSYARAH:DR.AMRAN
MUHAMMAD
RAJA DONAN)
SEMESTER:1
Pada suatu hari tergerak-lah hati Raja Madong bongsu hendak menengok nasib Raja
Donan. Maka di-panggil-lah Nujum’Ngan Tujoh,maka bertanya-lah Raja Madong
Bongsu, “Apa-kah padah-nya anak beta ini?
binti Muhammad. Pada permulaan cerita Raja Donan ini telah menceritakan tentang
Raja Diu yang merupakan moyang kepada Raja Donan yang telah berkahwin dengan
Tuan Puteri Saja Di-Embun. Kemudian baginda telah menjumpai seorang budak ketika
mengembara di Gunung Lotang. Baginda telah menamakan anak tersebut Raja Bongsu
Dondang Adek Raja Bongsu Dondang Adek telah berkahwin dan mempunyai dua orang
anak iaitu Raja Besar dan Raja Madong Bongsu. Kisah Raja Donan menceritakan
perihal Raja Donan yang telah dibuang negeri oleh ayahanya kandungnya iaitu Raja
Madong Bongsu kerana fitnah ahli nujum yang mengatakan bahawa Raja Donan seorang
yang membawa nasib yang malang didalam negeri. Menurut ahli nujum itu jika Raja
Donan dibesarkan didalam negerinya malapetaka akan menimpa negeri itu. Raja Donan
telah dibesarkan oleh Temenggong- Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasoh di Pulau
Sembilan. Setelah Raja Donan menigkat usianya Raja Donan telah pergi mengembara ke
beberapa tempat dan pada penghujung pengembaraannya Raja Donan telah menyamar
sebagai seorang yang hina dina dimata masyarakat iaitu sebagai Budak Burok.
Seterusnya Raja Donan telah berjaya merebut tuan puteri iaitu Puteri Gandar Eran
Dalam bab 3 Hikayat Raja Donan ini banyak falsafah yang boleh dikaitkan
dengan kehidupan masyarakat Melayu pada Zaman Melayu Klasik. Ketaatan dan
kepatuhan rakyat terhadap raja merupakan satu sikap masyarakat Melayu yang penting
dalam sebuah negeri atau kerajaan. Menerusi cerita Raja Donan ini Raja Madong
Bongsu yang merupakan bapa kandung Raja Donan telah menitahkan kepada rakyat
jelata supaya mencari ikan, burung punai, susu rimau jantan, remis dan lokan untuk
mengandungkan Raja Donan pada ketika itu. Tanpa sebarang bantahan rakyat negeri itu
terus sahaja menurut perintah Raja Madong Bongsu bagi memenuhi keinginan Puteri
Permaisuri. Namun mereka telah meminta masa selama tiga hari untuk mencari dan
membawa apa yang diingini oleh Puteri Permaisuri. Setelah selama tiga hari mereka pun
telah mendapatkan ikan, burung punai, susu rimau jantan, remis dan lokan untuk
dipersembahkan kepada Raja Madong Bongsu. Hal ini telah membuktikan bahawa
Perintah Raja atau Sultan merupakan suatu perkara yang harus dipatuoleh setiap
rakyat jelata. Mengikut sejarah Melayu pada Zaman Melayu Melaka, sesiapa yang
ingkar terhadap perintah raja akan ditimpa tulah atau malapetaka. Walaubagaimanapaun,
masyarakat melayu hari ini tidak lagi percaya terhadap perkara tersebut tetapi
Dalam Hikayat Raja Donan sifat taat dan setia terhadap raja begitu jelas sekali
apabila terdapat rakyat yang cacat seperti buta, patah kaki dan sebagainya telah datang
menyembah raja ketika diperintahkan oleh Raja Madong Bongsu kepada Temenggung-
Bendahara untuk meminta rakyatnya pergi mencari ikan, burung punai dan sebagainya
untuk dipersembahkan kepada Puteri Permaisuri yang telah mengidam itu. Cacat atau
kurang upaya tidak menjadi alasan kepada mereka untuk membantah perintah raja.
Kepatuhan kepada Raja merupakan perkara yang menjadi tanggunjawab setiap rakyat
ketika Zaman Melayu Klasik. Falsafah ini harus diterapkan kepada masyarakat pada
Kesetiaan dan ketaatan yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu Klasik harus
diberikan perhatian didalam cerita ini sebagai falsafah hidup yang baik dalam sesebuah
Falsafah mengenai kepercayan dan agama juga telah diketengahkan oleh penutor
cerita Raja Donan ini. Dalam bab tiga cerita Raja Donan masyarakat Melayu telah
mengamalkan kepercayaan terhadap ahli nujum atau amalan menilik. Perkara ini dapat
dilihat apabila Raja Madong Bongsu bertanya kepada Nujum Ngan Bongsu mengenai
nasib anaknya Raja Donan yang dikataka mempunyai tuah terhadap negerinya. Namun
Raja Madong Bongsu tidak mempercayai kata-kata Nujum Ngan Bongsu tetapi lebih
mempercayai Nujum Ngan Enam yang menyatakan bahawa anaknya Raja Donan
Amalan menilik nasib atau menggunakan ahli nujum yang diamalkan dalam
masyarakat Melayu bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam cerita Raja Donan
ini, kepercayaan terhadap agama Islam juga telah wujud namun tidak diamalkan secara
mendalam. Mengikut ajaran agama Islam, umat manusia haruslah patuh kepada Allah
dan percaya hanya Allah yang menentukan takdir seseorang manusia itu. Manusia tidak
seharusnya percaya terhadap amalan syirik seperti mengamalkan ahli nujum untuk
menilik nasib seseorang seperti yang diamalkan oleh Raja Madong Bongsun terhadap
anaknya Raja Donan. Perbuatan syirik ialah dianggap seperti menyekutukan Allah
sedangkan dalam ajaran Islam manusia haruslah patuh dan taat kepada Allah dan hanya
mengesakanNYA. Selain itu juga manusia harus redha akan ketentuan Ilahi.
Kehidupan masyarakat Zaman Melayu Klasik mempuyai gaya hidup yang sama
dengan masyarakaat Melayu moden pada hari ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat
Melayu pada hari ini juga masih mengamalkan dan mempercayai amalan tahyul ini.
Amalan menilik nasib seperti menilik jodoh dan sebagainya masih lagi dipercayai oleh
sesetengah masyarakat .
perkara yang wujud atau tidak di alam semesta ini. Kepercayaan terhadap amalan ilmu
menilik dengan menggunakan ahli nujum juga falsafah yang wujud dan dikaji secara
mendalam oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu yang tiada pegangan agama
yang mendalam telah mempercayai bahawa ahli nujum merupakan seorang yang
mempunyai firasat yang benar terhadap sesuatu perkara. Samaada perkara itu baik
atau buruk masyarakat yang tiada pengetahuan agama yang mendalam ini tetap
menerimanya. Walaupun hal atau perkara yang ditilik oleh ahli nujum tiada logik dalam
sesebuah kehidupan manusia tetapi masyarakat melayu tetap mengamalkannya samaada
Walhal dalam cerita Raja Donan pula masyarakat Melayu ketika itu menganggap
ahli nujum atau tukang tilik merupakan satu keperluan terutama kepada Raja untuk
memastikan bahawa keadaan negeri berada dalam keadaan aman dan tiada bencana atau
malapetaka yang buruk berlaku dalam negerinya. Selain itu, Raja Madong Bongsu juga
merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri kerana lebih menyayangi negeri dan
isterinya sahaja berbanding anak kandungnya sendiri. Raja Donan telah dibuang negeri
dan telah membesar tanpa kasih sayang ibu bapa kandungnya sendiri.
Pada penghujung cerita Raja Donan ini, Raja Donan telah berdamai dengan
Dewa Perakas dan hidup dalam keadaan aman damai. Anaknya Awang Merah Suara
dan Puteri Sa-Hari Bulan juga telah berkahwin. Kesimpulannya, falsafah yang
Mohd Hazim Shah. Pemikiran Melayu Ditinjau Dari Aspek Falsafah Rasionaliti.Source:
Forum Universiti Malaya-Universitas Sumatera Utara.Paper 10 (3-4 Jan
1997:Kuala Lumpur