Anda di halaman 1dari 21

CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Tajuk : PENGURUSAN SUKAN

Amali 1 : PENGELOLAN PERTANDINGAN

Minggu :1

Tarikh: 9 JUNE 2013

Hari : ISNIN

Masa : 8.00-10.00 PAGI

Tempat : MAKMAL SAINS SUKAN

Jenis Laporan Aktiviti:

Pada 26 November 2011, kuliah pertama bagi tajuk pengurusan sukan. Aktiviti yang
telah dijalankan adalah mesyuarat induk atau mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa
untuk pengelolan pertandingan;

Pengerusi:

Naib Pengerusi:

Setiausaha:

Timbalan Setiausaha:

Bendahari:

Penolong Bendahari:

Ahli Jawatan Kuasa Kecil:

Selepas selesai pemilihan Ahli Jawatan Kuasa, En. Jekius Bin Karim selaku
pensyarah Sains Sukan Pra U Junior Satu telah memberi penjelasan tentang pelaksanaan
pengelolan pertandingan.

1
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Minggu Kedua: 3 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

Pada 3 Desember 2011 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, kelas olahraga yang kedua
telah dijalankan. Seperti kelas pada minggu yang pertama, kami menunggu tenaga pengajar
di tepi gymnasium. Setiap kumpulan telah diberi acara yang akan dijalankan. Bagi kumpulan
kami iaitu kumpulan D, kami mempelajari dan juga mempraktikkan tentang Lompat Jauh.
Sebelum acara olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan badan
terlebih dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat Jauh.
Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan, teknik
lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan asas yang perlu
ada dalam acara Lompat Jauh ini.

Lompat Jauh

Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua. Pada
asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat (standing long
jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat jauh sambil berlari
telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu
mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.

i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan
lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi mendarat.
ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan
terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan
papan lonjakan.
iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu tidak
akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut.

Kaki Kaki
Pasir Pasir

Lompatan sah dari papan lonjak.


2
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Lompatan batal kerana tersnetuh pasir.

PAPAN LONJAK
PLASTISIN

30 darjah

10 cm
15 cm

12 cm

Papan Lonjakan

Tiga gaya lompatan Lompat Jauh.

i. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam
acara ini.
ii. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
iii. Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa.

i. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari
dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki
segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama
dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke
papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk
pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
ii. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya mencapai
kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan

3
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan
dengan mengangkat dada ke atas.
iii. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.
Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
iv. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan
kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan.

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua
langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja,
supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk
melompat dari papan lonjak.
ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki,
pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan

4
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara
berada dalam keadaan selari dengan bahu.
iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan
sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan
untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.
iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan
dibawa ke atas kepala.
v. Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan
dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju.

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada kaitan.
Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet
itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat
papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat.
Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang
yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba
menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.

Pengalaman saya.

5
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, saya


sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya mempratikkan
sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah menengah semasa sukan tahunan tanpa mengetahui
sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa lompat jauh. Dengan
krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan saya tentang lompat jauh,
malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh dengan betul.

Minggu Ketiga: 10 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti;
berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing.
Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga
iaitu Lompat Tinggi. Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami
membuat senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan
semasa melakukan acara. Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan
sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari
instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya
Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi.

Lompat Tinggi

Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua
tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya
Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-
peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali
berturut-turut.

Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada
momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan
lonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan
lompat galah.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi.

6
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

i. Gaya Gunting (Scissors) – Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak
dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat
berada dalam keadaaan duduk berlunjur.
ii. Gaya Timur – Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah.
Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan
pelompat melepasi palang secara mengiring.
iii. Gaya guling barat – penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.
Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan
berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari dengan palang
untuk membuat pelepasan.
iv. Gaya pelana – gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke
palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke
bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
v. Gaya Fosbury Flop – gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah
gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.

Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

Gaya Lompatan Fosbury Flop

i. Fasa penujuan – biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3


langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu.
ii. Fasa lonjakan – ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat
mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila
memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang.

7
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

iii. Fasa layangan – semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang)
sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua
belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu
bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat
melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas.
Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
Persediaaan untuk pendaratan.
iv. Fasa pendaratan – serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik
kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)

Peraturan asas acara Lompat Tinggi.

Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh mula melompat di
mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika
peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat
lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang
gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras
mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak
meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat
meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari
aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.

8
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Pengalaman saya.

Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zaman
sekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan ‘role
model’ untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatan
Fosbury Flop.

Minggu Keempat: 17 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

Pada minggu ini, persamaan dengan minggu ke – 4, acara olahraga yang akan kami
pelajari dan praktikan adalah Larian pecut. Seperti lazimnya, sebelum melakukan acara larian
pecut kami membuat senaman untuk memanaskan badan agar tidak berlakunya kecederaan
semasa acara larian pecut dilakukan.

Larian pecut

Larian pecut merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

i. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.


ii. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
iii. Tangan digerakkan dengan pantas.
iv. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

Bagi seorng atlik, teknik dan gaya larian merupakan factor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angina permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari mungkin aktiviti yang sihat dan
menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.

9
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan
kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan
berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang
sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut
iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau
badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pla ianya bergantung kepada panjang kaki,
kekuatan dan mobility semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter
hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada
latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

Fasa-fasa dan Teknik-teknik larian.

i. Fasa permulaan – terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya
panjang
ii. Fasa larian

10
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

iii. Fasa pecutan – selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil
tempatnya di blok permulaan.
iv. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan – fasa pecutan berlaku di antara
jarak 30 meter dan 60 meter, pecutan berlaku pada awal larian, 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter, apabila atlet mencapai kelajuan
maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
v. Fasa larian di selekoh
vi. Fasa penamat – faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah
untuk berlari 10 meter lebih jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus
pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan
larian ialah untuk menonjolkan terso ke hadapan.

Pengalaman saya.

Pada minggu ini saya telah mendapati banyak maklumat tentang tahap kelajuan bagi
seseorang atlit larian pecut. Pada mulanya, saya tidak mengetahui akan faktor-faktor atlit
larian pecut dapat berlari dengan begitu pantas sekali. Dengan adanya krusus ini, ia telah
memberi saya serba sedikit akan maklumat tentang acara larian ini. Disamping itu, saya juga
telah mempraktikkan teknik-teknik lari pecut dengan mengunakan teknik yang betul.

Larian Pecut

11
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Minggu Kelima: 24 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

Pada minggu ke – 5, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru. Acara ini
adalah amali yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum acara merentas desa diadakan.
Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminati
oleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat. Sebelum
mempratikalkan dan markah amali diambil, instuktur kumpulan D telah menjelasakan teknik-
teknik memegang dan melontar peluru yang betul.

Lontar peluru

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika
dibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai
oleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot. Teknik lontaran merupakan
faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap
atlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi
dalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti
dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran
dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh:

i. Halaju Pelepasan
ii. Sudut ketika membuat lontaran
iii. Ketinggian peluru ketika melontar

12
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan
ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan
yang baik.

Teknik atau gaya melontar peluru:

i. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)


ii. Gaya melungsur selangkah
iii. Gaya Parry O’Brien

Gaya lontar peluru Parry O’Brien.

Gaya Parry O’Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien
sendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada
tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah
berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18
meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada
semua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

13
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Aspek penting dalam Lontar peluru.

i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul
sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi – iaitu lakukan
seberapa rendah yang boleh.
iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Pengalaman saya.

Pada pendapat saya acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika
seseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan,
lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas
melontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para
pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan
kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

14
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Teknik acara melontar peluru

Minggu Keenam: 7 Januari 2012

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di tepi gimnasium)

Pada kelas krusus olahraga yang ke – 6, acara padang telah selesai kami laksanakan.
Encik Rushdan telah memaklumkan kepada kami mengenai satu aktiviti lagi yang perlu kami
laksanakan iaitu kejohanan merentas desa, iaitu aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perlu
berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan pada hari kejohanan tersebut. Kami
berkumpul bersama instruktur masing-masing. Instruktur kami memberitahu markah yang
diperolehi setiap individu dalam ujian kemahiran yang telah kami jalankan. Perjumpaan pada
minggu tersebut telah berakhir lebih kurang dalam pukul 11 pagi.

15
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Minggu Ketujuh: 11 Februari 2012

Laporan Olahraga acara Merentas Desa

Tarikh : 11 Februari 2011

Hari : Sabtu

Tempat: Gimnasium UPSI

Masa : 8 pagi – 1.00 petang

Ahli Jawatankuasa Induk;

16
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Pengarah : Muhammad Hanif bin Yahya

Pen. Pengarah : Federick Juggo anak Jugie

Setiausaha : Nuradibah binti Jaafar

Pen. Setiausaha : suraya binti Ashari

Bendahari (L) : Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim

Bendahari (P) : Norasma’ Ameena binti Mohd Hamzah

Aktiviti:

Setelah sampai di padang futsal iaitu tepi gimnasium, kami diminat untuk berkumpul.
Aktiviti pertama yang kamu lakukan pada pagi tersubut adalah senaman aerobik
sebagai senaman untuk memanaskan badan untuk persiapan merentas desa.
Kemudian, kami diberi sedikit penerangan tentang trek perjalanan untuk merentas
desa.
Pelajar lelaki memulakan larian terlebih dahulu, manakala pelajar perempuan perlu
menunggu giliran mereka di gelanggang futsal, sehingga pelajar lelaki tamat
melakukan larian.
Setelah semua pelajar lelaki sampai garisan penamat, nama pemenang-pemenang
diambil. Kumudian, giliran pelajar perempuan pula untuk memulakan dan menutup
larian merentas desa pada hari tersebut.
Setelah semua pelajar perempuan sampai di garisan penamat, nama pemenang
diambil. Kemudian, kami berehat seketika sementara menunggu majlis penyampaian
hadiah untuk para pemenang.
Sebelum majlis penyampaian hadiah dilangsungkan, pensyarah krusus olahraga kami
telah memberikan seedikit ucapan dan seterusnya, secara rasminya, beliau
menamatkan kursus Olahraga bagi semester ini.
Majlis penyampaian pingat dan sijil pun dijalankan. Sepuluh peserta yang tiba awal di
garisan penamat semasa merentas desa telah dijemput ke hadapan untuk menerima
pingat dan sijil.

Nama-nama pemenang bagi kategori lelaki adalah:

17
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

1. Mohammad Syahril bin Taib


2. Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim
3. Ichsan Azhari bin Mohd Aras
4. Mohamad Zulfikri bin Mat Jusoh
5. Muhammad Faiz bin Azeeim
6. Muhammad Hafiz bin Shahidan
7. Muhammad ‘Alim bin Zainaldin
8. Ahmad Zamzuri bin Muhammad
9. Muhammad Fiqry bin Zolkofili
10. Syed Ahmad Wajeeh bin Syed Shiekh

Nama-nama pemenang bagi kategori perempuan adalah:

1. Nik Nurhasni binti Awang


2. Nur Abilah Anis binti Mohd. Nasir
3. Nur Aliah Amira binti Affandi
4. Noor Syaheerah Syazwani binti Surya
5. Najwa Syarina binti Mohd. Nasir
6. Siti Nor Farahieda binti Mohd Asri
7. Priscilla anak Nari
8. Ivy Esther See
9. Noraine binti Abgar
10. Wan Nurhamizah binti Abdul Rahman

Ini adalah peta laluan merentas desa.

18
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

RUMUSAN

19
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Kursus ini telah memberi banyak ilmu atau pengetahuan tentang acara padang. Saya
dapat mengetahui teknik-teknik yang betul semasa menjalankan acara padang seperti lompat
jauh, lompat tinggi, larian pecut dan lontar peluru. Saya percaya segala ilmu yang saya
perolehi, pasti saya dapat manfaatkan pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, saya juga
gembira kerana saya bukan sahaja dapat pelajari teknik-teknik yang betul secara teori,
malahan saya juga mendapat peluang untuk melakukan aktiviti olahraga secara praktikal.

Selain itu, kursus ini juga dapat membantu mahasiswa atau mahasiswi membuka
minda mereka bahawa mereka tidak perlu belajar hanya di dalam bilik kuliah sahaja. Malah
mereka juga perlu melakukan aktiviti yang berada di luar bilik kuliah seperti olahraga juga
bagi memastikan mereka mempunyai tubuh dan minda yang sihat.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini patut berasa bertuah kerana
mereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru, bahkan tubuh badan mereka juga menjadi
lebih sihat dengan bimbingan pensyarah dan jurulatih yang tidak jemu dalam berkongsi ilmu
dalam olahraga.

BIBLIOGRAFI

20
CONTOH LAPORAN SETIAP AKTIVITI

Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: New York.

Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing of
the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL.

Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: Upper
Saddle River.

Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Human
Kinetics: Canada.

Jack H. Wilmore \ David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human
Kinetics: United States of America.

Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. Human
Kinetics: United States of America.

Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application to
Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America.

21

Anda mungkin juga menyukai