Anda di halaman 1dari 6

MENGIMPLEMENTASIKAN NORMA BAHARU COVID19 DALAM BUDAYA

KERJA HARIAN DI PASUKAN.

Beberapa negeri telah mengatur kekuatan bersenjata, kemampuan untuk menolong tindak balas
terhadap wabak COVID19 ketika negara-negara di seluruh dunia menyesuaikan diri. Pembinaan klinik baru
dan penempatan semula doktor tentera dan jururawat ke pusat perubatan yang ada telah digunakan untuk
membantu hospital dan kakitangan perubatan awam yang berlebihan. China dikatakan telah mengaktifkan
lebih dari sepuluh ribu kekuatan ketenteraan berikutan wabak itu, sementara Perancis telah menghantar
Ketahanan Operasi. Bantuan tentera juga meliputi pengangkutan bekalan dan kakitangan krisis,
pengambilan ketua koordinasi klinikal angkatan bersenjata, penyebaran fakulti perkhidmatan perubatan, dan
pensterilan klinik perubatan dan tempat awam lain. (Kalkman, 2020).

Beberapa usaha klinikal yang dilakukan oleh tentera merangkumi pengumpulan dan penerokaan
kemungkinan inokulasi, sama seperti pengeluaran peralatan klinikal, misalnya, penutup muka dan
pembersih. Pasukan juga telah dikumpulkan untuk mengarahkan penguncian wajib dengan memerhatikan
jalan, menaikkan barikade, dan membatasi perjalanan, yang telah memulai perselisihan. Kegiatan-kegiatan
ini bertujuan menghentikan penyebaran Covid, telah disajikan di mana-mana di dunia. Akhirnya, para
pejuang telah bersiap sedia untuk membantu meredakan kesan buruk dari penguncian, termasuk peruntukan
makan malam kepada penghuni tanpa wang dan memberi subsidi kepada bank makanan.

Tentera bersenjata telah dihantar untuk membantu negara-negara yang berlainan dalam menguruskan
keadaan kecemasan kesejahteraan. Pakar bedah dan pakar perubatan China dihantar dari pelbagai negara
rakan, sementara pakar Rusia, PC, dan perkakas pertahanan individu dihantar dari Itali. Namun, sebahagian
besar bantuan ketenteraan diberikan dalam sempadan negara, yang mengakibatkan pengerahan rumah
tangga. Walaupun penggunaan angkatan bersenjata untuk menangani konflik dalaman tidak jarang berlaku,
ruang lingkup dan kerumitan kemampuan ketenteraan yang dikerahkan dalam negara tidak pernah dilihat
sebelumnya. Sumbangan ini bertujuan untuk memahami kedudukan penting tentera dalam menangani wabak
COVID19 dan untuk menerangkan akibat dari peranan itu (Lagowska, 2020). Penjelasan mengenai peranan
jururawat yang penting dalam menangani krisis COVID19 diberikan di halaman berikut, yang berdasarkan
campuran rujukan mondar-mandir

Dalam pada itu, pengumuman PKP fasa pertama menimbulkan pelbagai keresahan dalam kalangan
majikan. Pengumuman PKP bukan hanya menyebabkan syarikat kehilangan pendapatan, malah mereka
perlu menanggung kos operasi syarikat khususnya pembayaran gaji pekerja.Hal ini telah mendorong
majikan untuk memikirkan apakah tugasan pekerjaan yang boleh pekerja lakukan dari rumah. Namun pihak
majikan dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat dalam SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Beliau
turut mencadangkan pelaksanaan bekerja secara fleksi sebagai salah satu norma baharu.

Sebenarnya konsep bekerja dari rumah bukanlah fenomena baharu. Ia merupakan satu bentuk
pengaturan kerja fleksi yang bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi organisasi. Malah ia boleh
meningkatkan kepuasan kerja khususnya dalam kalangan wanita berkeluarga yang berkerjaya. Pengaturan
kerja fleksi juga merujuk kepada waktu bekerja fleksi, perkongsian kerja, penggiliran kerja, pemampatan
minggu kerja, kerja hujung minggu, pertukaran syif kerja, tugasan kerja berasaskan projek dan sebagainya.

Di Malaysia, elemen fleksibiliti telah mula diamalkan sejak tahun 1998, apabila kerajaan
memperkenalkan Waktu Kerja Berperingkat (WBB) di seluruh agensi Kerajaan Persekutuan. Ia
kemudiannya ditambah baik dengan pengenalan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) pada tahun 2019. Secara
ringkasnya, WBF yang diamalkan oleh agensi Kerajaan merupakan masa bekerja yang fleksibel. Para
pegawai mempunyai fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh masuk dan waktu pulang yang
ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh bekerja sehari.
Perkara yang sering dibangkitkan oleh majikan ialah pengaturan kerja fleksi akan menyebabkan
produktiviti menurun, sedangkan dapatan kajian di Finland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China
menunjukkan sebaliknya. Memetik kenyataan artikel BBC tahun 2019, pekerja di negara-negara tersebut
menjadi lebih produktif apabila mereka dapat mengimbangi antara tuntutan kerja dengan keluarga dengan
lebih berkesan, malah dilaporkan kurang mengambil cuti sakit.

Menurut sebuah kertas polisi OECD berkaitan amalan fleksibiliti pada tahun 2016, pengaturan kerja
fleksi dapat meningkatkan keberkesanan organisasi dan merupakan sistem kerja yang lebih adil untuk semua
pekerja. Ini kerana setiap pekerja mempunyai personaliti, keperluan, kekangan, dan cara bekerja yang
berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah, pengaturan kerja fleksi berupaya meningkatkan penyertaan
golongan wanita dalam pasaran kerja di Malaysia.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), kadar penyertaan tenaga buruh wanita
meningkat kepada 56.1% berbanding sebelumnya.Namun begitu, angka tersebut masih rendah jika
dibandingkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki iaitu sebanyak 81.1%. Ini menunjukkan bahawa
golongan wanita hanya mewakili sebanyak 39.2% daripada penyertaan tenaga buruh keseluruhan.

Ironinya, Indeks Jurang Gender Malaysia (2019) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia menunjukkan golongan wanita mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi di semua peringkat
pengajian, dan jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki. Sebenarnya, pengaturan kerja fleksi
khususnya bagi isi rumah berpendapatan rendah akan membolehkan wanita bekerja bagi menambah
pendapatan keluarga. Pada masa yang sama, mereka masih dapat menguruskan keluarga dengan baik dan
mengurangkan perbelanjaan seperti kos penjagaan anak yang semakin meningkat.

Oleh yang demikian, pengaturan kerja fleksi merupakan suatu strategi bagi meningkatkan penyertaan
wanita ke dalam pasaran kerja. Ketidakhadiran kerja atas alasan urusan keluarga akan dapat dikurangkan
sekali gus meningkatkan kadar produktiviti organisasi. Sejak PKP dikuatkuasakan, bekerja dari rumah telah
menjadi norma baharu bagi kebanyakan pekerja termasuklah pekerja wanita. Namun, ia menjadi lebih
mencabar apabila bekerja dari rumah diselangi dengan tanggungjawab domestik yang lain.

Pihak majikan pula kerapkali mengingatkan pekerja bahawa mereka sedang bekerja dari rumah iaitu
daripada sekian waktu ke sekian waktu. Hakikatnya ia merupakan jangkaan yang sukar untuk dicapai oleh
pekerja wanita yang berkeluarga. Sewajarnya pihak majikan meluaskan skop pengaturan kerja fleksi yang
melibatkan bekerja dari rumah dan pelaksanaan waktu kerja fleksi atau pemampatan minggu kerja.
Kelonggaran harus diberikan kepada pekerja untuk membuat pilihan hari bekerja dalam seminggu agar
agihan tugas rumahtangga dapat diuruskan dengan sebaiknya.

Ini membolehkan pekerja mengatur jadual kerja dengan lebih baik tanpa rasa tertekan. Ini juga dapat
mengelakkan pergaduhan antara suami isteri, melepaskan perasaan marah kepada anak-anak, penggunaan
gajet yang berlebihan dalam kalangan anak-anak dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu
memberikan sasaran kerja yang jelas, boleh diukur, dan boleh dicapai oleh pekerja. Perbincangan boleh
dibuat bagi mendapatkan input daripada pekerja tentang skop pekerjaan dan output yang boleh dihasilkan.

Hakikatnya pekerja mahukan jaminan pekerjaan dan jaminan gaji, serta merasai keberkatan rezeki.
Sekiranya diberikan ruang dan peluang, pastinya wanita berkeluarga mampu menyumbang kepada
organisasi agar pendapatan dan kedudukan mereka tidak terjejas. Majikan masih boleh memantau pekerja
menerusi pelaporan sasaran dan output kerja harian, sistem senarai semak kerja, perkongsian dokumen, fail,
kalendar secara atas talian, mesyuarat berkala, dan lain-lain.
Kepercayaan majikan terhadap pekerja merupakan pemangkin bagi pelaksanaan pengaturan kerja
fleksi. Ia perlu disokong oleh sistem kerja yang jelas, struktur organisasi yang mendatar, dan budaya
organisasi yang mengutamakan Kualiti Kehidupan Bekerja. Pengaturan kerja fleksi mampu menjadi norma
baharu selepas PKP berakhir agar golongan wanita khususnya dapat menyumbang dalam pasaran kerja dan
pembangunan negara.

Siapa sangka seluruh dunia akan mengalami gelombang krisis pandemik yang akan mengubah
kehidupan seluruh masyarakat pada tahun 2020 ini. Dalam usaha untuk mengurangkan tersebarnya wabak
COVID-19, banyak negara telah mengenakan penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan (PKP)
kepada penduduknya. Keberkesanan langkah-langkah pengurangan ini sangat bergantung kepada kerjasama
dan kepatuhan semua anggota masyarakat.

Pada bulan Disember tahun lalu, kita digemparkan dengan penularan wabak Covid-19 di negara kita
dan di seluruh pelosok dunia. Wabak ini secara langsung telah memberi banyak kesan negatif, bukan sahaja
kepada kesihatan awam dan ekonomi negara, tetapi juga memaksa masyarakat dunia dan kita di Malaysia
untuk mengamalkan pelbagai norma baharu dalam aktiviti harian. Sejajar dengan saranan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam usaha membendung
penularan wabak ini, antaranya termasuk pengawasan kawalan sempadan yang ketat serta pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada awal pelaksanaan PKP, Kementerian Kesihatan Malaysia kerap menyeru agar rakyat Malaysia
duduk di rumah atau “stay at home”. Kesannya dihadapi semua pihak, antara lain pergerakan yang terhad,
perniagaan yang terjejas, anak-anak muda dan siswa yang tidak dapat ke sekolah atau universiti dan terpaksa
beralih kepada pembelajaran secara maya. Pelaksanaan PKP sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan
rakyat dalam kehidupan harian. Sebaliknya langkah drastik ini amat diperlukan bagi memutuskan rantaian
Covid-19 setelah mengambil kira banyak aspek demi kesejahteraan rakyat.

Hasilnya dapat kita lihat pada hari ini Malaysia berjaya mengurangkan jumlah jangkitan baharu dan
pesakit aktif di hospital. Yang lebih penting lagi, jumlah pesakit Covid-19 yang telah pulih dan keluar dari
hospital mencecah lebih daripada 8, 700 orang, iaitu bersamaan dengan hampir 96.4%. Kadar pemulihan ini
adalah antara yang tertinggi di dunia. Para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam usaha memerangi Covid-19. Juga tidak ketinggalan
pihak swasta, badan badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang telah bertungkus lumus
bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memastikan tiada sesiapa pun ketinggalan semasa menangani
wabak COVID-19. Difahamkan bahawa “Malaysian Coordination and Action Hub” yang ditubuhkan baru-
baru ini telah turut membantu menyelaraskan bantuan dari pihak swasta, kerajaan dan bukan kerajaan.
Inisiatif “Kita jaga kita” menunjukkan keprihatinan dan semangat rakyat Malaysia dari akar umbi dalam
melawan Covid-19. Yang jelas, kita perlu memastikan bahawa kehidupan mengikut norma baharu ini dapat
diteruskan selagi wujud ancaman wabak Covid-19 ini.

Justeru untuk memperkasa usaha melawan wabak Covid-19 ini, pada hari ini saya ingin melancarkan
Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri
dalam kalangan masyarakat. Rakyat perlu terus bekerjasama dengan Kerajaan khususnya para petugas
kesihatan dan penguatkuasa undang-undang untuk memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan
rantaian wabak ini.

Usaha membudayakan norma baharu di kalangan rakyat adalah tugas dan tanggungjawab setiap
daripada kita. Kementerian Kesihatan telah memberi penekanan terhadap pelaksanaan CAPP, iaitu “Cegah,
Amal, Patuh dan Pantau” kepada masyarakat dalam usaha memperkasakan Program Pengurangan Risiko
Daerah (DRRP) Covid-19. Kempen CAPP ini adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi
mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti.

Selain itu, Aplikasi MySejahtera yang ringkas dan padat telah menjadi platform untuk memudahkan
kita menangani wabak Covid-19. Setakat ini, seramai 6.5 juta pengguna telah memuat turun aplikasi setakat
ini. MySejahtera terbukti berkesan untuk menjejak kontak rapat pesakit Covid-19. Kerajaan sentiasa
memantau situasi terkini pandemik Covid-19. Terdapat beberapa negara yang sedang berusaha untuk
menghasilkan vaksin. Namun besar kemungkinan ia akan mengambil sedikit masa lagi, iaitu pada awal
tahun 2021.

Sehubungan dengan ini, Malaysia sedia membantu dalam usaha menghasilkan vaksin COVID-19 di
peringkat antarabangsa melalui pasukan petugas rentas Kementerian yang ditubuhkan pada bulan April
lepas. Usaha ini bagi meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan negara-negara lain
dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan COVID-19. Kita perlu menganggap diri kita
semua sebagai petugas barisan hadapan. Pematuhan kepada S.O.P yang sedia ada perlu diperluaskan lagi.
Kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang
menyebabkan peningkatan kes-kes positif Covid-19 di negara kita.

Justeru kesedaran kawalan kendiri yang tinggi baik di tempat kerja, tempat-tempat awam, tempat
ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri kita pada setiap masa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
trend peningkatan kes dan pertambahan kluster baru-baru ini berpunca daripada ketidakpatuhan rakyat
terhadap S.O.P. Saya mengambil contoh situasi ketidakpatuhan kepada Perintah Pengawasan dan
Pemerhatian di rumah dalam kalangan sekumpulan kecil individu yang sepatutnya dikuarantin di rumah
selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Tindakan melanggar perintah ini bukan sahaja
membahayakan ahli keluarga, saudara-mara malah ia turut mendedahkan masyarakat setempat kepada
jangkitan Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengenakan kuarantin wajib
kepada mana-mana individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Mereka
ditempatkan di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan. Pihak berkuasa juga bersedia untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di lokaliti setempat sekiranya
terdapat peningkatan kes baharu secara mendadak di kawasan tertentu.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian Covid-19, saya menyeru
anda semua untuk terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Norma baharu yang perlu diberikan perhatian ialah
mengelakkan 3S atau 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak atau Crowded place, elakkan kawasan yang
sempit atau Confined space dan elak sembang dengan jarak yang dekat atau Close conversation. Selain itu,
jangan lupa untuk kita sentiasa amalkan 3W, iaitu Wash atau kerap mencuci tangan dengan air dan sabun,
Wear iaitu Wajib memakai pelitup separuh muka atau facemask di tempat awam atau jika kita bergejala dan
Warn iaitu sentiasa mengikuti peringatan dan nasihat daripada pihak berkuasa khususnya Kementerian
Kesihatan Malaysia tentang wabak Covid-19 ini.

Pihak berkuasa akan membuat peringatan-peringatan dari semasa ke semasa sama ada melalui
pengumuman di media, bahan bercetak dan media sosial. Yang penting, sebagai dalam sebuah pasukan kita
perlu mengikuti dan menyebarkan hanya maklumat yang sahih. Selain itu, sentiasalah berwaspada dan patuh
dengan arahan pihak berkuasa dalam mengamalkan budaya norma baharu ini. Pandemik Covid-19 yang
sedang menular di Malaysia dan dunia menjadi mimpi ngeri kepada semua. Ini kerana, berpandukan statistik
terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Covid-19 telah mencatat lebih 3 juta kes dengan
angka kematian 272,859 orang serta melibatkan 215 buah negara yang terjejas dijangkitinya. Di Malaysia
wabak Covid-19 telah memberi dampak yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan,
dan pendidikan negara. Malah, telah mengubah cara dan gaya hidup manusia termasuklah cara kebanyakan
individu bekerja, bersosial, belajar, keluar membeli-belah dan melakukan aktiviti kehidupan yang lain.

Ekoran dari wabak yang berlaku ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak dengan
mengawal penularan virus. Ironinya, kewujudan norma baharu ini memberi kesan yang buruk terhadap
aspek psikologikal sekiranya individu gagal membuat penyesuaian kendiri terhadap perubahan drastik
tersebut. Justeru, apakah penyesuaian kendiri yang perlu dilakukan dalam kemelut yang sedang melanda
kini?
Secara umumnya, setiap benda hidup dimuka bumi ini melalui proses penyesuaian dan adaptasi
untuk memenuhi keperluan, mencapai kesejahteraan diri dan keamanan sejagat. Walaupun istilah
penyesuaian dan adaptasi ini mempunyai perbezaan, namun seringkali digunakan dalam menggambarkan
keadaan yang sama disebabkan wujud pertindihan dalam kedua takrif tersebut. Penyesuaian juga membantu
makhluk untuk mencapai keperluan diri dan persekitaran untuk kelangsungan hidup (survival). Oleh itu,
dapat difahami bahawa penyesuaian kendiri merujuk kepada proses seseorang beradaptasi dengan diri serta
persekitaran dalam kehidupan bagi mencapai keperluan dan matlamat yang diharapkan.

Namun demikian, penyesuaian juga boleh membawa kepada gangguan psikologi dan bagaimanakah
untuk kita menguruskan penyesuaian dengan baik agar beroleh manfaat dan bukannya mudarat. Hal ini
kerana, penyesuaian bukanlah mekanisme baru terhadap sesuatu perubahan, bahkan individu seringkali
dituntut untuk bersifat dinamik bagi setiap fasa kehidupan yang dilalui berhubungkait dengan penyesuaian
kendiri dan persekitaran. Sejak lahir hingga melangkah ke alam kanak-kanak, remaja, transisi ke zaman
sekolah, kolej dan universiti, memasuki alam pekerjaan, perkahwinan, bergelar ibu dan ayah hinggalah
menghadapi setiap cabaran sepanjang hidup memerlukan individu membuat penyesuaian kendiri.
Penyesuaian juga diperlukan apabila individu berhadapan dengan peristiwa, impak atau perubahan yang
besar dalam hidup mereka seperti kehilangan dan kematian orang tersayang serta berhadapan penyakit
kronik atau wabak sepertimana Covid-19.

Natijahnya, penyesuaian boleh membawa kepada kesan buruk psikologi seperti tekanan,
kebimbangan, murung, cemas, gagal mengawal kemarahan, kecelaruan minda dan masalah tingkahlaku
sekiranya tidak diurus dengan baik. Oleh demikian, impak penyesuaian kendiri yang baik terhasil
berdasarkan beberapa indikator seperti keupayaan, sikap, dorongan, keinginan-matlamat, tabiat dan
kefahaman individu. Dalam konteks wabak Covid-19, penyesuaian kendiri tetap berlaku sekiranya individu
menerima mahupun menolak norma baharu.

Secara ringkasnya, setiap individu melalui penyesuaian kendiri dalam dua fasa. Pertama adalah
penyesuaian kendiri-dalaman (internal) iaitu individu membuat penyesuaian pada dirinya untuk memenuhi
kehendak dan perubahan luaran bagi mencapai kesejahteraan diri. Ia melibatkan komponen sikap (meliputi
elemen tingkahlaku diri, kognitif dan emosi). Kognitif merujuk kepada minda positif iaitu meletakkan
persepsi dan pemikiran yang baik dan positif atas setiap dasar, perintah dan polisi yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan berhubung wabak Covid-19 yang beraspirasikan kesejahteraan sejagat. Sekiranya minda
subur dengan elemen positif terhadap norma baharu sepanjang tempoh PKP ini, maka individu dapat melihat
dan menetapkan sesuatu matlamat dengan jelas seterusnya melalui penyesuaian kendiri dengan baik waima
halangan serta ujian mendatang. Misalnya dengan memahami konsep perubahan itu adalah lumrah
kehidupan atau istilah ‘change is constant’ menjadikan individu menerima perubahan dengan berlapang
dada.

Selain itu, penyesuaian melalui kawalan terhadap tingkahlaku diri dan emosi memainkan peranan
penting dalam mengawal tindakan dan emosi menerusi strategi daya tindak yang betul. Misalnya apabila
penjarakan fizikal dilaksanakan, individu masih boleh berinteraksi melalui media sosial dan talian,
kebiasaan baharu tidak bersalaman pula diganti dengan ucapan lisan, memakai topeng muka (mask)
sekiranya perlu dan arahan kerap mencuci tangan dipatuhi apabila individu berurusan dengan pihak lain bagi
mencipta rasa selamat. Hal ini turut ditegaskan dalam Perutusan Khas sempena wabak Covid-19 oleh YAB
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Individu juga harus memastikan
maklumat yang diperolehi adalah dari sumber sahih dan diperakui pihak berwajib seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Ini bagi mengelakkan maklumat palsu yang berlegar di
media sosial menimbulkan kebimbangan sekiranya individu gagal menyaring informasi yang tepat. Kawalan
emosi yang baik juga dipengaruhi oleh elemen kognitif dan tingkahlaku diri ini bagi mencipta emosi positif
seperti gembira, ceria, tenang dan seronok.

Penyesuaian kendiri-luaran (external) pula berhubungkait dengan faktor persekitaran yang berubah,
sehubungan itu menuntut seseorang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Misalnya dalam
sektor pekerjaan, pendidikan dan juga aktiviti luar yang terhad mengundang proses penyesuaian persekitaran
menerusi kaedah pembelian barang, pembelajaran dan khidmat secara atas talian (online platform).
Peruntukan masa yang lebih panjang di rumah dan tiada lagi istilah melancong antara perkara yang menjadi
norma baharu. Oleh itu, individu akan mengolah dan membuat penyesuaian dengan sumber yang mereka
ada untuk memenuhi tuntutan persekitaran. Menariknya, rumah bukan lagi menjadi tempat untuk kita
beristirehat apabila pulang bekerja, tetapi segala kegiatan dilakukan di rumah. Penyesuaian dengan
persekitaran rumah sebagai ruang bekerja, belajar, aktiviti riadah keluarga dan beristirehat hendaklah
dilakukan mengikut peranan dan fungsinya dalam mencapai keperluan individu atau bersama. Malah, proses
ini boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan sekiranya individu menetapkan matlamat diri dan ahli
keluarga, seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Misalnya membuat jadual harian di
rumah, menggariskan fungsi kerja setiap isi rumah, melakukan aktiviti bersama, bersikap toleran dan
mengambil berat sekaligus membina ikatan kemesraan (bonding) dalam perhubungan.

Kesimpulannya, norma baharu ini dapat dijalani dengan tenang dan memberi impak positif kepada
setiap individu atau dalam sesebuah pasukan sekiranya penyesuaian kendiri dilakukan serta diurus dengan
baik. Sebagai sebuah pasukan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sudah tentu budaya norma baharu
ini perlu diterapkan lebih awal supaya menjadi contoh kepada masyarakat disekelilingnya. Hal ini
seterusnya menjamin fasa PKP berjalan lancar, sesuai dalam memaknai perumpamaan ‘A blessing in
disguise’ iaitu sesuatu yang tampak buruk namun memberikan hikmah tersembunyi disebaliknya. Sebagai
sebuah pasukan marilah kita terus membudayakan norma baharu dalam kehidupan harian kita. Tanpa
kerjasama saudara dan saudari sekelian, adalah mustahil untuk kita berjaya menamatkan terus rantaian
jangkitan Covid-19 ini. Insya-Allah kita akan bersama-sama menjayakan usaha kita dalam membendung
penularan Covid-19 selama ini. Atas kesungguhan, komitmen, kesabaran, ketabahan dan keredaan, mudah-
mudahan Allah SWT memberikan kebaikan kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai