Anda di halaman 1dari 13

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER

2021

Masa CUE ANN 1

0800 Setelah semua Daun Layu di tengah gurun,


hadirin berada di Nampak jalur pohon cemara;
tempat duduk Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, Salam Sabah Hebat, Katakan
Tidak Kepada No 16, Katakan Ya kepada 10
Terbaik, PPD Tuaran Sederap Menerajui
Perubahan.

Yang Berbahagia,
Datuk Dr Mistrine Binti Radin
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Yang Berusaha,
En. Amirul Bin Aripin
Pengarah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

Yang Berusaha,
Pn. Hajah Wanihim Binti Othman,
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran,

Yang Berusaha
En. Roslani Bin Abdullah
Pengerusi
Permuafakatan dan Focal Person Daerah Tuaran,

Yang Berusaha,
Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Ketua Sektor,
Semua SIP+
Semua SISC+
Semua Penolong Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Yang Berusaha
Dr. Rutil Bin Taising
pengerusi
persatuan pengetua sekolah menengah daerah
tuaran

Yang Berusaha
EN. MOHAMAD JUIN BIN NAULI
PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR DAERAH
TUARAN

Yang dihormati
Para PENGETUA, GURU BESAR, IBUBAPA,
MURID-MURID, PELAJAR-PELAJAR SERTA
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN.

Masa CUE ANN 2

Bacaan doa Lebat Kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini,


dipersilakan Encik Asahari Haji Jumin,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Penilaian dan Pentaksiran PPD Tuaran untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
Selepas bacaan
doa Amin-amin ya Rabbal alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Masa CUE ANN 3


Ucapan Alu- Hadirin Hadirat Sekalian,
Aluan pengacara
majlis Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
illahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul
dalam Majlis Pelancaran Program Sederap
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Lestari Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah


Tuaran.

Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan


kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr Mistrine, para
hadirin jemputan, seterusnya guru-guru dan murid-murid
sekalian.

Untuk makluman hadirin sekalian, Program Sederap


Lestari PPD Tuaran merupakan Kolaboratif Penglibatan
Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) PPD
Tuaran, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran sendiri. Antara
objektif usaha ini bagi Pembangunan Pendidikan 2013-
2025 (PPPM)iaitu bekerjasama Dengan Ibu Bapa
dan Komuniti dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah. Ini menunjukkan, setiap
kejayaan dalam pembinaan sahsiah anak-anak
kita juga bergantung kepada sistem sokongan
yang baik daripada pihak ibu bapa dan komuniti
dalam lingkungannya.

Masa CUE ANN 7


Hadirin sekalian,
Ucapan
pengerusi
Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Dihormati , Encik Roslani bin Abdullah, Pengerusi
Permuafakatan Pendidikan dan Focal Person
Daerah Tuaran untuk menyampaikan ucapan.
Ucapan
pengerusi Dipersilakan.
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

selesai

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

Masa CUE ANN 8


Hadirin yang dihormati,
Ucapan Alu-
aluan Puan
Hajah Wanihim Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis
binti Othman,
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha,
Pegawai
Pendidikan Puan Hajah Wanihim Binti Othman, Pegawai
Daerah Tuaran
Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Masa CUE ANN 9


Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada
ucapan alu-
Yang Berusaha Puan Hajah Wanihim, Pegawai
aluan
Pendidikan ,Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


Perasmian
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Pelancaran Besar langit di tepi busut,


Program
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput


dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr
Mistrine Binti Radin, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah untuk menyampakan
ucapan dan seterusnya merasmikan serta
melancarkan Program Sederap Lestari Pejabatn
Pendidikan Daerah Tuaran. Dipersilakan.

Masa CUE ANN 10

Setelah selesai
ucapan Awan berarak ke puncak bukit
Walau angin sepoi bahasa
Budimu puan bukan sedikit
kalau dihitung tidak terkira

. Begitulah berakhirnya ucapan Yg Berbahagia,


Datuk Dr Mistrine Binti Radin, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih di atas kesudian Yang
Berbahagia Datuk Pengarah menyampaikan
ucapan sekaligus merasmikan majlis kita pada
hari ini.

Masa CUE ANN 11

Gimik Hadirin sekalian,


Seterusnya mari kita sama-sama saksikan gimik
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

pelancaran Program Sederap Lestari Pejabat


Pendidikan Daerah Tuaran bagi tahun 2021.

Demikian tadi gimik pelancaran bagi program


Sederap Lestari Pejabat Pendidikan Daerah
Tuaran.

Seperti yang kita telah lihat dalam video gimik


pelancaran sebentar tadi, terdapat beberapa
aktiviti yang menarik untuk diikuti seperti
Webinar,
Pertandingan Kuiz Bertemakan Alam Sekitar
Kategori Sek Rendah dan Sek Menengah,
Pertandingan Mewarna Prasekolah KPM dan
Prasekolah Swasta,
Pertandingan Pengumpulan E-Waste oleh warga
PPD Tuaran dan ahli Pewanis Tuaran,
Pertandingan Melukis Poster Sek Rendah dan
Menengah,
Pertandingan Montaj Pengurusan Barangan Kitar
Semula
dan Pengumuman keputusan oleh Yang
Berhormat, Tuan Jasnih Hj Daya, Pembantu
Menteri Kewangan II Negeri Sabah.

Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang


Berbahagia Datuk Pengarah melancarkan
program sebentar tadi, majlis dengan segala
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia,


Datuk Pengarah untuk menerima cenderahati
daripada Yang Berusaha, Puan Hajah Wanihim
Binti Othman, Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.

Dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi,


maka Sempurnalah sudah Majlis Perasmian dan
Pelancaran Program Sederap Lestari Pejabat
Pendidikan Daerah Tuaran pada pagi ini. Semoga
program yang dijalankan dapat meningkatkan lagi
minat dan kesedaran para pelajar kepada
kepentingan penjagaan alam sekitar. Di samping itu,
program ini juga diharapkan akan turut memberi
manfaat kepada guru-guru khususnya dan
masyarakat setempat amnya dalam usaha
menyelamatkan alam sekitar.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa CUE ANN 14


Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi program hari ini dengan


bersama-sama dalam slot webinar Kempen
Kesedaran Sisa Elektronik Isi Rumah
( HouseHold E-Waste)

Bagi membincangkan topik tersebut kita telah


menjemput seorang penceramah yang sangat
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

berpengalaman.

Izinkan saya membacakan sedikit ringkasan


mengenai biodata penceramah kita pada hari ini.

BIODATA RINGKAS PEGAWAI


Beliau ialah
Nama : En. Rosdi Bin Kerisim
Umur : 37 Tahun (2021)
Asal : Ranau Sabah.

Beliau berkhidmat
Jabatan: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
(Dari 16 Feb 2017 – Sekarang) dan menyandang
Jawatan: Penolong Pengarah Jabatan Alam
Sekitar Negeri Sabah

Beliau juga
Pernah Bertugas di Jabatan Perikanan Malaysia
selama 5 Tahun sebelum berkhidmat di JAS.

Beliau melanjutkan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

(Kepujian) Teknologi Alam Sekitar dari UITM


Shah Alam 2008.

Baiklah Para hadirin,


Dengan ini, dijemput, Yang Berusaha, Encik
Rosdih Bin Kerisim untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk “Apa Itu E-Waste”.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian, dengan penerangan Encik


Rosdih sebentar tadi, kita dapat memahami tajuk
webinar pada hari ini.

Secara ringkasnya, e-Waste adalah sisa buangan


logam dan buangan berasaskan logam yang
merbahaya kepada alam sekeliling. Antara
contoh e-Waste ialah telefon bimbit dan aksesori,
computer riba, televisyen, peti sejuk, radio,
blender, oven dan peralatan elektrik dan
elektronik lain.

Baiklah,

Boleh Encik terangkan mengapa buangan


elektronik perlu di urus secara sistematik.

Kajian yang dibuat oleh Basel Action Network


TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

(BAN), daripada sejumlah 500 juta komputer di


dapati mengandungi 2.8 bilion kg plastik, 716.1
juta kg plumbum dan 286,700 kg raksa. Secara
puratanya setiap sebuah monitor komputer
mempunyai enam peratus plumbum yang
kebanyakannya terdapat dalam kaca tiub sinar
katod (CRT)

Baiklah Encik Rosdih

1.Adakah masalah yang dihadapi berkaitan


pengurusan eWaste ini sudah ditangani di
peringkat negara kita Malaysia dan
antarabangsa?

2.Apakah peranan yang boleh diambil oleh


masyarakat dalam menguruskan e-Waste dengan
baik?

3.Apakah langkah awal yang boleh diambil dalam


usaha membudayakan pengurusan e-Waste yang
terbaik?

4. Siapa yang harus orang awam atau


masyarakat rujuk jika ada pertanyaan mengenai
e-waste?

5,Baiklah Encik Rosdih,sebelum kita mengakhiri


webinar ini, apakah harapan dan pesanan Rosdih
kepada hadirin sekalian berkaitan isu pengurusan
e-Waste ini?
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


Encik Rosdih atas kesudian menyampaikan
ceramah pada hari ini.

Baiklah hadirin sekalian,


Saya rangkumkan hasil intipati ceramah yang
telah disampaikan oleh Encik Rosdih sebentar
tadi.
Mengapa e-waste perlu di proses semula? E-
waste mengandungi bahan toksik dan berbahaya
seperti plumbum, raksa, arsenik, kadmium,
selenium, kromium heksavalen dan penebat api
yang berpotensi memberi kesan sangat serius
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Kuantiti e-waste yang dihasilkan daripada


perumahan, komersial dan institusi semakin
meningkat dan dianggarkan telah mencapai 53
juta pada tahun 2020 iaitu 3.5 kali lebih tinggi
berbanding tahun 1995.

Ingin saya berkongsi di sini, Aristotle pernah


berkata
” Seorang Doktor menyembuhkan, dan Alam
Menciptakan Kesihatan” . Oleh itu, sama-samalah
kita berusaha untuk terus menjaga dan
memelihara alam kita ini.
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Masa CUE ANN 15

Penutup Dengan berakhirnya sesi webinar bersama Encik


Rosdih sebentar tadi, maka berakhirlah sudah
program kita pada hari ini.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu


nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
Pengarah dan para tetamu jemputan serta semua
pihak yang telah memberikan sokongan dalam
menjayakan program ini.

Dan tidak lupa untuk saya maklumkan kepada


para hadirin untuk menghadiri majlis penutupan
Program Sederap Lestari pada 19 November
yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat, Tuan
Jasnih Bin Hj Daya, Pembantu Menteri
Kewangan II, Negeri Sabah.

Saya mengakhiri majlis dengan dua rangkap


pantun :

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEDERAP LESTARI 9 NOVEMBER
2021

Andai kata tersilap bicara


Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian sudah majlis pada hari ini. Saya akhiri


dengan Wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullah w.b.t. Terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai