Anda di halaman 1dari 7

Teknik Belajar Pelajar Cemerlang SPM Mengikut Subjek

BAHASA MELAYU
Bagaimana membuat esei/karangan yang baik?
1. Merangka karangan

Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.

Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.

Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik

Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.

Ada intro, isi dan penutup.

Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa
ialah karangan itu, bukan rangkanya.
2. Karangan berbentuk fakta

Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.

Contoh global atau universal lebih diutamakan.

Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat
karangan lebih menarik

Beri huraian yang lengkap dan padat

Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi

Perbahasan dan hujah hendaklah matang

Isi terkini.
3. Karangan berbentuk cerita

Jalan cerita hendaklah menarik.

Ada watak yang menarik

Ada perkembangan watak.

Ada klimaks.

Jangan membosankan.

Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.

Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.

Berhati-hati dengan tanda bacaan
Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu

Mendalami tatabahasa.

Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.

Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.

Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.

Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.

Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.

Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahas dan pidato.

Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil
mahupun yang besar.

BAHASA INGGERIS
Bagaimana membut esei yang terbaik
Disamping tip bagi Bahasa Melayu di atas, tip tambahan ialah:

Pilih tajuk yang kita pernah buat persediaan.

Rangka karangan dengan teliti.

Recall semula ayat-ayat yang pernah kita buat persediaan.

Gunakan stuktur ayat yang mudah bagi mengelakkan kesilapan.

Pandai mengunakan perkataan-perkataan yang ‘bombastik’ di dalam ayat.
Kaedah Umum Menguasai Bahasa Inggeris

Menguasai tatabahasa.

Menguasai‘vo cab u la ry’ (perbendaharaan kata)

Menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.

Banyak membaca buku, majalah dan akhbar terhadap rencana yang baik untuk rujukan

Menyalin frasa tertentu dan menggunakannya dalam ayat.

Perlu banyak membuat latihan.

Jadikan kamus sebagai kawan.
SEJARAH
Bagaimana mengingati urutan peristiwa di dalam Sejarah?

Membaca sepintas lalu setiap topik.

Buat Peta Minda terhadap sesuatu urutan peristiwa.

Kaitkan urutan peristiwa seperti anda membaca novel.

Cari kata kunci bagi setiap topik dan tulis kata kunci tersebut di dalam buku nota.

Gambarkan urutan peristiwa dalam minda anda seperti anda menonton wayang atau
filem.
Bagaimana mengingati tarikh dalam Sejarah?
“Saya tidak menggunakan sesuatu kaedah yang khusus. Mungkin lain orang lain caranya.
Saya
menggunakan kaedah ‘learn by hard’ dalam mengingati tarikh.”
MATEMATIK MODEN
Bagaimana Nur Amalina menambah kelajuan dalam menyelesai masalah Matematik
Moden?

Banyak membuat latihan.

Memahami soalan dan terus cari formula yang patut digunakan.

Tumpu perhatian ketika mengira.

Tulis dengan jelas langkah-langkah penyelesaian.

Buat soalan yang senang dahulu.
Bagaimana mengingati formula?

Mamahami konsep formula

Membuat banyak latihan

Buat nota poket yang boleh dirujuk dan dihafal pada bila-bila masa

Buat carta formula dan tampal di dinding
BIOLOGI
Bagaimana mengingati istilah-istilah Biologi yang rumit?

Bina cerita berdasarkan istilah-istilah biologi tersebut

Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian

Cuba berimaginasi dengan membina cerita berdasarkan proses biologi

Melukis dan melabel semua gambarajah biologi tanpa merujuk kepada buku
panduan/teks.
KIMIA
Petua-petua menguasai subjek Kimia:

Memahami konsep dan ciri-ciri setiap bahan kimia

Memahami dan menghafal formula

Mesti mengetahui bagaimana untuk mengimbangi dan membuat persamaan
kimia(chemical equations)

Mesti faham membuat pengiraan berdasarkan persamaan tersebut

Banyak membuat latihan

Tumpu kepada ujikaji di makmal
FIZIK
Bagaimana menguasai subjek Fizik:

Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian

Fahamkan konsep sesuatu topik

Cari contoh perkara yang dipelajari di sekeliling kita

Gunakan perseimbangan logik

Membuat banyak latihan penyelesaian masalah dalam fizik

Lukiskan masalah yang kurang difahami, kemudian selesaikan

Ingat apabila menyelesaikan msalah Fizik: Konsepnya sama, cuma nombor dan
angkanya sahaja yang berubah

MATEMATIK TAMBAHAN
Mengapa pelajar Melayu sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?

Pelajar Malayu sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana
terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar

Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks

Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri

Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal

Tiada asas yang kukuh dalam matematik
Bagaimana Nur Amalina menerobos fobia ini?

Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang
sekiranya memahami konsep sebenarnya

Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran
berfikir

Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah

Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir
semua soalan tahun-tahun lepas.

Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikutp at t e rn (corak) yang sama, Cuma
angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.
Apa Nur Amalina buat apabila‘s tuc k’ ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik
Tambahan?

Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi
mencari maklumat.

Check jalan, mungkin ada yang tersilap

Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan

Pastikan formula yang digunakan betul

Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan-rakan di dalam study group
tentang soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.

Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru
BAHASA INGGERIS TEKNOLOGI
Apakah manfaat subjek ini terutama apabila pelajar melanjutkan pelajraan ke IPT?
“Bahasa Inggeris Teknologi memudahkan pelajar untuk memahami istilah dan terma sains dan
teknologi di dalam bahasa Inggeris.

“Subjek ini juga membantu pelajar-pelajar yang tidak mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris supaya dapat
menguasai bahasa Inggeris digunakan secara meluas bagi pengajaran matematik dan sains di peringkat IPT.

“Kebanyakan buku teks dan buku rujukan di IPT bagi kursus Sains dan Teknologi juga di dalam
bahasa Inggeris.”

PENDIDIKAN ISLAM
Apa kaitan antara menghafal butiran subjek
Pendidikan Islam untuk mendapatka A1
dengan mengamalkan ajaran di dalam Pendidikan
Islam?
“Seseorang pelajar itu hendaklah mengaplikasikan
apa yang dipelajari dan bukanlah sekadar
menghafal tanpa memahami dan tujuan untuk
mendapat A1 sahaja.
“Ada pelajar yang boleh mendapt A1 di dalam
Pendidikan Islam tetapi tidak solat dan tidak mahir
membaca al-Quran. Malah jika pelajar beragama lain
dibenarkan mengambil peperiksaan Pendidikan
Islam, mereka juga mampu untuk mendapat A1.

“Bagi saya mempelajari subjek Pendidikan Islam


menambahkan pengetahuan saya untuk beramal
ibadah. Ini menjadikan subjek ini antara subjekf a vo
u rit e saya dan saya sering mendapat markah 100%
dalam peperiksan

Anda mungkin juga menyukai