Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK RAJA MUDA MUSA Kod Sekolah: AEB4072

1. Nama Guru MOHD SHAHIR BIN MOHD NAJIB

2. Judul Membina Peribadi Muslim 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 5. M/S: 208

6. Penerbit
Alaf 21 Sdn. Bhd
7. Sinopsis
Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim dalam
menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi
panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang
diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan
hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai
pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang.

Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji
kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya
akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan
akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-
Quran yang unik..
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Menyarankan agar setiap hari muhasabh diri
2. Islam menganjurkan zikir/pembacaan Al-Quran sebagai mencari ketenangan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Selain memberikan pendidikan akademik guru berperanan dalam pembentukan akhlak murid-
murid maka guru perlu menunjukkan contoh
2. apa jua situasi atau masalah jangan terburu dalam mencari jalan keluar umpama jika ada kes
berlaku di sekolah maka guru perlu tenang dalam memgatasinya

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD SHAHIR BIN MOHD NAJIB) ( )