Anda di halaman 1dari 2

Qaisara: Assalamualaikum Cikgu.

Cikgu Saya pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

di Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah ingin menemuramah cikgu pada hari ini.

Terutama sekali saya ingin mengucapkan taniah kerana dinobatkan sebagai tokoh guru pada

Tahun ini..

Cikgu Ali:Waalaikumussalam,terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat datang ke sekolah ini dan

Terima kasih kerana saudari sudi memilih saya dalam temuramah ini

Qaisara: Sebagai pembuka kata,Bagaimnakah perasaan cikgu apabila dinobatkan sebagai tokoh guru ?

Cikgu Ali: Alhamdulillah saya berasa bersyukur kerana ini merupakah anugerah tertinggi sepanjang

12 tahun berada dalam profesion perguruan ini dan saya berasa bangga kerana terpilih di

Antara ribuan calon-calon dan hebat dan terima kasih juga kepada rakan-rakan sepejuangan

guru dan barisan-barisan hadapan yang banyak menolong dan memberi tunjuk ajar kepada

saya.

Qaisara:Sudah berapa tahun cikgu berada dalam dunia pendidikan dan berapa sekolah yang

telah cikgu sumbangkan khidmat bakti dalam tempoh tersebut?

Cikgu Ali: Saya mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2002. Sekolah pertama saya mengajar,

SK Behor Empiang,Perlis. Selepas itu, memohon bertukar ke Daerah Baling kerana mengikut

keluarga. Syukur pada tahun 2003 saya berjaya bertukar ke SK Berjaya Dalam. Tahun 2010,

saya ditukarkan ke SK Baling dan bertugas sehingga hari ini, alhamdulillah.

Qaisara :Kalau mengikut pengiraan kasar saya, tempohnya lebih kurang 12 tahun. Jadi, tentunya

banyak pengalaman pahit manis sepanjang tempoh tersebut.


Cikgu Ali: Sekolah pertama saya di Sk Behor Empiang tidak banyak kenangan yang dapat saya petik

kerana tempoh di situ lebih kepada proses belajar kepada saya. Saya masih amat baharu dalam

dunia pendidikan. Saya amat bertuah, ditempatkan di sekolah pertama yang mempunyai

persekitaran yang amat membantu dalam saya tercari-cari rentak atas kapasiti orang baru

dalam dunia pendidikan.

Qaisara: Boleh cikgu huraikan sedikit, maksud cikgu persekitaran yang amat membantu?”

Cikgu Ali: Maksud saya, saya tidak terasa asing dalam dunia baru saya. Layanan dan tunjuk ajar yang

diberikan kakitangan sekolah itu amat memberi kesan terhadap proses pembelajaran saya

untuk menjadi guru yang berkesan terhadap murid bukan sahaja akademik malah dari

aspek-aspek kemanusiaan umumnya.

Cikgu Ali :Pada saya pendedahan pertama saya dalam dunia sebenar pendidikan telah mencorakkan

diri saya yang ada pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang secara

tidak sedar menjadi acuan dalam perjalanan seterusnya saya sebagai guru.

Qaisara:Bolehkah cikgu memberikan sedikit ucapan atau kata-kata untuk murid yang bakal menghadapi

SPM tidak lama lagi

Cikgu Ali: Kejayaan yang kita impikan tidak akan diperoleh dengan mudah tanpa adanya rintangan dan

cabaran. Anggaplah cabaran kalian dalam menduduki SPM tika dunia dilanda Covid-19 ini

sebagai suatu peperangan dalam hidup. Persediaan, kesabaran, kesungguhan, ketabahan,

keyakinan dan disulami doa juga tawakal adalah kunci kepada kemenangan kalian

Qaisara: Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu meluangkan masa bersama saya.

Cikgu Ali:Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai