Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Murid.

Oleh: Muhammad Izzat bin Mohd Zaidi


4 Ibnu Kaldun

Pada zaman globalisasi kini, negara kita semakin maju dengan teknologi maklumat seperti
internet. Penggunaan internet semakin meluas di pelosok dunia. Oleh yang demikian, kerajaan telah
membina bilik computer atau dikenali dengan ICT di setiap sekolah bagi memastikan kerja yang
dilakukan menjadi mudah dan efektif. Tanpa disedari, penggunaan ICT mempunyai banyak faedah yang
bermanfaat kepada pelajar, guru dan secara langsung menaikkan nama sekolah.

Penggunaan teknologi ICT kepada murid membolehkan murid mencari maklumat dengan lebih
meluas dan pantas. Hal ini demikian kerana pada zaman yang moden ini segala maklumat yang
diperlukan hanya terletak di hujung jari anda. Kita tidak boleh hanya mempercayai maklumat yang ada
pada buku kerana kemungkinan ia mempunyai unsur tokok tambah. Oleh itu, penggunaan ICT amat
penting untuk memberikan kita maklumat yang sangat jelas.

Selain itu, penggunaan ICT juga dapat mengisi masa lapang murid dengan melayari laman-laman
web yang berfaedah. Hal ini dapat mengurangkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti luar yang tidak
berfaedah seperti melepak, merokok, bersembang kosong dan banyak lagi. Ibu bapa juga perlulah
bertanggungjawab menghantar anak mereka mempelajari penggunaan ICT supaya kecerahan masa
depan anak mereka terjamin.

Di samping itu, penggunaan ICT secara tidak langsung menambah kenalan dan mengeratkan
silaturrahim sesama manusia. Dengan melayari laman web seperti Myspaca, Facebook, Friendster dan
Hi 5 murid dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dari seluruh pelosok dunia. Hal ini dapat
menggerakkan otak kita supaya berfikir tentang perbezaan adat dan budaya di seluruh dunia melalui
kawan kita.

Malahan itu, melalui penggunaan ICT juga murid-murid dapat menambah dan memperluaskan
ilmu pengetahuan dengan melayari internet. Ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit
kerana pelajar tidak perlu membazirkan tenaga dan wang ringgit untuk pergi ke perpustakaan dan
meminjam buku. Murid boleh menambahkan ilmu pengetahuan di seluruh pelosok dunia dengan selesa
hanya di rumah kerana dunia tanpa sempadan.

Kesimpulannya, usaha kerajaan memperkenalkan teknologi maklumat ini adalah tepat dan
berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid tidak boleh dibiarkan seperti katak di bawah tempurung
yang bererti tidak mengetahui apa-apa tentang dunia luar. Oleh itu, penggunaan ICT haruslah
dikembang dan diperluas dari masa ke masa kerana penggunaan ICT mempunyai banyak faedah.

Anda mungkin juga menyukai