Surat Blood Donation Drive 2021

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami: SKSMRCM/10052021/1

Kepada: Tarikh: 10 May 2021


Pengarah Hospital,
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
(U.P Ketua Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB)

Tuan,
KEMPEN DERMA DARAH - AMANSARI RESIDENCE RESORT SERI ALAM 2021

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa AmanSari Residence Resort Seri Alam ingin mengadakan kempen derma
darah sebagai salah satu aktiviti “Corporate Social Responsibilities” (CSR) di pusat peranginan kami. Kempen ini
merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan rasa kesedaran dan keprihatinan pekerja-pekerja kami dan
masyarakat setempat terhadapa tanggungjawab sosial.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput TABUNG DARAH, SULTANAH
AMINAH JOHOR BAHRU untuk menjayakan Kempen Derma Darah mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 29 JUN 2021 (SELASA)


Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan AmanSari (AmanSari Hall)
AmanSari Residence Resort, Seri Alam, Masai, Johor.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih. Sebrang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Yahya Hamsain, Penyelaras Kempen Derma
Darah di talian +6019 – 2947876 atau email di yahya@sksgroup.com.my

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(TANG LI PENG)
Pengurus Residen
AmanSari Residence Resort Seri Alam

AMANSARI RESIDENCE RESORT – Owned by SKS Project Sdn. Bhd (591113-X)


Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam, 81750, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Tel: 07 – 381 7070 Fax: 07 – 387 7001 Email: hotel.info_sa@amansarihotels.com

Anda mungkin juga menyukai