Anda di halaman 1dari 1

PERTANDINGAN PIDATO “KEPENTINGAN HADIR KE SEKOLAH”

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1.1 Tajuk Pertandingan adalah “KEPENTINGAN HADIR KE SEKOLAH”
1.2 Pertandingan pidato ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan
murid supaya mengamalkan nilai-nilai murni dengan berpandukan tema yang telah diberikan.
1.3 Pertandingan ini tebuka kepada murid sekolah menengah atas dan menengah rendah di bawah pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Pertandingan ini bermula pada 01 Ogos 2021 sehingga 30 Ogos 2021
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Setiap sekolah hanya DIBENARKAN menghantar satu penyertaan video sahaja bagi setiap kategori. Semua
penyertaan video perlu diemelkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang peserta dan seorang guru pembimbing.
2.2 Pertandingan adalah secara individu
2.3 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan
unsur-unsur negatif dan lucah
2.4 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
2.5 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang
berumur 13 tahun hingga 17 tahun.
2.6 Pihak sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
2.7 Rakaman video perlu dilakukan pada lokasi yang bersesuaian dan
berpakaian sopan.
2.8 Setiap penyertaan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggambarkan/ menggunakan unsur-unsur negatif
dan lucah.
2.9 Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

3. ISI KANDUNGAN VIDEO

3.1. Menyampaikan mesej pengajaran, pandangan, pemahaman idea positif dan kreatif jelas serta menepati
tema
3.2. Memperkatakan tentang nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri, semangat patriotik berdasarkan tajuk.
Peserta tidak boleh mengucapkan kata-kata yang mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin
3.3. Tempoh klip video adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan penghargaan.
3.4. Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu
3.5. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran
penganjur.
3.6. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan pidato.
3.7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
3.8. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
3.9. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
3.10. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
4.2 Video yang diterima akan dinilai oleh panel profesional sebanyak 90% berdasarkan isi kandungan,
kreativiti, inovasi, audiovisual dan impak kepada penonton.
4.3 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur.
4.4 Tiga pemenang akan dipilih di peringkat negeri bagi setiap kategori -
kategori menengah atas dan menengah rendah.

Anda mungkin juga menyukai