Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) 12 PISMP

AMBILAN JANUARI 2008

Pada 7 oktober sehingga 10 oktober 2008 yang lepas, saya telah menjalani program Bina
Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Perguruan Temenggong Ibrahim bertempat di
Mutiara Motors Resort, kg. Sedili Kecil, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Banyak pengalaman
dan pengetahuan baru yang dapat saya timba sepanjang program ini dijalankan. Pada hari
pertama program ini dijalankan, seluruh pelajar PISMP RBT, Sains 1 dan Sains 2 telah
dibahagikan kedalam kumpulan kecil dan setiap aktiviti yang berlangsung haruslah mengikut
kumpulan yang ditetapkan. Sememangnya setiap aktiviti yang dijalankan memberikan
pengalaman baru kepada saya.

Aktiviti yang paling menarik minat saya sepanjang program Bina Insan Guru ini
berlangsung ialah aktiviti kembara yang dijalankan pada hari ketiga. Aktitviti ini telah dibimbing
oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Sebelum aktiviti kembara ini dijalankan, En.
Abdul Latiff b. Awi telah memberi penerangan mengenai keselamatan, laluan kembara, dan cara
untuk membaca kompas. Beliau juga memberi 3 tugasan kepada kami iaitu yang pertama
mencari lima jenis flora dan lima jenis fauna serta mencari kebaikan dan keburukannya, yang
kedua memasak sendiri menggunakan peralatan yang dibawa dan ketiga membuat usungan. Pada
mulanya terlintas di fikiran saya bahawa tugasan yang diberikan ini terlalu mudah untuk
diselesaikan. Penerangan yang diberikan oleh pensyarah saya dengar dengan teliti. Saya juga
telah memperoleh pengetahuan baru iaitu cara untuk membaca kompas. Sememangnya agak
sukar untuk membaca kompas jikalau tidak diketahui arah kedudukan sebenarnya tetapi tunjuk
ajar yang diberikan oleh En. Abdul Latiff membuatkan saya lebih faham mengenai cara untuk
membaca kompas. Aktiviti kembara pada pagi itu bermula tepat pada pukul 9.00 pagi. Kami
telah bergerak dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan seakan teruja untuk
menyiapkan tugasan yang diberi.Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir bergerak
memulakan aktiviti kembara ini.

Sepanjang aktiviti kembara ini berlangsung, kami dalam satu kumpulan telah telah
belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong menolong antara satu sama lain memikul
segala peralatan yang dibawa. Aktiviti yang dijalankan ini juga memberi kesedaran kepada kami
1
semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan
tidak tercemar di sepanjang kawasan membuatkan spesis flora dan habitat fauna dapat membiak
dengan baiknya. Memang tidak dinafikan, banyak burung-burung dan unggas berkicauan
menandakan kawasan mereka bebas daripada pencemaran. Sepanjang perjalanan sejauh kira-
kira lima kilomiter ini saya dan rakan-rakan kumpulan cuba menyiapkan tugasan pertama kami
iaitu mencari lima flora dan fauna. Saya juga tidak ketinggalan memanfaatkan ilmu membaca
kompas yang diperoleh untuk memandu arah kumpulan ke “check point” yang telah ditetapkan.

Sesampainya kami di “check point”, para pensyarah telah berkumpul menunggu


kehadiran kami. Kami telah diberikan tugasan tambahan iaitu membersihkan kawasan di situ
sebelum memulakan tugasan kedua iaitu memasak. Setelah selesai membersihkan kawasan di
situ kami telah bekerjasama menyiapkan makanan pada hari itu. Jumlah bahan yang terhad kami
gunakan sebaiknya. Saya telah menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari cara
memasak menggunakan bahan yang terhad. Ilmu yang saya peroleh ini sememangnya amat
berguna di masa akan datang. Setelah selesai tugasan kedua, kami sekali lagi telah bekerjasama
membersihkan segala peralatan yang digunakan. Pensyarah memberi pujian kepada kumpulan
kami kerana menjadi kumpulan pertama menyiapkan tugasan kedua ini. Dalam perjalanan
pulang ke tapak perkhemahan, Kami masih lagi berusaha menyiapkan tugasan pertama kami.
Tugasan yang pada mulanya kami fikir mudah sememangnya mencabar. Sebelum tiba di tapak
perkhemahan, kami dalam satu kumpulan berkerjasama mencari dan cuba mempelajari jenis
flora dan fauna yang diperolehi. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan pertama kami sebelum
tiba di tapak perkhemahan.

Setibanya di tapak perkhemahan, dalam satu kumpulan kami berganding bahu


menyiapkan tugasan ketiga iaitu membuat usungan dan asas bantu mula. Seorang daripada rakan
kami dengan sukarela menjadi mangsa untuk diusung. Ilmu ikatan asas bantu mula yang kami
pelajari pada hari pertama telah kami manfaatkan. Ilmu yang dipelajari ini sememangnya
berguna jikalau berlakunya kecemasan yang perkara malang yang tidak diduga. Asas bantu mula
merupakan pertolongan atau langkah awal yang boleh diambil bagi membantu mangsa sebelum
dibawa ke hospital. Cara usungan dan ikatan kami kemudiannya dinilai oleh pensyarah dan
kumpulan kami telah lulus dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Setelah selesai tugasan
ketiga, kami dalam kumpulan seterusnya diminta untuk membentangkan tugasan pertama kami

2
iaitu mencari lima flora dan lima fauna serta nyatakan kebaikan dan keburukannya. Ilmu yang
kami pelajari sepanjang kembara kami manfaatkan dalam pembentangan. Para pensyarah
memuji kumpulan kami kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan dengan jayanya dan
berdedikasi serta bekerjasama dalam satu kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Setelah selesai semua tugasan yang diberikan, kami dibenarkan untuk berehat.
Melihatkan riak wajah rakan-rakan kumpulan yang begitu riang walaupun kepenatan
membuatkan saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini. Sememangnya aktiviti kembara
yang dijalankan ini memberi banyak pengalamnan dan pengetahuan baru dalam diri saya. Saya
juga mula dapat menghayati betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Pengalaman yang saya
perolehi bersama rakan-rakan juga tidak akan dapat saya lupakan. Secara rumusannya, Aktiviti
ini telah mengajar kami erti persahabatan, nilai kerjasama, tolong menolong, berdikari dan
bertanggungjawab. Saya harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang
agar bakal-bakal guru dapat memperolehi dan memanfaatkan ilmu yang berguna ini. Sekian.