Anda di halaman 1dari 3

Isu utama dalam pengajaran pecahan.

Menurut kajian saya, pecahan merupakan satu topik yang agak sukar
bagai sekolah rendah. Biasanya mereka keliru dengan istilah – istilah seperti pecahan
wajar, tidak wajar, pecahan bercampur dan sebagainya. Selain itu mereka melakukan
kesilapan semasa melakukan tolak, campur, bahagi dan darab sesuatu pecahan
kepada satu pecahan.

Isu 1: Murid keliru dengan pecahan wajar dan tidak wajar.

Tindakan lanjutan: Ini adalah kerana mereka keliru dengan nama pecahan tersebut.
Selain itu, guru tidak memberi contoh – contoh yang menyokong untuk menjelaskan
pengajaran mereka.

Cadangan: Guru seharusnya memberi alat bantu mengajar yang sesuai untuk topik
yang mereka mengajar. Guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti supaya murid senang
untuk mengingat.

Isu 2:Mereka tidak mengetahui maksud pecahan.

Tindakan susulan: Mereka tidak diberi penjelasan yang jelas semasa pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak menggunakan alat bantu mengajar untuk mengadakan kelas.

Cadangan: Guru harus memberi penjelasan yang betul semasa induksi. Mereka boleh
membuat aktiviti yang kreatif untuk menarik minat murid – murid. Selain itu, pengajaran
dan pembelajaran boleh dilakukan secara permainan.
Isu 3: Murid tidak tahu cara untuk mansuhkan pecahan tidak wajar kepada pecahan
campur.

Tindakan susulan: Guru tidak mengajar untuk mansuhkan jawapan pecahan. Murid
tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Murid keliru dengan istilah –
istilah yang susah.

Melalui beberapa isu yang saya dikemukakan adalah seperti di


atas. Contohnya:

=4 ⅓
Di sini murid telah campurkan pecahan dengan salah. Mereka campur secara terus
untuk mendapat jawapan. Pada umumnya, penyebut di bawah menjadi sama angka
untuk menambahkan pecahan. Tetapi murid akan mencampurkan pecahan tanpa
menukarkan penyebut ataupun tidak menukar kepada pecahan tidak wajar.

Selain daripada itu, murid tidak tahu mansuhkan pecahan tidak wajar
kepada pecahan campur. Contohnya:

13/ 8 11/ 6
Pecahan tidak wajar
Seterusnya, murid mengalami kesukaran untuk menginterpretasikan gambar. Maka,
jawapan murid – murid tersebut menjadi salah. contohnya:

Murid sukar untuk menjawab soalan berkaitan gambar. Mereka


mengalami kekeliruan semasa membuat operasi penambahan, penolakan dan
sebagainya berpandukan gambar.

Maka, guru haruslah mengambil pelbagai inisiatif untuk


mengatasi masalah murid – murid tersebut. Selain itu, alat bantu mengajar guru
haruslah menarik minat murid serta berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, guru haruslah menerapkan aktiviti permaiana supaya murid senang
melibatkan diri dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai