Anda di halaman 1dari 4

PK01/3

SK SRI AMAR, JOHOR BAHRU


LAPORAN KELAS BESTARI LINUS2.0 2018
1. Nama Program : Laporan Kelas Bestari Linus2.0 2018

2. Tarikh : Jun-Ogos 2018

3. Hari / Masa : Selasa dan Rabu / 12.50 tengah-1.20 petang

4. Tempat : Kelas Tahun 1

5. Objektif : Kelas Bestari Linus ini adalah bertujuan


1.1 untuk memberi bantuan kepada setipa murid secara
individu untuk menguasai kemahiran asas membaca,
mengira dan menulis.

6. Sasaran : Semua murid yang tidak melepasi saringan 1 LINUS2.0

7. Butiran aktiviti :

i. Pengagihan murid mengikut subjek dan konstruk

Penyelaras program Kelas Bestari Linus, Cik Girija A/P Wathumalai memberikan
nama-nama murid yang terlibat mengikut subjek dan konstruk yang tidak dilepasi
kepada semua guru yang terlibat.Senarai nama juga telah ditampal di kelas-kelas
sebagai rujukan guru dan murid sebelum Kelas Bestari bermula.

ii. Pelaksanaan Kelas Bestari LINUS

Kelas Bestari LINUS diadakan pada setiap hari selasa dan rabu bermula pada pukul
12.50 tengah hari sehingga 1.20 petang.Murid akan masuk ke kelas seperti yang
telah ditetapkan bersama dengan guru yang terlibat. Jadual Kelas Bestari LINUS
juga telah diedarkan untuk makluman ibu bapa dan murid.
iii. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar(BBM) LINUS

Buku modul LINUS telah diedarkan kepada setiap murid yang terlibat untuk
digunakan semasa kelas dijalankan.Setiap guru menggunakan modul LINUS yang
telah disediakan untuk membantu murid-murid memahami subjek yang diajar. Guru
juga mencetak bahan tambahan yang bersesuaian dengan murid untuk digunakan di
dalam kelas.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :


i. Guru lebih mengetahui permasalahan dan kelemahan murid
LINUS.
ii. Guru dapat memberi lebih tumpuan kepada murid LINUS dan
membantu mereka untuk melepasi saringan LINUS.

8.2 Kelemahan Program :


-Tiada

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


i. Kumpulkan murid mengikut kumpulan dan konstruk yand belum
dilepasi supaya kedudukan murid lebih tersusun dan
memudahkan pemilihan bahan pembelajaran.

9. Dokumentasi Bergambar :
Gambar 1: Pn. Hidayah menggunakan Modul LINUS sebagai bahan pembelajaran
bersama murid.

Gambar 2 : Pn. Zaidah bersama pelajar bagi kelas LINUS Bahasa Melayu.
Gambar 3: Cik Fadzleen menggunakan teknik one to one untuk murid LINUS tegar.

Maklumbalas Guru Besar :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Disediakan : Disahkan :

……………………… . …………………..
(NUR AKMA NAWWARAH BT MOHAMAD AZAM)
Setiausaha LINUS,
SK Sri Amar, Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai