Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Sambutan hari kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi telah menjadi upacara rasmi setiap
tahun pada tanggal 31 Ogos bagi seluruh rakyat di Malaysia. Pada era globalisasi kini, semangat
menyambut hari kemerdekaan kian pudar dalam diri generasi muda kini. Hakikatnya, perkara ini berlaku
dek kerana pembangunan yang pesat dan diselubungi dilema remaja yang ingin bersosial sehingga
melupakan asal usul kemerdekaan bagaikan kacang lupakan kulit. Maka, apakah kepentingan sambutan
hari kemerdekaan bagi seluruh rakyat di Malaysia.

Saya sebagai pelajar berminda kelas pertama berpendapat bahawa sambutan hari kemerdekaan penting
kerana dapat menyuburkan semangat cinta akan negara. Hal ini kerana pihak kerajaan, pihak badan
bukan kerajaan dan pihak sekolah telah bekerjasama menganjurkan aktiviti dan kempen-kempen
bersempena hari kemerdekaan .Sebagai contoh, upacara perarakan, kempen kesedaran dan aktiviti atas
talian dek kerana pandemik yang melanda negara. Kesannya, perkara seperti ini akan menarik minat
generasi-generasi kini untuk melibatkan diri secara langsung menyedarkan generasi kini tentang
kemerdekaan yang memberikan mereka kebebasan hingga ke hari ini. Oleh itu terang lagi bersuluh
bahawa sambutan hari kemerdekaan penting bagi menyuburkan semangat cinta akan negara dalam
generasi kini.

Bagi meneruskan perbincangan ini, saya juga berpendapat bahawa sambutan ini akan melahirkan sikap
patriotisme dalam diri individu. Hal ini dibangkitkan kerana sikap patriotisme ini yang kian pupus dalam
diri individu persis bahasa melayu bagai batu jatuh ke lubuk. Maka, dengan adanya sambutan
kemerdekaan ini patriotisme dapat dizahirkan melalui tindakan seperti mengibarkan Jalur Gemilang,
menyanyikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurka kenegaraan, mempamerkan pelekat
patriotik pada kenderaan atau apa-apa cara yang menunjukkan kesetiaan dan kecintaan terhadap
negara. Kesannya, sambutan ini dapat membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum
yang menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara. Oleh itu jelaslah bahawa
sambutan ini dapat melahirkan sikap patriotisme dalam diri setiap individu di Malaysia.

Akhir sekali, sambutan ini dapat mengenang jasa-jasa perajurit yang telah memperjuangkan
kemerdekaan tanah air. Hal ini kerana, jasa -jasa mereka amatlah besar kerana mereka sanggup
berkorban demi memperjuang hak dan kebebasan tanah Melayu sebagai contoh pejuang kemerdekaan
Tok Janggut yang berani berjuang dan menuntut hak penduduk di Kelantan . Bukan itu sahaja bahkan
ramai lagi pejuang -pejuang yang sanggup berkorban seperti Dato' Maharaja Lela di Perak , Dato'
Bahaman di Terengganu dan lain-lain. Maka sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita hendak sentiasa
mengingati pengorbanan mereka ibarat pepatah melayu , hilang di mata di hati jangan. Oleh itu jelaslah
bahawa sambutan kemerdekaan dapat mengenangkan jasa-jasa perajurit yang telah mempertahankan
negara.

Tuntasnya, sambutan hari kemerdekaan penting bagi rakyat di seluruh rakyat di Malaysia bagi
memperingati jasa-jasa mereka yang telah memperjuangkan kebebasan tanah air dan menyuburkan
semangat cinta akan negara. Oleh itu, sebagai rakyat di Malaysia kita hendaklah menanam semangat
patriotisme dalam diri masing-masing dan sanggup berkorban demi mempertahan negara supaya
keamanan dan kedamaian negara sentiasa terjamin.

Anda mungkin juga menyukai