Anda di halaman 1dari 3

KITA MALAYSIA

Negara adalah sesebuah permukaan tanah yang berada di bawah sesuatu pimpinan parti politik
ataupun kuasa rakyat yang bebas daripada kuasa asing dan jajahan sesuatu negara lain ataupun ia
boleh berada di bawah jajahan negara luar. Terdapat beberapa banyak negara di atas muka bumi ini
yang mempunyai pelbagai latar politik, geografi, kewangan, etnik dan pelbagai aspek yang berbeza.
Dalam senarai tersebut, Malaysia terkenal dengan ciri-cirinya tersendiri dari segi kepelbagaian kaum,
bangsa, agama, bahasa dan lain-lain. Malaysia adalah sebuah negara yang cantik dan indah yang
selalu membuatkan orang dari negara-negara lain selain Malaysia rasa kagum terhadap Malaysia.
Malaysia ialah sesebuah tanah yang sentiasa menarik perhatian rakyat di luar negara dari zaman
dahulu hingga sekarang untuk menjajah ataupun berpindah untuk menetap di sini supaya dapat
hidup bahagia.

Selain itu, negara kita disukai oleh kebanyakan orang di seluruh dunia ini kerana ia mempunyai ciri-
ciri geografi yang strategik dan musim-musim yang berbeza. Dari dulu hingga sekarang rakyat dapat
hidup dengan aman dan bahagia di negara ini tanpa bencana alam yang sebegitu teruk seperti
tsunami, ribut dan puting beliung kerana negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Malaysia juga
kaya dengan sumber semula jadi dan alam semula jadi yang begitu indah yang menyumbang untuk
ekonomi negara kita dan ia juga membuatkan negara kita kukuh dengan adanya sumber air dan
makanan yang mencukupi. Sumber-sumber tersebut mencipta hidup setaraf syurga di muka bumi ini
dengan memberi pelbagai kebaikan dan kegembiraan kepada manusia dan haiwan yang hidup di
negara ini.

Seterusnya, negara kita mempunyai banyak sejarah jajahan, tamadun, evolusi manusia dan juga
penghijrahan rakyat dari negara lain sejak dulu lagi. Rakyat Malaysia sentiasa dididik dan diajar
tentang sejarah-sejarah tersebut dari bangku sekolah sehingga tua demi melahirkan persefahaman
yang baik terhadap kandungan sejarah tersebut dan ia akan melahirkan sebuah bangsa yang
menghormati negara dan rakyat yang cinta dan sayang antara satu sama lain. Negara kita
mengandungi rakyat berbilang kaum, bangsa, dan agama yang hidup secara harmoni dan damai. Ia
kerana rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap budaya, adab, adat resam dan
warisan bangsa-bangsa yang berada di Malaysia. Walaupun berlainan bangsa dan agama, dalam
kalangan rakyat Malaysia ia tidak menimbulkan isu-isu sensitif kerana mereka diterapkan nilai-nilai
murni oleh keluarga sejak kecil dan dipimpin oleh tokoh-tokoh dan juga pemimpin-pemimpin yang
sedar akan kepentingan adanya sifat menghormati kaum lain.

Di samping itu, Malaysia boleh dikatakan sebagai negara yang muda jika dibanding dengan
sesetengah negara lain kerana negara kita mempunyai tenaga belia yang banyak dan sihat. Dengan
adanya tenaga belia yang tinggi, negara kita boleh bersaing dengan negara-negara lain dalam
melahirkan golongan muda yang berpendidikan dan semakin berpotensi untuk menyumbang untuk
kemajuan negara kita dengan memberi tenaga tubuh dan juga ilmu. Tenaga belia yang
berpendidikan akan sentiasa menjadi bangsa yang semakin beradab dan kaya dengan ilmu
pengetahuan. Peningkatan bilangan anak-anak muda yang berilmu dan mempunyai nilai-nilai murni
akan menjadikan negara kita lebih kukuh dari segi politik dan kewangan yang boleh menjadikan
negara kita sentiasa bersedia untuk menghadapi dan mengatasi masalah berkaitan ekonomi dan
politik global. Ia kerana tenaga belia di negara kita sentiasa berfikiran rasional dan positif supaya
dapat perolehi kejayaan dalam sesuatu masalah atau krisis.

Pada waktu yang sama, kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan negara kita kerana negara
kita mempunyai banyak alam semula jadi yang menjadikan tanah ini lebih cantik dan segar. Alam
semula jadi sekitar kita ini memberi ketenangan kepada minda dan kegembiraan kepada kita setiap
kali kita melawatinya. Contohnya, air terjun di setiap kawasan seluruh negara ini, kawasan
perhutanan, gunung-ganang, sungai, laut dan alam semula jadi yang lain yang terdapat di negara ini
selalu membuat rakyatnya rasa lega dan bersemangat untuk hidup bersama alam semula jadi tanpa
mencemari ataupun membuat perbuatan berbahaya kepada hidupan lain selain manusia. Kita juga
harus menghargai inisiatif kerajaan dan pihak-pihak berkuasa bawah kementerian pelancongan dan
juga jabatan alam sekitar yang sentiasa menjaga kecantikan dan kesegaran alam semula jadi di
negara ini. Kerjasama rakyat dan kerajaan dalam menjaga dan menghargai alam semula jadi ini
mengelakkan kepupusan pelbagai jenis flora dan fauna yang begitu cantik dan unik yang terdapat di
kawasan perhutanan dan lautan di negara kita. Kita harus sentiasa mengamalkan sifat cinta akan
alam sekitar demi kebaikan seluruh rakyat dan hidupan lain.

Pada 31 Ogos 1957 negara kita telah mendapat Merdeka. 64 tahun yang sudah berlalu ini telahpun
memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada setiap rakyat Malaysia ketika berusaha untuk
membentuk negara ini sebagai sebuah negara yang berwawasan dan juga membina masyarakat
yang berjaya. Perkataan Merdeka tersebut mengandungi pelbagai sejarah hitam dan kenangan pahit
yang telah dialami dan dirasai setiap moyang kita. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya, ibu bapa zaman sekarang dan masa depan wajarlah sentiasa mendidik anak-anak mereka
menjadi seseorang warganegara yang bertanggungjawab dengan memberi kesedaran dan
pengetahuan tentang sejarah negara kita kepada golongan muda di setiap rumah.

Akhir sekali, kita sebagai rakyat Malaysia mesti menghormati pengorbanan dan perjuangan generasi
sebelum kita demi mendapatkan Merdeka supaya kita dapat hidup bebas, selesa dan tenteram.
Rakyat Malaysia tidak boleh sesekali berkelakuan cuai dan lalai terhadap kebebasan kita dengan
mengamalkan sifat-sifat yang negatif yang akan menyebabkan maruah dan pandangan negara lain
terhadap kita jatuh. Kita juga hendak sentiasa berkelakuan sopan dan berdisiplin supaya dapat hidup
sesuatu hidup yang penuh bermanfaat kepada orang dan hidupan lain yang akan menjadikan hidup
kita penuh bermakna. Seseorang yang hidup seperti ini akan memainkan peranan penting dalam
menghasilkan sebuah generasi yang beretika, berilmu, dan juga bermoral secara langsung ataupun
tidak langsung dan ia akan memberi impak positif kepada kemajuan dan kesejahteraan negara kita
pada masa hadapan. Nilai patrotik yang dilihat secara meluas di negara kita pada zaman sekarang
perlulah diteruskan selama-lamanya dan nilai tersebut juga hendaklah diterapkan di kalangan
bangsa muda di negara kita agar ia dapat melahirkan rasa sayang akan negara dan kita akan lebih
bersemangat untuk mempertahankan keamanan, budaya dan Merdeka kita. Bak kata peribahasa
berat sama dipikul ringan sama dijinjing, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk
menyumbang dan berfungsi untuk mencapai matlamat-matlamat dan impian negara kita.
‘MALAYSIA PRIHATIN’

Anda mungkin juga menyukai