Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Perniagaan

RILEY’S SMILEY BURGER adalah sebuah perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh saya
(Neeveataa Sree A/P Ravichandran). Pada 1 Mac 2021 saya memulakan perniagaan dengan tunai
di tangan RM7520, tunai di bank RM11280 dan peti sejuk yang bernilai RM1200. Saya
memulakan perniagaan menjual burger dengan menggunakan recepi sendiri. Selain itu, saya
menjual burger secara tunai, saya juga menyediakan perkhidmatan membekalan burger untuk
tempatan khas kepada Kopersi SMK Seri Indah dan Kelab Futsal Seri Kembangan. Saya
menjelaskan perniagaan ini dengan menyewa sebuah kios yang berhampiran kediaman saya
beralamat NO 84, Jalan SR 7/1, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Kios
saya beroperasi dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam, dan dibantu oleh dua orang pembantu
kios dengan membayar upah RM5 untuk sejam dan saya sebagai pemilk perniagaan ini, turut
menerima upah bulanan sebanyak RM1500 dan akan dibayar pada setiap 28hb. Manakala, upah
pekerja kios pula akan dibayar 2 kali sebulan. Saya juga membayar lesen perniagaan untuk
tempoh enam bulan bernilai RM240 pada 1Mac 2021 secara tunai.

Saya memilik perniagaan milikan tunggal ini kerana :

a) Perniagaan ini merupakan perniagaan milikan tunggal akan dimiliki oleh seorang pemilik
sahaja. Sebabnya, untung atau rugi perniagaan adalah di bawah tanggungan pemilik
sahaja.

b) Ia memerlukan modal yang kecil.

c) Lokasi perniagaan yang berhampiran dengan kawasan perumahan mengunakan salah satu
strategik yang berkesan. Oleh itu, permintaan yang tinggi akan wujud secara tidak
langsung dan menguntungkan perniagaan.

d) Saya juga menggunakan resipi sendiri agar burger menjadikan unik dan tidak sama dari
penjual burger yang lain.

e) Perniagaan ini mempunyai ramai pesaing-pesaing yang juga menjual burger seperti
perniagaan makanan segera seperti Mc Donald, Burger King dan lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai