Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
SITI ZANARIAH BINTI MD NOR

BIOGRAFI 4 MAZHAB ABU 3. Bidang: PENGETAHUAN


2. Judul
HANIFAH, MALIK, AL-SYAFI’E, AGAMA
AHMAD BIN HANBAL
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memaparkan sejarah hidup empat imam yang terkenal dalam Islam. Mereke sangat
masyhur kepada seluruh umat Islam dari zaman lalu hingga sekarang. Merelah imam-ima bagi
empat mazhab yang berkembang dalam Islam, yang terus kekal dan dipegang oleh kebanyakan
umat Islam seluruh dunia iaitu: Imam Bu Hanifah ( Mazhab Hanafi), Imam Malik ( Mazhab Maliki),
Imam al-Syafi’e ( Mazhab Syafi’e) dan Imam Ahmad bin Hanbal ( Mazhab Hanbali). Merekalah
peletak dasar mazhab yang empat. Pengorbanan dan ajsa mereka begitu besar terhadap agama
Islam terutama dalam ilmu fiqh.

Buku ini mengandungi biodata, cara hidup, akhlak, perjalanan menuntut ilmu dan
menyebarkan ilmu oleh 4 tokoh islam iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik,Imam Al-Syafi’e dan
imam Ahmad bin Hanbal. Buku ini menceritakan dan mengupas bagaimana kehidupan 4 imam ini
dari mereka lahir, perjalanan menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu, nasihat serta larangan
mereka dalam menuntut ilmu.

Buku ini juga membincangkan banyak perkara penting dalam amalan seharian sebagai
seorang manusia sama ada sebagai pemimpin atau manusia biasa . Antara perkara yang
ditegaskan ialah seperti prihatian terhadap masalah pemerintahan, tegas dalam menegakkan
kebenaran dan sentiasa berani untuk menyatakan kebenaran.

Selain itu, buku ini juga telah menyelitkan banyak kisah tentang guru-guru 4 imam ini dan adab
yang mereka tonjolkan sebagai seorang murid semasa menuntut ilmu. Ternyata buku ini banyak
menceritakan bukan sahaja sumbangan 4 tokoh ini dalam ilmu agama, tetapi ia juga
menceritakan kisah-kisah orang-orang yang berada di sekeliling mereka seperti guru-guru mereka
dan anak-anak murid mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Guru dapat mencontohi nilai-nilai murni dan akhlak yang ditonjolkan oleh empat tokoh ini dalam
kesugguhan mencari ilmu dan menyebarkan ilmu mereka semasa mereka menjadi murid dan
sebagai seoarang guru.

- Guru juga dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerapkan
nilai murni dan positif ke arah mewujudkan murid yang berkualiti dari aspek JERI.

- Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi meningkatkan kualiti sebagai
seorang guru.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru memainkan peranan penting iaitu mengajar, mendidik dan membimbing murid-murid
dengan menerapkan ilmu dan nilai yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di dalam kelas. Guru boleh mengambil contoh amalan-amalan baik 4 tokoh ini
semasa menuntut ilmu daripada gurunya dan amalan-amalan baik mereka semasa menjadi
seorang guru yang mengajar anak-anak muridnya. Sebagai seorang pendidik/ guru pembacaan
buku ini dapat memberikan panduan dalam adab mendidik murid serta akhlak sebagai seorang
guru yang sepatutnya ditunjukkan agar menjadi contoh, tauladan dan ikutan murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI ZANARIAH BINTI MD NOR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai