Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan E-dagang

 Kemudahan. Semua produk mudah diakses melalui Internet; yang harus


anda lakukan ialah mencari mereka menggunakan laman sesawang. Dengan
kata lain, tidak perlu meninggalkan rumah untuk membeli produk atau
perkhidmatan.
 Penjimatan masa. E-commerce juga mempunyai kelebihannya yang
tersendiri.Contohnya,pelanggan tidak perlu membuang masa untuk mencari
barang yang ingin dibeli. Dengan kedai dalam talian, produk mudah dicari dan
juga dapat dihantar ke pintu rumah hanya dalam beberapa hari.
 Pelbagai pilihan. Pelanggan tidak perlu meninggalkan rumah untuk membeli-
belah. Pelanggan hanya perlu membuka aplikasi membeli belah di talian
seperti “Shoppe”,”Lazada”,Wow shop” dan lain-lain.Dengan itu,mereka boleh
memilih dari sebilangan besar pilihan, bukan hanya dari segi bahan, tetapi
juga dari segi harga kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kaedah
pembayaran yang pelbagai juga ditawarkan di mana pelanggan boleh
membayar menggunakan perkhidmatan bank secara dalam talian.

Katalog yang disediakan lengkap dengan keterangan barang yang hendak


dijual .Ini memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat serta
membuat pembayaran.

Kekurangan E-dagang

 Privasi dan keselamatan. Ini boleh menjadi masalah sekiranya kedai dalam
talian tidak menawarkan semua syarat keselamatan dan privasi untuk
memastikan keselamatan dalam talian selamat. Tidak ada yang mahu
maklumat peribadi dan kewangan mereka dilihat oleh semua orang, jadi
penting untuk menyelidik laman web ini sebelum membeli.
 Kualiti. Walaupun E-commerce menjadikan keseluruhan proses pembelian
menjadi mudah, pengguna tidak dapat mengetahui kualiti produk dengan
lebih mendalam sehingga ia dihantar ke rumah.
 Kos tersembunyi. Semasa membeli secara dalam talian, pengguna
mengetahui harga produk, penghantaran dan kemungkinan cukai, tetapi ada
juga kemungkinan terdapat kos tersembunyi yang tidak ditunjukkan dalam
invois pembelian, tetapi dalam bentuk pembayaran.
 Kelewatan penghantaran. Walaupun penghantaran produk cepat, keadaan
cuaca, ketersediaan, dan faktor lain akan menyebabkan penghantaran
produk ditunda dan risiko barang yang dihantar untuk rosak tinggi.

Pandangan tentang perniagaan e dagang dapat mempengaruhi


ekonomi dan sosial rakyat dari aspek makroekonomi.
Kesimpulannya,Perniagaan secara e-dagang ini mempengaruhi
ekonomi & sosial rakyat dari aspek makroekonomi sejak perintah
kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan dilaksanakan.Ia
telah menjadikan penggunaan secara dalam talian atau e-dagang
sebagai keperluan dan bukan lagi pilihan dalam kalangan
kita.Tambahan itu,perniagaan internet melalui e-dagang ini bukan
sahaja memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga.Dari
semasa ke semasa ,e-dagang memberikan peluang dan cabaran yang
tidak terkira banyaknya kepada ekonomi dan masyarakat
kita.Contohnya,perbelanjaa e- dagang rakyat Malaysia meningkat kepda
24% pada tahun 2019 dengan dasar kerajaan menjadikan pertumbuhan
e-dagang dalam talian keutamaan nasioanal,besar kemungkinan
Malaysia boleh terus menikmati pertumbuhan e-dagang pada masa
akan datang.Selain itu,kerajaan telah memperkenalkan DFTZ yang
memfokuskan pembanguna ekosistem dan mmenjadi pemangkin
ekonomi,internet dan aktiviti e-dagang yang berkembang pesat di
Malaysia.Oleh itu,ia dapat membuktikan bahawa perniagaan secara e-
dagang ini memberi banyak manfaat kepada marhaen serta memberi
impak yang besar kepada ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai