Anda di halaman 1dari 22

FOLIO MORAL

Tajuk: Perayaan Kaum Di Malaysia

Nama: Tay Chee Fu

Tingkatan : 3 Bestari

Guru Penilai : Puan Ang Lay Geok


Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut


tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang
baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun
baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum


keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singaakan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari
selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki


oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong
Kong, Indonesia,Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand,
dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan
bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai
takwim qamari Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia(Tsagaan
Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
Mitos

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年)


ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah
laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim
sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai
kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar
menahan bunyi bising dan warna merah, maka
mereka mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan
Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina
Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang
bermaksud "menyambut tahun baru", membawa
erti harfiah "meredah raksasa Nian"
Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan


sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal
tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia,
bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11
ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk
memastikan kalendar qamari selari dengan matahari,
sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih
wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM.
Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10
atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah
sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai
awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
GAMBAR – GAMBAR TAHUN BARU CINA
Krismas
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar
untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25
Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran
Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria(Virgin
Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini
menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang
penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah
untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun


beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang
lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya)
menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan
(kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan


keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok
Krismas,lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran
Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang
sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa
dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-
unsurMitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya
dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh
ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu
perayaankebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana
pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan
kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas
menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sejarah
Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.
[2]
 Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah
bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.
[3]
 Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh
Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim
sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22
Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember. [5] Pada tahun
1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai
sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung
Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,
[7]
 tarikh ekuinoks musim bungamengikut takwim Rom.
[8]
 Pendapat inkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari
kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi
mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula
Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]
Dies Natalis Solis InvictiHermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan
bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol
Invictus.[11] Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan
demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut
agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi
mereka.[11]Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut
pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus,
menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya
termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria;Sol, dewa
maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi
Parsi.[12] Maharaja Elagabalus(218–222) memperkenalkan pesta tersebut
dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta
tersebut sebagai cuti umum.[13]

GAMBAR-GAMBAR
Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka


yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa
Hindu, Dewa Muruganatau juga dikenali sebagai Dewa
Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang
terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Tujuan

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun


di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling
suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan
dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu
membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala
dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan
bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung
di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang
di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama
kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki ,
perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada
kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu
khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap
kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-
tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah
berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang
mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.
Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm.
Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata
pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar

GAMBAR GAMBAR.
PESTA TANGLUNG
Pesta Tanglung (Cina ringkas: 元宵节; Cina tradisional: 元宵節;
 pinyin: Yuánxiāojié atau Cina ringkas: 上元节; Cina tradisional: 上元節; pinyin: S
hàngyuánjié;Vietnam: Tết Nguyên tiêu; Hán tự: 節元宵) adalah suatu
pesta Cina diperayaikan pada har kelima belas dalam tahun
bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan
Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi
seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke
pekong membawa tanglung kertas (Cina ringkas: 兔子灯; Cina tradisional: 兔子
燈; pinyin: tùzidēng) dan menyelesai riddles di tanglung (Cina ringkas: 猜灯谜;
 Cina tradisional: 猜燈謎; pinyin: cāidēngmí). Ia secara rasmi menamatkan
perayaan Tahun Baru Cina.

Pada zaman kuno, tanglung-tanglung adalah sederhana, kerana


hanya maharaja dan kerabat bangsawan mempunyai yang berhias; pada zaman
moden, tanglung telah dihias dengan banyak reka bentuk kompleks. Contohnya,
tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk-bentuk haiwan.

Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya


turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina.

Di Vietnam, pesta ini, datang selepas Tahun Baru, Tết, dan digelar "Tết Thượng
Nguyên" atau "Tết Nguyên Tiêu".

Sejarah
Hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama adalah Pesta
Tanglung Cina kerana hari pertama bulan bulan digelar
bulan yuan dan pada zaman kuno orang menggelar malam
Xiao. Pada hari ke-15 adalah malam pertama untuk melihat
bulang pebuh. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di China.
Menurut dengan tradisi Cina, pada permulaan tahun baru,
apabila bulan penuh terang berada di langit, eharusnya
beribu-ribu tanglung berwarna-warni digantung untuk orang
lain menghargainya. Pada waktu ini, orang akan cuba
menyelesaikan teka-teki di tanglung dan
makan yuanxiao (元宵)(bola pulut) dan mendapatkan
semula keluarga-keluarga mereka bersatu dalam atmosfera
meriang.

Asal-usul terawal
Ada banyak kepercayaan berlaian tentang asal-usul Pesta Tanglung. Tetapi satu perkara
pastinya adalah bahawa ia berkenaan sesuatu dengan perayaan dan menuaikan hubungan
positif di antara orang, keluarga, semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka
memberpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun.

Satu legenda memberitahu kita bahwa ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi, Tuhan
Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir
dunia manusia. Dia telah mempunyai enam belas naga di beknya dan memganggil dan dia
berkeputusan bila hendak memberikan kemarau, ribut, famine atau pestilence terhadap manusia.
Bermula denganQinshihuang, maharaja pertama untuk menyatukan negara, kesemua maharaja
memerintahkan upacara hebat sekali tiap tahun. Maharaja akan meminta Taiyi untuk mebawa
cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya.
Maharaja Wudi dari Dinasti Han mengarahkan perhatian khas pada upacara ini. Pada 104 SM,
dia mengumumkannya sebagai salah satu perayaan yang terpenting dan upacara akan menahan
sepanajng malam. Mereka menbersihkannya pada waktu pagi.

Suatu lagi lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa


Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama
bulan berkenaan bulan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para
pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib baik.

Suatu lagi lagenda umum menguruskan dengan asal-usul Pesta Tanglung mengatakan seekor
burung cantik yang terbang bawah ke bumi dari syurga, yang diburu dan dibunuh orang
sesetnegah orang kampung. Ini memarahi Maharaja Jed kerana burung itu adalah
kegemarannya. Oleh itu, dia merancangakan suatu ribut api yang memusnahkan kampung
mereka pada hari ke-15 lunar. Anak perempuan Maharaja Jed mendengari rancangan ini, dan
memberik amaran pada orang kampung mengenai rancangan bapanya untuk memusnahkan
kampung mereka. Kampung itu berada dalam keadaan kelam kabut kerana tiada orang
megetahui bagaimana mereka harus melarikan diri dari kebinasaan yang tidak lama lagi akan
berlaku. Meskipun, seorang lelaki bijaksana dari satu lagi kampung bercadangkan bahawa setiap
keluarga seharusnya menggantung tanglung merah di keliling rumah mereka, melakukan unggun
api di jalan, dan meletupkan mercun pada hari ke-14, 15 dan 16 lunar. Ini akan memerikan
kampung itu kelihatan telah berada dalam kebakaran ke Maharaja Jed. Pada hari ke-15 lunar,
tentera yang dikirimkan dari syurga yang misinya untuk membinasakan kampung melihat bahawa
kampung telah dibakar, dan pulang ke syurga untuk melapornya ke Maharaja Jed. Pusa hati,
Maharaja Jed berkeputusan untuk tidak membakar kampung. Sejak hari itu, orang merayaikan
ulang tahun pada hari lunar ke-15 tiap hari dengan membawa tanglung merah di jalan dan
meletupkan mercun dan bunga api.

Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini didirikan. Satu lagi cerita adalah tentang seorang
pembantu. Sewaktu Dinasti Han, En. Timur adalah seorang penasihat kegemaran maharaja.
Satu hari musim sejuk, dia pergi ke kebun dan mendengar seorang anak perempuan menangis
dan berseida untuk melompat ke dalam perigi untuk membunuh diri. En. Timur menghentikannya
dan bertanya mengapa. Perempuan itu berkata bahawa dia adalah seorang pembatu di istana
maharaja dan namanya adalah Yuan-Xiao. Dia tidak pernah mempunyai kesempatan untuk
bertemu keluarganya selepas dia bermula bekerja di istana. Dia sangat rindu pada mereka tiap
bulan ke-12 lunar. Jika dia tidak berkesempatan untuk menunjukkan ketaatannya dalam hidup ini,
dia lebih baik mati. En. Timur berjanji dengannya untuk mencari suatu jalan supaya dia dapat
bersatu dengan keluarganya. En. Timur meninggalkan istana dan mendirikan sebuah gerai
tengok nasib dan menyamarkan dirinya sebagai seorang tukang telek. Oleh kerana reputasinya,
banyak orang menanyakan nasib mereka. Tetapi tiap orang mendapatkan ramalan yang sama -
suatu kemalangan kebakaran besar pada hari ke-15 lunar. Khabar angin tersebar secara cepat.

Setiap orang bimbang akan masa hadapan dan meminta En. Timur untuk pertolongan. En. Timur
berkata, "Pada hari ke-13 lunar, Dewa Api akan kirim seorang pari-pari wanita dalam merah dan
membakar bandar. Jika anda melihat seorang wanita memakai baju merah dan seluar hijau
menunggang kuda pada hari itu, ana seharusnya meminat pengasihannnya." Pada hari itu, Yuan-
Xiao berpura-pura untuk menjadi wanita pari-pari dalam baju merah itu. Apabila orang meminta
pertolongan darinya, dia berkata, "Saya adalah utusan Dewa Api dan akan datang untuk
memeriksa bandar dan saya akan kirim kebarakan pada hari ke-15. Ini adalah perintah dari
Maharaja Jed. Dia akan memerhati dari syurga. Saya akan memberi salinan dikri kemaharajaan
Dewa Api. Anda seharusnya meminta maharaja anda untuk mencari jalan keluar." Selepas dia
berangkat, rakyat pergi ke istana untuk menunjukkan maharaja dikri yang bertulis "Ibu negara
berada dalam masalah. Api membakar istana, dan kebakaran dari Syurga membakar sepanjang
malam pada hari ke-15." Maharaja Dinasti Han sangat terkejut. Dia memanggil dan meminta
nasihat dari En. Timur. Selepas merenung untuk sementara, En. Timur berkata, "Saya
mendengar bahawa Dewa Api suka makan Tang-Yuan (Ladu manis). Adakah Yuan-Xiao sering
masak Tang-Yuan untuk Tuanku? Pada hari lunar ke-15, biarkan Yuan-Xiao membuat Tang-
Yuan. Tuanku akan menugaskan upacara pujaan dan Tuanku akan memberikan perintah pada
semua rumah untuk menyediakan Tang-Yuan untuk menyembah Dewa Api pada waktu yang
sama. Juga, kirimkan suatu lagi perintah untuk meminta tiap rumah di kota untuk gantung
tanglung merah dan meletupkan mercun. Akhirnya, setiap orang dalam istana dan orang di luar
kota seharusnya membawa tanglung mereka di jalan untuk melihatkan hiasan tanglung dan
mercun. Jika semua berjalan secara ini, Maharaja Jed akan ditipukan. Selepas itu setiap orang
dapat mencegah kemalangan kebakaran."

Maharaja secara bergembira mengikut rancangan itu. Tanglung-tanglung berada di mana-mana


tempat di ibu kota pada malam ke-15 hari lunar. Rakyat berjalan di jalan. Mercun tetap membuat
banyak bunyi bising. Ia kelihatan keseluruhan kota berada dalam kebakaran. Ibu bapa Yuan-Xiao
pergi ke istana untuk memerhatikan hiasan tanglung, dan Yuan-Xiao membuat sebuah tanglung
besar dan menulis namanya pada tanglung itu. Mereka bersatu secara bergembira selepas ibu
bapanya memanggil namanya. Setiap orang selamata pada malam itu. Maharaja Jed mempunyai
perintah baru bahawa rakyat seharusnya melakukan yang sama setiap tahun. Sejak Yuan-Xiao
memasak Tan-Yuan yang terbaik, rakyat memanggil hari itu Pesta Yuan-Xiao.

Pemuda dan pemudi chaperoned di jalan-jalan mengharapkan mendapat kekasih. Para telangkai
bertindak sibuk dalam berharap menyatukan pasangan. Tanglung-tanglung yang paling terang
adalah tanda nasib baik dan harapan. Apabila waktu telah berlalu, pesta itu tidak lagi mempunyai
implikasi seperti itu.

Mereka yang tidak membawa tanglung sering menikmati memerhati perarakan tanglung.
Tambahan pada memakan tangyuan (Cina ringkas: 汤圆; Cina tradisional: 湯圓;
 pinyin: tāngyuán), suatu lagi aktiviti masyhur pada pesta ini adalah meneka teka-teki tanglung
(yang mana menjadi sebahagian dari pesta itu sewaktu Dinasti Tang), yang sering mengandungi
pesanan nasib baik, kesatuan semula keluarga, penuairan yang amat banyak, kemakmuran dan
kecintaan.

GAMBAR-GAMBAR
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai