Anda di halaman 1dari 1

Material On Site

Material On Site  ialah barang yang telah dihantar ke tapak bina tetapi masih belum dipasang. Contoh
barang Material On Site  adalah seperti simen, bata, besi tetulang, jubin, genting dan lain-lain lagi.

Material On Site  adalah dibenarkan dituntut oleh pihak kontraktor ketika mengemukakan tuntutan
bayaran interim kepada pihak klien. Di dalam borang kontrak JKR 203 version 2007 di bawah klausa 28.4
ada menyatakan tentang keperluan tersebut. Nilai yang boleh dituntut oleh kontraktor adalah sebanyak
90% dari nilai kos keseluruhan material on site  di tapak.

Contoh pengiraan kos material on site  ditapak adalah seperti berikut:

Bil Item Unit Kuantiti Kadar Harga Amaun (RM)


(RM)
1. Simen Beg 10 15.00 150.00
2. Bata Pieces 1000 0.20 200.00
3. Genting Pieces 1000 3.00 30,000.00
Gumbung
4. Jubin Lantai Pieces 1000 2.50 25,000.0
Jumlah 55,350.00
90%   Material On Site 49,815.00

Walaubagaimanapun, terdapat syarat yang perlu disemak oleh pihak klien sebelum material on
site  tersebut boleh dibayar seperti berikut:
 Barang yang dihantar ditapak bina hendak berada dalam lingkungan kawasan pembinaan dan
dikawal dengan selamat

 Barang yang dihantar ke tapak bina adalah berkadaran dengan peringkat kerja semasa,
contohnya, jika 'stage'  kerja semasa adalah berada pada tahap pembinaan sub struktur, tetapi
pihak kontraktor telah menghantar barang jubin genting bumbung ke tapak, oleh itu, kontraktor
tidak layak untuk material on site
 
 Barang yang dihantar ditapak sentiasa dipastikan ia berkedaan baik dan terhindar daripada
kerosakan

Anda mungkin juga menyukai