Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan Kepentingan Semangat Assabiyah dalam Peradaban Arab Jahiliah Sebelum

Kedatangan Islam.

Pengenalan  Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab iaitu jahala


yang membawa maksud jahil dan sesat.

 Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang


bertentangan dengan Islam sama ada agama, cara
hidup,akhlak dan sebagainya.

 Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup


pada zaman jahiliah iaitu zaman sebelum kedatangan Islam.

 Zaman jahiliah bermula selepas berakhirnya kerajaan Saba'


dan runtuhnya empangan Maarib sekitar tahun 300 Masihi
hingga turun al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad saw
pada tahun 610 Masihi.

 Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu


puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau
batasan pemikiran yang waras dan batasan agama.  

 Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam


keadaan berpecah belah dan hanya terikat di antara
mereka dengan semangat kesukuan,kepuakan dan
Asabiyah.

Isi

1.Asabiyah sebagai  Semangat asabiyah ini terjalin rapi dalam kalangan


perasaan setiakawan masyarakat Arab Jahiliah. 

 Hal ini kerana masyarakat Arab mengamalkan Sistem


Kabilah. 

 Sistem Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal


sistem pentadbiran pada zaman jahiliah. 

 Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan


pertalian darah dan keturunan.

 Sebagai contoh, setiap Kabilah mempunyai nama dan


kemegahan. 

 Nama dan kemegahan ini dipertahankan menerusi


semangat asabiyah.

 Jelaslah bahawa mereka mengamalkan kehidupan


masyarakat yang tertutup, mempunyai perasaan
setiakawan yang tinggi dan tidak menerima suku-suku Arab
yang lain. 

 Mereka juga memandang hina kabilah yang lain.

2.Asabiyah melahirkan  Seseorang individu dalam kabilah mestilah sanggup


semangat sedia berkorban menolong dan menuntut bela jika berlaku sesuatu kepada
anggota dalam kabilahnya. 

 Mereka sanggup berperang untuk mempertahankan


kabilahnya dan sentiasa mempunyai tanggapan bahawa
setiap individu mempunyai pertalian darah dan wajib
mempertahankan kabilah mereka.

 Contohnya jika terdapat anggota kabilah yang dibunuh oleh


anggota kabilah lain, mereka mesti segera menuntut bela
tanpa perlu meneliti terlebih dahulu sebab musabab
pembunuhan tersebut. 

 Mereka mesti menuntut bela tanpa mengira salah atau


benarnya  anggota kabilah yang dibunuh itu.

 Terbuktilah bahawa, semangat sedia berkorban yang tinggi


dalam kalangan anggota kabilah menyebabkan mereka
tidak mengira kebenaran sesuatu perkara. 

 Apa yang lebih penting adalah, mereka dapat


mempertahankan setiap anggota dalam kabilah mereka . 

 Mereka juga sanggup menuntut bela demi


mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

3.Penghormatan yang  Unit paling asas dalam sistem kabilah adalah seseorang
tinggi kepada Syeikh individu 

 Seterusnya diikuti oleh unit keluarga (a‟ilah)yang terdiri


daripada ibu bapa dan anak-anak yang tinggal dalam satu
khemah. 

 Beberapa buah khemah akan membentuk kumpulan atau


hayy dan beberapa hayy akan membentuk satu kaum,
setiap kaum inilah akan membentuk kabilah. 

 Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk kabilah ini


akan melantik seorang ketua atau syeikh untuk mengetuai
kabilah mereka. 

 Syeikh haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pintar


mempengaruhi anggota-anggota kabilahnya.

 Oleh itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. 

 Seseorang individu atau anggota kabilah hendaklah patuh


kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan yang
tinggi.

 Contohnya Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. 

 Syeikh turut bertanggungjawab menyelesaikan masalah


dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah-
kabilah lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan.

4.Semangat asabiyah  Dalam zaman masyarakat asabiyah, sering kali berlaku


mementingkan peperangan antara kabilah. 
kemenangan dalam 
 Peperangan yang berlaku bertujuan untuk meningkatkan
peperangan.
pengaruh,kekuasaan dan kekayaan sesuatu kabilah. 

 Setiap peperangan biasanya bermula secara kecil-kecilan


kerana sebab bertelagah mengenai sempadan, perebutan
sumber air dan padang rumput, mempertahankan anggota
suku atau kabilah atau kerana menuntut bela kematian ahli
suku yang dibunuh oleh suku lain.

 Contohnya , Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan


Bani Taghlib. 

 Apabila selesai peperangan,timbul pula perasaan


saling berdendam sehingga tercetusnya peperangan demi
peperangan yang tiada kesudahan. 

 Malah rasa jika ada kaum lain yang datang dan berlindung,
maka kaum pendatang itu akan dianggap sebagai hamba
atau orang bawahan mereka. 

 Sikap inilah yang terus-menerus membawa kepada


pertelingkahan dalam kalangan mereka.

Kesimpulan  Kesimpulannya, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah yang


berdasarkan semangat asabiyah menjadi punca perbalahan
dan peperangan berlaku sesama mereka sehingga
membawa kepada perpecahan dan kemunduran.

 Oleh sebab kekufuran dan kejahilan sebahagian mereka,


Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw dan
menurunkan kitab al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk
kehidupan

Anda mungkin juga menyukai