Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Isi 1: Orang Orang Arab terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.
Arab Rasullah telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti
kaum Muhajirin dengan Ansar.
Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy
menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada
negara Islam.
Pada zaman Khalifah al –Rasyidin, orang Arab Madinah dan
Arab Quraisy merupakan golongan yang penting membantu
pentadbiran negara.
Sebagai contohnya, Khalifah Abu Bakar merupakan panglima
perang telah berjaya mengatasi golongan Ar Riddah.
Oleh itu, jelaslah bahawa golongan orang Arab merupakan salah
satu perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-
Rasyidin.
Isi 2: Golongan Golongan tersebut wujud pada zaman Khalifah Abu Bakar al –
Al-Riddah Siddiq. Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu :
C) Golongan Murtad.
Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima
Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada
negara Islam.
Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan
jahiliah.
Oleh itu, jelaslah bahawa golongan al-Riddah merupakan salah
satu perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-
Rasyidin.
Isi 3: Golongan Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khatab.
Ahl- Al-Ayyam Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan
Mesir.
Orang-orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka
dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl-
al-Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.
Golongan ini diberi kuasa untuk mentadbir ladang dan tanah di
wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai mengenang jasa
mereka dalam pentadbiran.
Oleh itu, jelaslah bahawa golongan Ahl-Al-Ayyam merupakan
salah satu perkembangan masyarakat Islam pada zaman
Khalifah al-Rasyidin.
Isi 5: Golongan Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang
al-Khawarij terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima
perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan
rundingan Majlis Tahkim.
Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini
menggelarkan diri mereka sebagai golongan Khawarij.
Mereka berpendapat bahawa perpecahan sepatutnya
dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin
abu Sufyan dan Amru al-As.
Mereka membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan
menentang kerajaan Bani Umaiyyah.
Oleh itu, jelaslah bahawa golongan al-Khawarij merupakan
salah satu perkembangan masyarakat Islam pada zaman
Khalifah al-Rasyidin.
Isi 6: Golongan Golongan bukan Arab juga dikenali sebagai golongan Mawali.
bukan Arab Golongan ini terdiri daripada kaum Parsi yang telah memeluk
agama Islam.
Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq,
Syam, dan Mesir.
Pada zaman ini, mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
Oleh itu, jelaslah bahawa golongan bukan Arab merupakan
salah satu perkembangan masyarakat Islam pada zaman
Khalifah al-Rasyidin.