Anda di halaman 1dari 2

Perihalkan peranan Abdul Qadir al-Jazairi sebagai pelopor gerakan penentangan

rakyat Algeria terhadap penjajah Perancis pada abad ke-19 Masihi.

Abdul Qadir al-Jazairi dilahirkan pada 26 September 1807 di Bandar Mascara,


wilayah Oran, Algeria. Ayahnya Sheikh Muhyiddin Al-Hasami yang merupakan tokoh ulama
terkemuka di Algeria. Pada tahun 1827, tentera Perancis seramai 37 000 menceroboh Algeria
dan menjadikan negara tersebut sebagai sebahagian wilayahnya. Ramai pendatang dari
Perancis, Itali dan Sepanyol datang ke Algeria menduduki kota-kota Algeria dan membuka
kebun. Abdul Qadir al-Jazairi berperanan sebagai pelopor gerakan penentangan rakyat
Algeria terhadap penjajahan Perancis.

Abdul Qadir al-Jazairi berperanan dalam bidang politik sewaktu gerakan penentangan
Algeria terhadap penjajah Perancis. Abdul Qadir al-Jazairi sebagai tokoh ulamak, pemimpin
politik dan tentera telah dilantik sebagai gabenor Mascara pada tahun 1832. Pada tahun 1834,
Abdul Qadir dilantik sebagai Amir dan mengisytiharkan jihad terhadap Perancis. Beliau
berjaya menyatukan pelbagai puak di Algeria. Penyatuan ini amat perlu sebagai kekuatan
untuk menghadapi serangan dan kemudiannya beliau telah melakukan penentangan terhadap
Perancis. Kemudian satu pendamaian telah dipersetujui antara Amir Abdul Qadir dengan
Jeneral Perancis Desmichels dan telah dirahsiakan. Amir Abdul Qadir diberi kuasa
memerintah Oran kecuali bandar-bandar yang dikawal oleh Perancis. Mengikut perjanjian ini,
Amir Abdul Qadir boleh melantik konsul di tempat-tempat tersebut dan Perancis
membekalkan senjata serta kelengkapan ketenteraan. Seterusnya pada tahun 1837, Perjanjian
Tafna ditandatangani antara Amir Abdul Qadir dengan pihak Perancis.- Abdul Qadir berjaya
meluaskan kuasa pada tahun 1837 dan mengistiharkan negara Islam Algeria. Beliau turut
mendapat sokongan orang yahudi dan kristian di Algeria. Beliau memindahkan aktiviti
penentangannya di Zawawah dan bergabung dengan Abu Ma'zir yang kemudiannya melantik
Abu Ma'zi sebagai gabenor di wilayah tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa Abdul Qadir al-
Jazairi berperanan dalam bidang politik sewaktu gerakan penentangan Algeria terhadap
penjajah Perancis.

Selain itu, Abdul Qadir al-Jazairi berperanan dalam bidang ketenteraan sewaktu
gerakan penentangan Algeria terhadap penjajah Perancis. Ketika Abdul Qadir al-Jazairi
dilantik sebagai gabenor Mascara berlaku beberapa penentangan terhadap Perancis.
Penentangan di Algeria ini dilakukan terhadap penjajahan Perancis dan menyaksikan beribu-
ribu umat Islam di Algeria telah dibunuh. Hal ini disebabkan dasar imperialisme Perancis
yang menindas masyarakat muslim Algeria. Hak mereka untuk mengundi dan mendapat
pendidikan diketepikan. Pada tahun 1835, Abdul Qadir mendapat sokongan AbuMa'zi yang
berasal dari Maghribi. Abu Ma'zi telah berjaya menggerakkan penduduk Algeria dan berjaya
mengalahkan Perancis di Wilayah Selatan Oran.– Abdul Qadir menggunakan teknik perang
gerila sehingga tahun 1842. Kaedah ini terbukti berkesan dan menyebabkan tentera Perancis
terpaksa akur dengan kekuatan tentera Abdul Qadir. Beberapa pertempuran berlaku dan
wilayah barat Algeria menjadi kubu kuatnya untuk menentang Perancis.- Seterusnya pada
tahun 1845 Abu Ma'zi bersama penduduk tempatan Algeria berjaya menewaskan Perancis
dalam pentempuran Sidi Ibrahim. Situasi ini membimbangkan Perancis, General Thomas
Robert Bugeaud menggerakkan pasukan tenteranya dan merekrut 10,000 orang tentera dan
berjaya menewaskan pasukan Abdul Qadir. Gabenor Jeneral Perancis ini telah menyerang
Algeria dan melaksanakan dasar pemerintahan dengan memperbesar persengketaan antara
penduduk Islam Perancis bagi merebut tanah. Peneroka Perancis pula menuntut Algeria
digabungkan dengan Perancis.Bugeaud juga merampas banyak tanah Algeria, memusnahkan
kawasan dan penghuni. Pada tahun 1847 Abdul Qadir menyerah diri kepadabandar
Algeria.Perancis dan telah dijanjikan keselamatan kemudiannya beliau dihantar ke Turki.
Namun sebaliknya beliau telah dibawa ke Perancis sebagai tawanan. Oleh itu, jelaslah
bahawa Abdul Qadir al-Jazairi berperanan dalam bidang ketenteraan sewaktu gerakan
penentangan Algeria terhadap penjajah Perancis.

Kesimpulannya, dalam pertempuran memperjuangkan kemerdekaan ini dianggarkan


sekitar 1.5 juta terkorban bagi kedua-dua belah pihak. Perancis akhirnya menerima kehendak
rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan, walaupun sebelumnya Perancis bertindak kejam
membunuh rakyat Algeria yang tidak bersalah. Pada 1959, Presiden Perancis de Gaulle
mengumumkan di dalam ucapannya di PBB bahawa beliau telah mengisytiharkan
kemerdekaan Algeria. FLN dan Perancis telah mengisytiharkan gencatan senjata melalui
Perjanjian Evian, dan Algeria akhirnya mendapat kemerdekaan pada tahun 1962.