Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK LAHAR BUDI Kod Sekolah : KBA2058

1. Nama Guru AISHAH BINTI ABD KADIR

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang: Motivasi


Insan Positif
4. Tarikh Pembentangan 27/05/2020 5. Masa: 2.00 PTG
Tempat
6. DI RUMAH
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka
Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa
kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada
berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini
menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah
datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-
anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan
aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya.
Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu,
anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran
fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan
mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat
al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat
juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan
oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu
mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu,
manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan.
Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang
terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk
melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah
berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum
anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan
begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak
lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku
persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ........................................................
( AISHAH BINTI ABD KADIR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai