Anda di halaman 1dari 5

<PROGRAM >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>


NO. KAD PENGENALAN : <NO. KAD PENGENALAN>
NO. TELEFON : <TELEFON>
E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>


BAHAGIAN 1 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1.0 PENGENALAN
Kanak- kanak gemar mendengar orang dewasa bercerita sebagai halwa telinga
mereka. Penceritaan yang menarik menghiburkan kanak- kanak dan mempengaruhi
perkembangan emosi dan intelek kanak- kanak. Dari cerita yang didengari kanak-
kanak cenderung mempunyai imaginasi yang mereka bina untuk menghadirkan diri
mereka ke dalam cerita yang didengari. Melalui penceritaan juga, kanak- kanak akan
lebih menghargai kepelbagaian budaya. Selain itu, menggalakkan kanak- kanak
menghormati dan mempunyai sikap yang positif terhadap orang lain, tidak kira agama
dan kaum. Kanak- kanak juga dapat meluaskan perbendaharaan kata serta dapat
meningkatkan kefasihan dan kefahaman mereka.Malaysia juga mempunyai pelbagai
cerita tradisional Malaysia seperti Pak Pandir, Sang Kancil dan sebagainya. Cerita
rakyat Malaysia ini lazimnya disampaikan oleh penglipur lara. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, penglipur lara ialah mereka yang menghiburkan hati yang
duka dengan menyampaikan cerita yang berunsur jenaka. Cerita rakyat Malysia
ditakrifkan oleh Harun Mat Piah (2002) sebagai cerita lipur lara, cerita jenaka, mitos,
legenda, peribahasa dan tradisi sosial.
1.1 PENULISAN SINOPSIS
Pak Pandir dan Mak Andeh mempunyai seorang anak. Mereka sangat begitu
menyayangi anak itu dan berhasrat memeliharanya dengan baik agar anak mereka
menjadi orang yang berguna apabila besar kelak.
Pada suatu hari, mak andeh hendak ke huma lalu memesan kepada pak pandir agar
memandikan mereka.
Mak Andeh menyuruh Pak Pandir memandikan anak mereka dengan air suam dan
jangan mandikan dia dgn air sejuk. Pesanan Mak Andeh didengari oleh Pak Pandir
dan Pak Pandir cuma mengangguk tanda faham. Mak andeh pun pergilah ke huma.
Apabila anak mereka terjaga dari tidur, Pak Pandir pun segera menyediakan
air mandian dengan memasak air di dalam kawah. Pak Pnadir berfikir bahawa
pesanan Mak Andeh untuk tidak memandikan anak mereka dengan air sejuk
membawa erti mandikan anak mereka dengan air panas. Sebaik sahaja air itu
mendidih, pak pandir mendukung anaknya lalu memasukkan ke dalam kawah
tersebut.
Apalagi! Anaknya terus terserigai apabila direbus dalam air yang panas. Pak
pandir sebaliknya berasa gembira kerana menyangka anaknya tersenyum lebar tanpa
<KOD KURSUS>
menyedari akan apa yang berlaku. Pak Pandir pun semakin bersungguh-sungguh
memandikan anaknya dengan menyiram air yang panas itu menggunakan gayungnya
pula. Pada fikirannya, anaknya itu terlalu suka mandi air panas. Seketika kemudian,
Mak Andeh pun pulang ke rumah mereka lalu terlihat akan kelakuan pak pandir dan
keadaan anaknya. Mak andeh pun meraunglah sekuat-kuat hati. Pak Pandir mula
merasa hairan dan bertanya,"mengapa pula mak andeh meraung melihat anak yang
gembira mandi air panas ni?". Dalam tangisannya, Mak Andeh pun berkata,’anak kita
dah meninggal. Air itu terlalu panas dan bukannya air suam.’.
Pak Pandir yang sedar akan kebebalannya itu baru menyedari akan
perbuatannya. Bahawa kini, dia telah kehilangan anak yang sangat disayangi. Pak
pandir menangis kerana amat menyesal dengan apa yang berlaku.Tetapi segalanya
sudah terlambat. Selepas itu, tinggallah pak pandir dan mak andeh dalam kesedihan.
Mereka sedih mengenangkan anak yang sudah tiada lagi.
1.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 5 Uthman
Kumpulan Usia Kanak-Kanak : 5 Tahun
Fokus : Bercerita
Tarikh / Masa : 22 Julai 2021
Tempoh : 9.00 Pagi- 9.30 Pagi

Objektif Pembelajaran
Bahan Pembelajaran
Pelaksanaan :
1) Set Induksi
2) Pengenalan
3) Aktiviti Pembelajaran

4) Pengukuhan Dan Kesimpulan

BAHAGIAN 2 : DEMONSTRASI BERCERITA


2.0 PENGENALAN

1
<KOD KURSUS>

2.1 ELEMEN- ELEMEN YANG DIGUNAKAN

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Arumugam, K., & Md Ali, R. (2019). Buku kanak-kanak: Analisis unsur Estetika. Pendeta:

Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera, 10, 151-165.


2
<KOD KURSUS>

Ismail, M. S., Bakar, R. A., & Effendy, N. R. N. M. (2018). CERITA JENAKA MELAYU
SUATU MANIFESTASI WATAK DAN PERWATAKAN POSITIF. JURNAL MELAYU
SEDUNIA, 1(1), 296-329.

Anda mungkin juga menyukai