Anda di halaman 1dari 54

Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 1

UNIT 2

Memahami Kepentingan menggunakan alat-alat


tangan dalam kerja mengegas.

Di akhir unit ini anda dapat :

Menanda/menyusun tanda(marking out/layout).

Menyatakan penakrifan menyusun tanda.

Menyatakan langkah langkah menyusun tanda


termasuk penyediaan bahan kerja.

Menerangkan kebaikan mengunakan pelbagai


alat/cecair menanda.

Menerangkan kegunaan alat-alat menyusun


tanda saperti penggarit, penebuk pusat , tolok
pembahagi, plat permukaan dan sebagainya

UNIT 2-1
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 2

Menerangkan cara-cara menggunakan alat-alat


menyusun tanda untuk mendapakan
kepersegian tepat dan keratan, menggarit
bulatan dan garisan lengkuk, garisan tengah
dan mencari pusat sebatang bongkah bulat.
Menamakan jenis-jenis alat menguji
Menggunaakan alat-alat menguji saperti sesiku
L dan bar selari
Melakar dan menamakan bahagian–bahagian
gergaji besi.
Menyatakan tujuan menggunakan gergaji besi,
lejang pemotong, hulu gergaji besi dan cara
menggunakan gergaji besi.
Menyatakan jenis bahan gergaji besi, istilah
G.S.I. (t.p.i.), jarak gigi dan kuak mata bilah
gergaji besi.
Menerangkan cara-cara mengantikan bilah
mata gergaji.
Menyatakan sebab-sebab mata gergaji patah
Menyatakan langkah-langkah keselamatan dan
mencegah kemalangan semasa menggergaji.
Melakar dan menamakan bahagian-bahagian
kikir
Mendifinasi istilah potongan(cut) gred mata
tepian selamat
Menerangkan berbagai jenis dan bentuk kikir
serta kegunaannya.
Menyatakan lejang memotong,cara memegang
kikir, cara mengikir,mengikir lintang dan
mengikir tarik serta kebaikannya.
Menyatakan istilah pinning(celah mata gergaji
tersumbat)dan keburukan menggunakan kikir
berpinning. Juga cara mengelak ‘pinning’pada
kikir
Menyatakan langkah-langkah kesselamatan
semasa mengikir

UNIT 2-2
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 3

INPUT

ALAT-ALAT TANGAN
2.O PENGENALAN:
Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan
peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran
yang tepat
2.1 MENANDA DAN MENYUSUN TANDA
Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada
ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan
tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa
penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.
2.2 TAKRIFAN MENYUSUN TANDA
Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat
tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini
termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat.
Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau
mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak
kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi
tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan
biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat
mengukur atau menguji.

UNIT 2-3
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 4

2.2 LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA


Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan
kerja, alat pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan
betul :

2.3.1 . PENGGARIT:
i. Mata penggarit mestilah di
condongkan berhampiran dengan
tepi pembaris (Raj.2.1a dan2.1b)
ii. Penggarit mestilah dicondongkan
mengikut arah garisan saperti yang
di tunjukan oleh anak panah dalam
rajah yang sama.
iii. Gariskan dengan teguh bagi
mendapatkan garisan yang jelas

2.3.2 Jenis-jenis penebuk pusat


i. Penebuk pusat biasa (Raj.2.2)
ii. Penebuk pusat automatik (Raj.2.3)

Raj.2.2. (Penebuk Pusat Biasa)

UNIT 2-4
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 5

Raj.2.4(Penebuk Pusat Automatik)

2.3.3 PENEBUK PUSAT.


Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan
tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang
dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai
penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang.
pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih
dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk
lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam. Lihat ( Raj 2.4a)

UNIT 2-5
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 6

Raj. 2.4a

2.3.4 PENEBUK CEMAT


Penebuk cemat berbeza daripada penebuk
cucuk atau penebuk pusat dari segi bentuk
hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus
dan ada yang berbentuk selari lurus.(Raj.2.5)

UNIT 2-6
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 7

Rajah 2.5 Perbezaan antara penebuk cemat dan penebuk cucuk


2. 3.5. SESIKU L
Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang
dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar.
Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian
mata.
Penggunaan sesiku L
i. Menguji ketepatan sudut tepat
iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam (Raj.2.6)
ii.Membuat garisan tegak dan selari
pada tepi benda kerja yang rata (Raj.27)
iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas
ataupun untuk mengulir benang sekeru. (Raj.2.8)

Rajah 2.6. Mengukur ketepatan Sudut.

UNIT 2-7
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 8

Rajah 2.8. Meneset benda kerja supaya tegak

2.3.6 JANGKA TOLOK


Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di
keraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula
terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan
ianya dilaraskan dengan mudah
Kegunaan Jangka tolok
i. membuat lengkok dan bulatan
ii. mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok
i. Jangka tolok bercantum pegas
Jangka tolok ini lazim digunakan (Raj.2.9)

UNIT 2-8
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 9

2.3.6 . JANGKA TOLOK SUKU BULAT


Jangka tolok ini lebih tegap.
Digunakan untuk kerja-kerja
kepingan logam (Raj.2.10)

Rajah 2.10 Jangka tolok suku bulat

2.3.8 JANGKA TOLOK BERGABUNG


Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada bahagian
hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya
dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan
untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya (Raj.2.11)
Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah
tumpul (Raj. 2.12)

UNIT 2-9
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 10

Raj.2.11 (Jangka tolok Bergagung)

Raj. 2.12( Menajamkan mata jangka tolok)

UNIT 2-10
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 11

2.3.9. JANGKARIT
Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit
yang boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah
satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah
dianjakan (Raj.2.13)

Raj.2.13 Jangkarit

Kegunaan Jangkarit
i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar (Raj. 2.13)
ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.

UNIT 2-11
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 12

2.3.10. SESIKU BERGABUNG


Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang
dipasangkan pada pembaris (Raj. 2.15)
i. Pembaris keluli
ii. Kepala sesiku
iii. Kepala jangka sudut
iv. Kepala Pusat

Rajah 2..15 Seaiku Bergabung

2.3.11. PLAT SUDUT


Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli
yang dikeraskan (Raj 2.16) Saiznya 75mm-300mm panjang.
Kegunaannya
Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh
Semasa menanda. Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada
Plat sudut ini (Raj. 2.17)
(Raj.2.18)menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring
pelarik.

UNIT 2-12
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 13

Rajah2.16 Plat sudut

Raj. 218. Plat sudut digunakan Raj.217. Plat sudut digunakan


di piring larek. Memegang benda kerja.

2.3.12. TOLOK PERMUKAAN


Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan
untuk menandakan garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian
(Raj.2.19)
a. Tapak
b. Turus
c. Penggarit

UNIT 2-13
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 14

Rajah 2.9 Tolok Permukaan

Kegunaan Tolok permukaan


i. Menanda garisn selari di atas plat permukaan atau meja
penanda(Raj.2.20)

UNIT 2-14
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 15

i.Rajah 2.20 Membuat garisan selari

ii. Rajah 2.22 Menguji kesejajaran atau penjajaran.

iii. Rajah 2.23.M enguji atau melaras benda kerja bulat

UNIT 2-15
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 16

Rajah 2.23 Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja

2.3.14. SESIKU SERONG


Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya
dicanai.,matanya boleh dikilas
Kegunaan sesiku serong
Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong
(Rajah 2.24)

Rajah 2.24. Sesiku Serong

2.3.14. TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI


Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat
dalam berbagai-bagai saiz. Kepingan-kepingan tolok ini terdapat
dalam berbagai bagai saiz (Gambar Foto 2.1)

UNIT 2-16
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 17

Gambar foto 2.1. Tolok Jejari dan tolok Kembi

Raj.2.25 menunjukan permukaan melengkong di uji dengan tolok


jejari
2.3.15. TOLOK PERENGGANG
Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam
rumah(Raj.2.26)

UNIT 2-17
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 18

Kegunaan Tolok Perenggang


i. mengambil ukuran yang kecil pada lurah
ii. Untuk menetukan gegas dalam pemasangan komponen-
komponen mesin
iii. Di-dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menentukan telusan
pada injap dan pada palam pencucuh
iv. Untuk menetukan ruang kecil diantara mata peraut dengan
bendakerja

2. 3.17 BONGKAH VEE


Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan. Terdiri dari
dua jenis: (Raj. 2.28)
i. Bongkah Vee kecil
ii . Bongkah Vee Besar

UNIT 2-18
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 19

Rajah 2.28 . Bongkah Vee

Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit.


Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat
semasa menanda atau meggerudi (Raj.2.27, Raj.2.28 dan

Rajah 2.27. da 2.28 Kegunaan bongkah Vee


dengan pengapit

2.3.18. PENGAPIT ALAT TUKANG


Terdiri dari dua penganpitn yang di pegang duasekeru
pelaras.Kegunaannya sama dengan pengapit.(Raj.2.30)

UNIT 2-19
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 20

Rajah 2.30. . Pengapit Alat Tukang

2.3.19 BILAH SELARI


Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukan-
nya di- atas meja atau mesin.(Raj. 2.31)

Rajah 2.31. Bilah selari

2.3.20 MEDIA PENANDA


Ia-lah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama
ada kasar atau pun licin yang telah di tandakan

UNIT 2-20
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 21

Kegunaan dan jenis Media Penanda.


i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda
kerja yang kasar
ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan
satu lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak
menjadikan permukaan logam berkarat
iv. Plumbum putih dan turpentine
v Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih
mempercepatkan larutan ini menjadi kering
vi Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai,
digunakan dengan cara di sapu atau di sembur
vii. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau
di mesin. Varnish boleh kering dengan cepat
2.3.21 MEJA PENANDA
Meja penanda (Raj.2.32) diperbuat daripada besi tuang saiznya
antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan nya dicanai rata.
Kegunaannya
i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah
dimesin.
ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol.
Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain

Rajah 2.32 Meja penanda

UNIT 2-21
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 22

2.3.22 PLAT PERMUKAAN


Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik
Yang bermutu tinggi
Kegunaan nya untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian
bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakan daripada
meleding (Raj.2.33a & 2.33b)

Rajah 2.33a dan Rajah 2.3b. Plat permukaan

2.3.23 JANGKA SUDUT VERNIAR (Raj.2.34)


Kegunaannya:
i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca
sehingga kepada 5 darjah atau ½ “
ii Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut

UNIT 2-22
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 23

Rajah 2.34. Jangka sudt Veniar

2.3.24. TOLOK DAIL


Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan tentukuran(calibration)
untuk menujukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajat yang
di uji. Tolok dail terdapat dalam ukuran metric dan Imperial . Bacaan
boleh di buat dalam dua arah.
Kegunaan tolok dail
i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat
ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin dengan tepat
iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang berukuran serba sama

UNIT 2-23
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 24

Gunanya untuk mengukur sudut dengan


tepat dan untuk menanda dan mengukur
sudut

UNIT 2-24
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 25

AKTIVITI 2A
2.1 Nyatakan takrifan menyusun tanda.

2.2 Lukiskan gambarajah Sesiku bergabung dan namakan bahagian-


bahagiannya.
2.3

Alat Menyusun tanda/menguji Kegunaan


.i.
1. Sesiku L ii.
i.
2. Jangka tolok ii..
i.
3. Tolok Perenggang ii.

2.4 Namakan 2 (Dua) jenis media penanda.

2.5 Apakah jenis tolok yang biasa di gunakan dalam kerja kepingan
logam.

UNIT 2-25
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 26

MAKLUMBALAS 2A

2.1 Menyusun tanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan


logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda
garisan, bulatan. lengkok, jarak dan juga pusat .
2.2

Alat menyusun Kegunaan


tanda/menguji
1. Sesiku L i. Menguji ketepatan sudut iaitu 90 darjah
pada sebelah luar atau dalam
ii. Membuat garisan tegak dan selari pada
tepi bendakerja yang rata
2) Jangka tolok i. Membuat lengkong atau bulatan
ii. Mengukur dan menguji jarak
3) Tolok Perenggang i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah
ii. Untuk menentukan ruang mata peraut
dengan benda kerja

2.3 i. Kapor tulis :


ii. Larutan Kuprik Asid

2.4 Tolok Suku bulat

UNIT 2-26
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 27

INPUT

2.4.0 GERGAJI BESI

Apakah
kegunaan
Gergaji Besi?

Gunanya untuk memotong logam.

Rajah. 2.4.0 Bahagian-bahagian Gergaji Besi

i. Bingkai
ii. Hulu
iii. Nat pelaras
iv. Mata

UNIT 2-27
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 28

2.4.1 Bingkai.
Terdapat 2 jenis
i. Bingkai tetap
ii. Bingkai boleh laras
2.4.2 Hulu
Terdapat dua jenis
i. Hulu pistol
ii Hulu lurus
2.4.3 Nat pelaras
Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan
2.4.4 Mata gergaji
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli
aloy tungsten dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji
tertakluk kepada jenis bahan yang hendak di potong dan ketebalan
logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji
terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit
semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan jenis
kuak mata gergaji(Raj. 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.4)

Rajah 2.3.1, .2.3.2 dan 2.3.4. Kuak mata Gergaji

UNIT 2-28
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 29

Bahan yang Jarak gigi Lebar Tebal gigi(mm)


hendak (mm) gigi(mm)
dipotong
Keluli lembut 1.8 13-16 0.63-0.80
Besi tuang 1.4 13 0.63
Tembaga paip 1.2 13 0.63
Kepingan 0.8 13 0.63
logam

Jadual 2.3.1. Kesesuaian dan jarak gigi(mata)gergaji untuk memotong


bahan-bahan tertentu

2.4.5 Pengunaan Gergaji


Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong
logam dengan menggunakan gergaji besi.
i. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji
mestilah menghadap ke arah pemotongan (Raj. 2.4.1)
ii. Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul (Raj. 2.4.2)
iii. Mula-mula potong dengan perlahan-lahan( Raj.2.4.3) Gunakan
ibu jari sebagai panduan dan mulakan untuk memotong, apabila
sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang panjang dan tetap.
Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.
iv. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang
tergantung dengan sebelah tangan.
v. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila
berundur, angkat gergaji sedikit tetapi jangan ditarik ini akan
menumpulkan mata gergaji.

UNIT 2-29
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 30

2.4.6. Penjagaan gergaji


i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu
ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat.
iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit
iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan
yang salah boleh menyebabkan gergaji patah.
v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai
dengan bahan yang dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan
terlalu kuat digunakan semasa memotong.
vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan
betul, jangan terlalu tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah
boleh juga menyebabkan mata gergaji patah.

UNIT 2-30
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 31

AKTIVITI 2B

2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.


2.6 Lukiskan gambarajah gegaji besi da namakan bahagian-bahabian nyai.
2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi
2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul
Bahan yang Jarak gigi(mm) Lebar gigi (mm) Tebal gigi (mm)
dipotong
Keluli lembut 13-16
Besi tuangan 0.63
Tembaga 1.2
paip
Kepimgam 0.8 0.63
logam

2.9 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah

2.10 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

UNIT 2-31
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 32

MAKLUMBALAS 2B

2.5 Nyatakan Kegunaan gergaji besi.


Gergaji besi di gunakan untuk memotong logam kepada saiz
tertentu dan juga memotong bahagian –bahagin logam yang nipis
2.6 Lukiskan gambarajah gergaji besi dan namakan bahagian-
bahabian nya.

2.7 Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi


i. Bingkai tetap
ii.Bingkai boleh laras
2.8 Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul
2.9
Bahan Jarak gigi(mm) Lebar gigi Tebal gigi
yang (mm) (mm)
dipotong
Keluli 1.8 13-16 0.63-0.80
lembut
Besi 1.4 13 0.63
tuangan
Tembaga 1.2 13 0.63
paip
Kepingam 0.8 13 0.63
logam

UNIT 2-32
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 33

2.10 Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah


i.Kelajuan memotong yang salah
ii.Benda kerja yang dipotong tidak di ikat dengan kuat

2.11 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.


i.Kuak pencakar ii. Kuak berombak iii. Kuak berselang

UNIT 2-33
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 34

INPUT

2.5.0 KIKIR DAN KERJA MENGIKIR

2.5.1. Pengkelasan Kikir


Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan
kasar atau halus matanya
Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya(Raj.2.4.1)
Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk
segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.
2.5.2 Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1


2.5.2 Jenis potongan gigi (Raj.2.4.2)
i. Gigi selari

UNIT 2-34
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 35

ii. Gigi bersilang


iii.Gigi lengkong
iv.Gigi Parut
i. Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi
tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir
boleh dikelaskan paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat
halus.

Gred Panjang Kikir(mm)

2.5.3. Jenis-kikir kikir


Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan
permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat..
Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:
i. Kikr pipih tirus viii. Kikir bentuk pisau
ii. Kikir pipih kasar
iii. Kikir belah rotan
iv. Kikir bulat
v. Kikir segiempat sama
vi. Kikir segitiga
vii. Kikir pipih nipis

UNIT 2-35
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 36

2.5.4. Kikir pipih tirus (Raj. 2.4.2)


Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar,
serderhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir,
giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua
tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan
satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus

Rajah 2.4.2. Kikir pipih tirus

2.5.5. Kikir pipih kasar (Raj. 2.4.3)


Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak
ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan
semasa mengikir penjuru dalam. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar
hingga tersangat halus

Rajah 2.4.3. Kikir pipih Kasar

2.5.6. Kikir belah rotan (Raj. 2.4.4.)


Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap..
Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada
permukaan melengkong berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri
dari kasar, halus dan sangat halus

Rajah 2.4.4. Kikir belah rotan

UNIT 2-36
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 37

2.5.7 Kikir bulat (Raj. 2.4.5.)


kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan
lubang yang berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini
terdiri dari kasar hingga sangat halus

Rajah 2.4.5. Kikir Bulat


2.5.8. Kikir Segiempatsama (Raj. 2.4.6.)
Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara
kasar. Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini
terdiri dari kasar dan sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir Segiempat sama

2.5.9 Kikir segitiga (Raj. 2.4.6.)


Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya
digunakan juga untuk membersihkan penpenjuru yang bersudut.
Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir segitiga

2.5.10 Kikir Pipih Nipis (Raj. 2.4.7.)


Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk
memotong celah alur kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada
keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad
iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.

UNIT 2-37
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 38

Rajah 2.4.7. Kikir Pipih nipis


2.5.11 .Kikir bentuk pisau (Raj. 2.4.8)
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang
terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama
saperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula terdiri
daripada kasar hingga sangat halus

Rajah 2.4.8. Kikir bentuk pisau


2.5.12 Kikir Jarum ( Gambar foto 2.4.1)
Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi
antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-
kerja penyudahan selepas sesautu benda kerja siap dimesin. Ianya
juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukan pembuat
acuanGrednya dikelaskan daripada 00., 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6
ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm

Gambar foto 2.4.1 Kikir Jarum

UNIT 2-38
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 39

Gaya mengikir
M engikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas
bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi boleh membuat
pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa
mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian:
i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir.
Semasa berdiri kaki mestilah renggang. Kaki kiri kehadapandan kaki
kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50cm kebelakang (Gambar
foto 2.6.1)
ii. Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat
dilakukan dengan berkesan.
iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan
tangan dan badan saperti dalam (gambar foto 2.4.1). Tekanan
dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehadapan. semasa
kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk
hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan
semasa kikir ditarik kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul.
v. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda
kerja serta jenis benda kerja . Gambar foto 2.4.1 adalah menunjukan
cara dan gaya memegang kikir.

Gambar foto 2.4.1. Cara dan gaya memegang kikir

UNIT 2-39
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 40

Rajah kaedah-kedah mengikir

2.6.1 Mengikir Rata (Raj. 2.6.1)


Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa
dilitupi kikir. Dengan cara ini bendakerja dapat dikikir dengan rata
Rajah 2.6.1. Mengikir rata

Rajah 2.6.1. Mengikir rata

2.6.2 Mengikir Melintang ( Raj. 2.6.2)


Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan
permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

Rajah 2.6.2. Mengikir melintang

UNIT 2-40
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 41

2.6.3 Mengikir tarik (Raj. 2.6.3)


Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya
kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir
logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan
hendaklah sama dan stabil.

Rajah 2.6.3. Mengikir Tarik

2.6.4 Mengikir penjuru bulat (2.6.3)


Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang
ditujukkan dalam rajah 2.6.3. Mula-mula kikir kasar melintang dan
kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula

Rajah 2.6.3. Mengikir penjuru bulat

UNIT 2-41
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 42

2.6.5. Mengikir permukaan melengkong (Raj.2.6.4)


Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat

Rajah 2.6.4 Mengikir permukaan melengkong

2.7.0 Langkah Keselamatan /penjagaan kikir


i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang
sesuai
ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi
yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan
bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan
iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan
diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan
iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir
v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir.
Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras
vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia
mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir
semasa mengikir
vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir
viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan
kikir yang halus

UNIT 2-42
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 43

2.7.1 “Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika
tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi
akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan
gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine
tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan
atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu

UNIT 2-43
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 44

AKTIVITI 2C

2.12 Nyatakan 5 jenis kikir


2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya
2.13 Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir
2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar
2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.
2.17. Isikan ruangan yang kosong

Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan


1. Mengikir berat

2. untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu


2.

3. Mengikir rata

UNIT 2-44
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 45

MAKLUM BALAS 2C

2.12 Nyatakan 5 jenis kikir


i. Kikir pipih kasar ii. Kikirsegiempat sama iii. kikirSegitiga iv.kikir
bulat v. kikir bentuk pisau

2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

2.14. Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir


Kikir Bulat

Kikir Segitiga

UNIT 2-45
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 46

Kikir mata

Kikir Segiempat

2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar


Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata
2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek.
Mengikir tarek ialah mengikir untuk kerja penyudaahan untuk
mendapatkan permukaan yang licin
2.17. Isikan ruangan yang kosong

Cara dan gaya mengikir Kerja yang dijalankan


1. Mengikir berat 1.Untuk membuang logam yang
banyak daripada benda kerja
2.Mengikir Jitu 2. Untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

4. Mengikir rata 3Untuk mengikir rata

UNIT 2-46
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 47

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel


kejuruteraan.
2 . Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar
3 . Padankan jenis alat didalam jadual ini dengan kegunaannya.

Jenis Alat Kegunaan


1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah
ii.Untuk menentukan Gegas dalam
pemasangan mesin
2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan
melengkong
3)Tolok Perenggang Untuk menguji ketepatan tepi serong dan
garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan secara ringkas apakah alat-alat


dibawah dan kegunaannya :
i. Tolok permukaan
ii. Plat sudut

UNIT 2-47
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 48

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat

6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

7. Lukiskan gambarajah jangka sudut Vanier namakan bahagiannya

8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung

9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan hulu
gergaji berbentuk lurus

10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi

12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.

13. Bagaimanakah kikir dikelaskan

14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji

17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang
melengkong

UNIT 2-48
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 49

19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning”

20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

UNIT 2-49
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 50

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel


kejuruteraan.
i. Plumbum puteh dan turpentine
ii. Kapor tulis
2. Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar
Jangkarit
3. Padankan jenis alat di dalam jadual ini dengan kegunaannya.

Jenis Alat Kegunaan


1) Tolok Jejari i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah
ii.Untuk menetukan Gegas dalam
pemasangan mesin
2) Sesiku Serong Digunakan untuk menguji permukaan
melengkong
3)Tolok Perenggang Untuk menuji ketepata tepi serong dan
garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan alat-alat dibawah dan


kegunaannya :
Plat permukaan
Plat sudut

UNIT 2-50
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 51

i. Plat permukaan sebuah meja yang digunakan dalam kerja-kerja


pengukuran

ii.Plat sudut ialah satu alat berbentuk L yang digunakan untuk


menyokong bendakerja dalam kerja-kerja pengukuran/menanda.

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat


Penebuk pusat ialah satu alat yang digunakan untuk membuat
tanda sementara penebuk cemat untuk mengeluarkan cemat dan
menaggalkan ribet
6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L
i. Menguji ketepatan sudut
ii. Melaras benda kerja supaya tegak

UNIT 2-51
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 52

7. Lukiskan gambarajah Jangka sudut venier dan namakan bahagiannya

8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung


i. Tapak.
ii. Turus
iii. Penggarit
9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan
hulu gergaji berbentuk lurus.
Hulu gergaji besi jenis pistol lebih kuat jika dibandingkan dengan
hulu jenis lurus
10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi
i.Ikat mata gergaji dengan ketegangan yang sesuai
ii. Logam yang hendak digergaji hendaklah diikat dengan kuat
iii. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung
sebelah tangan

UNIT 2-52
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 53

12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah.


i. Mata gergaji diikat terlalu kuat
ii.Pemilihan mata gergaji yang salah
iii.Mengenakan tekanan yang kuat semasa memotong
13. Bagaimanakah kikir dikelaskan
Pengkelasan kikir dibuat dengan menentukan panjang, bentuk, jenis
potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.
14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagian nya

15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji
Kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji ialah kikir bentuk
pisau
17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

UNIT 2-53
Alat-alat Tangan J1003 / 2 / 54

18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang
Melengkung.
Kikir yang digunakan untuk mengikir permukaan melengkong
ialah kikir separuh bulat

19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning”


“Pinning” ialah gigi kikir yang tersumbat disebabkan oleh
habuk besi
20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir
i.Gunakan kikir yang kasar dahulu dan habiskan dengan kikir
yang halus
ii. Buangkan semua serpihan logan yang terlekat pada
permukaan kikir dengan menggunakan berus kikir
iii. Elakkan kikir dari terjatuh kerana ini akan merosakkan gigi
kikir
iv. Jangan gunakan kikir sebagai pengumpel untuk membuka
tin atau digunakkan sebagai pengetuk
v. Bersihkan kikir sebelum dan selepas menggunakannya

UNIT 2-54

Anda mungkin juga menyukai