Anda di halaman 1dari 1

Najwa bt.

Harun
SMK Air Itam
Jalan Thean Teik
11500, Pulau Pinang.

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah 16 November 2010

Tuan,
RAYUAN KELULUSAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI

Merujuk perkara di atas, saya Najwa binti Harun (840828-02-5876) ingin memohon
kelulusan bagi pertukaran antara negeri bagi sesi Januari 2011 ke PPD Kota Star negeri
Kedah Darul Aman.

2. Sebagai makluman, saya telah berkhidmat di sekolah tempat saya bertugas


sekarang selama dua tahun sejak Januari 2009.
3. Saya layak untuk ditukarkan ke negeri Kedah kerana:

i. Saya telah pun berkahwin dan suami saya sedang berkhidmat di negeri
yang dipohon sebagai guru J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Haji Idris
sejak tahun 2007.
ii. Kami berdua telah kematian bapa dan selaku anak sulung lelaki suami
saya bertanggungjawab untuk menjaga ibu (58 tahun), ibu mertua (62
tahun) dan nenek yang uzur (79 tahun). Keadaan nenek yang uzur dan
tidak dapat bergerak serta memerlukan bantuan untuk makan melalui
hidung menuntut komitmen yang tinggi dalam menguruskan
kehidupan seharian.
iii. Saya juga terpaksa berulang alik dari Kedah ke Penang pada setiap
minggu memandangkan masalah ini.
iv. Selain itu, kami suami isteri telah pun membeli rumah dan berhasrat
untuk menetap di Kedah.
v. Saya juga ingin menabur bakti dengan berkhidmat di negeri kelahiran
sendiri.
vi. Oleh kerana kami telah lama berkahwin dan belum menimang cahaya
mata, doktor menyarankan agar kami tinggal bersama kerana kesulitan
untuk mengandung.

4. Selain itu, saya juga sedia berkhidmat di PPD Kubang Pasu atau Pendang
sekiranya tiada kekosongan di PPD Kota Star.
5. Sebagai punutup, saya amat berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan
dan mendapat kelulusan dari pihak tuan. Sesungguhnya jasa baik dari pihak tuan
hanya Allah yang dapat membalas.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Najwa bt. Harun)

Anda mungkin juga menyukai