Anda di halaman 1dari 2

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Isnin, Disember 15, 2014  Hal Guru, Hal Pelajar, Pembelajaran Abad 21  12 comments

Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring
dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang,
ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza
berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran
penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi
terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi
dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur
lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang
lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21
dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan


Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan
bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,
terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah. 

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka
diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.
3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan
kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta
mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan
kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar
mengikut aras masing-masing.

Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri

Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat


beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar
juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa
tanggungjawab dan penuh prihatin. 

Anda mungkin juga menyukai