Anda di halaman 1dari 3

Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad Trafik Light

Selasa, April 28, 2015  Hal Guru, Idea P&P Sains, Kreatif  12 comments

Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu
Putih bagi akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan
pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang
menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi
mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada
kelainan.

Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada
warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang
tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan
pembelajaran. Dan warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham
dengan pembelajaran pada hari tersebut.
Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru
akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat
warna merah dan kuning. Tetapi  jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning
bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh
dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar
membuat kefahaman mereka masing-masing.

Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk
mempraktikkan sistem traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar
kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang
sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna
hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)

Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon


senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan
yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi
meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi
tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai