Anda di halaman 1dari 5

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

ALOR SETAR

KERTAS KERJA
PROGRAM GILAP

TARIKH :

MAC - NOVEMBER 2021

ANJURAN :
PANITIA SAINS KOMPUTER

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN


ALOR SETAR, KEDAH
1. PENGENALAN

Murid –murid calon SPM adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada
setiap tahun . Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk
meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Progam ‘GILAP’ dijalankan untuk
murid yang terpilih, mengekalkan tahap pencapaian akademik mereka sekarang ini berdasarkan TOV
peperiksaan akhir tahun yang lalu dan menetapkan target pencapaian akademik mereka untuk tahun
peperiksaan agar dapat melakukan yang lebih baik untuk peperiksaan mereka. Sesi susulan telah
dirancang untuk menyemak penetapan target masing masing bersama guru subjek dan mentor masing-
masing. Murid – murid yang akan terlibat dalam program ini akan dipilih berdasarkan pelaporan PBD yang
menapat Band 5 hingga 6. Segala aktiviti yang dirancang akan mengikut aras pengetahuan pelajar.

2. OBJEKTIF
2.1 Mengekalkan kecemerlangan murid – murid yang berpotensi dalam matapelajaran ini.
2.2 Memotivasikan murid – murid yang berpotensi mencapai keputusan yang cemerlang.
2.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid apabila melakukan aktiviti berkumpulan.
2.3 Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid untuk memberi fokus dalam pelajaran dan
mencapai kejayaan seperti yang diharapkan oleh ibu bapa dan pihak sekolah.
2.4 Meningkatkan GP matapelajaran SK dalam peperiksaan di peringkat sekolah mahupun SPM.

3. TEMPAT , TARIKH DAN MASA

Tarikh : Mac hingga November 2021


Tempat : Dewan Putra, SMK Tunku Abdul Rahman
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 ptg

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK dari Tingkatan 4 hingga 5 Berlian yang mendapat Band 5 hingga 6 dalam Pelaporan
PBD dan juga berdasarkan TOV Peperiksaan Pertengahan Tahun.

2
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH SUMBER KEWANGAN


(RM)
(unit) (RM)
1 Latihan Topikal
Keperluan :
Kertas A4 1 rim 10.00 10.00 Panitia SK
Fail Kertas 6 1.00 6.00

JUMLAH 16.00
2 Modul Berfokus
Keperluan :
Kertas A4 2 rim 10.00 20.00 PIBG
Fail kertas 50 1.00 50.00

JUMLAH 70.00
3 Membudayakan Headcount
Keperluan :
Kertas A4 5 rim 10.00 50.00 PIBG
Fail Kertas 50 1.00 50.00

JUMLAH 100.00
4 Kelas Tambahan
Keperluan :
Kertas A4 5 rim 10.00 50.00 Panitia SK

JUMLAH 50.00
JUMLAH BESAR 236.00

3
6. CADANGAN AKTIVITI

Bil AKTIVITI CATATAN TINDAKAN


1 Latihan Topikal - Pelajar akan diberi latih-tubi dengan soalan – soalan - PANITIA SK
yang berkaitan mana – mana topik lemah dan masih
tidak dapat dikuasai oleh pelajar.
- Latihan yang diberikan adalah berbentuk soalan aras
sederhana dan tinggi.
- Latihan akan diberikan kepada murid semasa waktu
guru ganti masuk ke kelas.

2 Modul Berfokus - Modul berbentuk nota ringkas beserta latihan - PANITIA SK


mengikut topik
- Modul akan diedarkan kepada pelajar sewaktu cuti
hujung minggu atau cuti persekolahan.

3 Membudayakan - Guru akan mengenalpasti potensi setiap pelajar


Headcount berdasarkan Headcount yang diperolehi dan - PANITIA SK
melakukan intervensi
- Headcount akan dijadikan sebagai hala tuju semua
guru dalam peperiksaan.

4 Kelas Tambahan - Guru akan menyambung pdp bersama pelajar –


pelajar target ini supaya silibus dapat dihabiskan - PANITIA SK
lebih awal dan seterusnya mereka dapat memberi
sepenuh komitmen kepada sesi ulangkaji sahaja.

7. JAWATAKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Hajah Rosidah bt Abd Rahman


N. Penasihat : En. Megat Mawardi b Ahmad
Pengerusi : Pn. Mashithoh bt Hussain
Penyelaras Program : Pn.Ainun Najwa bt Aziz
Setiausaha : Pn. Ainun Najwa bt Aziz

8. PENUTUP

Semoga dengan adanya program GILAP ini, sedikit sebanyak dapat memberi sinar kepada pelajar –
pelajar yang selalu mendapat markah near-miss. Selain daripada itu, semoga pelajar – pelajar ini lebih
bersemangat untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam matapelajaran ini. Harapan pihak
panitia juga agar GP matapelajaran ini dapat ditingkatkan.

4
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Puan Ainun Najwa Bt Aziz Puan Mashithoh bt Hussain


Ketua Guru Kanan
Panitia Sains Komputer Jabatan Teknik dan Vokasional
SMK Tunku Abdul Rahman SMK Tunku Abdul Rahman

Anda mungkin juga menyukai