Anda di halaman 1dari 2

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ?

Adakah
itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis
? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius
kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Isu
dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah
harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah
sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia
psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal,
ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  

Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja 
dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang.
Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh
negara. Golongan  remaja  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi 
harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan
mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Oleh itu,
golongan remaja mestilah mengamalkan nilai-nilai tertentu untuk membasmi masalah ini.

Antara nilai yang perlu dipraktikkan oleh golongan remaja ialah rasional di mana seseorang boleh
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar. Remaja-remaja yang berfikiran rasional akan membuat sesuatu keputusan
dengan matang dan secara logik. Misalnya, golongan remaja akan berfikir beberapa kali sebelum
mengambil dadah yang boleh merosakkan diri-sendiri. Mereka akan menjauhkan diri daripada dadah
dan akan melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja seperti membaca buku, bersenam dan
sebagainya. Dengan itu, masalah penyalahgunaan rasuah dalam kalangan remaja senang untuk
diatasi. Walaubagaimanapun, kalau remaja tidak mengamalkan nilai rasional mereke tidak akan
dapat berfikir secara logic. Dengan itu, mereka tidak akan dapat untuk memperbeza betul atau salah
dan akan melakukan apa-apa sahaja. Tambahan pula, remaja pada masa kini lebih senang
dipengaruhi oleh kawan-kawan dan apabila mereka tidak mengamalkan nilai rasional, mereka boleh
terjerumus dengan aktiviti yang tidak berfaedah kerana tidak mampu untuk membezakan betul
daripada salah.

Seterusnya, nilai lain yang mesti diamalkan ialah nilai harga diri dimana golongan remaja harus
memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Golongan remaja yang mengamalkan nilai
ini tidak akan mengambil dadah yang boleh menjatuhkan imej keluarga dan diri-sendiri. Maka,
mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada gejala dadah Seperti kalau
seseorang remaja mengamalkan nilai harga diri, sebelum dia mengambil dadah , dia akan berfikir
secara rasional bolehkah ini menjatuhkan maruah diri atau keluarga? Dengan ini, masalah dadah
dalam kalangan remaja boleh dibasmi. Ini amat sesuai untuk mengelakkan remaja daripada terjebak
dalam gejala ini yang negatif. Waimapun, jika remaja tidak menagamalkan nilai harga diri, mereka
tidak akan peduli tentang maruah mereka dan akan melakukan apa-apa sahaja yang mereka ingin
buat. Ini akan mengakibatkan golongan remaja untuk terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah
seperti mengambil dadah, merokok dan sebagainya. Ini akan menyusahkan proses pembasmian
masalah dadah dalam negara kita.
Selain itu, nilai terakhir yang mesti diamalkan ialah nilai kasih sayang di mana seseorang perlu ada
cinta yang mendalam serta berkekalan terhadap diri sendiri. Kalau seseorang remaja sayang pada
diri-sendiri, dia tidak akan melakukan gejala dadah yang boleh merosakkan badan diri. Tambahan
pula, seseorang yang mepunyai kasih sayang terhadap diri akan berasa dia bertanggungjawab atas
semua yang berlaku pada diri sendiri. Dengan itu, mereka akan lebih menjauhkan diri daripada
gejala negatif, seperti dadah,rokok dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah kepentingan amalan nilai kasih
sayang dalam langkah membasmi gejala dadah. Walaubagaimanapun, kalau nilai kasih sayang tidak
diterapkan dalam jiwa-jiwa golongan remaja, mereka tidak akan kasih pada badan diri sendiri dan
melakukan apa-apa sahaja walaupun ia akan merosakkan badan diri sendiri. Oleh itu, kalau nilai
kasih sayang tidak dipraktikkan oleh remaja, pembasmian gejala dadah akan menjadi sesuatu yang
tidak boleh dicapai.

Akhirulkalam, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mengambil langkah yang pragmatik
dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga kerana gejala dadah akan menjadi duri dalam daging
kepada masyarakat kita. Sekiranya kemelut ini Berjaya diatasi, nescaya generasi pemuda, harapan
bangsa, pemudi tiang Negara dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai