Anda di halaman 1dari 16

Mengapa Musang Makan Ayam?

Hai kawan-kawan. Apa khabar? Nama saya


________________. Pada hari ini saya nak ajak
kawan-kawan semua dengar cerita saya. Seronok! Tapi
sebelum tu, saya nak Tanya, kawan-kawan tahu
Mengapa Musang Gemar Makan Ayam? Hurm, begini
ceritanya.

Kalau kawan-kawan nak tahu, pada zaman dahulu,


ayam dan musang berkawan baik. Ke mana-mana
sahaja mereka pergi, pasti berdua. Ibarat isi dengan
kuku. Mereka juga mempunyai selera yang sama.
Kawan-kawan nak tahu apa?

Jagung! Ya, Mereka suka makan jagung. Mereka


menanam jagung bersama-sama. Hasil tanaman jagung
itu akan dibahagikan sama rata.

Pada suatu hari, musang berkata.

"Isteri aku hamil di hutan. Aku terpaksa balik


menjaganya hingga anak kami lahir. Oleh itu aku
berharap kau dapat menjaga pokok jagung kita baik-
baik. Apabila berbuah, tolong simpankan bahagian
aku," kata musang bersungguh-sungguh.”
“Baiklah Musang. Janganlah kau risau. Aku akan jaga
pokok jagung ini baik-baik,” jawab Ayam dengan penuh
yakin.

Selepas itu musang pun balik ke hutan. Dia hendak


menjaga isterinya. Tidak lama kemudian, pokok jagung
itu pun berbuah. Ayam berasa sangat teruja. Hatinya
berbunga-bunga! Tiba-tiba timbul perasaan tamak
dalam hatinya.

" Hurm, musang tidak ada. Semua jagung ini aku


yang punya. Kalau dia datang nanti, pandai-pandailah
aku memberi alasan," kata ayam sendirian sambal
tersenyum jahat.

Kemudian, ayam pun memanggil rakan-rakannya.


Mereka makan jagung itu sehingga habis, termasuklah
jagung milik musang.

Tidak berapa lama kemudian, musang pun keluar dari


hutan. Dia pergi menemui ayam.

" Aku datang untuk mengambil jagung bahagian


aku," kata musang kepada ayam.
" Pokok-pokok jagung yang kita tanam itu tidak
berbuah. Aku pun tidak dapat makan walau sebiji,"
kata ayam cuba menipu.

" Kau bohong!!! Kalau tidak berbuah, bagaimana


tongkol-tongkol jagung ini ada di sini?" soal musang
dengan marahnya.

Ayam terdiam. Dia mula berasa takut.

" Kau sahabat yang tidak setia! Kau mungkir janji.”

“A…am..ampunkan aku Musang. Ampunkan aku!”


“ Baiklah, aku beri engkau tempoh tiga hari. Kalau
engkau tidak dapat ganti jagung bahagian aku, aku
akan makan engkau," kata musang.

Namun begitu, tiga hari telah berlalu. Ayam tidak


dapat mencari jagung untuk musang sebagai ganti. Dia
pun memberitahu kaum kerabatnya.

" Mulai hari ini, berhati-hatilah kamu semua.


Musang sudah menjadi musuh kita,” pesan ayam
kepada rakan-rakannya.

Musang tahu ayam tidak dapat menggantikan


bahagian jagungnya.
Dia pun bersumpah. " Mulai hari ini, aku akan
menangkap ayam sebagai makanan. Aku akan
menangkapnya pada waktu malam kerana pada waktu
malam matanya rabun!"

Ha, kawan-kawan. Faham? Pengajaran daripada cerita


ini ialah, kita tidak boleh tamak. Berdosa! Tuhan
marah.

Segak putera memakai tanjak,


Datang dari tanah seberang,
Janganlah kita menjadi tamak,
Kelak nanti dibenci orang.

Sekian, terima kasih! Jumpa lagi!


TAJUK CERITA : ARNAB DENGAN BUAYA

Assalammualaikum WBT. Rakan-rakan sekalian,


hari ini saya
dari kelas Teratai akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk 'Arnab Dengan Buaya'.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah


seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik.
Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula
tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu
memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab


itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak
seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-
kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh sebab tiada sesiapa lagi yang suka
berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan
sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia


ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing.
Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya
itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga
begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di
laut", kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa
sungguh gembira kerana sudah lama tidak mendengar
pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?”,


tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan
pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau
mesti banyak makan sayur -sayuran dan jangan makan
daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya.


“Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah
banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir
panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa
gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah
lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan
arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

TAJUK CERITA : SI TANGGANG ANAK DERHAKA


Syair : Tersebutlah kisah satu cerita, Cerita bermula
kisah derita; Sedihnya ibu kecewa hatinya, Dihalau
oleh anak kandungnya.

Assalammualaikum WBT. Rakan-rakan sekalian,


hari ini saya
dari kelas Teratai akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk, ‘Si Tanggang Anak Derhaka.’

Di dalam sebuah kampung, tinggal sepasang suami


isteri bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka
mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.
Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang
merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita
tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan
menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal
besar berlabuh di muara sungai berhampiran
rumahnya. Si Tanggang mencuba nasib berjumpa
nakhoda kapal tersebut untuk menjadi anak kapalnya.
Si Tanggang berjaya diambil bekerja di kapal besar
tersebut. Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk
melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka
terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang
ke kampung semula setelah menjadi kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin
bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak
angkatnya. Apabila nakhoda semakin uzur, Si
Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia
digelar ‘Nakhoda Tanggang.’
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya
raya dan namanya masyur di serata dunia. Kehebatan
Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama
kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si
Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke
serata tempat.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara


sungai kampungnya. Kedua ibu bapanya berasa amat
gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal
Si Tanggang.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang
mereka naik. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu
bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil- manggil
nama Si Tanggang dan merayu-rayu untuk
berjumpanya namun Si Tanggang berpura-pura tidak
mengenali mereka.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya
berdayung ke tebing sungai dengan perasaan sedih
dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya
memandang ke langit dan berdoa : “Oh Tuhan,
tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang
bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir
berdentum. Laut bergelora dan kapal Si Tanggang
terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si
Tanggang berasa kesal. Dia sedar bahawa Tuhan telah
memakbulkankan doa ibunya. Dia akan menerima
balasan kerana telah menderhaka.
Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun
kepada ibunya, “Ibu ampunkan Tanggang…”.(2X)
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi.
Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat.
Apabila ribut reda… Si Tanggang, isterinya, beserta
semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka
kepada ibu dan bapa. Kita mestilah menghormati ibu
bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita.
Janganlah kita menjadi sepeti Si Tanggang.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk : Singa yang Sombong


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan
Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang
saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Singa yang Sombong”. Yang terlena, sedar-
sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang
terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang


sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan
semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang
telah menjadi mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah


mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang
bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi
sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan
bersuara.

“ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang


semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana
hendak menewaskan singa itu.

“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.


“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai
kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa
itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan


kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong
Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni
rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba


keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa
dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun
terbang menghampiri Singa.

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar


engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan
dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?”
Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum
tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat,
aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.”
Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah, kalau
engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi


Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar
Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa
yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa
kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan.
Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan
itu.
Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak
semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap
malas berusahalah 3. Kita mesti berusaha jika ingin
Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.
”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI”
”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan
menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”,
ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku,
lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu
Sang Kancil.

Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan


ceritanya?
Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk
”Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti”.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil


yang cerdik lagi bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari
makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang
besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau


ia terjaga habislah aku dimakannya nanti”, bisik Sang
Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang
Kancil pun beredar dari tempat itu.
Kemudian, Sang Kancil meneruskan
perjalanannya untuk mencari makanan,
tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara
binatang-binatang di dalam hutan itu.
” Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang
Harimau hendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan
Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum
sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-tiba Sang
Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang
Kancil mengigil dan menangis ketakutan.

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan


menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”,
ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku,
lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu
Sang Kancil.

Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan


dirinya dan dia teringat akan Sang Ular yang sedang
tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali
pinggang sakti yang ku simpan di bawah sebatang
pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua
binatang akan tunduk dan hormat pada engkau”, kata
Sang Kancil.
”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali
pinggang sakti itu?!” tanya Sang Harimau.
”Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di
bawah sebatang pokok tetapi engkau mestilah
melepaskan aku dahulu”, kata Sang Kancil.
”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau,
tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik
Sang Harimau.

Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat


Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi.
” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik
Sang Kancil kepada Sang Harimau.
Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun
terus memegang badan Sang Ular yang sedang tidur
nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke
pinggangnya.
”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini!
Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua
binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”,
ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga
apabila terdengar suara Sang Harimau itu tadi.
Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus
membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat.
Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. ”
Tolong.... tolong.... tolong.... Sang Harimau meronta-
ronta untuk melepaskan dirinya.

”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil,


siaplah engkau”, marah Sang Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang
Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada dimakan oleh
Sang Harimau.
Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu
mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana
telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat


cerdik lagi bijaksana…berjaya menumpas musuh yang
ganas…Hidupan hutan… Aman dan gembira….

Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita
semua teladan bahawa setiap masalah yang kita
hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan
akal seperti Sang Kancil tadi.

Sekian, terima kasih.