Anda di halaman 1dari 9

PERANAN ASAS 50

NAMA AHLI KUMPULAN : ALIA MAISARA, NURUL


FADHWA, NURUL HAZIQAH, NURUL SHUHADA,
NURIRDINA
PENGENALAN KEPADA ASAS 50
● Definisi ASAS 50 :
○ Pergerakan penulis-penulis Singapura 50 (Angkatan Sasterawan 50)
○ Lebih dikenali sebagai persatuan sastera yang pertama dan tertua di Tanah Melayu.
● ASAS 50 merupakan pertubuhan sebelum merdeka.
● ASAS 50 ini merupakan sumbangan yang paling besar kepada perancangan dan
perkembangan bahasa Melayu.
● Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950.
● Mewakili suara masyarakat dan menggunakan sastera sebagai teras yang ideal ke arah
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
● Persatuan ini dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda :
○ Tongkat Warrant
○ Keris Mas
○ A. Samad Ismail
○ Mansuri S. N. Asraf.
TUJUAN PENUBUHAN ASAS 50
● Memperluas dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu
● Ahli-ahli asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk
memperluas dan mempertinggikan status kesusasteran dan kebudayaan
Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di
Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an
● Mempelajari bidang karangan tentang sastera seperti cerita, lakonan, buku,
rencana,pengetahuan,kebudayaan dan peradaban Melayu
● Mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran
dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan
● Mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala
lapangan sastera serta menyatakan sebarang usaha karang-mengarang
tentang bahasa dan sastera
● Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya. Angkatan sasterawan
50 juga menggariskan matlamatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari
segi undang-undang dan peraturan negara.Ahli-ahli asas 50 akan mendapat
perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau
pengarang.
● Menentukan bayaran mengikut harga karangan yang dihasilkan
● Membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita dan kewangan
● Memberi pelindungan di sisi undang-undang, jika tulisan ahli terkeluar daripada
undang-undang
● Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung ddengan penerbitan
● Asas 50 juga menggariskan matlamat pertubuhannnya di mana ahli-ahlinya akan
mengadakan dan menerima pembaharuan-pembaharuan dalam bidang sastera dan
bahasa selari dengan perkembangan zaman.Tetapi dalam hal yang sama Asas 50
tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi
demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu
● Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera
● Mengubah, mencipta,membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk
memperkayakan bahasa dan sastera
● Bahasa dan kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan
perjuangan kemerdekaan.Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan
fikiran rakyat,sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat.Ini semua seperti yang
termaktub dalam Kongres Bahasa 1956.
● Keadilan masyarakat,kemakmuran rakyat dan perdamaian hidup.Memajukan pemikiran
rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan Melayu agar
masyarakat sedar bahawa bahasa dan kesusateraan adalah jambatan ke arah
itu,seperti yang termaktub dalam Memoranda ASAS 50.
● Kesusateraan harus mengubah nilai yang usang kepada yang baru.Kesusasteraan
berfunngsi untuk menyedarkan rakyat daripada tidur yang lena di pangkuan penjajah
dan meniupkan semangat dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang
sastera dari segi teknik.Kebanyakannya jelas dilihat pada tulisan-tulisan tokoh-tokoh
ASAS 50 yang tersiar dalam Utusan Zaman dan Mastika serta ceramah-ceramah di
radio.
KONSEP PERANAN ASAS 50
‘SENI UNTUK SENI’
“SENI UNTUK MASYARAKAT”
-Diperjuangkan oleh Ashraf.

-Beliau mengatakan bahawa karya itu hanya -Diperjuangkan oleh Hazah.


dimiliki oleh orang-orang seni sahaja.
-Hamzah berpendapat bahawa hasil seni
-Konsep ini juga bermaksud setiap hasil itu bukanlah milik seni sahaja, dan
karya itu bukanlah untuk dimiliki oleh bukanlah hanya memiliki oleh
masyarakat. golongan-golongan pengkarya.
- Konsep ini juga telah mendapat tentangan
hebat seorang tokoh iaitu Hamzah yang -Hasil karya sastera itu adalah milik
memperjuangkan konsep “ seni untuk masyarakat bersama dan ianya boleh
masyarakat”. dinikmati
-Oleh itu, timbulnya polemik yang -Akhirnya, konsep in telah diterima.
berpanjangan antara kedua tokoh itu dalam
dunia kesusteraan.
SIFAT-SIFAT PENULIS ASAS 50

-Penulis itu moden -Mempunyai


serta baru, -Penulis terlibat kepercayaan
mempunyai status dengan keadaan akan nilai-nilai
yang tinggi dalam bangsanya kemanusiaan.
masyarakat

-Dunianya luas -Harus melibatkan diri


serta dalam kerana -Penulis harus sepenuhnya dengan
diambil daripada membawa aliran perjuangan
kenyataan dan alam pemikiran yang mendapatkan
ilmu. maju kemerdekaan.
SUMBANGAN ASAS 50

1. Penulis Angkatan Asas 50 bergiat


cergas dalam bidang kritikan 2. Penulis Angkatan Asas 50 gigih
sastera dengan memperjuangkan berusaha bagi mengembangkan dan
slogan “Seni Untuk Masyarakat” mendaulatkan bahasa Melayu di
dan fungsi kesusateraan kepada sekitar tahun tahun 50-an
masyarakat.

4. Penulis Angkatan Asas 50 juga


3. Menjadikan tulisan rumi
menceburi bidang penulisan novel
sebagai tulisan rasmi dengan
berkenaan kemiskinan dan
tidak melupakan tulisan jawi.
ketidakasilan.
SUMBANGAN ASAS 50

5. Sajak Asas 50 membawa


persoalan perjuangan kemerdekaan,
nasib kaum buruh, dan kemiskinan
petani yang selari dengan slogan
“Seni Untuk Masyarakat”.

6. Cerpen Asas 50 membawa persoalan


darurat, nasib kaum buruh daan
ketidakadilan sosial yan selari dengan
slogannya “Seni untuk Maasyarakat”.