Anda di halaman 1dari 2

14/11/2021, 20:03 Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk - Semasa | mStar

Urban. Versatil.

SEMASA

Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk


Sabtu, 27 Disember 2014 7:52 AM
Oleh: ABDUL RAZAK AHMAD

PETALING JAYA: Kejadian banjir yang sedang berlaku bakal menjadi sejarah terburuk di Malaysia yang menyaksikan lebih
100,000 orang penduduk dipindahkan.

Namun dua insiden banjir yang berlaku sedekad lalu masih mencatat jumlah lebih besar mangsa-mangsa yang diselamatkan.

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada tahun 2013 di dalam laman webnya menyatakan bahawa akhir
musim monsun tahun 2010 telah mencetuskan fenomena banjir besar yang melibatkan 230,000 mangsa.

MKN juga melaporkan seramai 140,000 orang dipindahkan pada musim banjir 2006.

Tempias hujan lebat yang berlaku sejak Disember 2006 hingga Januari tahun depan adalah kesan daripada taufan yang
melanda di Filipina dan Vietnam.

Pada 2006, beberapa negeri di Malaysia termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Johor dilanda banjir.

Dilaporkan bahawa hujan monsun lebat yang kini melanda di beberapa negeri termasuk Kelantan, Johor dan Kedah, di mana
banjir rosak 45,000 hektar sawah padi.

Sementara itu, keadaan banjir yang sedang berlaku ini masih belum menunjukkan tanda-tanda bertambah baik apabila
Jabatan Meteorologi mengeluarkan 38 amaran cuaca buruk sejak 18 Disember lalu.


Daripada jumlah itu, 15 amaran peringkat 'Merah', 15 amaran 'Oren' dan 8 amaran 'Kuning'.

Setiap amaran mengenai cuaca buruk berbeza dengan lokasi tertentu.

Setakat ini, terdapat isyarat yang dikeluarkan bagi kawasan setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kecuali Putrajaya.

Amaran peringkat Kuning melibatkan kemungkinan berlaku monsun kencang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/27/sejarah-terburuk 1/4
Amaran peringkat Kuning melibatkan kemungkinan berlaku
14/11/2021, 20:03
monsun kencang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk - Semasa | mStar

Amaran Oren adalah untuk hujan monsun sederhana; sistem tekanan rendah atau tekanan tropika dengan kelajuan angin
yang berterusan 50-60 kmj disertai dengan sederhana hujan lebat; atau terdapat angin kuat antara 50-60 kmj selama lebih
daripada dua jam.

Amaran peringkat ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah atau di kawasan tebing
sungai.

Dan amaran Merah untuk hujan monsun kuat; ribut tropika dan taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmj dan
sederhana hujan lebat; atau apabila terdapat angin kuat sekurang-kurangnya 60 kmj dengan sederhana hujan lebat selama
lebih daripada dua jam.

Keadaan amaran Merah boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai dengan arus air deras yang
berbahaya.

Tags/Kata Kunci:
banjir terburuk

Sponsored Content

03:34

GoGuilin Tinjauan Bandingan Dell Technologies Grab

Go Guilin: Diversified and Penduduk Malaysia yang PowerEdge servers with Boost employee
Beautiful Tourism lahir di antara tahun AMD EPYC™ processors satisfaction with meal
Friendly City – Discover 1941-81 boleh mendapat assist sustainability programs from GrabFood
Recommended by

Hakcipta Terpelihara © 2021. Star Media Group Berhad (10894D)

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/27/sejarah-terburuk 2/4

Anda mungkin juga menyukai