Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI PANTAI Kod Sekolah: KBA2089

1. Nama Guru
ZULKIFLI BIN ISMAIL

Belajar Melalui Bermain : Prinsip


2. Judul 3. Bidang:
Utama Kurikulum Pendidikan Awal
Kanak-kanak
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab
tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain
dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada perspektif teori,
kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain, ruang pembelajaran, bahan dan alat
permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan
peraturan tatabahasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Kandungan bab-bab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain,
hubungan bermain dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada
perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan,
guru sebagai pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain, ruang pembelajaran,
bahan dan alat permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain
adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui
teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini memuatkan 27 cadangan aktiviti yang boleh dicuba oleh para guru dan ibu bapa. Aktiviti
ini sesuai untuk kanak-kanak berusia di antara 4-6 tahun sama ada secara individu atau pun
berkumpulan. Di antara aktiviti menarik yang dicadangkan bermain secara individu ialah Bilang
dan Padan, Konsep Sifar dan Bilang dan Tambah. Manakala permainan secara kumpulan adalah
seperti Menepuk Tikar, Istana Impian dan Mari ke Pasar.
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pendidikan, pelajar kursus pendidikan awal
kanak-kanak dan prasekolah. Maklumat di dalam buku ini sesuai dijadikan panduan kepada
pendidik untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan. Buku ini turut sesuai dimiliki
oleh ibu bapa yang tercari-cari idea untuk membina minda anak-anak melalui permainan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI PANTAI Kod Sekolah: KBA2089


1. Nama Guru
ZULKIFLI BIN ISMAIL
2. Judul 3. Bidang:
BERFIKIR CARA CHAMPION
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku setebal 190 halaman ini merupakan sebuah buku yang cukup menarik dan sesuai dibaca
oleh golongan remaja mahupun dewasa. Isi kandungan di dalam buku ini ditulis secara bersahaja
dan senang untuk difahami oleh para pembaca. Penulis mengajak dan mendorong pembaca
untuk bangkit memperbaiki diri, kerjaya dan seterusnya menggandakan rezeki.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Di dalam setiap bab yang diceritakan, penulis turut memuatkan pengalaman dan kisah hidup
beliau sendiri seperti di zaman persekolahan, zaman di kampung halaman dan di alam
perniagaan. Buku ini lebih menggariskan kepada cara dan strategi bagaimana untuk menjadi
seorang juara di samping turut memasukkan elemen contoh keperibadian beberapa tokoh
terkenal seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Haji Hadi Awang dan banyak lagi. Umat Islam
digalakkan membina kekayaan sebanyak mungkin. Harta yang diperolehi tersebut boleh
digunakan untuk memajukan agama, bangsa dan negara melalui sedekah dan zakat. Islam turut
mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dalam mengurus kekayaan agar kehidupan kita tidak
tersasar kerana dipengaruhi oleh limpahan harta tersebut. Penulis mentransformasi angan-
angan menjadi kenyataan dan itulah champion yang sebenar.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini dengan cukup berkesan dan secara santai membentangkan formula-formula yang
menjadi pegangan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan di dalam apa jua bidang yang
diceburinya termasuklah bidang perniagaan. Kaedah menggunakan pengalaman dan sejarah
hidup diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling telah menguatkan lagi topik dan hujah-
hujah beliau. Secara keseluruhannya, buku Berfikir Gaya Champion merupakan hasil tulisan yang
baik dan efektif kerana mempunyai unsur-unsur keislaman dan pedoman kepada para pembaca
dalam melakukan apa jua perbuatan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI PANTAI Kod Sekolah: KBA2089


1. Nama Guru
ZULKIFLI BIN ISMAIL

2. Judul 96 Kod Rahsia Bagaimana Untuk 3. Bidang:


Berjaya
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini dibahagikan kepada lapan bab. Pertama, tentang motivasi iaitu bagaimana untuk
membina impian yang hebat dan mencapainya. Motivasi yang paling terbaik adalah kita
memberikan tumpuan terhadap usaha menjayakan setiap impian kita dengan memberikan
perhatian sepenuh hati dan perasaan kita. Buku ini mengupas sama ada kita boleh berjaya atau
tidak tanpa mentor. Ini merupakan salah satu perkara yang paling penting dan mesti diberi
perhatian kerana kita perlu bekerjasama dengan golongan profesional. Buku ini turut
menceritakan mengenai kehidupan iaitu bagaimana untuk melihat peluang dan
menggunakannya. Dalam dunia perniagaan terutamanya, kita sentiasa perlu bersedia untuk
menghadapi situasi-situasi yang di luar jangkaan kita semua.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Penulis menekankan aspek kebajikan, iaitu dari sudut perniagaan. Mereka yang benar-benar
berjaya adalah mereka sentiasa memikirkan peluang bagaimana untuk membantu orang lain
menyelesaikan masalah mereka dan dalam masa yang sama dapat menjana keuntungan yang
setimpal dengan usaha yang diberikan.
Dalam dunia perniagaan ini kita tidak akan berjaya dengan berseorangan namun kita akan
berjaya bila kita mempunyai rakan niaga yang hebat dan berkaliber. Buku ini seterusnya
menyingkap mengenai pelajaran, rahsia kejayaan mereka yang kaya juga adalah mereka tidak
berkira untuk mengambil penasihat daripada pelbagai sudut seperti penasihat kewangan,
penasihat perniagaan, penasihat perundangan dan banyak lagi semata-mata ingin
mengembangkan perniagaan mereka ke tahap maksimum. Kejayaan adalah satu impian yang
diidam-idamkan oleh semua orang. Tipulah jika mereka yang waras tidak inginkan sebuah
kejayaan dalam hidup mereka. Namun dalam proses untuk mencapainya, ramai yang tewas dan
kecundang di pertengahan jalan dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskannya sehingga
mencapai puncak kejayaan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Kesimpulannya, anda boleh memilih untuk berjaya dan anda juga boleh memilih untuk
gagal kerana kedua-duanya adalah pilihan yang mesti dibuat. Namun apa salahnya untuk
kita memilih untuk berjaya dan kejayaan itu dapat dikongsi dengan semua orang. “Gagal
dengan mencubanya terlebih dahulu adalah jauh lebih mulia daripada gagal untuk
mencuba”.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI PANTAI Kod Sekolah: KBA2089

1. Nama Guru
ZULKIFLI BIN ISMAIL
2. Judul 3. Bidang:
Keseronokan Bekerja-Milik Siapa?
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku setebal 184 halaman ini memulakan kupasannya dengan menjelaskan mengapa kita perlu
bekerja. Individu yang sihat dan sempurna hendaklah bekerja bagi menyara diri sendiri dan
tanggungannya. Sekiranya seseorang itu tidak bekerja, dia akan ditimpa kesempitan kewangan
dan gagal melunaskan kos sara hidup seperti membayar sewa atau ansuran rumah, makanan dan
tempat tinggal. Seseorang itu juga perlu bekerja bagi memenuhi impiannya. Semua orang
mengimpikan untuk mendiami rumah yang besar dan selesa, memiliki kenderaan, menambahkan
aset dan melancong. Hanya dengan bekerja sahaja semua impian ini dapat dipenuhi. Bekerja
juga menyediakan tabungan untuk masa kecemasan dan hari tua. Kita sendiri tidak tau bilakah
kita akan ditimpa musibah seperti sakit atau dibuang kerja. Jadi semasa kecemasan ini, wang
tabungan yang telah disimpan secara tetap itu boleh digunakan. Pendapatan yang diperolehi
semasa muda dan sihat juga mesti disimpan bagi memastikan kita dapat hidup dengan selesa
dan tenang di kemudian hari. Ini penting bagi menghindari diri daripada hidup melarat semasa
usia senja.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Karya Keseronokan Bekerja, Milik siapa? Ini bakal membimbing kita untuk merasakan bahawa
alam pekerjaan adalah anugerah yang paling utama untuk disyukuri, setiap hari dan ketika. Ini
kerana warna kehidupan dan pola pekerjaan yang berubah, boleh membelenggu diri dari
memperkembangkan potensi diri daripada menjadi insan yang lebih berjaya, cemerlang dan
bahagia. Buku ini diterbitkan dengan memberi penekanan untuk rasa seronol ketika menjalankan
tugasan sepanjang masa. Kerjaya boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokkan dan juga
menjadi sesuatu yang membosankan. Kerja merupakan satu ibadah jika kita melakukannya
dengan ikhlas. Kerja juga boleh membawa kita ke puncak kejayaan dan sebaliknya boleh
memadamkan bakat dan kemampuan sebenar kita. Namun manusia berusaha mencari
kesempurnaan dan kepuasan dalam kehidupan mereka. Semakin pandai dicari, maka semakin
dekat kesempurnaan dan kepuasan itu. Keseronokan bekerja harus dicari justeru, keseronokan
yang diinginkan pasti dapat dikecapi. Menerusi buku ini, pembaca dapat mengukur pencapaian
prestasi kemampuan bekerja dalam jangka masa pendek dan panjang.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini sesuai dibaca bagi tujuan memahirkan serta membina rasa seronok di dalam diri
seseorang pekerja. Semoga buku ini dapat memberi panduan dan mampu menjalankan
tugas dengan lebih seronok, komited, cekap dan berdisiplin dan dapat bekerja secara
berpasukan. Pelbagai cara, konsep dan kaedah digunakan untuk mencari keseronokan
bekerja yang tersembunyi. Semoga buku ini dapat membantu anda di luar sana yang
masih lagi tercari-cari akan keseronokan bekerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai