Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN C0U4301

KESUKARELAWANAN
NAMA PROGRAM:
KISAH CINTA KITA

TARIKH & MASA:


5 NOVEMBER 2021
10:00 AM-12:00 PM

TEMPAT:
APLIKASI GOOGLE MEET

NAMA PENSYARAH:
DR. SITI NAZILAH BINTI MAT ALI

NAMA AHLI KUMPULAN 2:


MUHAMAD AFIF AKRAM BIN SAUPI (S50628)
MOHAMAD NAZIRUL IKRAM BIN MOHAMAD SAMSURI (S51695)
AYUNI SAMIHAH BINTI YUSRI (S50277)
NOR KHAIRAH BINTI SAPIAN (S50560)
NUR HAFIRA BINTI FAKZI (S52587)
NUR SHAHIRAH BINTI NAZRON (S50287)
SITI NUR IZZATI BINTI NOOR AZMAN (S51631)
ABDUL AZIM DANIEL BIN AB RAHIM (S50564)

1.0 TUJUAN PROGRAM


a) Kertas kerja ini bertujuan bagi mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada
daripada Dr. Siti Nazilah binti Mat Ali untuk cadangan Program Kisah Cinta
kita anjuran Kumpulan ke-2 yang di wakili oleh Afif Akram, Nazirul Ikram, Hazim
Daniel, Ayuni, Khairah, Shahirah, Hafira dan Izzati.

b) Di samping itu, program yang dianjurkan bertujuan untuk memastikan


perancangan Program Kisah Cinta Kita dapat dilaksanakan berlandaskan objektif
yang ditetapkan oleh kumpulan kami.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini berdasarkan keperhatinan subjek di bawah Kesukarelawan terhadap


berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) Menurut Kamus Dewan (2005), cinta adalah sebagai perasaan atau berperasaan
sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan atau ingin sangat akan
sesuatu, terlalu rindu, asyik kepada antara lelaki dan perempuan. Hasnan Kasan
(2000), mentakrifkan cinta sebagai satu perasaan jiwa, sentuhan hati dan
dorongan dari dalam diri yang dialami oleh orang yang mengasihi terhadap
orang yang dikasihi dengan emosi yang tinggi dan perasaan yang halus.

b) Tidak dinafikan ada kematian yang berlaku disebabkan oleh putus cinta. Antara
kes yang berlaku baru-baru ini yang menyebabkan kehilangan nyawa yang
disebabkan putus cinta. Menurut laporan berita harian pada 27 April 2021.
Kejadian yang berlaku di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Di sebabkan
kejadian begini, pendedahan tentang kepentingan dalam pencintaan sangat
penting terutama kepada golongan remaja. Supaya kejadian kehilangan nyawa
tidak berlaku lagi dalam usia yang begitu muda.
c) Disamping itu, ada juga kes yang menunjukkan remaja mengalami kemurungan
sehingga menyebabkan pembelajaran mereka terganggu disebabkan
dipermainkan oleh pasangan yang tidak serius. Oleh itu, kami tertarik untuk
melakukan program berkaitan dengan cinta.

d) Selain itu, pemilihan peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas kerana kami ingin
memfokuskan gaya bercinta, kepada remaja kerana mereka lebih cederung
untuk mengenali personaliti gaya bercinta mereka serta mereka juga mempunyai
tujuan yang sebenar terhadap perhubungan percintaan mereka.

e) Program ini juga bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada para
pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas berkenaan inventori gaya bercinta. Hal ini
demikian kerana, para pelajar dapat mengetahui gaya bercinta yang di miliki
dengan membuat inventori gaya bercinta ketika program berlangsung. Panel
akan membantu pelajar untuk mengisi borang inventori gaya bercinta dan akan
menunjukkan cara untuk mengira skor permakahan setiap item yang terdapat
dalam borang berkenaan.

f) Seterusnya, program ini juga dapat menarik minat para pelajar Kolej Komuniti
Kok Lanas untuk belajar mengenali personaliti diri mereka terutama gaya
bercinta yang dominan dengan diri mereka. Mereka bukan sahaja dapat
mengenali gaya bercinta malah mereka turut dapat kenal diri mereka secara
mendalam. Oleh itu, mereka akan sedar bahawa personaliti yang dimiliki sangat
penting untuk mereka mengetahui minat mereka kearah pasangan yang
bagaimana sesuai dengan sikap peribadi yang mereka tidak sedari.

g) Banyak pengisian yang bakal disampaikan oleh panel. Seperti jenis-jenis gaya
bercinta yang ada dalam inventori, panel juga membuka ruang untuk sesi soal
jawab dan kami juga turut membuat aktiviti senaman untuk para pelajar terus
fokus untuk meneruskan program.
h) Di samping itu, program ini dapat menggalakkan pelajar Kolej Komuniti Kok
Lanas untuk berjumpa dengan kaunselor jika mereka ingin melakukan inventori-
inventori yang melibatkan personaliti. Hal ini demikian kerana, para pelajar
kurang mengetahui bahawa berjumpa kaunselor bukan hanya mengalami
masalah sahaja. Tetapi mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling
menerusi ujian psikometrik yang disediakan oleh kaunselor pelatih UMT di Kolej
Komuniti Kok Lanas.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

a) Untuk memberi pendedahan kepada pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan
(KKKLK) tentang jenis gaya bercinta.

b) Untuk mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti pelajar Kolej Komuniti
Kok Lanas Kelantan (KKKLK).

c) Untuk membantu palajar Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan (KKKLK) mengukur
dan memahami gaya bercinta yang diamalkan.

4.0 PENJELASAN TENTANG PROGRAM


4.1 Tentatif Program Kisah Cinta Kita.

Atur Cara Program


Nama Program: Program Kisah Cinta Kita.
Tarikh: 5 November 2021.
Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari.
Platform: Google Meet.

MASA AKTIVITI
10.00 Pagi Kemasukan peserta.
10.03 Pagi Kata-kata aluan pengerusi majlis.
10.05 Pagi Bacaan doa
10.10 Pagi Slot 1- Panel: Afif Akram.
-Menjawab inventori gaya bercinta.
-Penerangan inventori.
11.00 Pagi Energizer: Khairah
-Senam tangan diputar-putar.
11.05 Pagi Slot 2- Panel: Izzati.
-Penerangan jenis gaya bercinta.
11.55 Pagi Sesi bergambar.
12.00 Bersurai.
Tengahari

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


KISAH CINTA KITA
SUMBER KEWANGAN
PERKARA PERINCIAN RM SUMBER
1. Yuran RM4.00 X 20 PESERTA RM80.00 -

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA PERINCIAN RM SUMBER
1. Data Internet Topup RM10 X 8 AJK RM80.00 Yuran peserta

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


JAWATAN/PERANA NAMA
N
PENASIHAT: DR SITI NAZILAH BINTI MAT ALI
AHLI-AHLI NAMA NO.
JAWATANKUASA MATRIK
TERTINGGI
PENGARAH PROGRAM: AYUNI SAMIHAH BINTI YUSRI S50277

TIM. PENGARAH MUHAMAD AFIF AKRAM BIN SAUPI S50628


PROGRAM:
SETIAUSAHA: NOR KHAIRAH BINTI SAPIAN S50560
BENDAHARI: NUR HAFIRA BINTI FAKZI S52587
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KECIL
AJK TEKNIKAL 1. MOHAMAD NAZIRUL IKRAM BIN MOHAMAD SAMSURI S51696
2. ABDUL AZIM DANIEL BIN AB RAHIM S50564
AJK MULTIMEDIA 1. NUR SHAHIRAH BINTI NAZRON S50287
2. SITI NUR IZZATI BINTI NOOR AZMAN S51631

7.0 PENUTUP
a) Program perlu diadakan sebagai sebahagian daripada keperluan kepada pihak
ahli jawatankuasa untuk menyiapkan serta melengkapkan jam kredit mata
pelajaran COU4301 Kesukarelawanan untuk semester 7 sesi 21/22.

b) Diharapkan program ini juga dapat membantu pelajar yang terlibat untuk
memperoleh pendedahan mengenai jenis gaya bercinta dan pelajar juga dapat
mengenal gaya bercinta yang mereka alami. Oleh itu, pelajar boleh membaiki
dalam percintaan mereka apabila dapat mengetahui gaya bercinta yang sesuai
dengan mereka.

c) Diharapkan program ini dapat memberi sumbangan idea kepada program kursus
perkahwinan supaya pasangan dapat lebih mengenali personaliti percintaan
sebelum mendirikan rumah tangga.

d) Justeru, ianya diharapkan sumbangan tersebut meningkatkan tahap kursus


perkahwinan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri.

8.0 RUJUKAN
Othaman, Z. (2016). Remaja bercinta: kajian terhadap tiga jenis sekolah
menengah kebangsaan, agama dan agama swasta. Jurnal of Education, 8 (1).
187-210.

Riduan, J. (2021). Lelaki Dipercayai Bunuh Diri Kerana Masalah Cinta.


https://www.bharian.com,my

9.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai