Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI (10) / TAHUN 2014

HBEF 3603

AMALAN PROFESSIONAL
(PELAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

T1A3

NAMA : JUNAIDAH BINTI KAMARUDIN


NO. MATRIKULASI : 810508 – 10 – 5546 001
NO. KAD PENGNEALAN : 810508 – 10 – 5546
NO. TELEFON : 012 – 6965367
E-MEL : putrihati81@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


SHAH ALAM

1
PENGGUNAAN TEKNIK PENSEL WARNA UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN PENGGUNAAN TANDA BACA HURUF BESAR DALAM PENULISAN
BAHASA MALAYSIA MURID TAHUN DUA

Oleh:
Junaidah Binti Kamarudin,
SK Bukit Tinggi,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang.
810508105546 001

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik penguasaan penggunaan tanda baca huruf besar di
kalangan murid tahun dua dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Meningkatkan kemahiran murid
agar menguasai kemahiran penggunaan tanda baca huruf besar. Juga menjelaskan kepada murid
fungsi tanda baca huruf besar serta penggunaannya pada awal ayat, pada kata nama khas dan
selepas noktah dalam penulisan Bahasa Malaysia.

Dalam kajian ini telah dikenalpasti kesalahan penggunaan tanda baca huruf besar dalam
penulisan yang tidak disedari oleh mereka. Oleh sebab itu, dalam bab terakhir kajian ini terdapat
beberapa kaedah yang boleh digunapakai oleh guru bagi meningkatkan kemahiran penggunaan
tanda baca huruf besar dalam penulisan Bahasa Malaysia murid ini dan juga mengatasi
kelemahan yang ada pada mereka.

Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan
didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda
noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap
yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2
ISI KANDUNGAN

1. Kandungan …………………………………………………………………
2. Abstrak ………………………………………………………………….......
3. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ………………………
4. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan ………………………………………….
5. Objektif Kajian …………………………………………………………….
6. Kumpulan Sasaran ………………………………………………………...
7. Methodologi ………………………………………………………………..
8. Pelaksanaan Kajian ……………………………………………………….
9. Dapatan Kajian ……………………………………………………………
10. Refleksi Kajian …………………………………………………………….
11. Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………...
12. Penutup …………………………………………………………………….
13. Bibliografi ………………………………………………………………….
14. Lampiran …………………………………………………………………..

3
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Mengajar murid tahap satu adalah sesuatu yang memberi kesan mendalam terutamanya
pada murid yang tidak begitu mahir dalam banyak perkara. Telah mengajar selama 10 tahun
tidak menjadikan saya seorang yang berasa mempunyai banyak pengalaman tetapi ia adalah satu
proses pembelajaran yang mencari cara terbaik memberi ilmu kepada anak murid. Perbezaan
latar belakang setiap murid menjadikan mereka ada yang mudah menerima cara pengajaran saya,
ada juga yang cuai dan ada juga yang sambil lewa.
Setiap dua minggu sekali, saya akan adakan ujian ringkas dan soalan yang biasa saya
keutarakan ialah salin semula ayat dibawah mengunakan tanda baca yang sesuai. Kesalahan serta
kelemahan murid dapat dilihat pada penilaian markah atau pun dalam penulisan mereka. Setiap
kali kesalahan murid ini, saya akan membuatkan bulat dengan pen merah bagi memberitahu
kesalahannya. Dalam penilaian saya menitik beratkan kesalahan pada huruf besar yang terletak
pada permulaan ayat atau kata nama khas. Murid ini juga jika tidak ditegur, maka mereka akan
mengganggap perkara dan bulatan daripada guru adalah biasa. Daripada permasalaahn berikut,
saya jalankan kajian ini bagi menyelesaikan atau mengurangkan masalah tersebut.

2. FOKUS KAJIAN
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
menulis terutama kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun
dua. Kajian ini memfokuskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, dalam ayat (kata
nama khas) dan selepas tanda noktah..

Tinjauan awal dibuat melalui latihan-latihan dalam kelas dan buku tulis murid
menunjukkan murid kurang peka terhadap penggunaan huruf besar. Oleh itu, penggunaan teknik
pensel warna serta menyelitkan konsep didik hibur untuk mensifarkan kesalahan murid dalam
penggunaan huruf besar menjadi langkah untuk mengatasinya. Berapa langkah dirancang bagi
memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran menulis huruf besar pada permulaan ayat,
selepas tanda noktah dan pada semua perkataan kata nama khas menggunakan teknik pensel
warna. Berbanding sebelumnya, murid melakukan aktiviti latihan mengikut kehendak sendiri
dan tidak menyedari kesalahan yang mereka lakukan akan membawa kesan jangka panjang. Pada
awalnya, murid-murid menunjukkan perkembangan yang pasif dalam pengajaran dan

4
pembelajaran (PdP) dan menggunakan teknik pensel warna serta menyelitkan kaedah didik hibur
akan menjadikan pembelajaran semakin menyeronokkan.
Contoh kesalahan huruf besar yang dilakukan murid yang ditermui:
i. Murid tidak menulis huruf besar pada huruf awal ayat perkataan. Seperti :
imran bermain bola di padang.
ii. Murid tidak menulis huruf besar pada semua perkataan kata nama khas.
Seperti : Abu tinggal di jalan pinang.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i. Meningkatkan penguasaan kemahiran pengggunaan tanda baca huruf besar dalam
penulisan dalam Bahasa Malaysia tahun dua menggunakan teknik pensel warna.

Objektif Khusus
i. Mengenalpasti fungsi penggunaan tanda baca huruf besar dalam penulisan Bahasa
Malaysia tahun dua menggunakan teknik pensel warna.
ii. Mengesan kesalahan penggunaan tanda baca huruf besar dalam penulisan Bahasa
Malaysia tahun dua menggunakan teknik pensel warna.
iii. Menyatakan kemahiran menggunakan teknik pensel warna untuk meningkatkan
penggunaan tanda baca huruf besar dalam penulisan Bahasa Malaysia tahun dua.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 orang murid tahun dua Pintar dari Sekolah Kebangsaan Bukit
Tinggi Klang. Ia terdiri daripada 18 lelaki dan 12 perempuan. Kelas ini dikategorikan kelas
pemulihan namun hanya 7 orang murid terlibat dalam kelas pemulihan dan 30 orang murid
belajar dalam kelas perdana (sederhana). Kajian ini merujuk kepada murid yang seramai 30
orang sahaja. Murid-murid yang pandai juga kadang kala cuai dalam penggunaan huruf besar.
Apatah lagi bagi murid yang lemah dan kurang menguasai kemahiran membaca dan menulis
dengan baik. Oleh itu, program kajian tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut.
Pengkhususan diberikan kepada murid yang lemah dan peningkatan kepada murid yang
sederhana.

5
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pemerhatian juga dilihat dalam cara penulisan murid dalam buku tulis.

b) Soal selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik diberikan selepas beberapa kali menjalankan
pemerhatian dan latihan. Setelah peningkatan dapat dilihat dan murid menunjukkan
tindakan positif dalam teknik yang digunakan maka soal selidik diberikan untuk
mendapat maklum balas. Skala yang digunakan dalam soal selidik adalah ya atau tidak.
Ini bagi memudahkan murid kajian ini menjawab kerana mereka dalam kalangan yang
sederhana.

c) Ujian Pengesanan/ latihan


Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka
untuk menggunakan huruf besar dalam ayat. Latihan juga diperolehi dalam instrumen
dokumen prestasi band mereka.

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Selain
itu, kekerapan aktif mereka untuk hadir ke hadapan untuk menjawab soalan serta
keseronokan mereka semasa menjalankan pembelajaran.

e) Semakan latihan yang diberikan


Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kamahiran berkenaan. Buku tulis tatabahasa dan penulisan (karangan)
menjadi tumpuan saya kerana cara penulisan mereka diambil kira untuk kajian ini.

6
6. PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, peninjauan masalah dilakukan yang
menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan methodologi yang dinyatakan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah


Analisis dibuat berdasarkan instrumen yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar. Mengenalpasti jenis
kesalahan huruf besar yang seringkali dilakukan oleh murid. Analisis kegagalan murid dalam
menguasai penggunaan huruf besar seperti:
Bil Nama Awal ayat Kata nama Selepas
khas tanda
noktah
1 Muhammad Faiz x x x
2 Sivaram x
3 Ashwanthi x
4 Muhammad Arif Aiman x
5 Firdaus Akmal x x
6 Syed Ariff Muzaffar x x x
7 Darshen x
8 Ahmad Idrafi x
9 Muhammad Danish Daniyal x x
10 Muhammad Djamel x
11 Adam Hafiz x x x
12 Selvarasan x
13 Josiah Daniel
14 Daren Dexter
15 Kabilan x x
16 Alia Safiyah x
17 Afiqah x
18 Syamir Iskandar x x
19 Izzah Insyirah
20 Nivethah
21 George Vasanth
22 Aidan x x x
23 Dishal
24 Hakimah x
25 Arifah x x

7
26 Nurul Batrisyia x x
27 Nur Hidayah x x
28 Syarifah Aqilah
29 NurFadila Sandha
30 Adrianna x
7 19 10

BIL MASALAH JUMLAH


1 Hilang fokus. 10%
2 Sikap malas. 12%
3 Tidak memahami arahan. 11%
4 Kurang keyakinan diri dan leka. 5%
5 Cuai dalam menyalin ayat. 75%
6 Tiada bimbingan di rumah. 13%
Masalah juga diambil kira dalam sikap murid didalam kelas semasa menjalankan aktiviti.
Sikapnya adalah seperti sikap malas, leka, cuai, hilang fokus dan lain-lain. Analisis dapatan
adalah seperti berikut:

6.3 Tindakan yang dijalankan


Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan tanda baca huruf
besar dalam penulisan Bahasa Malaysia murid tahun dua menggunakan teknik pensel warna
ialah:
i. penggunaan pensel warna
ii. menyelitkan instrumen didik hibur seperti permainan puzzle atau kad symbol

6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian


6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia. Setiap aktiviti atau latihan
yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat
meningkatkan daya ingatan.

6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:

8
Item 1 (pensel warna)
i. Murid membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
ii. Mengecam penggunaan huruf besar pada huruf pertama ayat.
iii. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai menggunakan warna.

Item 2 (pensel warna)


i. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
ii. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)

Item 3 (pensel warna)


i. Membaca petikan yang diberi tanpa huruf besar dengan ayat dilengkapi dengan kata
nama khas.
ii. Menyalin semula petikan dengan menggunakan pensel warna pada huruf pertama
ayat, kata nama khas dan huruf selepas tanda noktah.

Item 4 (kad tanda baca dan konsep didik hibur)


i. Meletakkan kad simbol bertanda (A) untuk huruf besar pada perkataan yang
dikenalpasti dalam carta ayat.
ii. Murid menyalin semula latihan dengan menggunakan pensel warna bagi huruf besar
dan huruf selepas noktah.

7. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan
dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item
1, item 2 dan item 4. Teguran dan peringatan berulangkali membuatkan murid menjaga
penulisan agar tidak berlaku kesalahan. Penggunaan teknik pensel warna menampakkan
keberkesanannya kerana ia menyimpan memori ingatan warna dalam minda murid. Kesilapan
akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah

9
menjalankan satu ujian bagi setiap item dalam beberapa sesi pengajaran yang lain untuk
mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Markah Pencapaian
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
20-16 100% 98% 65% 98%
15-10 0% 2% 25% 2%
9-6 0% 0% 10% 0%
5-0 0% 0% 0% 0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.

8. REFLEKSI P&P LALU


Berdasarkan pengajaran praktikum yang dijalankan sebanyak dua kali pada 11 April 2014
dan 18 April 2014 yang telah dipantau dan diperhatikan oleh guru pembimbing iaitu Pn. Nonita
binti Sahat, terdapat kelemahan, kekuatan, masalah dan tindakan yang telah diambil bagi
memperbaiki mutu pengajaran dalam sesi praktikum ini. Melalui kursus praktikum ini, empat
perkara utama yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran adalah guru, murid, pelajaran dan
persekitaran sekolah.

Bagi diri ini sebagai guru, proses praktikum telah menjadikan kredibiliti saya sebagai
guru tercabar kerana bagi saya sudah sepuluh tahun saya berkhidmat sebagai guru dan mustahil
akan berlaku ketidaksempurnaan dan mengganggap tempoh mengajar telah lama menjadikan
semua nampak dihujung jari. Namun begitu, apabila berlakunya program praktikum ini,
tanggungjawab sebagai guru lebih nampak dan menunjukkan sikap mahu membantu murid yang
lemah untuk terus cemerlang ke hadapan. Ini kerana apabila berlakunya praktikum, guru akan
berusaha keras dengan menggunakan bahan yang benar-benar menarik minat murid untuk
belajar. Penggunaan bahan dan kemudahan yang sedia ada dan tersedia adalah bonus untuk
meningkatkan inovasi dalam pendidikan. Selain itu, guru mencuba pelbagai teknik bagi
memastikan murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang proses
p&p, saya berasa seronok dan mencabar diri sendiri dalam penyediaan inovasi dalam p&p.

Melihat kepada sudut murid pula, murid berasa seronok dan bahan yang digunakan
mencuri minat murid untuk terus mengadap pelajaran yang disampaikan guru. Murid berasa

10
sedikit janggal kerana jarang belajar Bahasa Malaysia dengan menggunakan komputer. Selain
itu, proses praktikum ini menjadikan murid lebih aktif dan cergas sepanjang pembelajaran.
Merujuk kepada aktiviti yang dijalankan, prestasi murid menunjukkan positif dan ia sangat
membantu potensi murid untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pergerakan murid yang
aktif menjadikan kelas adalah kondusif dan proses p&p berjaya mencapai objektif serta
menghidupkan suasana. Namun begitu, sebagai guru saya agak terkilan kerana tidak semua
kehendak dan kemahuan murid dalam kelas dan sasaran mendapat peluuang untuk mencuba
membuat latihan yang dikemukakan walaupun murid semuanya bertindak aktif dan berkeinginan
untuk menjawab. Semasa menjalankan item 1 hingga item 4, murid sentiasa bersedia dan
mencuba sedaya upaya untuk dilihat betul dihadapan rakan-rakan. Proses 2 hala dan pelbagai
hala diterapkan agar murid tidak kaku dan menjadikan kelas hidup.

Dari segi isi kandungan pelajaran pula, saya merasakan objektif pengajaran dan
pembelajran dapat dicapai oleh murid. Sepanjang proses pengajaran, saya dapati murid
seringkali ingin mencuba menjawab malah membetulkan jawapan rakan sekelas. Hal ini
menunjukkan sudut positif iaitu corak pengajaran serta perkembangan langkah isi kandungan
pelajaran dapat difahami oleh murid. Is juga merujuk kepada peningkatan kekurangan kesalahan
pada hasil kerja murid yang menjadi sasaran saya. Walaupun dilihat hasil p&p seperti
menunjukkan perkembangan positif, namun bagi seorang guru saya merasai bahawa proses
pengajaran yang disampaikan terlalu cepat dan pengukuhan tidak dapat dicapai oleh seratus
peratus murid. Banyak bantuan daripada arahan guru dan tunjuk cara daripada guru diperlukan
sehinggakan membuat latihan memerlukan guru disisi. Ini membimbangkan guru kerana
dikhuatiri apabila murid diminta membuat latihan secara individu, akan berlaku banyak
kesalahan berulang. Proses perkembangan langkah disusun secara teliti dan berperingkat
mengikut tahap murid, tetapi masa menjadikan ia terhad dan terbatas untuk mengajar secara
setiap hari.

Pada persekitaran semasa proses p&p berjalan, terdapat masalah yang timbul antaranya
keadaan suasana yang hingar bingar kerana jadual p&p semasa pemantauan adalah bertembung
dengan waktu rehat murid tahap dua. Ia menyebabkan suasana bising dan kurangnya tumpuan.
Selain itu, semasa proses p&p di dalam makmal komputer pula, kedudukan meja kerusi yang

11
terhalang dengan komputer juga menjadi masalah kepada ketidak fokusan murid terhadap isi
pelajaran. Namun bagi seorang guru yang sentiasa berusaha mendapatkan yang terbaik bagi
muridnya, saya berusaha menggunakan suara dan paparan yang lebih besar dan jelas dengan
meminta pelajar duduk secara jemaah di lantai hadapan semasa sesi awal penerangan
pembelajaran. Selepas itu, paparan yang dipamerkan dibesarkan bagi memberi perhatian kepada
pelajar yang duduk di bahagian belakang. Bagi proses pembelajaran didalam kelas pula, guru
menggunakan keaktifan pelajar sendiri untuk bergerak aktif kehadapan dan kebelakang kelas
untuk menjawab soalan yang dikemukakan guru. Selain itu, penulisan guru di papan putih juga
dengan pen marker yang berwarna supaya menarik minat pelajar terus fokus kepada isi pelajaran.
Dari sudut kelemahan pula, dalam pembelajaran dalam kelas, sepatutnya saya menggunakan
kertas sebak bagi mempercepatkan proses p&p tetapi ia hanya boleh digunakan sekali.

Dengan menjalankan praktikum, dapat dikenalpasti kekuatan p&p dijalankan seperti


kemahiran mengawal kelas, memperbanyakkan kaedah proses p&p dan mencuba banyak tempat
dan langkah untuk memastikan pelajar mencapai pengetahuan isi kandungan pelajaran.
Kelemahan yang dikenalpasti pula, penyusunan jadual kelas dan tempat p&p, perkembangan isi
pelajaran, menjadikan guru lebih kreatif dalam pengajaran.

8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar


Setelah kesemua aktiviti dijalankan, keyakinan murid dapat dilihat ada peningkatan yang
baik. Latihan murid juga dilihat masih menggunakan teknik pensel warna merah sebagai langkah
ingatan dan berjaga-jaga agar kesalahan diatasi dengan lebih maju. Setiap latihan yang diberikan
sama ada karangan, bina ayat, menyalin semua atau meletakkan tanda baca, telah terdapat
peningkatan kekurangan kesalahan dalam latihan. Mungkin in disebabkan kefahaman yang
semakin baik. Cuma ada sebahagian murid dalam 3 hingga 5 orang yang tidak menggunakan
pensel warna. Apabila disiasat dan perhatikan, mereka telah faham konsep huruf besar dalam
penulisan.

8.2 Rumusan Pemerhatian


Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di
tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah

12
juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.
Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di
kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu
meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata
pelajaran lain.

9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN


Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap respondan untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan tanda baca huruf besar dalam penulisan Bahasa Malaysia bagi murid
tahun dua menggunakan teknik pensel warna dalam tempoh praktikum ini membuahkan hasil
yang baik. Konsep didik hibur seperti bermain sambil belajar terutama dalam penggunaan kad-
kad tanda baca adalah sangat membantu dalam peningkatan kemahiran mereka. Oleh demikian,
cadangan peruntukan masa yang lebih panjang seharusnya diberikan bagi kajian selanjutnya agar
mencapai objektif yang dikehendaki. Selain itu, peningkatan penggunaan tanda baca boleh
dipraktikkan dalam penulisan karangan dan meletakkan tanda baca dengan betul dalam ayat.
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid sasaran berkenaan. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan
murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).
Dalam kajian seterusnya, penggunaan teknik powerpoint atau slaid akan cuba dijalankan
bagi menguji penguasaan murid dalam kemahiran penggunaan tanda baca huruf besar selain
menggunakan teknik pensel warna. Pendekatan ini adalah selaras dengan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran dan ia juga dianggap sebagai pendekatan pedagogi produktif.

10. PENUTUP
Penggunaan tanda baca huruf besar sebenarnya memberi impak besar dalam penulisan
kerana jika ditulis secara sambil lewa, pembaca tidak dapat membezakan yang mana kata nama
khas dan kata nama am. Dalam aspek pendidikan, guru merupakan individu yang memainkan
peranan dalam memastikan murid mendapat pendedahan yang betul dan tepat dalam penggunaan
huruf besar ini. Penguasaan guru juga perlu dalam memastikan pemahaman murid terhadap
penggunaan huruf besar ini dapat ditingkatkan. Malah ia akan menjadi mudah kepada guru tahun

13
berikutnya serta menjadikan murid ini lebih berkeyakinan dan kurang melakukan kesalahan.
Teknik menyelesaikan masalah ini juga dilihat boleh menarik minat murid dalam belajar dan
terus memberikan fokus. Kesalahan yang dilakukan murid dalam penggunaan huruf besar dalam
penulisan perlu diperbetulkan dengan kerap dan menerapkan teknik-teknik yang sesuai.

RUJUKAN
Asnida binti Ghani. (2007). Strategi mengajar tanda baca. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr. David Lim Chong Lim, Dr. Nor Azizah Salleh, Prof Madya Dr Saat Md Yasin, Prof Madya
Dr Mohd Kidin Shahran, Prof Madya Dr Alias Mohd Yatim, Prof Dr Abdul Razak
Habib. (2011). HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Seri Kembangan:
Open Universiti Malaysia.

Jaafar, A. K. (2009). Kesan Penggunaan Kaedah Imej Visual Dalam Mengatasi Masalah
penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu Murid
Tahun Lima.

Patrice Ann Anak Abot. (2009). Membantu murid tahun lima menulis huruf besar dan huruf
kecil dalam latihan kefahaman melalui imej visual.
Siti Saadiah binti Osman. (2009). Penguasaan Huruf Besar
Salmiah binti Sidek. (2004). Memperkaya kosa kata pelajar tingkatan 4 Bestari dengan
menggunakan program sehari selembar benang dan program 2004.
Salleh Utah. (1989). Penggunaan Tanda Baca dalam Penulisan di KalanganMurid-Murid

14
Sekolah Rendah
Zailan bin Jeman. (2005). Membezakan Huruf Besar dan Huruf Kecil

RUJUKAN LAMAN SESAWANG

Qaseh Ilmu. 2011. Contoh Kajian Tindakan. http://qasehilmu.blogspot.com/2011/07/contoh-


kajian-tindakan.html
Tatabahasa.http://tatabahasabm.tripod.com/tata/tbaca.htm
Zaidan Bin Isa. 2009. Penggunaan Tanah Liat Pelbagai Warna Dalam Menulis Sukukata
Jawi.http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/7.%20ZAIDA
N%20ISA.pdf
Patrice Ann Anak Abot. (2009). Membantu murid tahun lima menulis huruf besar dan huruf
kecil dalam latihan kefahaman melalui imej visual.
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/8%20ARTIKEL
%20PATRICE.pdf

BORANG SOAL SELIDIK

KELAS: _____________________________________
MATA PELAJARAN: __________________________
TAJUK: ______________________________________

Tandakan ( / ) pada penyataan di bawah.


Bil Perkara Ya Tidak
1 Adakah tajuk ini baru bagi kamu?
2 Adakah pembelajaran hari ini menyeronokkan?
3 Adakah kamu faham tentang huruf besar dalam
penulisan?
4 Adakah kamu faham cara menggunakan tanda baca huruf
besar?
5 Adakah kamu faham cara menggunakan teknik pensel

15
warna ini?
6 Adakah kamu akan menggunakan pensel warna untuk
latihan seterusnya?
7 Adakah kamu mahukan teknik yang berlainan dalam
pembelajaran akan datang?
8 Berikan bintang pada pelajaran hari ini.
9 Sekiranya ada cadangan penambahbaikan sila nyatakan:
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

BORANG SKOR
Ikut kekerapan kesalahan
Bil Nama Awal ayat Kata nama Selepas
khas tanda
noktah
1 Muhammad Faiz x x x
2 Sivaram x
3 Ashwanthi x
4 Muhammad Arif Aiman x
5 Firdaus Akmal x x
6 Syed Ariff Muzaffar x x x
7 Darshen x
8 Ahmad Idrafi x
9 Muhammad Danish Daniyal x x
10 Muhammad Djamel x
11 Adam Hafiz x x x
12 Selvarasan x
13 Josiah Daniel
14 Daren Dexter
15 Kabilan x x
16 Alia Safiyah x
17 Afiqah x

16
Borang ikut item
BI NAMA MURID item item2 item item4
L 1 3
1 Muhammad Faiz x x
18 Syamir Iskandar x x
19 Izzah 2Insyirah
Sivaram x
20 Nivethah
3 Ashwanthi x x
21 George Vasanth
22 Aidan4 Muhammad Arif Aiman x x x
23 Dishal
24 5
Hakimah Firdaus Akmal x x
25 Arifah x x
26 Nurul6Batrisyia
Syed Ariff Muzaffar x x x
27 Nur Hidayah
7 Darshen x xx
28 Syarifah Aqilah
29 NurFadila
8 Sandha
Ahmad Idrafi x
30 Adrianna x
9 Muhammad Danish Daniyal 7 19 x 10
10 Muhammad Djamel x

11 Adam Hafiz x

12 Selvarasan x

13 Josiah Daniel x

14 Daren Dexter

15 Kabilan x

16 Alia Safiyah x

17 Afiqah x

18 Syamir Iskandar x x

19 Izzah Insyirah

20 Nivethah x

21 George Vasanth x

22 Aidan x x

23 Dishal

24 Hakimah x x

25 Arifah x

26 Nurul Batrisyia

27 Nur Hidayah x

28 Syarifah Aqilah x
17
29 NurFadila Sandha

30 Adrianna x
x – kesalahan yang dilakukan

Ujian 1.
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.


____________________________________________________ .
2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.
____________________________________________________ .
3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola sepak.
___________________________________________________________.
4. bapa david memandu kereta proton waja.
____________________________________________________ .
5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.
____________________________________________________ .

18
Ujian 2.
Nama : ______________________________

Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan
kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.
______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
______________________________________________________ .
2. kita bersenam supaya badan kita sihat.
______________________________________________________ .
3. jangan makan kuih yang manis itu.
______________________________________________________ .
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.
_______________________________________________________.
5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
______________________________________________________ .

19
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. abu dan ali berkawan baik.
__________________________________

2. jarjit tinggal di jalan pasar.


__________________________________

3. kampung pinang telah dilanda banjir.


__________________________________

4. ibu memasak rendang ayam. kakak pula menggoerng ikan.


_____________________________________________________

5. imran ada seekor kucing. kucingnya bernama kiki.


_____________________________________________________

6. marisa bersekolah di sekolah kebangsaan bukit tinggi.


_____________________________________________________

Item 4
Letakkan kad symbol pada huruf besar yang betul.

ibu azila belajar memasak kuih tradisional. ibu azila mengikuti kelas masakan di dewan orang
ramai kampung indah. ibu azila nelajar memasak muruku. muruku ialah makanan tradisional
orang india. muruku disediakan semasa hari deepavali.

Peletakan simbol:
A A A A
20
ibu a zila belajar memasak kuih tradisional. bu zila mengikuti kelas masakan di dewan
orang ramai Aampung ndah.
A

21

Anda mungkin juga menyukai