Anda di halaman 1dari 5

JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK


SAINS (PPSMI) SEKOLAH RENDAH.

1.0 PENGENALAN JURNAL

Pendidikan sains di negara kita telah menjadi semakin penting, Lebih-lebih lagi negara
kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang disarankan oleh
Tun Mahathir Mohamad dijadikan sebagai matlamat negara pada masa akan datang sejak
tahun 1991. Antara wawasan yang disarankan adalah mewujudkan masyrakat yang saintifik,
progresif, inovatif dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa
hadapan (Hussein Ahmad,1992). Justeru, negara kita perlu mula mengorak langkah
memasuki era serba sains dan teknologi pada masa hadapan

Oleh yang demikian, persepsi guru sains terhadap perlaksanaan pengajaran subjek
sains daripada beberapa perspektif yang berbeza. Dua perspektif itu adalah faedah PPSMI
terhadap guru dan pelajar serta pendedahan maklumat dari segi kursus dan bahan
sokongan PPSMI seperti media massa, laman web dan lain-lain. Peningkatan umur serta
kelulusan akademik dikatakan mungkin mempengaruhi pemikiran dan persepsi guru
terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains. Jadi perkaitan antara perpesi guru dengan
umur serta kelulusan akademik sains ditinjau. Di samping itu, masalah yang mungkin
dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan projek PPSMI juga ditinjau. Ia juga meninjau sama
ada perbezaan tahap umur serta kelulusan akademik dapat mempengaruhi masalah yang
dihadapi oleh guru sains PPSMI dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains . Selain itu,
perkaitan antara masalah yang dihadapi guru sains PPSMI dengan persepsi mereka
terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains turut ditinjau.

2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL

Era globalisasi telah mempengaruhi pendidikan di Malaysia. Penggunaan bahasa


Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan bagi menghadapi
suasana tuntutan baru dalam pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi
guru-guru yang terlibat dengan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris berkaitan dengan dasar dan matlamat program tersebut

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden turut memberikan persetujuan


yang positif terhadap kursus yang dihadiri, pengajaran dan pembelajaran, sokongan
pengetua serta alat bantuan mengajar dalam melaksanakan perubahan tersebut. Kajian
juga mendapati bahawa persepsi guru terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris
adalah sederhana . Terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara persepsi guru-
guru terhadap matlamat pelaksanaan PPSMI dengan latar belakang guru. Hasil daripada
kajian ini juga disyorkan diperbanyakkan kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran
bahasa Inggeris serta meningkatkan kualiti perisian perisian proses pengajaran dan
pembelajaran
3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL

Satu strategi yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani cabaran
tersebut adalah dengan melakukan pembaharuan dalam pengajaran Sains dan Matematik
di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantarnya.

Bahasa Inggeris telah diakui sebagai sangat penting kerana dalam hampir semua
keadaan, ia digunakan untuk penyebaran ilmu dan pengetahuan. Dalam era globalisasi
ekonomi dan kerajaan yang berdaya saing, kemajuan teknologi memerlukan kita untuk
memahami bahasa teknologi iaitu Bahasa Inggeris. Laporan oleh The International
Federation On Documentation (FID), badan yang memantau penyebaran maklumat
melaporkan 85% dapatan Sains dan Teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris (Hazita
Azman, 2003). Sejajar dengan itu, pada 8 Mei 2002, kerajaan Malaysia telah
mengumumkan dasar pengajaran Sains dan Matematik bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 6 Rendah bermula Januari 2003 dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini telah diberi
tanda nama Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Polisi ini juga bertujuan membantu mengurangkan kemerosotan tahap
penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia.

Perubahan pedagogi yang melibatkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat.
Melihat suasana demikian, pengkaji merasakan adalah perlu kajian terhadap persepsi guru-
guru yang terlibat dengan PPSMI diambilkira. Pertimbangan seseorang tentang kesesuaian
perlaksanaan inovasi selalu bergantung kepada persepsi seseorang. Persepsi yang positif
terhadap perubahan adalah penting kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku pengajaran
guru dalam bilik darjah.

Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan


keperluan negara. Perubahan dalam pendidikan boleh diertikan sebagai proses
pengubahsuaian dan penyusunan semula unsur sedia ada dengan tujuan untuk
memperkemas dan mempertingkatkan lagi beberapa aspek dalam pendidikan. Perubahan
ini mempengaruhi persepsi para guru dalam menghadapi perubahan atau inovasi ini.

Nina Bascia et.al.(2000) menyatakan perspektif guru merupakan salah satu faktor yang
selalu terlepas pandang oleh perancang perubahan dalam pembangunan sesuatu inovasi.
Guru sebagai pelaksana perubahan mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang
sesuatu perubahan yang dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau menekankan peri
pentingnya perspektif guru sebagai maklumat dan panduan dalam merangka polisi.
Perubahan itu merupakan satu bahagian yang kecil tetapi memastikan keterlibatan guru
dan menjadikan mereka sebahagian dari perubahan adalah sesuatu yang jarang
dilaksanakan.

4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL

Sehubungan dengan itu, kajian telah dijalankan kerana persoalan yang wujud iaitu
adakah guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah
menengah mempunyai pengetahuan, latihan dan kemahiran dalam bidang tersebut?
Apakah persepsi guru terhadap latihan ? Apakah persepsi mereka terhadap dasar baru ini?
Apakah persepsi mereka terhadap sokongan daripada pengetua berhubung dengan
pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Adakah persepsi
terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi persepsi mereka
terhadap dasar ini? Adakah terdapat perhubungan antara persepsi guru terhadap matlamat
6 pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan faktor latar belakang
responden? Satu kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya berlaku di sekolah.

Memandangkan dasar ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian-kajian ilmiah


yang meyakinkan dan langsung bertentangan dengan prinsip pendidikan yang menegaskan
kelebihan bahasa ibunda atau bahasa pertama dalam proses penyampaian ilmu, maka
pertubuhan-pertubuhan pendidikan daripada pelbagai kaum telah banyak kali menyuarakan
perasaan bimbang mereka terhadap dasar tersebut sepanjang tempoh 4 tahun ini.

Antaranya, Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005,
secara lantang menyatakan bahawa kira-kira 5 ratus ribu orang pelajar Melayu akan
keciciran di bawah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris akibat kegagalan menguasai bahasa Inggeris.

Selain itu, pada 10 Disember 2005, kira-kira 3000 orang daripada pelbagai kaum
secara individu atau mewakili pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah menyertai
"Persidangan Membantah Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris" yang
dianjurkan dengan tujuan menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan supaya
memandang serius dan menimbang semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris yang telah banyak membawa kesan negatif kepada
semua aliran sekolah rendah, sama ada SK, SJK(C) mahupun SJK(T).

Masyarakat Cina pada umumnya prihatin terhadap isu ini. Dalam pada itu, Gabungan
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) telah menjalankan satu kajian soal
selidik mengenai kesan-kesan pelaksanaan formula "2-4-3" di SJK(C) pada akhir tahun
2005 dan awal tahun 2006 untuk menyoroti sejauh manakah pengaruhnya kepada SJK(C)
supaya dapat memberi gambaran yang sebenar dan saranan yang membina kepada
kerajaan untuk menangani isu ini dengan sempurna. Menurut dapatan kajian tersebut,
pelaksanaan formula "2-4-3" bukan sahaja meninggalkan impak negatif kepada guru-guru
dan murid-murid, malah juga merupakan penghakisan kepada sistem pendidikan SJK(C)
yang selama ini menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

Memandangkan keadaan yang cukup tenat di SJK(C), maka kami, Pertubuhan-


Pertubuhan Cina Utama yang menandatangai bersama, dengan tulus ikhlasnya
mengemukan memorandum yang berjudul "Pandangan Dan Cadangan Mengenai
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris" untuk rujukan dan pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri supaya
mengambil langkah yang wajar untuk menyelesaikan isu ini dengan sempurna.

Kajian-kajian ilmiah telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana dan badan berwibawa
tentang kegagalan PPSMI dan kesemuanya telah dikemukakan kepada Kementerian
Pelajaran dan telah disiarkan dalam media am. Kita perlu mengambil iktibar tentang
kesilapan masa lampau yang mengorbankan sebahagian besar generasi muda kita melalui
pelaksanaan PPSMI. Demikian juga, fakta yang dikemukakan oleh Dr. Mohd. Puad
Zarkhasi, seperti PPSMI gagal meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar,
kemerosotan keputusan Sains dan Matematik di peringka Ujian Penilian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2008 sewajarnya dijadikan
renungan dan asas keinsafan.

Badan yang bergerak atas nama Melayu sebagai golongan teras negara ini sewajarnya
berfikir dan bertindak atas dasar yang jelas, iaitu untuk mempertahankan dan memperkukuh
dasar-dasar negara yang sebahagiannya berasaskan golongan teras itu, termasuk
kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai asas kenegaraan.

Walaupun , pengajaran sains (PPSMI) telah mula menampakkan hasil perlaksanaannya


namun atas gesaan dan tentangan dari pelbagai pihak PPSMI telah menemui jalan buntu.
Peralatan ICT yang mencecah jutaan ringgit hanya dapat digunakan dalam tempoh masa 6
tahun sahaja. Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
tampaknya masih terus dibangkitkan oleh beberapa pihak meskipun Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memutuskan bahawa program tersebut akan dimansuhkan pada tahun 2012
dan digantikan dengan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Yang terkini ialah seruan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar PPSMI
diteruskan atas alasan lebih 50 peratus ibu bapa setuju program itu diteruskan.

PENUTUP

Sebagai hujah ulangan yang telah sekian lama kita kemukakan, Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan dua daripada beberapa dasar
negara yang bermatlamat membentuk makna diri atau jati diri dan juga perpaduan
kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara telah diperundang-undangkan dalam Akta Pendidikan 1961 dan
kemudian Akta Pendidikan 1996.

Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar hendaklah


diupayakan melalui pengajaran mata pelajaran bahasa itu, bukan melalui mata pelajaran
lain. Cadangan peningkatan dan penambahbaikan dalam sukatan pelajaran, bahan
pengajaran dan pemelajaran, kaedah pengajaran dan latihan guru bahasa Inggeris perlu
dijadikan asas untuk mencapai harapan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris para
pelajar. Maka itu, MBMMBI yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran perlu diberi ruang
dan kesempatan untuk dilaksanakan, bukan dengan berpatah balik kepada pelaksanaan
PPSMI.
RUJUKAN

Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan
Prof. Dr. Awang Sariyan ; Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia.;Mantan Penyandang
Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China ; 15 September 2011

PERSATUAN Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)

Nina Bascia et.al.(2000)

Sains dan Teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris (Hazita Azman, 2003)

The International Federation On Documentation (FID)

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Beri
ta&pg=be_01.htm

Anda mungkin juga menyukai