UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1 ( 2008/2009)
1
PANTUN BUDI
2
PENGENALAN
terkandung di dalamnya seluruh kebijaksanaan, jiwa, seni, budi bahasa dan pandangan
Melayu. Menurut Dr Mohd Taib Osman, 1978 pantun juga termasuk dalam puisi Melayu
berperanan untuk berfalsafah terhadap hidup manusia, menyatakan isi hati, mengutarakan
nasihat atau sekadar menyerikan majlis. Pantun dianggap sesuatu yang konservatif
tradisi. Sebagai salah satu bentuk puisi yang wujud dalam situasi kelisanan, pantun
mendorong masyarakat Melayu menelusuri pantun untuk menjadi wadah luahan rasa hati
Pantun mempunyai pelbagai variasi seperti pantun budi, jenaka, dan nasihat.
Dalam hal ini, saya hanya memfokuskan kepada pantun budi. Persoalan yang timbul
adalah apakah yang dimaksudkan dengan budi dan mengapa masyarakat Melayu
menjadikan budi sebagai tradisi budayanya. Pengertian budi kepada orang Melayu
meliputi suatu ruang yang amat luas bagi menyatakan unsur-unsur kebaikan dan
kehalusan mengikut nilai-nilai yang dipupuknya. Nilai budi lahir dari akal pemikiran,
hati dan perasaan yang mahukan sesuatu kebaikan dari seseorang. Masyarakat Melayu
menganggap orang yang banyak berbudi akan dikenang sampai mati. Budi tidak hanya
tertumpu pada budi pekerti sahaja malahan mencakupi budi bicara atau bahasa dan hati
budi atau akal budi. Dalam pantun budi terkandung nasihat dan pengajaran kepada
manusia agar hidup berbudi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.
3
KUPASAN PANTUN BUDI DARI SUDUT FALSAFAH
Apakah yang dimaksudkan dengan budi dan mengapa budi begitu dijunjung
tinggi dalam masyarakat Melayu. Manusia mempunyai perspektif yang tersendiri dalam
memperlihatkan nilai budi dalam hidup. Budi mempunyai pengertian falsafah yang
tersendiri iaitu kebaikan manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada
perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Konsep budi sebagai ‘alam jiwa’
terdapat dalam lingkuangan budaya. Budi adalah alam jiwa dan daya adalah gerak laku
fizikal. Masyarakat Melayu tradisional menganggap konsep budi bukan sekadar sebagai
struktur dalaman bahkan juga dapat digunakan di dalam hubungan social mereka.
Menurut Zainal Kling (1995), beliau berpendapat bahawa manusia Melayu melihat rupa
berbentuk budi iaitu sifat peribadi yang mengandungi pemikiran dan rasa.
Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi
bicara, budi bahasa, dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan di dalam
konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi
meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual. Manusia berbudi kepada Tuhan, bangsa
dan tanah air, alam,masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Manusia mengukur
berbudi sampai mati. Persoalan budi dibawa mati pada rangkap pertama pantun Melayu
Sastera Rakyat bukan sekadar membawa maksud budi bahasa dan budi pekerti sahaja
tetapi keseluruhan konsep budi yang berpaksikan ketuhanan kerana budi merupakan
4
pancaran dalaman(batiniah). Orang Melayu sering diingatkan agar melakukan kebaikan
sama ada menerusi amal ibadat, amal jariah, doa dan pembacaan talkin.
Dalam tradisi masyarakat Melayu, budi dilihat sebagai sesuatu yang amat tinggi
Penerapan nilai budi untuk melahirkan masyarakat Melayu yang berhati mulia, beradab,
bijaksana dan tahu membalas budi adalah satu aspek yang amat penting. Budi dan
budiman merupakan teras humanisme, moraliti dan etika Melayu yang bertunjangkan
akidah yang mampu meletakkan manusia ke darjat tertinggi. Manusia yang berbudi akan
menjaga segala adab dalam pertuturan dan percakapan. Seperi yang dilihat dalam Pantun
Mastika halaman 8-9 rangkap pertama iaitu yang baik hanya budi, yang indah hanya
bahasa. Di sini budi bahasa ialah di antara aspek peribadi sesorang yang dinilai tinggi
oleh masyarakat. Kehalusan peribadi tersebut dapat di lihat dalam pertuturan dan
pemilihan kata-kata yang digunakan. Orang yang berbudi bahasa akan menggunakan
ganti nama yang sesuai apabila berbicara dan bahasa yang diucapkan penuh dengan
Selain itu, budi juga menjadi struktur yang menjadi penghubung dan pembimbing
kepada masyarakat, bangsa dan negara. Seperi yang dipaparkan dalam pantun budi
Kumpulan Pantun Melayu (1983) iaitu tegak bangsa kerana budi, runtuh budi hilanglah
bangsa. Menerusi baris pantun ini, budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap
bangsa. Budi dan bangsa sering dikaitkan bersama ibarat isi dengan kuku. Hal ini
5
masyarakatnya. Tanpa orientasi nilai ini, keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh.
Aspek kehidupan berbudi begitu penting di dalam kehidupan seperti yang diungkapkan
dalam dalam pantun ini dan jelas menunjukkan bahawa budi adalah antara aspek utama
kepada kita bahawa di dalam kehidupan ini manusia yang tidak mempunyai nilai budi
bahasa atau budi pekerti yang tinggi ibarat pokok yang tidak berbuah. Dalam konteks ini
berbudi dalam kehidupan umpama pokok kerana pokok yang berguna adalah pokok yang
berbuah. Manusia yang berbudi akan disanjung tinggi oleh masyarakat sekelilingnya dan
mereka yang tidak berbudi dianggap sebagai satu penghinaan. Hal ini disebabkan hidup
berbudi sudah menjadi suatu yang fitrah atau semulajadi yang tidak dapat dielakkan dan
perrlu dilaksanakan. R.O Winstedt menamakan ini sebagai intelligent common sense dan
merupakan satu-satunya asas yang harus dimiliki oleh setiap orang. Perasaan kasih, cinta
dan sayang akan terbit daripada ketulusan hati manusia yang berbudi. Di sini,
Walaupun nilai budi tidak kelihatan namun perkara yang nyata ialah budi tidak
lagi ditempatkan pada tahap tertinggi di dalam hirarki nilai orang Melayu pada masa kini.
Apabila jasa dan tenaga telah dijualbeli, konsep budi masyarakat Melayu turut
mangalami banyak perubahan. Status seseorang itu kini dinilai dari segi harta, wang
ringgit dan pangkat. Mereka yang berharta itulah dianggap tinggi martabatnya dan budi
pekerti akan ditolak ke tepi. Lambang perubahan itu ditunjukkan dalam baris Pantun
6
Melayu Sastera Rakyat halaman 13 iaitu sebab emas budi terbuang. Dalam konteks
begitu penting sehingga mampu mengatasi nilai-nilai murni. Walaupun harta itu perlu di
dalam kehidupan, tetapi jika kesemua ini diberikan perhatian yang lebih hingga
Persoalan kebudian juga dinyatakan dalm pantun budi dalam rangkap enam yang
dipetik daripada Kumpukan Pantun Melayu (1983). Peribadi yang terpancar daripada
gugusan budi tidak hanya menuntut manusia untuk berbudi dan berjasa bahkan juga
memiliki satu sifat merendah diri. Sikap merendah diri dalam masyarakat Melayu
haruslah menunjukkan kehalusan peribadi yang telah diterapkan oleh adab dan adat.
Persoalan jikalau tidak bahasa dan budi, apa guna kaya berdaulat ini menyatakan
mengenai orang yang kaya dan berkuasa turut tidak terlepas daripada memiliki budi.
Mereka yang berkuasa juga perlu memiliki sikap merendah diri sesuai dengan kedudukan
7
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, saya memilih pantun budi kerana terdapat elemen yang
dikemukakan. Pantun ini mengandungi nilai-nilai sepeti pengajaran, nasihat dan adab
berbudi mengikut cara Melayu. Masyarakat Melayu tradisional menganggap orang yang
memiliki nilai etika dan moral yang tinggi akan digelar sebagai orang yang budiman.
Dalam erti kata ini, manusia yang budiman ialah manusia yang sebenarnya yang tahu
mengenali dirinya, tahu menjaga harga diri dan memiliki kekuatan diri sehingga menjadi
role model yang selalu diidamkan. Sehingga kini, pantun budi masih lagi digunakan
8
BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate
Sdn. Bhd.
Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ). 1996. Kula Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Mohemed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Ab. Kadir Wan Yusoff. 1996. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.